Bermula pada 30 March 2007, Blog Amin Iskandar bertahan sehingga kini.
Tanpa sokongan kawan-kawan seperti Laman Marhaen, Tranungkite, Malaysia Today dan ramai lagi yang membantu pembangunan blog ini, tidak mungkin ia mampu terus bertahan.
Selain daripada itu, tidak lupa juga kepada pembaca-pembaca yang setia memberikan komen dan menegur jika terdapat kesalahan disetiap posting blog ini.
Setelah lebih dua tahun, rumah ini terpaksa ditinggalkan buat sementara waktu untuk berpindah kerumah baru yang berlainan bentuk, rupa dan konsep.
Rumah baru telah mula dibangunkan beberapa minggu lalu. Setelah berhempas pulas, akhirnya siap jua.
Di rumah baru, penulisan tidak hanya berkisar kepada politik, sejarah dan isu semasa. Ia akan merangkumi isu-isu sosial, muzik, pengembaraan, fotografi dan lain-lain isu yang dekat dihati penulis.
Jika anda masih berminat untuk mengikuti penulisan-penulisan saya, marilah bersama-sama melawat rumah baru di www.aminiskandar.com.
Kepada yang menglinkkan blog ini, pindahkanlah link tersebut ke www.aminiskandar.com.
Rumah ini tidak akan dimusnahkan semata-mata kerana telah berpindah kerumah baru. Rumah ini akan terus hidup dan tidak mustahil satu hari nanti akan berpindah kembali kesini!

















Komen terbaru