You are currently browsing the monthly archive for Mac, 2007.
Najib ketika melawat Korea Selatan. Gambar oleh Maz Irwan.
SILA LIHAT KAJIAN SECARA RAMBANG TENTANG PADANGAN RAKYAT MENGENAI KES INI DISINI.
Semenjak kes Altantuya heboh, nama Najib Tun Razak juga tak dapat dielakkan. Terutamanya apabila Razak Baginda yang merupakan “pemikir” kepada Najib juga terlibat.
Tambahan lagi apabila dua pengawai polis yang menjadi pengawal peribadi kepada Timbalan Perdana Menteri juga terlibat secara langsung dalam kes ini. Najib tidak banyak memberikan komen mengenai isu ini. Dia memilih jalan untuk membisu. Tetapi ini tidak dapat menghentikan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa untuk mempersoalkan mengenai keterlibatan Najib dalam kes Altantuya ini.
Sila baca disini, sini dan tidak lupa juga sini.
Teringat tujuh lapan tahun dahulu apabila Anwar Ibrahim disaat-saat akhirnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau juga pada ketika itu sering menafikan yang beliau mempunyai masalah dengan Dr. Mahathir sepertimana yang dilakukan oleh Najib baru-baru ini di Pekan, Pahang.
Heboh baru-baru ini tentang dua NGO yang menerima “geran” daripada syarikat gergasi minyak dunia, Exxon Mobil. Aku terima email yang mempersoalkan tentang isu ini dari K.Shan seorang aktivis daripada Amnesty International Malaysia yang juga merupakan teman “lepak” di kedai mamak Bangsar Utama.
Sewaktu pilihanraya kecil Batu Talam yang lalu, saya ada tulis mengenai pendirian saya tentang mengapa saya sokong BA untuk memboikot pilihanraya kecil tersebut. Sila klik disini untuk membaca tulisan tersebut. Tulisan tersebut disiarkan juga oleh beberapa laman web dan blog seperti Chegubard, GERAK dan Malaysiakini. Pada ketika itu, BA memboikot pilihanraya kerana Pengerusi SPR sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa SPR perlu direformasikan dan SPR perlukan lebih kuasa untuk memastikan bahawa pilihanraya di Malaysia dijamin bebas dan telus.
Sebenarnya isu SPR dan pilihanraya di Malaysia ini bukan satu isu yang baru. Setiap kali tiba musim pilihanraya, isu ini akan timbul. Bila lama sikit selepas pilihanraya, maka hilanglah isu ini. Secara peribadi, saya amat gembira ketika BA mengambil keputusan untuk memboikot pilihanraya kecil Batu Talam yang lalu. Menurut pandangan saya, hanya itulah cara untuk memastikan reformasi pilihanraya di Malaysia dapat dilakukan. Bukan isu siapa pengecut dan siapa berani. Isunya sekarang ialah isu “padang yang sama rata dituntut!!!”.
Setelah sekian lama menggunakan Blogger, kini aku ingin mencuba WordPress pula. Ramai orang kata guna WordPress ini lebih kemas dan mudah. Setakat ini aku belum nampak lagi macam mana yang dikatakan mudah. Nak bubuh gambar pun aku tak beberapa reti. Aku dah cuba untuk bubuh gambar di posting, tapi jadi besarlah pulak gambar tu.
Diantara sebab kenapa aku berpindah ke blog baru ni ialah blog yang dulu tu nama dia Blackinkorea. Memandangkan tak lama lagi aku akan meninggalkan Korea, jadi aku fikir dah sampailah masanya untuk buat blog baru. Dulu masa mula-mula buat blog, aku ingat nak main-main aja. Tapi dah ketagih pulak sekarang rasanya…. Ha ha….
P/s: Kepada sesiapa yang bermurah hati, tolong ajar macam mana nak letak gambar sebab dah tak sabar nak buh logo Bloggers United!!!


Komen Terkini