Blogging di wordpress…
Setelah sekian lama menggunakan Blogger, kini aku ingin mencuba WordPress pula. Ramai orang kata guna WordPress ini lebih kemas dan mudah. Setakat ini aku belum nampak lagi macam mana yang dikatakan mudah. Nak bubuh gambar pun aku tak beberapa reti. Aku dah cuba untuk bubuh gambar di posting, tapi jadi besarlah pulak gambar tu.
Diantara sebab kenapa aku berpindah ke blog baru ni ialah blog yang dulu tu nama dia Blackinkorea. Memandangkan tak lama lagi aku akan meninggalkan Korea, jadi aku fikir dah sampailah masanya untuk buat blog baru. Dulu masa mula-mula buat blog, aku ingat nak main-main aja. Tapi dah ketagih pulak sekarang rasanya…. Ha ha….
P/s: Kepada sesiapa yang bermurah hati, tolong ajar macam mana nak letak gambar sebab dah tak sabar nak buh logo Bloggers United!!!
Kalau ada kawan-kawan yang pandai guna WordPress ini tolonglah tunjuk ajar ye…. Sebab belum dapat tangkap lagi cara nak guna wordpress ni…. Tertutamanya ialah macam mana nak letak gambar dengan betul. Rasa bosan jugak kalau tak reti nak letak gambar ni…. Ha ha….
Blog ini tak banyak kelainan dari blog aku yang sebelum ini cuma blog ini akan menggunakan Bahasa Melayu dan nama sebenar aku. Kira bukan penembak curi lah ye? Sebenarnya aku pun tak nak menembak sesiapa pun. Segala yang aku tulis disini adalah luahan rasa dihati dan pandangan peribadi. Kira kalau ada apa-apa masalah aku akan bertanggungjawablah. Ok… Sampai disini dulu ye….














