You are currently browsing the monthly archive for April, 2007.
Pilihanraya kecil yang baru berlangsung di Ijok tempoh hari merupakan pilihanraya kecil yang tersengit jika dibandingkan dengan keempat-empat pilihanraya kecil sebelum ini. Walaupun keputusannya akan tetap memihak kepada Barisan Nasional, tetapi jentera-jentera BN dan kerajaan seperti Polis telah bekerja keras untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional. Polis telah bertindak begitu cekap sekali apabila mereka menghalang dan menghentikan ceramah-ceramah dari PKR dan parti pembangkang.
Yang menyebabkan “Ijok” lebih menarik berbanding dengan pilihanraya kecil yang lain ialah kerana ia dilihat sebagai pertembungan secara langsung oleh Timbalan Perdana Menteri dan bekas Timbalan Perdana Menteri. Sehingga ke malam terkahir sebelum hari pembuangan undi di Ijok, menurut rakan-rakan dari dalam UMNO yang mendapat laporan dari SB (lihatlah bagaimana SB memainkan peranan untuk memenangkan BN), PKR mendahului peluang untuk menang sebanyak 55 peratus berbanding BN yang diramalkan hanya mempunyai 45 peratus peluang untuk menang.

Terima kasih kepada Mob’s Crip kerana mencipta poster yang kena dengan waktunya ini. Sila klik sini.
Kenapalah aku baca Utusan Malaysia hari ni. Musnah hari yang indah ni. Kenapalah aku tak dengar kata orang tua-tua supaya jangan baca Utusan. Kan dah terseksa hari ni. Ada seorang bekas tahanan ISA mengatakan bahawa apa yang menyeksakan beliau ialah kerana di dalam tahanan, dia kena baca Utusan dan tengok RTM.
Jadi begitulah juga dengan aku. Baca Utusan Malaysia pagi ni, sakit hati lagi dapat. Bukan dapat ilmu. Macam biasa, yang menyakitkan aku apabila terbaca kenyataan dari Zainuddin Maidin. Aku tak tahu apalah malang nasib rakyat Malaysia kerana mempunyai Menteri Penerangan yang se’bebal’ Zam. Kali ini mengenai berita tentang Zam sewaktu lawatannya selama empat hari ke London dan Paris.
Pilihanraya kecil Ijok yang akan berlangsung beberapa hari lagi bakal menjadi penentu kepada hala tuju politik negara. Pilihanraya kecil ini juga menjadi lebih menarik kerana ia merupakan satu pertembungan diantara dua pembesar yang pernah bersama dalam satu pasukan pada satu ketika dahulu tak lain tak bukan ialah Najib Tun Razak dan Anwar Ibrahim.
Kedua-duanya sudah pasti mahu menang. Najib mahu membuktikan yang dia mampu untuk memimpin pasukan dan menang dalam pilihanraya kecil ini. Ini adalah penting untuk meyakinkan bosnya (baca: Dollah Badawi) yang dia adalah seorang Timbalan yang boleh diharap. Tambah-tambah lagi kerana kes Altantuya yang menghantui dirinya.
Bagi Anwar Ibrahim pula, Ijok sangat penting untuk menetukan masa depan politiknya. Menang di Ijok bermakna Anwar layak menjadi “Ikon” pakatan pembangkang. Kalah di Ijok akan memberikan impak yang negatif kepada imej Anwar Ibrahim kerana ini akan menunjukkan yang beliau tak ada bezanya dengan Haji Hadi dan Lim Kit Siang sebagai Ketua Pembangkang kerana kesemuanya gagal semasa menjadi Ketua Pembangkang.
1. TUJUAN
Laporan ini disediakan untuk memaklumkan tindakan dan langkahan kerajaan bagi memastikan pembangunan Tanah Tinggi Lojing dijalankan dengan lancar mengikut prosedur yang berkuatkuasa pada masa kini.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Kerajaan Negeri Kelantan sememangnya mengambil berat ke atas pembangunan Tanah Tinggi Lojing. Sehingga kini pembangunan Tanah Tinggi Lojing yang diberi keluluasan oleh pihak Kerajaan Negeri adalah sebagaimana berikut:
2.1.1 Kelulusan pada tahun 1980an
a) YAKIN (Usahasama dengan Yakin Tea Sdn. Bhd.) - 23/01/1985
b) YAKIN (Dimajukan oleh Multi System Sdn. Bhd.) - 16/06/1985
c) Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kelantan Darulnaim (Usahasama dengan Lojing Highland Resort) - 05/01/1986
d) Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) - 09/10/1989
2.1.2 Kelulusan pada tahun 1990an:
a) Venue Vision Sdn. Bhd.
Lot 1446 - 04/04/1990
Lot 3716 - 02/05/1990
b) Theme Industries Sdn. Bhd - 25/11/1992
c) PKINK (Lot 1482) - 03/02/1993
d) PKINK (Lot 1664, 1665 dan 1666) - 03/02/1993
e) YAKIN (Usahasama dengan Layar Abadi Sdn Bhd) - 03/11/1996
f) Pejabat Pertanian Negeri Kelantan - 10/03/1996
Seperti biasa, apabila pilihanraya semakin hampir, Barisan Nasional akan mencari isu untuk menghentam kerajaan Kelantan pimpinan PAS. Sheih of Kickdefella dalam blog bahasa melayunya Penembakbadak menjelaskan tentang isu ini.
Isu Lojing: Berguru Kepalang Ajal- Sheih
April 23rd, 2007 · 6 Comments
Selaku kakitangan badan berkanun Kerajaan Negeri, saya cuba mengelak dari membicarakan isu sebenar berhubung Lojing di laman blog saya. Ini bagi mengelakkan pandangan daif saya disalah anggap sebagai pandangan Kerajaan Negeri, namun hari ini, saya membuat keputusan untuk membicarakan isu ini berdasarkan fakta-fakta yang dikemukakan di Malaysia Today dan akhbar-akhbar tempatan.
Saya mula mendengar nama Lojing di akhir era pemerintahan Mat Yaacob di Kelantan. Pada waktu itu, Kerajaan Negeri Pimpinan Barisan Nasional sedang memwar-warkan hasrat menjadikan Lojing sebagai pusat penanaman bunga secara komersial. Sila baca seterusnya disini.

Damaso Magbual, salah seorang Ahli Jawatankuasa Pusat NAMFREL
Gerakan Sivil di Filipina jauh lebih maju jika dibandingkan dengan Malaysia. Antara yang menarik perhatian aku ialah penglibatan kelompok Ahli Perniagaan secara aktif dalam memastikan pilihanraya bebas dan adil.
NAMFREL (National Citizen’s Movement for Free Election) adalah sebuah badan yang telah diiktiraf sebagai badan pemantau pilihanraya baik di Filipina mahupun diperingkat antarabangsa. NAMFREL juga diiktiraf sebagai pengasas aktiviti pemantauan pilihanraya di dunia.
Bahang pilihanraya Ijok semakin panas. Jentera-jentera kedua-dua BN dan BA sedang bekerja keras. Penamaan calon tempoh hari telah terjadi pergaduhan kecil diantara penyokong BN dan penyokong BA. Di Machap tempoh hari, penyokong BA dipukul oleh penyokong BN. Politik gensterisme semakin berleluasa.
Anwar Ibrahim sudah turun ke padang. Najib sudah pasti akan turun ke padang juga. Anwar akan terus bercakap tentang kes Altantuya dan isu komisen Sukhoi. Najib akan terus pertahankan dirinya, dan Ijok adalah satu ”test ground” untuk jentera UMNO di Selangor.
Sudah pasti Ijok akan menjadi sangat menarik. Siapa yang kuat? Apakah wang atau karisma yang akan menang? Ini adalah menarik untuk diperhatikan.

Gambar dari Malaysiakita.
Setelah sekian lama membisu diatas isu Altantuya, Najib akhirnya memberikan respon. Sila baca disini. Walaupun masih belum sahih keterlibatan Najib dalam isu ini, dia tak dapat mengelak lebih-lebih lagi Abdul Razak Baginda, pemikir politiknya sekarang ini dipenjarakan bersama-sama dengan pegawai polis pengawal timbalan perdana menteri sementara menunggu perbicaraan pada bulan Jun ini.
Kalau dulu sewaktu Anwar dikaitkan dengan isu liwat, Munawar dan adik angkatnya Sukma ditahan terlebih dahulu. Walaupun keadaan agak berbeza, tetapi jalan cerita seakan-akan sama.
Pakatan pembangkang bergaduh lagi. Kali ini kerana pilihanraya kecil Ijok. PSM dan PRIM kedua-duanya menyifatkan yang PKR bersifat perkauman apabila meletakkan calon Melayu, Khalid Ibrahim (bukan adik atau abang Anwar Ibrahim) untuk manjadi calon mewakili PKR dalam pilihanraya kecil itu. PRIM yang diketuai oleh Uthayakumar malah mendakwa parti UMNO (yang mencetuskan isu Kampung Medan dan perobohan Kuil-kuil Hindu) sebagai lebih adil terhadap kaum India berbanding PKR yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.
Pergaduhan diantara parti-parti pembangkang yang sering berlaku setaip kali pilihanraya kecil sudah pasti akan mengembirakan regim Barisan Nasional yang telah berkuasa selama 50 tahun. Ini adalah kerana ini akan memberikan peluang untuk Barisan nasional untuk terus berkuasa dengan lebih lama lagi.
Rasa terharu membaca artikel yang ditulis oleh seorang kawan yang sedang meneruskan pelajarannya di Korea Selatan. Bila membaca tulisannya, rasa rindu tak terhingga kepada bumi “Kimchi” yang telah banyak merubah aku.
Rindu juga pada kawan-kawan yang begitu baik dan menunjukkan solidariti yang begitu tinggi terhadap perkembangan demokrasi dan hak asasi manusia di Malaysia.
Black sudah pergi, cheGuBard baru di sini…..
April 8, 2007 jam 5.00 petang, kali terakhir aku memeluk dan bersalaman dengan Black sebelum dia melangkah masuk ke pintu 4, keberangkatan antarabangsa, Incheon International Aiport untuk menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.
Baca seterusnya disini.
Tan Sri Abdul Rashid risau kerana seramai 4.9 juta rakyat Malaysia tak mendaftar sebagai pengundi. 4.9 juta adalah angka yang sangat besar. Tidakkah Abdul Rashid bertanya mengapa perkara sebegini berlaku? Sila klik disini untuk membaca berita tentang itu.
Pada pandangan saya, isu ini adalah isu yang serius. Bagi negara seperti Malaysia yang populasinya lebih kurang 27 juta orang, angka 4.9 juta orang tidak mendaftar sebagai pegundi adalah satu perkara yang sangat serius. Tambahan pula tiga negeri seperti Selangor, Johor dan Perak merupakan yang paling tertinggi jumlah bakal pengundi yang tidak mendaftar. Dan majoriti yang tidak mendaftar sebagai pengundi ialah orang-orang muda.
Salah satu sebab yang mendorong kepada perkara ini berlaku ialah ketidakadilan dan ketidaktelusan pilihanraya itu sendiri. Ini mendorong ramai yang berfikir yang pilihanraya di Malaysia tidak akan membawa apa-apa perubahan. Parti yang memerintah Malaysia sekarang ini sudah bertapak selama 50 tahun tanpa diganti. Sindrom ini tidak ubah seperti apa yang berlaku di Singapura dimana PAP juga tidak pernah ditukar dengan parti yang lain.
Tambahan lagi tidak ada kebebasan media dan banyak sekali akta-akta yang anti demokrasi. Ini adalah salah satu penghalang besar kepada pilihanraya yang bebas dan adil. Dalam bahasa mudahnya, cuba kita ambil contoh permainan bolasepak, jika dalam satu perlawanan kita sudah tau siapa yang akan menang, sudah tentu tak menarik kan?

Semalam aku dan beberapa orang teman meluangkan masa untuk melawat Samsiah Fakeh. Beliau yang sudah menggunakan alat bantuan pernafasan bertambah semangatnya dan cuba untuk berbual-bual dengan kami. Beliau tetap tabah mencuba tetapi dibantu oleh pembantunya yang tidak keberatan untuk menerangkan kepada
Mengalir air matanya dan kami dapat melihat dirinya terharu dengan kedatangan kami. Mana tidaknya, walaupun selama berpuluh tahun kerajaan UMNO dan Barisan Nasional mempropagandakan yang Samsiah Fakeh ini adalah pangganas dan khianat kepada nagara, tetapi masih ada anak muda yang sudah tentunya hanya pangkat cucunya datang melawat beliau.
Ketika kami berada di sana, ada beberapa orang pelawat yang melawat pesakit lain menghampiri kami. Mereka merasa aneh kerana melihat kepelbagaian yang ada pada kelompok kami. Daripada soalan yang ditanyakan, nampak benar yang mereka ini langsung tidak mengenali Samsiah Fakeh. Jika dibandingkan dengan jasa yang telah dilakukan dengan apa yang diterima oleh Samsiah pada masa kini, memang kasihankita melihatnya.
Seharusnya, negara yang membiayai kos-kos perubatan dan membela nasib orang-orang seperti Samsiah Fakeh. Tanpa pengorbanan besar yang dilakukan oleh orang-orang seperti Samsiah, tak mungkin Malaysia akan merdeka.
Keputusan pilihanraya kecil telahpun keluar. Kita dapat menyaksikan calon daripada Barisan Nasional sekali lagi menang dengan majoriti yang besar. Calon dari MCA,Lai Meng Chong telah mendapat 5533 undi berbanding dengan calon dari DAP,Liou Chen Kuang yang hanya mendapat 1452 undi.
Keputusan ini tidak seharusnya memeranjatkan penyokong parti politik pembangkang. Ini adalah kerana mereka sudah cukup masak dengan ketidakadilan pilihanraya yang berlaku dinegara kita. Tindakan paling serius yang pernah dilakukan oleh parti pembangkang dalam usaha untuk memaksa SPR dan kerajaan untuk mereformasikan pilihanraya ialah pemboikotan pilihanraya kecil Batu Talam baru-baru ini. Lihatlah bagaimana takut SPR dan parti pemerintah pada ketika itu kalau-kalau rakyat tidak percaya dengan pilihanraya di Malaysia.
Pemboikotan pilihanraya di Batu Talam telah memberikan impak yang besar walaupun tidak dilakukan dengan cara yang bersungguh oleh pakatan pembangkang. Walau bagaimanapun ia telah menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional bekerja lebih keras untuk memastikan rakyat Batu Talam turun mengundi.
Bagi mereka yang menganut ideologi “Anwarisme”, sekarang sudah tentu mereka lebih faham yang karisma dan batang tubuh Anwar semata-mata tidak akan mampu untuk menewaskan penipuan dan kejahatan pilihanraya. Malahan Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang akan dimalukan dengan lebih teruk dalam pilihanraya akan datang yang pastinya akan penuh dengan pelbagai penipuan, rasuah dan penggunaan jentera kerajaan secara maksimum untuk memastikan Barisan Nasional akan terus kekal menerajui negara untuk 50 tahun yang akan datang.
Kalau Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang serius untuk mereformasikan pilihanraya di Malaysia, mereka harus konsisten dengan apa yang mereka pernah lakukan di pilihanraya kecil Batu Talam. Kalau mereka (baca: pakatan pembangkang) serius dan konsisten berkempen untuk meyakinkan rakyat tentang kepincangan pilihanraya di Malaysia, saya yakin dan percaya usaha itu pasti akan mendapat sokongan yang meluas.
Setiap kali aku baca Utusan Malaysia, pasti ada sahaja berita yang kelakar dan mengelikan hati. Biasanya antara lawak yang boleh menyebabkan aku gembira dan gelak besar apabila membaca Utusan Malaysia ialah bila ada berita atau kenyataan dari Zainuddin Maidin.
Zainuddin Maidin seorang Menteri Penerangan yang sangat dikenali dengan mentaliti zaman perang dingin dan seorang yang sangat anti fahaman Komunisme. Walaupun perang dingin telah lama berlalu dan kerajaan Malaysia juga telah menjalinkan banyak hubungan dengan negara Komunis seperti Cuba dan Korea Utara, fikiran dan pandangan Zainuddin Maidin masih lagi terperangkap dengan mentaliti sempit ini.
Updated: Samsiah Fakeh sekarang berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).Menurut kawan-kawan yang melawat beliau semalam, Samsiah Fakeh sakit paru-paru dan menggunakan alat bantuan oksigen. Siti Nor Hamid Tuah, Nusrat dan ramai lagi bergilir-gilir untuk menjaga Samsiah Fakeh. Sesiapa yamh ingin melawat boleh ke tingkat 6, wad 4 dan katil nombor 20.
Hari ini aku bertemu dengan beberapa orang kawan-kawan lama. Macam-macam berita dan cerita. Diantara berita yang paling mengejutkan aku ialah Samsiah Fakeh, bekas pemimpin AWAS (Angkatan Wanita Sedar) sedang dalam keadaan tenat disebuah hospital di Kuala Lumpur. Tak ingat pula nama hospital dan penyakit sebenar yang diberitahu oleh kawan aku tadi, sama ada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ataupun Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

5 April 2007 merupakan satu tarikh yang bersejarah di negara kita apabila lebih kurang 50 orang penulis blog yang berpayung di bawah “Bloggers United” bertemu di Kelab Wartawan Kebangsaan, Kuala Lumpur dan mebubuhkan Pakatan Kebangsaan Penulis Blog ataupun dalam Bahasa Inggerisnya “National Alliance of Bloggers”.
Jawantankuasa penaja telah dipilih dalam mesyuarat pertama tersebut dimana Rocky Bru @ Ahirudin Attan telah dipilih sebagai Presiden, Jeff Ooi sebagai Timbalan Presiden, Nuraina A. Samad sebagai Setiausaha dan Tony Yew sebagai Bendahari. Manakala 8 orang ahli jawatankuasa terdiri daripada :
Patrick Teoh, Bernard Khoo, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, Syed Jamal al-Idrus, Rajahram Ramalingam, Annuratha K, Ami Husni, dan Soon Li Tsin.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh penulis-penulis blog terkemuka seperti Raja Petra, Susan Loone, Datuk Ruhanie Ahmad, Elizabeth Wong dan Zaharin Yassin.
Sila klik disini dan juga disini.

Gambar dari blog Rustam Sani
Ahmad Boestamam adalah nama yang tak asing di Malaysia. Nama sebenar beliau ialah Abdullah Sani Raja Kechil. Nama beliau tak dapat lari daripada dikaitkan dengan gerakan kemerdekaan Tanah Melayu. Buku-buku sejarah yang digunakan di sekolah-sekolah di Malaysia tak begitu banyak menceritakan tentang Ahmad Boestamam. Seharusnya tokoh yang sebegini besar sumbangan dan pengorbanan terhadap usaha untuk memerdekan negara harus ada satu muzium atau tugu untuk memperingati beliau.
Updated: Khairy Jamaluddin kata, “Elak ikut rentak pembangkang” dalam Utusan Malaysia hari ini. Sila klik disini. Apakah Khairy yang suruh pemuda MIC itu memukul penyokong DAP? Sebab kalau ikut dari tradisi pemuda BN, kalau tak ada apa-apa arahan, mereka tak akan berani.
Bila terbaca berita dibawah, semakin risau rasanya dengan keadaan di Malaysia. Lebih-lebih lagi bila terpaksa menerima kenyataan tentang politik “gengsterisme” yang semakin berleluasa di Malaysia.
Berita dibawah adalah satu daripada beribu-ribu kes yang tak pernah dilaporkan oleh media. Secara kasar memang bagus apabila Utusan Malaysia yang memihak kepada Barisan Nasional melaporkan berita-berita sebegini. Tapi kita jangan salah baca, berita ini sungguh dalam maknanya.
GABUNGAN PENEROKA BANDAR & PERUMAHAN,
JARINGAN RAKYAT TERTINDAS ( JERIT)
72B, Taman Sri Langat, Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor.
Tel / Fax : 03-87370766
03/04/2007
Kepada Kawan-Kawan NGO, Kumpulan Masyarakat , Parti Politik dan aktivis-aktivis,
KAMI PENEROKA BANDAR BUKAN SETINGGAN !
: MEMORANDUM KEPADA KETUA HAKIM NEGARA
- Membantah Penggunaan Undang-undang darurat untuk merobohkan rumah Peneroka
- Membuat aduan terhadap Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kerana menghina mahkamah dengan meminta Peneroka jangan membawa kes mereka ke mahkamah.
Terbaca berita dari The Star tentang pemandu-pemandu lori yang ketakutan untuk menggunakan lebuh raya PLUS dari pukul 11 malam sehingga 4 pagi. Aku terus terfikir, bayar tol mahal-mahal, ini yang kita dapat. Sila baca disini.
Lagi satu yang aku tertanya-tanya ialah apa yang PDRM buat? Takkan hanya hebat ketika memukul orang-orang setinggan dan orang-orang yang berdemonstrasi?
Sammy Vellu dan Musa Hassan kena jawap isu ini. Nanti takut rakyat hilang keyakinan dengan Kementerian Kerja Raya dan PDRM.
Updated:
1) Aktivis merayakan kegagalan perjanjian FTA pada kali ini. Sila klik sini.
2) Rafidah kata rundingan FTA akan disambung pada 13 April 2007 di Washington. Klik sini.
FTA (Free Trade Agreement) ataupun dalam bahasa Melayunya ialah “Perjanjian Perdagangan Bebas” adalah diantara isu yang hangat diperkatakan dewasa ini. Bukan sahaja di Malaysia malahan kebanyakkan negara-negara dunia ketiga juga sedang hangat diperdebatkan.
FTA juga bukan sahaja menjadi isu di negara dunia ketiga, ia juga menjadi isu besar di negara maju seperti Korea Selatan. Di Korea Selatan, para aktivis-aktivis Anti FTA tak henti-henti melakukan kempen diseluruh negara bagi mendapatkan sokongan rakyat bagi memastikan perjanjian ini gagal.
Diantara badan bukan kerajaan yang menjuarai isu FTA ialah PSPD (People Solidarity for Participatory Democracy), sebuah nama yang tidak asing bagi aktivis-aktivis pro demokrasi dan hak asasi manusia di rantau Asia. PSPD dan beberapa badan pertubuhan bukan kerajaan di Korea Selatan telah menubuhkan sebuah gabungan yang dinamakan “Anti Globalisation Coalition” atau pun Gabungan Anti Globalisasi yang bergerak aktif ke seluruh pelusuk Korea Selatan untuk mendapat sokongan rakyat bagi membantah FTA.
Dari Seoul sehinggalah ke Gwangju, kita boleh saksikan demonstrasi-demonstrasi yang dianjurkan oleh Gabungan Anti Globalisasi. Sila klik disini untuk membaca berita tentang contoh berita tentang bantahan Anti FTA yang dilakukan. Malahan baru-baru ini satu protes Anti FTA telah menyaksikan seorang lelaki membakar dirinya sewaktu demonstrasi tersebut. Sila klik disini untuk membaca berita tersebut.

Replika George Bush diarak semasa demonstrasi.

Komen Terkini