Politik “Gengsterisme” dan peranan media arus perdana- Updated
Updated: Khairy Jamaluddin kata, “Elak ikut rentak pembangkang” dalam Utusan Malaysia hari ini. Sila klik disini. Apakah Khairy yang suruh pemuda MIC itu memukul penyokong DAP? Sebab kalau ikut dari tradisi pemuda BN, kalau tak ada apa-apa arahan, mereka tak akan berani.
Bila terbaca berita dibawah, semakin risau rasanya dengan keadaan di Malaysia. Lebih-lebih lagi bila terpaksa menerima kenyataan tentang politik “gengsterisme” yang semakin berleluasa di Malaysia.
Berita dibawah adalah satu daripada beribu-ribu kes yang tak pernah dilaporkan oleh media. Secara kasar memang bagus apabila Utusan Malaysia yang memihak kepada Barisan Nasional melaporkan berita-berita sebegini. Tapi kita jangan salah baca, berita ini sungguh dalam maknanya.
Disatu segi yang lain, berita ini bertujuan untuk memberi amaran kepada penyokong-penyokong parti pembangkang dan pengundi-pengundi di Machap yang keadaan sebegini boleh berlaku jika mereka tidak memihak kepada Barisan Nasional atau cuba mengkritik atau mempersoalkan sesiapa sahaja daripada pihak kem pemerintah.
Mengapa penyokong MIC memukul dua penyokong DAP yang dikatakan mengejek Samy Vellu? Ini sangat jelas kerana rakyat telah mula mempersoalkan kesusahan yang mereka hadapi. Isu kenaikan harga tol yang melampau telah menyebebkan rakyat Malaysia menderita kerana kos kehidupan juga telah meningkat dengan tinggi.
Sudah tentu rakyat akan melihat Samy Vellu sebagai punca kenaikan tersebut kerana beliaulah Menteri Kerja Raya. Sedikit sebanyak isu kenaikan harga tol telah menyebabkan populariti Barisan Nasional semakin menurun. Rakyat semakin sedar, sampai bila mereka harus dibebankan dengan kos kehidupan yang semakin tinggi tanpa kenaikan gaji atau pendapatan yang mengimbangi.
Samy Vellu dan Barisan Nasional tahu yang mereka susah untuk meyakinkan rakyat tentang isu ini kerana yang menanggung beban yang kehidupan ialah rakyat sendiri. Maka itulah sebabnya jalan “gengsterisme” ini digunakan. Kemungkinan taktik-taktik sebegini akan benyak lagi berlaku dalam tempoh kempen ini. Kita jangan pula terkejut. Media arus perdana juga akan memainkan peranan mereka untuk memberi amaran kepada rakyat tentang siapa yang sebenarnya berkuasa.
“Dua penyokong DAP ejek Samy Vellu dipukul
ALOR GAJAH 3 April – Gara-gara dikatakan mengejek Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu, dua penyokong DAP dipukul oleh sekumpulan penyokong MIC di pusat penamaan calon sempena pilihan raya kecil Machap di Kompleks Japerun Bukit Bulat, Machap di sini hari ini.
Mangsa dikenali sebangai K. Kannis, 42, yang merupakan seorang juruteknik dan A. Vijayan, 24, seorang pekerja di syarikat pengangkutan dari Senawang, Negeri Sembilan.
Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner 1 Datuk Ayob Yaakob berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila para penyokong DAP melaungkan kata-kata “Undur Samy… Undur Samy..” ketika proses penamaan calon sedang berjalan di kompleks itu.
Oleh kerana tidak berpuas hati dengan ejekan itu, kata beliau, sekumpulan penyokong MIC dikatakan menyerang mangsa selepas proses penamaan calon selesai, iaitu kira-kira pukul 11.30 pagi.
‘‘Kedua-dua mangsa dikatakan telah diserang dengan batang kayu tajam yang mengikat bendera MIC serta batu-bata.
Siasatan
‘‘Akibatnya, mereka mengalami kecederaan pada bahu dan Kannis juga turut mengalami kecederaan di kepala,’’ katanya kepada pemberita, di sini.
Berikutan itu, kata Ayob, polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun di sini untuk membantu siasatan.
Menurutnya, polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai serangan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
‘‘Polis akan menjalankan siasatan dengan mendapatkan pengesahan daripada seorang lelaki yang ditahan itu di samping memanggil saksi-saksi yang berada di tempat kejadian,” katanya.
Pada proses penamaan calon itu, kira-kira 10,000 penyokong dari Barisan Nasional (BN) dan DAP berarak dan berkumpul di hadapan kompleks tersebut bagi memberikan sokongan kepada calon masing-masing sempena pilihan raya kecil itu.
Pada pilihan raya berkenaan, calon BN, Lai Meng Chong, 56, akan menentang Liou Chen Kuang, 33, dari parti DAP.
Proses pembuangan undi akan diadakan pada 12 April ini di lapan pusat pembuangan undi di DUN Machap. Utusan Malaysia.”
Sila klik disini.















mereka ni mangkuk ke hape, biasa la bila kita berlawan, mesti ada kata-kata ejekan sebegitu, orang lawan bola pun macam tu juga.
memang mereka ni tak ubah macam penonton bola sepak england yang terkenal kerana kebodohan mereka tu.
Siapa tak tahu. Dia memang samseng. Semua tu kerana ada kuasa. Rakyat perlu tunjukkan siapa yang lebih berkuasa.
http://uptrendman.wordpress.com/
el,
begitulah keadaan semasa.politik samseng diperkenalkan. semuanya kerana Pak Lah suka tengok filem Godfather.
rustamoh,
Masa akan tiba bila rakyat akan memasukkan mereka semua ke dalam tong sampah sejarah.
BN sucks!
Khairy Jamaluddin menasihat? hahahaha.. berlakon la tu..tunjuk baik..ceh
kj suruh elak kempen cara gangster..hai kj…aku pernah tgk gambar kau dengan antara salah sorang kepala kongsi gelap melayu…kalau sb ada pantau website kau ni amin@black..kau bergambar dengan seorang ketua gangster melayu putrajaya dan keramat..pada waktu tu kau KJ pakai baju lengan panjang warna ungu!! kau nak nafikan!! jangan sampai aku amik gambar tu post kat website black nie!!!
sudah la umno n BN!!! korang la pembela gangsterisme!!!
Orang kalau tak larat guna otak akan guna otot
Bro Zahrin
Berminat gak nak tgk photo KJ ngan mafia keramat
Klu ada post jer kongsi ngan kekawan nak tengok….
saya hanya berani post gambar itu jika dibenarkan saudara amin…jika saudara amin izinkan saya takde masalah untuk post gambar tu
Malcom,
Post lah gambar tu disini. Aku tak kisah.
sudah ku emailkan kpd black..aku tak reti nak post..amin kau boleh post kan la gambar tu kat sini..dah tiba masanya kita dedahkan jenayah Umno dan BN nie
Baiklah. Aku akan post nanti bila tiba masanya. Tengah nak kumpulkan maklumat lagi dan gambar itu boleh diletakkan dalam posting itu.
Tapi buat masa ini, sesiapa yang mahukan gambar itu, sila email ke amin.iskandar@gmail.com alamat email hangpa, nanti aku akan hantar gambar.
Salam,
AI@Black.
segala maklumat aku boleh bg..bg aku masa hingga minggu hadapan…kita bongkar habis-habisan!!!