Tan Sri Abdul Rashid risau kerana seramai 4.9 juta rakyat Malaysia tak mendaftar sebagai pengundi. 4.9 juta adalah angka yang sangat besar. Tidakkah Abdul Rashid bertanya mengapa perkara sebegini berlaku? Sila klik disini untuk membaca berita tentang itu.
Pada pandangan saya, isu ini adalah isu yang serius. Bagi negara seperti Malaysia yang populasinya lebih kurang 27 juta orang, angka 4.9 juta orang tidak mendaftar sebagai pegundi adalah satu perkara yang sangat serius. Tambahan pula tiga negeri seperti Selangor, Johor dan Perak merupakan yang paling tertinggi jumlah bakal pengundi yang tidak mendaftar. Dan majoriti yang tidak mendaftar sebagai pengundi ialah orang-orang muda.
Salah satu sebab yang mendorong kepada perkara ini berlaku ialah ketidakadilan dan ketidaktelusan pilihanraya itu sendiri. Ini mendorong ramai yang berfikir yang pilihanraya di Malaysia tidak akan membawa apa-apa perubahan. Parti yang memerintah Malaysia sekarang ini sudah bertapak selama 50 tahun tanpa diganti. Sindrom ini tidak ubah seperti apa yang berlaku di Singapura dimana PAP juga tidak pernah ditukar dengan parti yang lain.
Tambahan lagi tidak ada kebebasan media dan banyak sekali akta-akta yang anti demokrasi. Ini adalah salah satu penghalang besar kepada pilihanraya yang bebas dan adil. Dalam bahasa mudahnya, cuba kita ambil contoh permainan bolasepak, jika dalam satu perlawanan kita sudah tau siapa yang akan menang, sudah tentu tak menarik kan?









Saudara saya Black,
BN telah menunjukkan prestasi yang ‘memberansangkan’ pada tahun-tahun yang lepas (dari segi pemerintahan, terutama di era TDM).
Saya rasa, yang perlu kita bersama kempenkan adalah membuang segala lalat-langau yang menghurung BN ketika ini. Perlu juga dibuang adalah anak-anak lalat-langau yang jika dibiarkan membesar akan ‘membusukkan lagi’ BN!
benar…tapi black aku nk tambah satu lagi la..selain daripada permainan berat sebelah dan spr bertindak macam pengadil WWE..remaja kita, anak muda macam kita, senang cerita golongan bawah 30an tidak mendaftar rata-rata kerana dalam kepada otak mereka leka dengan hiburan yang melampau sehingga menyebabkan mereka tidak mempunyai satu perasaan untuk Malaysia yg tercinta ini maju kehadapan baik dari ekonomi mahupun dari keadilan dan kesaksamaan..
macam mana mahu mengubah minda ini jika pimpinan atasan yang membuka ruang seluas-luasnya pintu hiburan yang melampau..perlu diingatkan tidak salah kita berhibur tapi apabila hiburan menguasai minda alamatnya semangat mahu melihat MAlaysia lebih hebat takde la…
aku setuju pendapat kau black…nak mendaftar ceh nama arwah ayah aku aku check sebelum pilihanraya Batu Talam ada lagi..siap kat dua tempat lagi apa cerita!!!! aku bukan sahaja boikot tapi dah tak percaya sistem pilihanraya kat malaysia nie… (tu bg orang yg bersemangat nak ubah negara kepada yg lebih baik mcm kita la hehehe perasan)
ala buat apa nak mendaftar tu kerja orang tua..belum time kami lagi…nnt esok-esok kami register la (tu jawapan anak muda yang tau hiburan je)
jadi apa pun aku tetap optimis REFORMASI pasti berjaya!!!!!
Apa2 pun BN gak menang, sama ja tak undi dia menang undi pun dia menang….beratur ramai2 kat pusat mengundi tu buat penat ja.
ya benar..yang penting kita berusaha..walaupun BN menang (dgn cara kotor!!) sekurang-kurangnya kita menyatakan protes dan kebencian kita kepada kerajaan yang ada pada hari ni kerna kezaliman dan kekejaman yg dibuat oleh mereka…
biar penat tapi sekurang-kurangnya kita nyatakan ketidakpuasan hati kita dikertas undi..
dan saya tetap setuju dengan saudara karim aboo..memmang cilaka la kalau beratur pastu kalah pastu tgk dorang menang dengan cara menipu (kalau itu maksud saudara)
apa pun buat PKR yang bakal bertanding..lawan dan teruskan lawan..kepada siapa yg percaya kepada pilihanjalanraya…ayuh mari organize (walaupun dari sudut realiti agak susah)
apa pon GERAM,benci kerana kezaliman (dan as a muslim aku benci kerna Penciptaku dah bg garis panduan supaya kita senantiasa berlaku adil kerana menurut Saidina Ali keadilan menghampiri taqwa dan mengambil semangat Saidina Abu Bakr yakni tolongku jika aku benar dan tegurku jika aku salah.. )
Kita perlu tunjukkan kuasa rakyat …barulah mereka sedar siapa mereka sebenarnya….Hidupkan gelombang tsunami rakyat!!!!!
Black, ada 4.9 juta pengikut aku. Bangganya aku.
Mari kita sama-sama terus boikot dari mendaftarkan diri sebagai pemilih.
kalau tak layak mengundi, kira memboikot pilihanraya kah?