Najib vs Anwar : Siapa menang?
Setelah sekian lama membisu diatas isu Altantuya, Najib akhirnya memberikan respon. Sila baca disini. Walaupun masih belum sahih keterlibatan Najib dalam isu ini, dia tak dapat mengelak lebih-lebih lagi Abdul Razak Baginda, pemikir politiknya sekarang ini dipenjarakan bersama-sama dengan pegawai polis pengawal timbalan perdana menteri sementara menunggu perbicaraan pada bulan Jun ini.
Kalau dulu sewaktu Anwar dikaitkan dengan isu liwat, Munawar dan adik angkatnya Sukma ditahan terlebih dahulu. Walaupun keadaan agak berbeza, tetapi jalan cerita seakan-akan sama.
Anwar yang bebas pada tahun 2004, sekarang ini telah aktif dalam arena politik negara. Walaupun taringnya masih belum sampai kemuncak seperti ditahun 1998, dikatakan kalau Anwar terus membawa obor perlawanan, sudah pasti kebangkitan rakyat boleh terjadi kembali. Dengan syarat “obor perlawanan” seperti yang dibawa pada tahun 1998 itu diteruskan. Anwar tak boleh mengelak yang bila sampai waktunya nanti, demonstrasi jalanraya akan terpaksa digunakan kembali jika mahu membuat perubahan dinegara Malaysia. Kerana secara realitinya, Anwar juga tahu, selagi tidak ada reformasi pilihanraya, pembangkang tak mungkin akan menang.
Jika Anwar mahu memilih jalan ini, Anwar mungkin terpaksa mengorbankan bekas setiausaha sulitnya Azmin Ali dan kembali bergabung dengan Ezam Mohd Noor untuk menjayakan misi ini. Ini adalah kerana hanya Ezam yang telah diuji dan mampu untuk menjayakan demonstrasi jalanraya berbanding dengan Azmin yang lebih berminat dengan politik parlimen.
Najib Tun Razak yang mendiamkan diri, akhirnya terpaksa menjawab. Beliau menyerang Anwar dan mengatakan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu memfitnah beliau dan mengugut untuk mendedahkan kebobrokan Anwar jika beliau terus dikritik. Seperti biasa, isu lama juga diungkit. Najib mengatakan bahawa Anwarlah yang bersalah terhadap apa yang berlaku ketika krisis kewangan dahulu. Menurut Najib, Anwar mengikut telunjuk bank dunia sehingga negara hampir bangkrap.
Perlawanan Najib dan Anwar semakin ketara. Anwar tak henti-henti membangkitkan isu Altantuya dan komisen Sukhoi. Yang paling ketara ialah sewaktu Anwar diwawancara oleh Al- Jazeera. Najib pula baru mula untuk menjawab bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Jika dilihat dari segi strategi politik, Anwar telah menggunkan strategi yang betul apabila memilih jalan untuk melawan Najib terlebih dahulu. Ini yang seharusnya dilakukan oleh parti pembangkang sejak dulu lagi. 2004 adalah satu kesilapan besar bagi pakatan pembangkang kerana menjadikan Abdullah Badawi yang baru dipilih sebagai mengsa. Ini telah menyebabkan kekalahan teruk mereka dalam pilihanraya umum 2004 itu.
Mari kita lihat perkembangan perlawanan Najib-Anwar ini. Jika Najib menang, tidak ada apa yang Anwar hilang kerana beliau telah lama hilang jawatan, pangkat dan kedudukan. Tetapi jika Anwar menang, Najib juga akan menjadi seorang bekas timbalan perdana menteri.















mari kita tengok siapa yg kena…
AI @ Black: Ya… Kita tengok siapa yang kena….
Toyol beri tahu rombakan kecil kabinet akan berlaku salepas pilihanraya Ijok.Nojib mungkin tukar kementerian…pengganti nya mungkin Mc Tyson. Disini kita lihat cara untuk menyingkir Nojib sudah di atur…kita berharap 3 orang yang dituduh itu akan mencerita yang sabenar dalam perbicaraan nanti…siapa kah perancang utama dalam kes pembunuhan Altantuya…macam mana C4 bolih keluar dari setor mindef..siapa suruh padam rekod keluar masuk Altantuya ke Malaysia. Perbicaraan kes ini patut diadakan di Stadium samoga ribuan rakyat dapat hadir dengar,,,dan Aljazeera akan broadcast LIVE….
AI @ Black : Ranjit. Terima kasih dengan maklumat yang diberi. Najib jugak mungkin akan join the club tak lama lagi. Dia juga kena start blogging… Ha ha ha
pada pandangan saya ….rakyat malaysia perlu sedar dan teliti dalam membuat keputusan….kedua-dua mereka ada sumbangan masing masing dan itu kita tidak boleh nafikan. Anwar ada memberi sumbangan begiru juga najib, yang penting rakyat diberi keadilan dan sama-samalah kita berdoa utk ditunjukan kebenaran oleh pencipta yang agung….
oiii….bn bila mau lagi ,tak mau main tipu tipu ha ….gentel la bila pilihan raya jgn le pakai hantu hantu spr biar bebas…fedup la aku tengok muka org org bn ni cam sial laaa….baik yang atas baik yg bawah semua pandang kebendaan sial punya bn…memang sial bn….hancur bn celaka bn..hidup keadilan hidup BA.
emm… saya memang mengikuti perkembangan anwar dari duu.. cara pemikiran anwar lebih kurang sama dengan khairi.. namun khairi lebih berani mengambil risiko, dan anwar merancang secaraa senyap.. namun, kedua2 mempunyai kepentingan utk diri sendiri.. bukannya kepentingan rakyat.. berbeza dgn Dr M, walaupun beliau nie tetap mengayakan diri sendiri, namun rakyat tetap merasa kemewahan semasa pemerintahannya.. kontarktor2 bumiputra diberi gelaran wibawa agar mereka boleh bertapak dengan maju.. tp sekarang tiada la kontraktor wibawa.. dan bungkus la semua mereka nie.. ini adalah pendapat saya yg tak seberapa.. apapun, setiap org ader kelebihan dan kekuranga.. jika kita terima dgn hati yg terbuka.. baru kita nampak semuanya..
Najib mungkin kalah tetapi BN tetap menang. Melainkan rakyat menolak sepenuhnya.
http://www.uptrendnet.com/cgi/replicate/r_track_banner.php?bid=102696&mid=103201
yang pasti pengundi kat ijok akan disembelih lagi
saudara amin..
apa kata saudara pegi ke ijok dan ambil gambar untuk tatapan mereka yg tidak berkesempatan untuk pergi ke IJOK…
kalau aku lah kan…
dr duduk bawah kerajaan yg bakal xtau apa2…
baik duduk bwh kerajaan yang kita dah tau mcm mana… even rasuah, korupsi… tp kemajuan pembahagian sama rata dan rakyat dapat merasainya…
korang antara orang malaysia yg xreti bersyukur…
dah terer sgt p laa jadi menteri…
org xsokong korang sbb korang hampehh….
erm telus ker web ni?
sbb sebarang komen memerlukan pengesahan…
aku rasa moderator blog ni pon korup jgk…
blog kecik mcm ni pon dah korup…
so, jgn mengharapkan pemimpin yg telus….
jangan bergaduh anak melayu. Kalah jadi arang menang jadi abu. Sila baca wikepedia mengenai anwar ibrahim.