You are currently browsing the monthly archive for Mei, 2007.
Bacalah suratkhabar. Semuanya berita-berita kemalangan ngeri. Takut pula rasanya nak menggunkan jalanraya. Sila klik disini, sini dan disini. Malam minggu lepas aku dan kawan-kawan pergi melawat dan makan malam di Gombak berdekatan dengan UIA. Dalam perjalanan balik lalu jalan yang menghala ke Greenwood, ternampak ramai orang berada di tepi jalan. Macam ada kemalangan. Kereta bergerak perlahan-lahan. Bila dah dekat dengan kawasan kemalangan itu ternampak mayat seorang anak muda ditepi jalan.
Sedih rasanya hati apabila mengenangkan yang dia masih muda dan berkemungkinan mempunyai masa depan yang cerah. Yang sedih lagi, budak itu adalah penunggang motosikal. Teringat kepada seorang kawan baik sewaktu belajar dulu. Dia seorang yang bijak, pintar dan baik hati. 1 Syawal tahun 1999 dia telah kemalangan motosikal dan kembali ke Rahmatullah.
Itulah realiti di Malaysia. Setiap tahun, begitu tinggi sekali angka kemalangan maut yang disebabkan oleh motosikal. Ramai anak-anak muda yang terkorban. Terutamanya pada musim perayaan. Bagaimana nak selesaikan masalah ini? Tak jumpa jawapan. Kalau ada sesiapa yang nak tolong berikan jawapan, silakan.
Muktamar PAS akan berlangsung tak lama lagi. PKR baru sahaja selesai dengan kongresnya. PAS nampaknya sudah bersedia untuk menjadi sebuah parti yang bersifat nasional. Lebih-lebih lagi apabila bangunan baru PAS di Jalan Raja Laut dirasmikan. Sila klik disini. Muktamar PAS ke 53 yang akan berlangsung pada 1-3 Jun 2007 ini di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Kelantan Darul Naim.
Muktamar ini agak panas oleh kerana jawatan Timbalan Presiden akan dipertandingkan. Nasharuddin Mat Isa akan dicabar oleh Harun Taib. Nasharuddin yang dilihat mewakili fraksi golongan progressif akan dicabar oleh Harun taib yang mewakili golongan Ulama konservatif.
Apa-apa pun perwakilanlah yang akan menentukan sama ada mahu PAS bergerak ke hadapan atau terus mahu duduk di tampuk lama. PAS yang berimej nasional sudah pasti boleh menawan hati rakyat Malaysia berbanding dengan PAS yang lama. PAS perlu melihat bagaimana Justice and Development Party (AKP) (Parti Keadilan dan Pembangunan) yang berimejkan Islam berjaya menawan hati rakyat Turki.
Tayyib Erdogan yang kini menjadi Perdana Menteri Turki berjaya memenangi hati rakyat dengan agenda keadilan dan pembangunan yang dibawanya. Sudah sampai masanya PAS berubah. Saya tertarik dengan ulasan Sheih disini. PAS harus jelas sama ada mahu menjadi parti politik yang memerintah negara atau menjadi parti politik yang berdakwah.
|
คณะทำงานยุติธรรมเพื่อสันติภาพ Working Group on Justice for Peace มูลนิธิผสานวัฒนธรรม 111 ซอยสิทธิชน ถนนสุทธิสารวินิจฉัย สามเสนนอก ห้วยขวาง กรุงเทพฯ 10320 โทร 662-6934939 โทรสาร 66-2-2753954
|
Released on 25 May 2007
Statement
Urged the public prosecutor to speed up the case of extra judicial killings in Kruesae Mosque and reconsider the order to transfer Gen.Pallop Pinmanee to the Deep South
On 25 May 2007 the WGJP submitted an open letter to the office of Attorney General in order to urge them to speed up the legal proceedings regarding the case of extra judicial killing of 32 people in Krusae Mosque on 28 April 2004.
On 28 November 2006, the Pattani Provincial Court in its order on Red Case number Chor 3/2549 stated that on 28th April General Pallop Pinmanee, Colonel Manas Kongpan, Lieutenant Colonel Naphat Nakchaiya, ordered security officers to surround the Kruesae Mosque and open fire and the 32 persons died because of injuries to critical organs of the body caused by bullets and explosives. The Court has sent the file of Court examination of post mortem inquest back to the prosecutor in order to conduct further investigation and identify the persons responsible for the killings. However it appears that there has been no progress on the said case. The WGJP requests the office of Attorney General to answer why it has taken more than 6 months for the Pattani Provincial Court to make an order. The society is doubtful about the fairness of the justice system in Thailand as there seems to be many barriers in accessing justice. Also as in this case justice is inordinately delayed and the justice system itself does not seem to be transparent and independent from interference by other vested interests.
Bom meletup lagi di Selatan Thai. Kali ini 7 letupan bom. Sila klik disini. Krisis tak sudah-sudah. Pemerintahan Junta Tentera juga gagal untuk menyelesaikan krisis di Selatan Thai. Tetapi syukurlah sekarang ini sudah ada NGO-NGO dari Bangkok yang turun ke Selatan Thai untuk belajar dan memahami masalah sebenar di Selatan Thai. Menurut aktivis-aktivis dari Thailand, sekarang ini di Selatan Thai tidak diketahui kumpulan manakah yang melakukan serangan-serangan berbanding dengan dahulu yang lebih jelas seperti PULO dan BRN.
Sastera Underground Vs Sastera Islam. Rahmat Haron adalah seorang panelis dalam forum ini. Sila klik disini. Beliau telah bersetuju untuk menjadi kolumnis harian, mingguan atau bulanan di blog ini. Kita nantikanlah…….
Keadaan Semasa Hak Asasi Sejagat
Ketua Negara : Raja Tuanku Syed Sirajuddin
Ketua Kerajaan : Abdullah Ahmad Badawi
Hukuman Mati : Pengamal
Mahkamah Jenayah Antarabangsa : Tidak diratifikasikan
Tahun lalu berakhir tanpa kerajaan melaksanakan jaminannya untuk menubuh satu suruhanjaya aduan polis. Sekurang-kurangnya 80 lelaki yang dituduh mempunyai hubungan dengan kumpulan-kumpulan extremis Islam telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 tanpa didakwa atau dibicara. Kebebasan bersuara, berpersatuan dan perhimpunan terus disekat melalui undang-undang yang bersifat menghadkan hak. Mereka-mereka yang disyaki pendatang tanpa mengikut prosedur sempurna (irregular migrants) atau pemohon perlindungan (asylum seekers) diganggu dan ditahan dalam keadaan yang teruk sebelum dihantar pulang. Ratusan orang yang kebanyakannya pendatang tanpa prosedur sempurna dipenjara atau dirotan setelah perbicaraan yang tidak adil. Hukuman mati juga terus dijatuhkan dan sejumlah empat hukuman mati telah dilaksanakan.
REFORMASI POLIS
Organisasi-organisasi bukan kerajaan terus mendesak kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan Dan Salah-Laku Polis (IPCMC). Dalam tahun 2005, satu Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai polis telah membuat beberapa syor untuk perubahan yang luas termasuk penubuhan IPCMC menjelang bulan Mei 2006. Draf undang-undang untuk penubuhan IPCMC dilaporkan masih berada dalam pertimbangan Peguam Negara sehingga akhir tahun. Beberapa lagi perubahan yang disyorkan termasuk pemansuhan atau kajian semula undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa bicara atau undang-undang yang menekankan keperluan permit polis untuk perhimpunan awam, tidak dilaksanakan.
KEGANASAN POLIS
Masih terdapat laporan mengenai penggunaan kekerasan yang berlebihan oleh pegawai polis semasa demonstrasi. Pada bulan Mac dan Mei, pihak polis yang bersenjatakan perisai dan secara ganas menyuraikan beberapa penunjuk perasaan yang aman di Kuala Lumpur terhadap kenaikan harga minyak dengan menggunakan baton dan meriam air. Beberapa orang dilaporkan mengalami kecederaan teruk dan ramai lagi ditangkap. Semua mereka kemudiannya dibebaskan.
Masih terdapat kebimbangan tentang keberkesanan langkah-langkah menjamin keselamatan dan kebajikan tahanan polis. Sekurang-kurangnya lima orang termasuk seorang wanita dilaporkan telah mati semasa berada dalam tahanan polis sepanjang tahun lepas.
TAHANAN TANPA BICARA
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang membenarkan tahanan tanpa bicara bagi tempoh sehingga dua tahun yang boleh diperbaharui tanpa had terus diguna pakai dan juga digunakan sebagai alat untuk menimbulkan ketakutan. Sekurang-kurangnya 80 lelaki yang dituduh sebagai ahli atau yang mempunyai hubungan dengan kumpulan-kumpulan extremis Islam masih berada dalam tahanan sehingga hujung tahun. Sekurang-kurangnya 20 arahan tahanan telah diperbaharui dan sebab diperbaharui tidak diumumkan.
• Dalam bulan Mei, 11 orang telah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 atas tuduhan penglibatan di dalam kumpulan Islam yang dikenali sebagai Darul Islam Sabah.
• Dalam bulan Oktober, sekurang-kurangnya 17 orang yang dituduh sebagai ahli Jemaah Islamiyah dan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dibebaskan tetapi terus berada di bawah Perintah Larangan Pergerakan.
• Sekurangnya-kurangnya 700 suspek jenayah masih berada dalam tahanan di bawah Ordinan Darurat (Penjegahan Jenayah Dan Kententeraman Awam) yang membolehkan tahanan tanpa hak bicara bagi tempoh yang tidak terhad. Ramai ditahan di bawah Ordinan Darurat kerana pihak polis tidak mempunyai bukti/keterangan yang cukup untuk mendakwa mereka. Pada bulan Oktober, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa kesahihan tahanan di bawah Ordinan Darurat oleh polis tidak boleh dicabar di mahkamah setelah Menteri Keselamatan Dalam Negeri mengeluarkan arahan tahanan itu.
PEKERJA ASING, PELARIAN DAN PEMOHON PERLINDUNGAN
Pelarian, pemohon perlindungan dan pekerja asing terus terdedah kepada penangkapan dan tahanan dalam keadaan yang buruk dan dihantar pulang di bawah Akta Imigresen. Pekerja asing dizalimi secara fizikal dan psikologikal oleh agensi-agensi pekerja dan majikan dan kerap dinafikan peluang saksama kepada faedah dan perlindungan yang dijamin kepada pekerja Malaysia, termasuk faedah materniti, cuti dan waktu kerja terhad.Penggunaan kekerasan yang berlebihan dan layanan buruk dilaporkan berlaku semasa serbuan dan tangkapan beramai-ramai yang dilakukan oleh ahli-ahli Rela terhadap pekerja asing yang disyaki tidak mematuhi prosedur sempurna.Ratusan daripada mereka dirotan setelah disabit dengan kesalahan melanggar undanng-undang imigresen.
• Pada bulan Februari, mayat lima orang pekerja asing yang dikatakan telah melarikan diri daripada serbuan Rela ditemui di sebuat tasik di Selayang, berhampiran Kuala Lumpur.Beberapa orang saksi melaporkan terdapat beberapa tanda penyeksaan pada sekurang-kurangya daripada satu mayat tersebut.
KEBEBASAN BERSUARA DAN BERPESATUAN
Akta Penerbitan dan Percetakan yang membenarkan pihak berkuasa menolak, membatalkan atau menggantung pengeluaran permit percetakan terus menerima kritikan.
• Sepanjang tahun, dua editor akhbar dipaksa meletakkan jawatan berikutan pernerbitan di dalam akhbar mereka tentang salah laku polis dan tiga akhbar telah digantung setelah didapati menerbitan semula lukisan Nabi Muhammad yang pertama kalinya diterbit di dalam akhbar Denmark pada tahun 2005 dan dikatakan berunsur hina.
• Pada bulan Mei, parti pembangkang Parti Keadilan Rakyat membuat bantahan terhadap keengganan pihak kerajaan mengeluarkan permit percetakan pada akhbar rasmi parti tersebut. Dua parti pembangkang, Kongres Dayak Malaysia dan Parti Sosialis Malaysia telah dinafikan pendaftaran di bawah Akta Pertubuhan.
Pada bulan Mac, Majlis Peguam Malaysia telah meluluskan satu resolusi mendesak pemansuhan hukuman mati dan satu penanguhan terhadap perlaksanaan hukuman tersebut. Hukuman mati walau bagaimanapun terus dijatuhkan sepanjang tahun 2006, kebanyakkannya sebagai hukuman mandatori untuk kesalahan-kesalahan berkaitan dadah. Empat hukuman mati bagi kesalahan pembelotan bersenjata dilaksanakan. Pihak berkuasa juga meneruskan pendekatan untuk tidak mengeluarkan statistik terkini mengenai hukuman mati.
Pada bulan Mei, Parlimen meluluskan Rang Undang-undang Penswastaan Air yang turut mengenakan hukuman mati bagi kesalahan-kesalahan pencemaran air yang serius.
Hukuman rotan, satu hukuman yang kejam dan tanpa perikemanusiaan, turut dilakukan.
LAPORAN/LAWATAN NEGARA AI
Laporan
Malaysia: Kempen Amnesty International untuk menghentikan seksaan dan kekejaman dalam Perang Terhadap Keganasan.
(AI Indeks: ASA 28/003/2006)
Lawatan
Wakil AI berjumpa dengan pegawai rasmi kerajaan dalam bulan Mac dan juga kumpulan komuniti sivil tempatan dalam bulan Jun untuk membincangkan progres dalam implementasi reformasi polis.
(Rujukan: Muka Surat 176-177, Laporan Amnesty International 2007)
Baru-baru ni heboh tentang isu Anwar dan Paul Wolfowitz. Pemimpin-pemimpin UMNO mengambil kesempatan untuk menyerang Anwar. Sehinggakan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang juga merangkap menantu Perdana Menteri menggunakan isu ini dengan sebaiknya. Sila klik disini.
Kalau dahulu, sudah pasti Ezam Mohd Noor yang akan mengambil tugas untuk menjawab Khairy. Tapi sekarang sampai Anwar sendiri nak kena jawab. Siapalah Khairy kalau nak dibandingkan dengan Anwar? Mana pergi suara anak muda dalam PKR? Takkan kerana kongres, tanggungjawab nak dilupakan?
Tahniah kepada semua pegundi-pengundi BN. Terutamanya kepada pegundi-pegundi yang miskin dan berada di luar bandar. Tanpa undi dan sokongan yang diberi selama ini, tak mungkin harga-harga barang dapat dinaikkan dengan sewenang-wenangnya.
Sudah tentu Perdana Menteri dan Barisan Kabinet tidak merasakan sedikitpun akibat daripada kenaikkan harga barang. Begitu juga dengan anak dan menantu perdana menteri. Timbalan Perdana Menteri yang pernah menyuruh rakyat supaya merubah gaya hidup juga sedikitpun tidak akan terjejas dengan kenaikkan harga barang. Tambahan lagi kerana kita semua tahu, jikalau Timbalan Perdana Menteri menjalankan urusniaga senjata, pasti berjuta-juta ringgit komisen yang beliau akan dapat.
Siapa yang akan terjejas akibat kenaikkan harga-harga barang ini? Jawapannya ialah pegundi-pengundi BN yang berada di luar bandar. Tidak lupa juga pegundi-pegundi Johor (yang ditinggalkan oleh Perdana Menteri ketika menderita akibat banjir hanya kerana Perdana Menteri nak rasmikan restoran Nasi Kandar (yang telah bungkus) di Perth).
Berilah undi yang lebih banyak lagi. Juallah undi agar BN mendapat mandat yang lebih besar untuk memerintah negara. Jika mandat lebih besar, maka lebih mudahlah harga-harga barang untuk terus dinaikkan!!! Sila klik disini dan disini.
Di Malaysia macam-macam boleh terjadi. Itu sebabnya ia digelar “Bolehland”. Serba-serbi boleh berlaku. Malaysia juga negara yang ajaib kerana parti politik yang memerintah di negara kita tak pernah bertukar semenjak pilihanraya yang pertama dijalankan.
Abdullah Badawi juga baru-baru ini berkata yang beliau mahu Barisan Nasional dan UMNO memerintah Malaysia 100 tahun lagi. Saya rasa Pak Lah tidak cukup berwawasan, kerana kalau saya jadi Pak Lah, saya akan kata yang Barisan Nasional akan memerintah sehingga dunia kiamat.
Memang ini boleh berlaku. Pertama, ialah kerana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) itu sendiri sejak diawal penubuhannya bekerja bukan sahaja untuk menguruskan pilihanraya malahan untuk memastikan Barisan Nasional terus menang. Kedua, rakyat Malaysia baik yang Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan memang begitu mudah ditipu dan diperbodohkan. Mengapa saya berkata begini?
Lihat sahajalah semenjak zaman perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada ketika itu ada dua kumpulan Melayu yang melawan penjajah Inggeris. Ada kelompok kiri dan ada kelompok kanan. Kelompok kiri dipimpin oleh PKMM dan yang kanan dipimpin oleh UMNO. Dato Onn yang ketika itu memimpin UMNO secara terang-terangan menghina PKMM yang berjuang untuk menuntut kemerdekaan dengan berkata “nak buat jarum pun tak reti, ada hati nak tuntut kemerdekaan”.
Itulah dia “hero” yang diangkat oleh orang Melayu. Yang berjuang bermatian-matian melawan penjajah seperti Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Rashid Maidin dan lain-lain dipinggirkan begitu sahaja. Ketika itu, penjajah Inggeris dan pemimpin Perikatan menggunakan komunisme sebagai momok untuk menakut-nakutkan pegundi. Memang terpengaruh rakyat. Sehingga tahun penghujung tahun 1980an, baru momok komunisme tidak menakutkan lagi rakyat Malaysia.
Selepas komunisme, terorisme Islam digunakan. Maka berjayalah BN menakut-nakutkan pegundi Cina agar tak lagi mengundi pembangkang. Tidak cukup dengan itu, Isu Black Metal dibangkitkan agar pegundi-pegundi Melayu terus setia bersama UMNO. Setelah isu Black Metal tak lagi laku kerana rakyat tahu yang Black Metal hanyalah musik dan persembahan seni, momok baru terpaksa dicari.

Gambar penulis bersama dengan “orang BN” dan pemantau dari Pakistan.
Untuk Pilihanraya Umum dan Pilihanraya Kerajaan Tempatan 2007 serentak yang akan berlangsung pada 14 Mei di Filipina, ANFREL (Asian Network for Free Election) menjalankan pemantauan di 6 provinsi ARMM (Autonomous Region of Muslim Mindanao).
Misi kali ini adalah misi jangka pendek, jadi kami hanya akan berada di sini dari 4 hingga 17 Mei 2007. Saya bertugas di Tawi-Tawi provinsi yang paling selatan di Filipina yang paling terhampir dengan Sabah. Disini kami bertemu dengan calon-calon pilihanraya, masyarakat kampung, peniaga di pasar, tentera dan polis. Kami bertemu mereka untuk mendapat gambarab secara keseluruhan tentang pilihanraya yang akan berlangsung pada 14 Mei ini.
Ramai orang Tawi-Tawi yang boleh berbahasa Melayu. Ini adalah kerana mereka sering ke Sabah dan mempunyai ramai sanak saudara di Sabah. Sabah juga dari segi Sejarah adalah sebahagian dari Kesultanan Sulu. Di Tawi-Tawi saya mandapat maklumat tentang skandal Barisan Nasional Sabah. Selama ini hanya mendengar cerita saja tentang ini. Kali ini agak bertuah kerana dapat buat kajian sendiri tentang isu ini.
Rupa-rupanya begitu ramai rakyat di TawiTawi yang mempunyai dua kerakyatan, Filipina dan Malaysia. Sama juga seperti rakyat Selatan Thailand. Saya yakin pihak imigresen tahu tentang ini. Walaupun Malaysia tidak membernarkan rakyat mempunyai dua kerakyatan, untuk mempertahankan Barisan Nasional daripada terus berkuasa, semua ini dibiarkan saja.
Hari pertama di Tawi-Tawi pada 8 Mei yang lalu saya di kejutkan apabila bertemu dengan seorang penduduk yang memakai t-shirt Barisan Nasional. Mana tak terkejut, pilihanraya di Filipina tetapi t-shirt Barisan Nasional yang dipakai!
Seorang buruh binaan memberitahu saya yang dia mempunyai dua kerakyatan. Kerakyatan Malaysia dan Filipina. Beliau sering keluar masuk ke Sabah dan Tawi-Tawi.Saya bertanyakan bagaimana dia boleh dapat dua kerakyatan? Buruh yang tak mahu namanya ditulis memberitahu saya yang di Sabah, kerakyatan boleh diberi kepada orang Filipina tetapi mereka mesti mengundi Barisan Nasional apabila tiba pilihanraya.
Maka tak hairanlah sehingga hari kiamat pun parti pembangkang tak akan menang di Sabah. Jefferey Kitingan tentu maklum mengenai masalah ini. Jadi sesuatu perlu dilakukan agar pisang tak berbuah beratus kali lagi.
Orang tua-tua selalu kata, kalau nak berkawan, kena pilih betul-betul. Ada kebenarannya nasihat ini. Seperti apa yang berlaku kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Isu keakrabannya dengan Paul Wolfowitz, Presiden Bank Dunia yang juga dikatakan sebagai arkitek perang Anglo-Amerika di Iraq telah memberikan lebih banyak kerugian politik daripada keuntungan.
Oleh kerana Surat Khabar PKR dengan bangganya menyiarkan gambar Anwar bersama Wolfowitz, Hasan Karim dan sekumpulan ahli PRM telah keluar dari PKR dan menyelamatkan PRM daripada padam dari sejarah. Walaupun PRM tidaklah begitu kuat dan popular pada masa kini, sejarah besar yang pernah ada di parti yang pernah dipimpin oleh Ahmad Boestamam tokoh kemerdekaan negara tidak seharusnya dimansuhkan. Sudahlah sejarah-sejarah tulisan tokoh sejarah arus perdana tidak begitu memihak kepada kelompok kiri, takkanlah di pihak pembangkang juga nak menutup sejarah itu?
Gambar Anwar bersama Wolfowitz juga telah menyebabkan ianya menjadi modal kepada jentera-jentera pilihanraya BN untuk meng”counter” isu Altantuya yang dibangkitkan oleh Anwar dengan membangkitkan isu yang Anwar ialah agen Zionis. Maka tewaslah Khalid Ibrahim yang dibantu secara habis-habisan oleh Anwar (walaupun perjalanan pilihanraya kecil tersebut masih boleh dipertikaikan). Gembiralah Najib kerana berjaya menyelamatkan diri walaupun terpaksa menggunakan talian hayat daripada Abdullah Badawi (yang di hari-hari akhir terpaksa ke Ijok untuk menyelamatkan BN daripada kalah).
Pada hari ini di Malaysia, jika saya tidak dilahirkan dalam keluarga yang
beragama Islam, tidak mungkin saya akan menukar agama saya untuk menjadi
penganut agama Islam. Apa yang sedang saya lihat berlaku sekarang tidak
meyakinkan saya bahawa agama Islam yang diguna pakai di Malaysia ini adalah
agama kesejahteraan, keharmonian dan agama kasih sayang.
![]()
Nicolas Sarkozy yang mewakili kem Konservatif menang dalam pilihanraya presiden di Perancis semalam menewaskan Segolene Royal yang mewakili kem Sosialis. Sarkozy mendapat 53.06 % berbanding dengan Royal yang mendapat 46.94 %.
Sila baca tentang Sarkozy disini. Dan berita tentang pilihanraya tersebut disini.

Zamboanga adalah salah satu kota di Mindanao. Daripada Manila dengan menggunakan pesawat penerbangan akan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Letih betul, baru je sampai di Manila dah kena ambil penerbangan ke Zamboanga.
Bila pesawat mendarat di Lapangan Terbang Zamboanga, aku sudah jatuh cinta dengan Zamboanga. Kira macam cinta pandang pertamalah. Mana taknya, boleh isap rokok di Lapangan Terbang. Ini penting setelah dua jam tak dapat merokok. Selain daripada itu permandangannya cantik. Maka terjatuh cintalah hati kepada Zamboanga yang udaranya juga jauh lebih nyaman dari udara Manila yang tercemar itu.
Khabar angin tentang pilihanraya umum yang akan datang semakin berleluasa. Rata-rata orang sedang bercakap tentang perkara ini. Pemuda UMNO sudah mengerahkan jentera diseluruh negara untuk bersiap-sedia untuk menghadapi pilihanraya umum. Sila klik sini.
Khabar angin menjadi lebih kuat lagi apabila membaca “posting” di blog Susan Loone tentang surat pekeliling yang telah dihantar ke sekolah-sekolah. Klik disini. Cabar mencabar pun sudah berlaku diantara pemimpin kerajaan dan pemimpin pembangkang. Sammy Vellu cabar Anwar lawan dia dimana-mana saja. Karpal pula cabar Sammy untuk melawan dia.
Ini semua retorik politik. Biasalah. Lagi-lagi apabila musim pilihanraya. Persoalan yang saya ingin timbulkan ialah apakah pihak pembangkang yang sering mendakwa mereka mangsa penipuan pilihanraya berani untuk melakukan sesuatu untuk memastikan mereka tidak lagi menjadi mangsa penipuan pilihanraya? Atau sekali lagi kita akan dengar parti pembangkang akan menyalak selepas keputusan pilihanraya umum diumumkan?
Lagi tentang kemungkinan pilihanraya akan berlangsung awal. Klik Sini.
Topik ini panas dan sensitif. Kerajaan takut dengan topik ini, pembangkang pun takut dengan topik ini. Dari pihak kerajaan BN, mereka takut kerana jika pembangkang boikot, mereka tidak akan menang dengan bermaruah seperti apa yang berlaku pada parti Thai Rak Thai pimpinan Thaksin pada pilihanraya umum di Thailand pada penghujung 2005 apabila parti-parti pembangkang seperti parti Demokrat dan lain-lain memboikot pilihanraya tersebut.
Di pihak pembangkang pula (tolak DAP, kerana bagi saya DAP hanyalah agen PAP dari Singapura) boikot pilihanraya mengingatkan mereka kepada boikot pilihanraya yang pernah dilakukan oleh Parti Buruh pada tahun 1960an dulu. Boikot tersebut gagal dan menyebabkan rakyat melupakan parti Buruh (perlu faham juga mengapa Parti Buruh boikot pilihanraya pada ketika itu dimana ramai pemimpin mereka ditahan dibawah ISA).
Apa-apa pun, gerakan untuk menjual idea untuk memboikot pilihanraya umum sudah bermula. Sekurang-kurangnya dalam dunia blog. Sila lihat disini.
Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir kata ekspedisinya menjelajah Kutub Utara yang menelan belanja RM 3 Juta tak membazir malahan ia memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Sila klik disini.
Bolehlah Sharifah Mazlina berkata begitu sebab duit itu bukannya keluar dari poket beliau sendiri. Duit itu adalah duit negara hasil dari kutipan cukai dari rakyat Malaysia. Kalau keadaan ekonomi Malaysia amat maju sehinggakan dapat memberikan perumahan dan pendidikan untuk rakyat, tak kisah kalau ada duit lebih untuk berbelanja untuk program sebegini. Tambahan lagi rakyat bawahan tidak dapat apa-apa manfaat dari segi ekonomi jika Sharifah Mazlina menjadi wanita Asia yang pertama menjelajah Kutub Utara dan Kutub Selatan.
Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri yang popular kerana dikaitkan dengan kes Altantuya pernah menasihatkan rakyat agar mengubah gaya hidup dan berjimat ketika kerajaan menarik subsidi harga minyak yang telah menyebabkan harga minyak naik 30 sen. Kenyataan yang dianggap hipokrit itu kerana apabila rakyat disuruh berjimat cermat, kerajaan tetap meneruskan pembaziran wang rakyat. Contohnya ekspedisi ke Kutub Utara dan Kutub Selatan ini.
Apa anda fikir?

Komen Terkini