Orang tua-tua selalu kata, kalau nak berkawan, kena pilih betul-betul. Ada kebenarannya nasihat ini. Seperti apa yang berlaku kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Isu keakrabannya dengan Paul Wolfowitz, Presiden Bank Dunia yang juga dikatakan sebagai arkitek perang Anglo-Amerika di Iraq telah memberikan lebih banyak kerugian politik daripada keuntungan.
Oleh kerana Surat Khabar PKR dengan bangganya menyiarkan gambar Anwar bersama Wolfowitz, Hasan Karim dan sekumpulan ahli PRM telah keluar dari PKR dan menyelamatkan PRM daripada padam dari sejarah. Walaupun PRM tidaklah begitu kuat dan popular pada masa kini, sejarah besar yang pernah ada di parti yang pernah dipimpin oleh Ahmad Boestamam tokoh kemerdekaan negara tidak seharusnya dimansuhkan. Sudahlah sejarah-sejarah tulisan tokoh sejarah arus perdana tidak begitu memihak kepada kelompok kiri, takkanlah di pihak pembangkang juga nak menutup sejarah itu?
Gambar Anwar bersama Wolfowitz juga telah menyebabkan ianya menjadi modal kepada jentera-jentera pilihanraya BN untuk meng”counter” isu Altantuya yang dibangkitkan oleh Anwar dengan membangkitkan isu yang Anwar ialah agen Zionis. Maka tewaslah Khalid Ibrahim yang dibantu secara habis-habisan oleh Anwar (walaupun perjalanan pilihanraya kecil tersebut masih boleh dipertikaikan). Gembiralah Najib kerana berjaya menyelamatkan diri walaupun terpaksa menggunakan talian hayat daripada Abdullah Badawi (yang di hari-hari akhir terpaksa ke Ijok untuk menyelamatkan BN daripada kalah).









Komen Terkini