Lain kali pilih kawan betul-betul….
Orang tua-tua selalu kata, kalau nak berkawan, kena pilih betul-betul. Ada kebenarannya nasihat ini. Seperti apa yang berlaku kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Isu keakrabannya dengan Paul Wolfowitz, Presiden Bank Dunia yang juga dikatakan sebagai arkitek perang Anglo-Amerika di Iraq telah memberikan lebih banyak kerugian politik daripada keuntungan.
Oleh kerana Surat Khabar PKR dengan bangganya menyiarkan gambar Anwar bersama Wolfowitz, Hasan Karim dan sekumpulan ahli PRM telah keluar dari PKR dan menyelamatkan PRM daripada padam dari sejarah. Walaupun PRM tidaklah begitu kuat dan popular pada masa kini, sejarah besar yang pernah ada di parti yang pernah dipimpin oleh Ahmad Boestamam tokoh kemerdekaan negara tidak seharusnya dimansuhkan. Sudahlah sejarah-sejarah tulisan tokoh sejarah arus perdana tidak begitu memihak kepada kelompok kiri, takkanlah di pihak pembangkang juga nak menutup sejarah itu?
Gambar Anwar bersama Wolfowitz juga telah menyebabkan ianya menjadi modal kepada jentera-jentera pilihanraya BN untuk meng”counter” isu Altantuya yang dibangkitkan oleh Anwar dengan membangkitkan isu yang Anwar ialah agen Zionis. Maka tewaslah Khalid Ibrahim yang dibantu secara habis-habisan oleh Anwar (walaupun perjalanan pilihanraya kecil tersebut masih boleh dipertikaikan). Gembiralah Najib kerana berjaya menyelamatkan diri walaupun terpaksa menggunakan talian hayat daripada Abdullah Badawi (yang di hari-hari akhir terpaksa ke Ijok untuk menyelamatkan BN daripada kalah).
Apabila Anwar mengambil garis untuk bersama dengan Paul Wolfowitz yang meneruskan agenda “Neo- Con” untuk membina empayar Amerika, Anwar juga telah membunuh sokongan yang pernah diterima daripada masyarakat antarabangsa. Sokongan yang beliau terima sewaktu menjadi tahanan politik daripada masyarakat antarabangsa musnah begitu sahaja. Sekurang-kurangnya di Korea Selatan. Ini yang saya lihat sendiri. Pada akhir bulan Januari 2007 yang lalu, Sunghonghae Universiti telah mengundang Walden Bello tokoh akademik dari Filipina yang terkenal dengan analisa-analisa anti globalisasi dan anti perang untuk memberikan syarahan perdana di Kelab Wartawan di Seoul.
Syarahan perdana ini telah dihadiri oleh begitu ramai mahasiswa, aktivis dan intelektual. Perlu juga diingatkan yang Sunghonghae Universiti juga adalah “sarang” kepada intelektual progressif di Korea Selatan. Selepas Walden memberikan syarahannya, sesi soal jawab bermula. Seorang professor dari Sunghonghae Universiti mempersoalkan tentang hubungan Anwar dengan Wolfowitz dengan penuh emosi sekali. Beliau disokong oleh ramai aktivis dan juga Walden Bello yang “Empayar Amerika” memerlukan orang seperti Anwar untuk berdialog dengan dunia Islam. Sedangkan mereka-mereka ini dahulunya sewaktu Anwar dipenjara, pernah berdemonstasi di hadapan kedutaan Malaysia menuntut pembebasan Anwar.
Tindakan-tindakan Anwar selepas keluar dari penjara pada 2004 telah mengesahkan lagi tuduhan Dr. Mahathir yang Anwar adalah agen Amerika. Tambah-tambahan lagi apabila ketika Wolfowitz dilantik sebagai Presiden Bank Dunia, begitu ramai pemimpin-pemimpin antarabangsa menentang perlantikan tersebut, Anwar dengan bangganya menyatakan sokongannya.
Lain pula dengan bekas Perdana Menteri yang diangkat oleh masyarakat antarabangsa sebagai suara dunia ketiga, walaupun sebelum Dr. Mahathir letak jawatan, kedutaan Malaysia di Amerika telah membayar jutaan ringgit kepada pelobi untuk bertemu dengan Presiden Bush, sudah tentunya berita ini tidak sampai ke rakyat-rakyat di luar bandar yang merupakan pengundi-pengundi yang telah menyelamatkan UMNO daripada masuk ke tong sampah sejarah.
Jika Anwar masih terus dengan garis politik yang memihak kepada “Neo-Con” dan Zionis, jangan terkejutlah jika sokongan yang diterima selama ini akan makin berkurangan. Anwar disokong kuat sewaktu ditindas oleh Dr. Mahathir ialah kerana obor perjuangan yang dibawa. Bukan hanya kerana seronok mendengar pidato politiknya semata-mata. Anwar juga harus turun sendiri kelapangan melihat keadaan sebenar rakyat dan sokongan terhadapnya. Jangan terlalu percaya dengan jeneral-jeneral yang belum tentu memberikan laporan yang tepat.















kami di http://republikkata.blogspot.com telah menyiarkan berita tentang entri sdr pd kai ni. di harap sdr akan bersetuju dengan berita kami. jika pihak sdr tidak bersetuju, maklumkan kepada kami dan kami akan mencabut keluar berita tersebut.
di antara melayu keluaran UBU milik hisyamuddin Rais..
Suluhlah diri sendiri ..
Hidup untuk apa?
dari mana nak ke mana??
potonglah rambut jerangkung kau itu ..
belajarlah untuk hidup bererti
bukan sekadar puisi
emosi …
Ronie Abdullah,
Kalau hak nak berambut panjangpun ko x boleh nak hormat, jangan haraplah negara ni akan dapat ruang demokrasi. Maka, selagi itulah walau malaikat dilantik sebagai PM pasti akan jadi penindas rakyat.
Black dan kawan-kawan,
ada ulasan sedikit berkaitan tulisan ini di Anwar panas hati terhadap anak muda?
Komen pls.
hey ronnie
gua pun kira part of it
gua dah suluh diri gua dan gua nampak okay
dari mana nak ke mana? gua pun nak tanya lu dari mana nak ke mana? manusia hanya merancang Tuhan yang menentukan.
apakah salah untuk berambut panjang? lu bagi gua satu dalil yang cukup sahih dengan sanadnya sekali yang buktikan berambut panjang itu salah.? gua sudah berambut panjang, botak, berambut panjang dan botak dan berambut panjang dan botak dari tahun 1995 di depan insan-insan yang gua tahu mereka dari kalangan ulama tersohor dunia Islam dan tidak bersembunyi di sebalik nama Ronni Abdullah. Ulama tafsir, hadith dan fiqh yang hidup bersama gua ni x pernah pulak kata berambut panjang itu salah? lu sapa beb?
Sedih, hujan yang ditunggu tapi kilat yang memanah. Bagai terhiris luka lama, Anwar yang disangka kawan rupanya lawan yang sanggup mengkhianati sejarah perjuangan 52 tahun PRM dalam kancah politik Malaysia. Wajarkah tapak semaian sendiri diracun hanya kerana kepentingan politik si dia yang berasa megah ketika ini. Jangan terlupa PRM masih lagi berbisa walaupun bergelar si tua. Jangan dilupa PRM masih ada cucu cicitnya. Jangan terlupa darah panasnya masih mengalir dari paras normalnya. Biar mati menelan mak, biar menderita memakan bapak tapi API tidak padam selagi ada sekamnya.
TbOsNJ gfb07yvt9d6t94wbtx63bgq7d
Great website. Are you trying to play with my indubitable ruling Sorry, for off top, i wanna tell one joke) Why is a turkey more evil than a chicken? Because a turkey is always a gobblin (a goblin)
Yes I agree with you!
Good afternoon
generic
I’m sure he would appreciate that gesture and he’d be grateful that you want to do it with him and not seek pleasure from someone else. cheap from pfizer
Pa!!!
________________________________