
Gambar penulis bersama dengan “orang BN” dan pemantau dari Pakistan.
Untuk Pilihanraya Umum dan Pilihanraya Kerajaan Tempatan 2007 serentak yang akan berlangsung pada 14 Mei di Filipina, ANFREL (Asian Network for Free Election) menjalankan pemantauan di 6 provinsi ARMM (Autonomous Region of Muslim Mindanao).
Misi kali ini adalah misi jangka pendek, jadi kami hanya akan berada di sini dari 4 hingga 17 Mei 2007. Saya bertugas di Tawi-Tawi provinsi yang paling selatan di Filipina yang paling terhampir dengan Sabah. Disini kami bertemu dengan calon-calon pilihanraya, masyarakat kampung, peniaga di pasar, tentera dan polis. Kami bertemu mereka untuk mendapat gambarab secara keseluruhan tentang pilihanraya yang akan berlangsung pada 14 Mei ini.
Ramai orang Tawi-Tawi yang boleh berbahasa Melayu. Ini adalah kerana mereka sering ke Sabah dan mempunyai ramai sanak saudara di Sabah. Sabah juga dari segi Sejarah adalah sebahagian dari Kesultanan Sulu. Di Tawi-Tawi saya mandapat maklumat tentang skandal Barisan Nasional Sabah. Selama ini hanya mendengar cerita saja tentang ini. Kali ini agak bertuah kerana dapat buat kajian sendiri tentang isu ini.
Rupa-rupanya begitu ramai rakyat di TawiTawi yang mempunyai dua kerakyatan, Filipina dan Malaysia. Sama juga seperti rakyat Selatan Thailand. Saya yakin pihak imigresen tahu tentang ini. Walaupun Malaysia tidak membernarkan rakyat mempunyai dua kerakyatan, untuk mempertahankan Barisan Nasional daripada terus berkuasa, semua ini dibiarkan saja.
Hari pertama di Tawi-Tawi pada 8 Mei yang lalu saya di kejutkan apabila bertemu dengan seorang penduduk yang memakai t-shirt Barisan Nasional. Mana tak terkejut, pilihanraya di Filipina tetapi t-shirt Barisan Nasional yang dipakai!
Seorang buruh binaan memberitahu saya yang dia mempunyai dua kerakyatan. Kerakyatan Malaysia dan Filipina. Beliau sering keluar masuk ke Sabah dan Tawi-Tawi.Saya bertanyakan bagaimana dia boleh dapat dua kerakyatan? Buruh yang tak mahu namanya ditulis memberitahu saya yang di Sabah, kerakyatan boleh diberi kepada orang Filipina tetapi mereka mesti mengundi Barisan Nasional apabila tiba pilihanraya.
Maka tak hairanlah sehingga hari kiamat pun parti pembangkang tak akan menang di Sabah. Jefferey Kitingan tentu maklum mengenai masalah ini. Jadi sesuatu perlu dilakukan agar pisang tak berbuah beratus kali lagi.









Ooo.. Main kotor yer? Hehe.. Kat Kelantan pun ramai juga yang masih ada dua I.C (kerakyatan) walaupun kerajaan dah larang. Memang sesuatu perlu dilakukan. Tapi, confirm ke berita ni?
[...] May 12th, 2007 ยท 1 Comment [...]
black leh email aku detail tak …. kita ‘kaboom’ kan isu nie ….
x suka gak BN tp blh pkr sendiri..
1. standard le negeri yang bersempadan dengan negara lain. mmg itu aje masalahnya. kalau sikit x pe..
2. derang mmg kerakyatan malaysia selepas Perlembagaan 1957 tapi dia g philipin senang jek dapat satu lagi kerakyatan. nak buat mcmana?
cuma takut jek Perkara 20 tu ‘hilang’ kat Sabah..
naper kat kelantan org ada dua kerakyatan tp ham… PAS leh menang. mmm… entah2 pakcik tu auta ko jer tak.. tu pong ko caya… autalaa ko niee
hehehe..itu biasalah, dua kerakyatan sebab laknat dan malaun BE END dan umeno nie ada dua kerakyatan…satu mesia, satu lagi neraka pasai main tipu.
laknat sungguh umeno dan BE END nie, aku doakan cepat-cepat korang tergolek dog, AMIN.
bukan leh percaya sangat si Black nih..penipu nih..