You are currently browsing the monthly archive for Jun, 2007.

lulians.jpg

Najib… Najib…. Courtesy to Mob’s Crib.

Hari tu kata tak kenal ye? Sila baca laporan dari MStar dibawah.

‘Foto’ Altantuya bersama Najib Razak jadi isu
2007-06-29 20:55:42.0

Oleh SALHAN K. AHMAD

SHAH ALAM: Seorang pegawai kerajaan Malaysia bernama Najib Razak pernah berjumpa dengan mangsa pembunuhan, Altantuya Shaariibuu, menurut keterangan saksi hari ini.

Burmaa Oyunchimeg, 26, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau pernah melihat sekeping foto Najib Razak bersama Altantuya dan juga Abdul Razak Abdullah Baginda, tertuduh ketiga dalam kes tersebut.

Pengusaha salun itu, juga sepupu Altantuya, berkata demikian semasa diajukan soalan oleh peguam pemerhati Karpal Singh.

Bagaimanapun saksi tidak mengemukakan foto tersebut sebagai bahan bukti di mahkamah dan hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin juga tidak merekodkan keterangan ini.

Keterangan saksi keenam itu turut disanggah oleh Timbalan Pendakwa Raya Tun Abd Majid Tun Hamzah dan peguam-peguam tertuduh kerana ia dianggap tidak relevan dengan kes yang dibicarakan.

Hakim kemudiannya menyoal saksi tersebut berhubung foto tersebut.

“Di Hong Kong selepas dia balik dari Perancis, dia telah pergi ke Hong Kong untuk berjumpa saya dan menunjukkan saya gambar…,” kata Burmaa [foto, kanan].

Tun Majid memotong keterangan saksi itu dan bangun membuat bantahan, yang kemudiannya mengundang peguam-peguam lain untuk bertegang leher dengan Karpal.

Hakim kemudiannya berkata keterangan mengenai foto itu tidak direkodkan olehnya tetapi seterusnya beliau memberi laluan kepada Karpal untuk mengemukakan soalan.

Burmaa sekali lagi mengulangi fakta tersebut dengan menamakan pegawai kerajaan yang dimaksudkan dalam kenyataannya terdahulu.

Karpal: Boleh terangkan mengenai gambar yang anda lihat itu?
Burmaa: Ada sekeping gambar, saya rasa mereka sedang makan di satu meja bulat.
Hakim: Siapa sedang makan?
Burmaa: Altantuya, Razak Baginda, seorang pegawai kerajaan Malaysia dan orang-orang lain.
Karpal: Siapa pegawai kerajaan Malaysia itu?

Hakim kemudiannya mencelah dan berkata Karpal perlu bertanya sama ada saksi tersebut mengenali pegawai berkenaan sebelum menanyakan soalan berkenaan.

Karpal: Anda kenal siapa pegawai itu?
Burmaa: Saya ingat namanya Najib Razak kerana nama Najib Razak dan Razak Baginda bunyinya seakan-akan sama dan saya telah bertanya kepada Altantuya, adakah kedua-duanya bersaudara?

Tun Majid sekali lagi bangun dan meminta kepastian daripada hakim mengenai kaitan soalan tersebut dengan kes yang dibicarakan.

Hakim seterusnya membiarkan soalan berkenaan kepada Karpal.

Peguam pemerhati itu kemudiannya berkata, beliau membangkitkan perkara itu kerana ia disebut dalam kenyataan beramaran seorang lagi saksi Deputi Superintenden Musa Mohd Safri yang merupakan pembantu peribadi kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jelas Karpal, kenyataan beramaran itu telah digunakan bagi memohon jaminan bagi Abdul Razak setelah penganalisis politik itu ditahan pada 8 Nov tahun lalu. [Lihat: Karpal ditegah soal saksi selepas isu foto ]

Terdahulu, Burmaa telah memberitahu mengenai foto tersebut semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup.

Burmaa sebelum ini telah menafikan soalan yang dinyatakan kepadanya bahawa dia tidak mengetahui mengenai kehilangan Altantuya pada malam 19 Oktober.

Manoj: Anda sendiri tidak tahu bagaimana Altantuya telah hilang dan anda tidak bersetuju dengan kenyataan itu, kenapa anda tidak bersetuju?
Burmaa: Saya tidak setuju kerana saya tahu Altantuya datang ke Malaysia untuk berjumpa Razak Baginda… Saya tahu Altantuya pergi berjumpa Razak kerana saya telah melihat foto Altantuya, Razak bersama seorang pegawai.

Burmaa berkata foto berkenaan telah ditunjukkan oleh Altantuya apabila sepupunya itu pergi berjumpanya di Hong Kong.

Jawapan berkenaan bagaimanapun tidak diterima kerana Burmaa telah disoal berhubung kehilangan Altantuya dan bukannya sebab kedatangan sepupunya itu ke Malaysia.

Manoj kemudiannya telah menyoal wanita itu semula dan Burma menjawab, beliau mengetahui kehilangan Altantuya setelah diberitahu oleh dua lagi saksi, Namiiraa Gerelmaa dan Uriintuuya Gal-Ochir.

Abdul Razak didakwa bersubahat dengan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, kedua-duanya bertugas di Unit Tindakan Khas, Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman dalam melakukan pembunuhan itu.

Penganalisis politik itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di antara 9.54 pagi, 18 Okt dan 9.45 malam, 19 Okt, 2006 di Wilayah Persekutuan.

Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735, Mukim Bukit Raja di sini antara 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt tahun lepas.

Jika sabit kesalahan, ketiga-tiga boleh dihukum mati.

Berita berkaitan:
Kekasih polis menangis diminta cam tertuduh
Karpal ditegah soal saksi selepas isu foto

Altantuya-Razak seperti pasangan kekasih (28 Jun)
Rahsia dalam nota terakhir Altantuya (28 Jun)
Sepupu Altantuya merah padam ketika disoal peguam (28 Jun)

Altantuya nikah dengan Razak di Hong Kong (27 Jun)
Altantuya hilang selepas ke rumah Razak (27 Jun)
Tertuduh tidak diberi makan selama 19 jam (27 Jun)
Bapa buat laporan polis, rekod masuk Altantuya hilang (27 Jun)


The Rivival of PKMM

Originally uploaded by Amin Iskandar

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diharamkan oleh penjajah British sewaktu darurat dulu akan dihidupkan kembali tak lama lagi. Menurut sumber-sumber yang diperolehi, PKMM akan dihidupkan kerana ramai anak muda merasakan bahawa parti-parti politik yang sedia ada tidak menarik minat mereka dan tidak mempunyai semangat sepertimana PKMM dahulu yang terlibat didalam menggagaskan Perlembagaan Rakyat.

Perlembagaan rakyat yang digagaskan bersama oleh PUTERA-AMCJA itu adalah perlembagaan progressif yang menjamin Ketuanan Rakyat. British yang takut dengan perkembangan ini telah menahan ramai aktivis dan telah mengharamkan juga API dan AWAS yang bernaung dibawah PKMM. Menurut bakal Setiausaha Agung PKMM (Baru), “negara sudah hampir 50 tahun merdeka tetapi perlembagaan negara yang digunakan masih lagi perlembagaan yang didraft oleh penjajah. Lord Reid, agen penjajah British adalah salah seorang daripada orang yang mendraft perlembagaan negara. Yang lebih mengecewakan kami, parti-perti pembangkang yang ada hanya menurut rentak permainan UMNO dan BN yang meneruskan legasi penjajah”.

Apakah Najib Tun Razak juga akan menjadi ahli kelab Timbalan Perdana Menteri yang gagal sepertimana Tun Musa Hitam dan Anwar Ibrahim? Sila baca berita yang dilaporkan oleh Malaysiakini dibawah.

Najib dilihat bersama Altantuya
Soon Li Tsin
Jun 29, 07 12:32pm

Seorang saksi rakyat Mongolia memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini bahawa dia pernah melihat gambar Altantuya Shaariibuu sedang makan bersama dengan seorang pegawai kerajaan Malaysia bernama Najib Razak.

Burmaa Oyunchimeg (left), yang juga dikenali sebagai Amy, memberitahu mahkamah bahawa Altantuya telah menunjukkan kepadanya gambar tersebut sekembalinya dari Perancis.

Dipercayai pegawai kerajaan Malaysia dalam gambar tersebut adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mempunyai hubungan rapat dengan Abdul Razak Baginda.

Abdul Razak kini menghadapi tuduhan bersubahat membunuh Altantuya, 28.

Burmaa, 26, menyebut mengenai gambar itu ketika disoalsiasat oleh Timbalan Pendakwaraya, Manoj Kurup.

Bagaimanapun, apabila dia menyebut mengenai gambar yang menunjukkan Altantuya sedang makan dengan Razak dan seorang ‘pegawai kerajaan’, pihak pendakwa beralih kepada soalan lain.

Kira-kira 20 minit kemudian, Karpal Singh, yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya, memohon kebenaran mahkamah untuk bertanya mengenai gambar tersebut.

‘Sama nama’

Ia dibantah oleh pihak pendakwa dan berlaku pertikaman lidah berhubung sama ada soalan itu relevan atau tidak. Bagaimanapun, Hakim Datuk Mohd Zaki Mohd Yusni membenarkan permohonan Karpal itu.

Karpal kemudiannya bertanya kepada Burmaa apakah yang terdapat dalam gambar tersebut.

“Dia (Altantuya) sedang makan bersama Razak (Baginda), seorang pegawai kerajaan Malaysia dan orang lain,” jawabnya.

Karpal kemudian bertanya mengenai identiti pegawai kerajan itu dan Burmaa menjawab: “Saya ingat namnya Najib Razak, nama mereka sama. Saya bertanya kepadanya (Altantuya) sama ada mereka bersaudara.”

Ini mencetuskan satu lagi pertikaman lidah antara Karpal dengan pihak pendakwa.

Menurut pihak pendakwa, Abdul Razak dan Altantuya bertemu pada 2004 dan menjalinkan hubungan, ketika mana Razak memberi wang kepadanya.

Selepas mereka berpisah setahun kemudiannya, Razak dikatakan terus memberi wang setiapkali diminta oleh Altantuya. Tetapi tiada lagi pembayaran dibuat tahun lalu, menyebabkan Altantuya tidak puashati dan datang ke Malaysia pada bulan Oktober lalu, kata pihak pendakwa.

Mayat Altantuya kemudiannya ditemui diletupkan di sebuah kawasan di Shah Alam, selepas dia dibawa pergi dari luar kawasan rumah Abdul Razak pada pertengahan Oktober lalu.

Di kandang tertuduh ialah Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35, dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman yang didakwa membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735, Mukim Bukit Raja di sini antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu.

Abdul Razak, 46, pula didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar dalam melakukan pembunuhan itu. Jika sabit kesalahan, ketiga-tiga mereka boleh dihukum mati.


NO IMAGE
PRINT CLOSE

Perbicaraan kes bunuh Altantuya yang telah menarik perhatian ramai. Teringat lebih kurang 9 tahun yang lalu, suasananya sama dengan perbicaraan kes Anwar Ibrahim. Kalau dahulu lahirlah benyak laman web-laman web pro Reformasi, sekarang ini blog tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Tambahan lagi, hanya mengambil masa 3 minit, blog sudah boleh siap. Sila klik sini untuk melihat blog tentang perbicaraan Altantuya. LIhat juga blog Susan Loone, bekas wartawan Malaysiakini yang mengikuti dengan rapat kes Altantuya ini sejak dari awal lagi.

Sila disini. Bersabar sehingga babak aku keluar. Selamat menonton…. He he he…

Perbicaraan kes bunuh Altantuya Shaariibuu akan menjadi menarik apabila soalan-solan tentang penggunaan C4 untuk meletupkan Altantuya dikemukankan. Seperti yang semua sedia maklum, untuk menggunakan C4, seseorang itu haruslah mempunyai akses yang kuat dengan Kementerian Pertahanan.

Azilah dan Sirul Azhar kedua-duanya merupakan UTK yang bertugas untuk mengawal Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Apakah Najib yang juga Menteri Pertahanan memberikan lampu hijau kepada dua polis ini untuk menggunakan C4 bagi meletupkan Altantuya?

Jika Najib tidak tahu sekalipun. Bagaimana dengan mudah dua anggota UTK ini mengambil bom C4 ini? Apakah negara ini tidak mempunyai sistem keselamatan yang bagus? Apa kata Musa Hassan kerana ini adalah masalah keselamatan  negara? Apakah Musa Hassan tidak tahu atau sengaja buat-buat tak tahu?

Kredibiliti PDRM semakin hari semakin buruk. Jenayah semakin berleluasa. Kalau perkara sebegini berlaku dinegara-negara lain, sudah tentu Menteri Pertahanan dan Ketua Polis Negara akan meletakkan jawatan. Tetapi tidak di Malaysia. Semuanya “muka tebal” dan sedikitpun tidak merasa bersalah dengan kejadian yang berlaku seumpama ini.

Malaysia Boleh!!! 50 tahun Merdeka akan disambut dengan pelbagai persoalan. Siapa yang harus disalahkan? PM? TPM? KPN? Ataupun kita sebagai rakyat kerana hanya membiarkan perkara-perkara sebegini berlaku.


proud

Originally uploaded by Amin Iskandar

T-Shirt inilah yang harus dipakai oleh Bapa Altantuya ke mahkamah. Ini adalah hasil karya seorang anak muda yang bijak membuat poster untuk menyuarakan kritik sosialnya.

Sila klik disini untuk melihat lebih banyak lagi poster-poster yang menarik.

Pengerusi Gerakan Demokrasi & Anti Korupsi (GERAK) saudara Mohamad Ezam Mohd Nor akan menyerahkan dokumen berkaitan rasuah dan salahguna kuasa membabitkan seorang menteri kabinet Malaysia kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Badawi pada 29hb Jun 2007 di pejabat Perdana Menteri Malaysia, Putrajaya.

Sehubungan dengan itu, satu majlis media akan diadakan pada butiran berikut:

Tarikh : 29hb Jun 2007
Masa  : 10.30 am
Tarikh : Pintu Masuk Pejabat Perdana Menteri Malaysia, Putrajaya

Semua warga media dijemput hadir!!!

Moderation Queue

  1. Puki Mak Kau | kepalabutohbapakau@abc.com | bangsasialahlineraka.com | IP: 60.48.212.66 Puki mak betullah jenis groups kau ini. Dah tak ada kerja lain lagi kah?? Yang kau minat sangat kat bapak komunis tu apa hal …Dari dulu groups kau merapu macam anjing tak bertuan… hidup tanpa tujuan…ugama entah apa..Berjuang kononnya …

    Islam kah kau ni??? Seerah Nabi dau kau dalami??? kisah kepahlawanan sahabat sahabat Nabi berapa banyak yang kau hayati ???… si kafir laknat tu yang nak kau tonjol dan sanjong..

    Memang puki mak pun jenis bebaudah UBU ni ….

    Jangan sampai “berkecai” !!!!

    Jun 26, 6:03 AM — [ Edit | Delete ] — View post “Kelas Falsafah: Pandangan Mao Zedong (1893-1976)”

    Bulk action:

Ini contoh komen jahat yang seringkali singgah di blog ini. Buat kali ini, aku dedahkan dulu IP Address dia. Lain kali kalau buat lagi kita dedahkan siapa dia.Macam ni ke orang yang nak bercakap tentang Sirah Nabi dan para Sahabat?

Amacam?


MTUC Picket

Originally uploaded by Amin Iskandar
Lihatlah Melayu, Cina dan India bersama-sama berpiket untuk menuntut kerajaan menetapkan gaji minima RM 900 dan elaun COLA sebanyak RM 300 untuk pekerja swasta. Kelas pekerja tak mengira bangsa dan agama.

Malaysiakini melaporkan bahawa Eric Chia dilepaskan dari tuduhan pecah amanah. Sila klik disini. Terbukti bahawa perang rasuah Abdullah Ahmad Badawi setelah naik sebagai PM pada tahun 2003 adalah gimik untuk pilihanraya 2004 semata-mata. Eric Chia dan Perwaja Steel bukanlah satu nama yang asing di Malaysia. Baik orang didalam kerajaan mahupun diluar kerajaan semuanya tahu bagaimana Tun Dr. Mahathir membela Eric Chia dizaman pemerintahannya.

Sehingga hari ini, 18 kes yang berprofil tinggi yang diumumkan oleh Dr. Rais Yatim pada ketika itu masih lagi belum nampak bayangnya. Pendakwaan Eric Chia yang telah memberikan harapan baru kepada Pak Lah untuk membentras rasuah terbukti wayang semata-mata. Atau apakah ini adalah langkah Pak Lah untuk memujuk hati Tun Dr. Mahathir Mohammad? Apakah Pak Lah sudah tewas dengan perangnya melawan Mahathir?

Mao Zedong adalah diantara tokoh yang hebat. Sehingga hari ini, masih ada ramai kelompok yang menganuti fahaman Maoist seperti apa yang berlaku di Nepal. Siapa Mao? Apa yang diajarkannya? Jika ingin tahu, sila ikuti Kelas Falsafah yang diberikan percuma oleh Hishamuddin Rais.

saudara/ri kawan-kawan

kelas philo di teruskan pada Rabu 27 June jam 8.30 malam di Central Market
Annex. Kali ini kita akan membincagkan idea/pandangan MAO ZEDONG (
1893-1976).

semua di jemput datang. sila beritahu kawan-kawan.

dear friends,

our philo class will continue this Wednesday 27 June at Central Market Annex
at 8.30pm. we will discuss the ideas/thought of MAO ZEDONG ( 1893-1976)

all well welcome. please invites friends.

tq

isham

Kita jangan menyerang sesuatu falsafah atau pandangan selagi kita belum mengetahui atau memahami apa pandangan atau falsafah itu. Jadi kepada yang belum tahu, jangan lepaskan peluang. Yang sudah tahu, mahirkan. Yang sudah mahir, mantapkan.

Sedih rasanya bila terbaca berita tentang pemergian Izi Yahya. Sila klik disini untuk membaca berita yang dilaporkan oleh KL POS. Izi Yahya telah berjaya berlakon dengan baik sehingga menimbulkan kemarahan aku ketika menonton filem Ali Setan. Takziah aku ucapkan kepada keluarga Izi Yahya. Al- Fatihah!!!

KLPOS baru sahaja lahir sebagai salah satu laman web alternatif yang menawarkan berita-berita ekslusif yang lebih berani berbanding dengan media arus perdana. Selamat maju jaya diucapkan kepada pengendali laman web tersebut.

 

ADA BEBERAPA soalan ketika kami ingin memulakan klpos.com ini. Pertama konsep, kedua komitmen dan ketiga dana. Ketiga-tiganya amat berkait apabila kita bercita-cita tinggi untuk mewujudkan satu lagi media alternatif di alam maya ini. Tuan yang membaca, sudah pasti akan hilang keghairahannya jika laman ini hanya bersifat ‘copy’ dan ‘paste’ daripada laman-laman yang ada.

Sementara mahu mencipta laman yang benar-benar tulen isinya memerlukan komitmen dan dana yang bukan sedikit, sementelah kami hanyalah penganggur yang punya segunung mimpi.
Kami duduk dan berbincang. Berkali-kali. Bersama puluh barangkali ratus gelas teh tarik dan halia O, hanya untuk mendiskusikan perihal konsep, komitmen dan dana.
Berapa banyak masa yang tumpah hanya untuk melihat mimpi sang penganggur menjadi nyata. Mujur ia masa milik penganggur.

Dan pada akhirnya, ketika Tuan sedang membaca laman ini, hari ini dan detik ini, mungkin wang dari keuntungan teh tarik mamak yang kami minum hanya untuk berbincang tentang konsep, komitmen dan dana itu telah selamat tiba ke India. Begitulah lamanya berbincang.
Pun begitu syukur, ia telah menjadi kenyataan.

Kami tidak menjanjikan banyak. Dari segi konsep, kami tumpukan kepada tiga perkara asas dalam kehidupan sehari-hari rakyat Malaysia. Pertama politik, kedua hiburan dan ketiga sukan.
Apa membezakan kisah politik kami dengan laman seperti Malaysiakini misalnya, tidak banyak, cuma kami lebih tumpukan kepada khabar angin (spekulasi). Ini kerana dalam politik Malaysia khabar angin selalunya benar.

Hiburan kami fokus tentang gosip. Kerana itulah yang adik, akak di pejabat baik di rumah selalu bualkan. Gosip seringkali menjadi topik menarik untuk memulakan perbualan samada pagi, petang atau malam.

Sukan. Kami pilih bolasepak. Sukan dengan lebih tiga per empat penduduk dunia ini gilakannya. Dan untuk mengecilkan skopnya, kami tumpukan kepada berita sukan Liga Perdana Inggeris.
Kenapa EPL? Biar kami ceritakan di masa yang lain.

Sedangkan soal komitmen pula, kami bahagikan tugas, kata bidalan, kecil sama memikul, besar sama dijulang. Ada yang menulis, ada yang membuat grafik, ada yang membuat kerja-kerja webmaster.

Berapa orang kami? Tidak pasti, barangkali boleh dikira dengan jari, atau puluh atau ratus. Kerana klpos.com merupakan laman yang terbuka untuk sesiapa juga menyumbang apa saja dalam ruang lingkup yang disediakan.

Dalam kata lain, laman ini laman Tuan, Puan, saya dan kita semua. Tempat orang-orang yang percaya bahawa tiada tangan yang dapat menahan ombak, tiada undang-undang yang dapat menyekat kebebasan. Dan demokrasi itu perlu dirayakan.

Pun begitu, kebebasan yang ditawarkan perlulah digunakan dengan penuh tanggungjawab sebagai warga yang sedar dan celik.

Akhirnya, yang ketiga, soal dana. Seperti biasa. Tiada kesudahannya. Tetapi satu janji kami, kita akan merayakan kewujudan ruang awam ini, dengan atau tanpa trompet.
Salam perkenalan.
http://www.klpos.com/

Menurut Syed Sharir, Presiden MTUC, piket akan tetap diteruskan. Sila klik disini. Walaupun Fong Chan On mangatakan bahawa rundingan masih lagi berjalan, MTUC akan tetap berpiket. Sila klik pula disini.

Apa-apa pun, hasrat MTUC untuk berpiket adalah bagus kerana di Malaysia masih belum ada Gaji Minima. Walaupun kos sara hidup semakin tinggi, kerajaan masih lagi berdegil untuk tidak memperkenalkan Gaji Minima.

Bayangkanlah ada pekerja-pekerja kilang (swasta) yang masih lagi bergaji RM 500 sedangkan semuanya mahal terutamanya di KL. MTUC, teruskanlah piket itu sehingga kerajaan akan memperkenalkan Gaji Minima. Rakyat dah tak tahan hidup susah di nagara sendiri!

Jika anda adalah seorang penyanyi Folk yang ingin membuat persembahan bersama dengan penyanyi-penyanyi Folk yang lain, sila klik di Periuk Nasi ini untuk mendapatkan maklumat tentang acara “Mic terbuka” yang akan diadakan di Pasar Seni pada 7 Julai 2007 (07-07-07).

folkthesystem01.jpg

Poster ini juga diambil dari Periuk Nasi.

KLPOS melaporkan bahawa bapa kepada Altantuya mempunyai gambar dimana Altantuya, Razak Baginda, Datuk Seri N dan Datin Seri R menyambut harijadi Altantuya di negara seberang. Sila klik disini.

Selain daripada itu, dikatakan juga yang Datuk K daripada NST juga ada dalam majlis tersebut. 18 Jun 2007, tarikh bermulanya perbicaraan kes bunuh Altantuya kalau menurut Raja Petra dari Malaysia Today merupakan sebuah tarikh yang akan merubah lanskap politik negara.

Kalau benar seperti yang dikatakan oleh KLPOS, adalah tidak mustahil untuk mahkamah menyeret Datuk Seri N, Datin Seri R dan Datuk K (NST) kedalam perbicaraan yang diperhatikan oleh masyarakat antarabangsa terutamanya rakyat Mongolia.

Kalau bapa kepada Altantuya benar-benar mempunyai gambar tersebut, beliau terpaksa lebih berhati-hati. Pihak polis yang mengiring beliau juga harus menambahkan lagi anggota untuk menjaga beliau kerana takut-takut kalau En Shaariibuu juga akan di “Altantuya” kan.

Khairy, sambil menyelam minum air…
Nash Rahman & Muda Mohd Noor
Jun 20, 07 4:42pm

Dalam politik istilah ‘tanggapan’ adalah amat penting. Begitu juga halnya dengan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang dianggap ‘berkuasa’ dalam kerajaan dan dalam parti kerana dia merupakan menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dan tanggapan itu nampaknya seperti berasas. Selepas pilihanraya umum 2004, Khairy dikatakan berjaya ‘memujuk’ bapa mentuanya itu yang juga Presiden Umno, supaya membuka ruang kepada pemimpin muda memegang jawatan penting dalam pentadbiran pusat dan negeri.

Ekoran itu, sebilangan pemimpin muda mendapat tempat. Contohnya, di Kedah, Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Azimi Daim dilantik sebagai ahli Exco kerajaan negeri. Begitu juga dengan bekas exco Pemuda Umno, Datuk Dr Zamry Abd Kadir di Perak manakala Datuk Dr Adham Baba dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi.

Maka tanggapan orang ramai, khususnya di kalangan Umno dan Pemuda Umno, ia adalah hasil usaha Khairy. Pada tanggapan mereka, Khairy boleh mempengaruhi Perdana Menteri.

Sehubungan itu, di mata golongan muda dalam Umno, ini merupakan satu kejayaan Khairy yang amat bermakna, khususnya kepada masa depan kepimpinan dalam pergerakan Pemuda Umno sendiri.

Read the rest of this entry »

xtsq.jpg

Inilah wajah orang yang berniat untuk membeli tanah Universiti Malaya (UM) di Lembah  Pantai untuk membangunkan kawasan tersebut. Beliau juga mahu memindahkan Universiti Malaya ke Sepang. Sila klik disini untuk membaca profil beliau. Sehingga hari ini, isu pemindahan UM senyap apabila Pak Lah menyatakan bahawa UM tak akan dipindahkan.

Sehingga hari ini, masih belum ada satu kempen untuk mendedahkan siapa yang kurang ajar dan berani untuk cuba-cuba merobohkan khazanah negara. UM yang telah tercemar dengan pembinaan Kerinchi Link kali ini mahu dirobohkan dipindahkan ke kawasan yang baru hanya kerana untuk memuaskan nafsu kaum kapitalis yang tidak pernah peduli akan kesan-kesan sejarah dan khazanah negara.

Kalau tidak kerana bekas Naib Canselor UM, Prof Ungku Aziz dan bekas pensyarah UM, Dr. Syed Husin Ali cepat membantah usaha jahat ini, mungkin Pak Lah akan tunduk dengan kemahuan Tan Sri Qeuk yang rakus untuk memperkayakan dirinya.

Tan Sri Quek langsung tidak menghormati UM sebagai universiti pertama di Malaysia. Jangan terkejut jika satu hari nanti, ada cadangan untuk memindahkan Masjid Negara atau kuil India di Batu Caves dengan alasan pembangunan.

Apa yang boleh dilakukan oleh kita sebagai seorang masyarakat yang sedar dan cintakan kesan-kesan sejarah ialah dengan memboikot Hong Leong Groups Malaysia. Boikot ini sudah pasti akan menjejaskan Tan Sri Quek dan sedikit pengajaran dapat diberi kepada mereka-mereka yang kurang ajar!!!

Menurut berita yang dilapor oleh KLPOS, isteri Razak Baginda telah mengganggu bapa kepada Altantuya, En. Shaariibuu Setev. Sila klik disini. Kasihan bapa Altantuya, sudahlah anaknya dibunuh, dikasari pula oleh isteri kepada orang yang dituduh terlibat dengan pembunuhan anaknya.

Sebagai rakyat Malaysia, apa yang boleh kita lakukan untuk membuktikan kepada warga asing yang kita adalah rakyat yang penyayang? Sedangkan bagi En. Shaariibuu, Malaysia adalah mimpi ngeri kepadanya kerana Malaysia telah menyebabkan anaknya dibunuh dengan kejam. Orang seperti isteri Razak juga telah menunjukkan yang rakyat Malaysia kurang ajar. Apa kata anda?

 Artikel ini telah diterbitkan di Suara Keadilan 5-19 Jun 2007

Tanggal 31 Ogos 2007 ini genaplah 50 tahun Malaya merdeka. 31 Ogos 1957, Malaysia belum lagi ditubuhkan. Sabah dan Sarawak masih belum lagi menyertai Malaya untuk menjadi Malaysia. Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963 dengan penyertaan Sabah, Sarawak dan Singapura (yang keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965).Saya tidak mahu bercerita tentang merdeka. Tetapi ingin mengupas sedikit tentang piliharaya di Malaysia.

Walaupun telah hampir separuh abad membebaskan diri dari cengkaman penjajah Inggeris, rakyat Malaysia masih lagi belum dapat bebas dan merdeka sepenuhnya. Majoriti rakyat Malaysia telah “dibonsaikan” (meminjam istilah yang digunakan oleh Hishamuddin Rais) pemikirannya untuk memahami demokrasi hanyalah dalam konteks pilihanraya. Walaupun proses dan perjalanan pilihanraya di Malaysia masih boleh dipertikaikan dari segi kebebasannya, keadiliannya dan ketelusannya. Pada tahun 1999, Asian Network for Free Election (ANFREL) sebuah jaringan NGO pemantau pilihanraya di negara-negara Asia yang berpusat di Bangkok, Thailand menyatakan bahawa pilihanraya di Malaysia masih jauh dari standar bebas dan adil.

Read the rest of this entry »

Analisis bahagian kedua dari Nash Rahman dan Muda Mohd Noor tentang politik UMNO yang saya ambil dari Malaysiakini.

Read the rest of this entry »

Ayahku, Ahmad Boestamam

 

[Rencana ini pada mulanya diterbitkan dalam majalah Massa (Isu Khas Hari Kebangsaan): 29 Ogos – 4 September 1998. Tulisan ini disiarkan semula di sini sebagai sambutan “Hari Bapa” yang dirayakan hari ini (17 Jun 2007) dan sambutan awal saya untuk hari kemerdekaan ke-50 negara yang akan dirayakan pada 31 Ogos 2007 nanti. Klik di sini untuk suatu koleksi gambar-gambar Allahyaraham].

Read the rest of this entry »

road3guantanamo.jpg

Sempena Hari Menentang Penderaan Antarabangsa, Amnesty International (AI) dengan kerjasama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menganjurkan program tonton filem.

Read the rest of this entry »

Putrajaya, 18hb Jun 2007,

Hari ini merupakan hari yang bermakna bagi para pekerja yang hadir di Putrajaya. Kebanyakan daripada mereka memohon cuti demi untuk membolehkan mereka menyampaian memorandum kepada YAB Perdana Menteri. Walaupun cuaca pagi ini panas, tetapi tetap tidak dapat menghalang komitmen para pekerja yang datang dari pelbagai Kesatuan Sekerja dan JERIT untuk terus menuntut permintaan mereka.

Read the rest of this entry »

Bagi yang tak dapat mengakses Malaysiakini, ini analisis yang menarik dari Nash Rahman dan Muda Mohd Noor tentang politik UMNO dan strategi Khairy untuk memperkukuhkan kuasanya. Sila ikuti analisis mereka dalam bahagian kedua yang akan disiarkan esok.

Read the rest of this entry »

restoran-paling-lazat.jpg

Gambar ini diterima dari seorang teman blogger yang bernama Kharis. Walaupun posting terkahir di blognya ialah pada 31 Januari 2007, Kharis tetap aktif menghantar email gambar-gambar dan lawak-lawak dalam bahasa Inggeris. Apa-apa pun restoran ini menurut Kharis adalah restoran yang lazat. Apa-apa pun, kau orang tafsirkanlah sendiri.

dsc08723.jpg

Penulis bersama bapa Altantuya, En. Shariibuu Setev. Gambar diambil oleh Shafiq.

Read the rest of this entry »

Kawan-kawan,

Kelas philo minggu ini pada RABU 20 Jun 2007 akan membincangkan pandangan KARL
MARX ( 1818 –  1883) falsafah dari  Prussia.

Kelas bermula jam 8.30 malam di Central Market Annex - sila ajak kawan-kawan
datang sama. semua di jemput.

Dear friends,

Our philo class this week on WEDNESDAY will discuss the idea of KARL MARX
(1818-1883) - a Prussian  philosopher.

Class starts at 8.30 pm at Central Market Annex - please invite friends. All
are welcome.

Salam/Regards,

Hishamuddin Rais


PSM SOKONG MTUC

LAKSANAKAN AKTA GAJI MINIMA SEKARANG !!!

 

Parti Sosialis Malaysia (PSM)  menyokong penuh tindakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia ( MTUC) untuk melancarkan piket dan mogok satu hari jika Kerajaan gagal mengubal Akta Gaji Minima untuk warga pekerja dinegara kita .

 

PSM hari ini turut serta dalam perhimpunan menyampaikan memorandum di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya mendesak  Kerajaan pimpinan Dato’ Seri Abdullah Badawi untuk memandang  serious isu gaji pekerja swasta . Kerajaan sekian lama telah menolak tuntutan pekerja untuk Akta Gaji Minima dengan alasan bahawa ianya akan menjejaskan pelaburan asing .

 

Dalam Kongres PSM ke 9 di Port Dickson pada 3hb. June 2007, satu resolusi telah diluluskan sebulat suara seperti berikut:

 

PSM kecewa Akta Gaji Minima tidak diimplimentasikan oleh pemerintah. Kegagalan Pemerintah ini menunjukkan ia sudah hilang kredibiliti dan kewibawaan politik untuk menyelesaikan isu pekerja secara ikhlas. Selaras dengan itu, PSM menyokong penuh cadangan MTUC untuk mengadakan mogok sehari jika akta gaji minima ini tidak diimplementasi. PSM menuntut Kerajaan menghapuskan polisi gaji murah serta merta.

 

Read the rest of this entry »

Oleh: Rafzan Ramli

Sejak kebelakangan ini, kita sering terdengar dan terbaca didalam media cetak dan elektronik mengenai tuntutan agar seseorang pekerja menerima gaji minimum. Badan-badan yang berkaitan seperti Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dengan lantang menyuarakan tuntutan agar dasar gaji minimum dilaksanakan. Tuntutan ini dirasakan semakin releven apabila Perdana Menteri merealisasikan tuntutan CUEPACS dengan mengeluarkan kenyataannya dalam perhimpunan hari pekerja kakitangan awam di Putrajaya pada 21 May 2007 mengenai kenaikan gaji pokok dan elaun bulanan kakitangan awam sebanyak 7.5% hingga 35% yang akan berkuatkuasa pada 1 Julai 2007. Harus difahami bahawa pengumuman kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri ini bukanlah satu gagasan atau dasar gaji minimum yang diperjuangkan oleh MTUC atau badan-badan organisasi yang lain.

Mengikut takrifan polisi gaji minimum yang dikeluarkan oleh “International Labour Organization” atau ILO, gaji minimum adalah satu amaun minimum yang ideal, yang harus dibayar oleh majikan kepada pekerjanya bersesuaian dengan keperluan minimum harian seseorang pekerja dan keluarganya. Kadar gaji minimum juga haruslah selari dengan keadaan ekonomi dan sosial semasa sesebuah negara. Bayaran yang dibuat adalah mengikut kadar kiraan bulanan, harian atau jam. Kira-kira lebih 90% negara di seluruh dunia mengamalkan dasar gaji minimum yang bersesuaian dengan sistem ekonomi negara masing-masing. Ada diantaranya telah menguatkuasakan dasar gaji minimum seawal tahun 1900-an. Negara Australia umpamanya telah menguatkuasakan dasar gaji minimum seawal 1904, manakala negara Amerika Syarikat pula telah mempunyai dasar gaji minimum pada tahun 1938. Dasar gaji minimum ini bukan sahaja diterimapakai di negara-negara maju, malahan ia turut dilaksanakan di negara-negara dunia ketiga seperti Korea Selatan dan Sri Lanka.

Read the rest of this entry »

img_0917.jpg

Resit “Fedex” yang membuktikan bahawa Razak Baginda ada menghantar sesuatu kepada Altantuya

img_0905.jpg

Bapa Altantuya menerangkan mengapa di Mongolia Altantuya di panggil Amina

img_0913.jpg

Keratan Akhbar Mongolia yang menyiarkan sajak Altantuya dan menunjukkan yang di Mongolia, Altantuya di panggil Amina.

“Anak saya bukan model” dan “anak saya tidak pernah masuk Islam”. Itulah diantara fakta yang menarik diterima daripada bapa kepada Altantuya sewaktu sidang akhbar bersama dengan NGO Malaysia pagi tadi di Dewan Perhimpunan Cina Selangor.

En Shaaribuu menjelaskan kepada media tentang kesalahan fakta mengenai anaknya yang sering dilaporkan oleh media terutamanya media Malaysia. Pertama, anaknya bukan model. Altantuya adalah seorang penterjemah sepenuh masa yang fasih dalam bahasa Cina, Russia, Inggeris, Perancis dan Mongolia.

Disamping itu, media Malaysia juga mengatakan bahawa Altantuya adalah seorang Muslim yang bernama Aminah Bt. Abdullah. Sebenarnya di Mongolia, anak perempuan pertama memang dipanggil Amina.

Lihatlah bagaimana media memainkan fakta untuk menunjukkan yang Altantuya bukanlah seorang yang baik untuk melupakan fakta yang beliau telah dibunuh dan melibatkan pimpinan politik tertinggi.

NOTA: CUKONG perkataan yang berasal dari Indonesia bererti towkay Cina.
Perkataan ini muncul apabila towkay-towkay Cina mengkudai para jeneral
untuk merompak dan menyamun Indonesia. Hasilnya cukong-cukong ini telah
memiliki hampir 80% kekayaan Indonesia.

NOTA: MEROMPAK: Perkataan Melayu dari ibu perkataan - rompak. Penambahan me
menjadikan ianya perbuatan. Rompak memberi makna merampas harta benda yang
bukan kepunyaan. Perkataan ini sama maknanya dengan – samun-menyamun,
jara-menjarah, rampok-merampok, lanun-melanun.

NOTA: BERSEKONGKOL – Merancang bersama-sama untuk melakukan perbuatan
jahat.

- Dari Kamus tulisan Hishamuddin Rais

Saya telah menerima berita ringkas dari seorang graduan Universiti Malaya.
Beritanya tentang ura-ura syarikat cukong Cina yang ingin membeli tanah
kawasan Universiti Malaya. Yang menyampaikan berita yang berbunyi agak marah
ini bukan graduan Melayu atau Bumiputera atau Islam tetapi seorang graduan
Punjabi lulusan Universiti Malaya.

Saya telah pernah menulis tentang peranan para-para cukong ini. Malah banyak
kerosakan yang sedang dialami dalam negara kita ini selain dari hasil kerja
pemodal luar negara ialah hasil dari kerenah para cukong-cukong tempatan.

Biar saya nyatakan di sini sekali lagi bahawa para cukong ini TIDAK mungkin
dan tidak berani melakukan rompakan ke atas tanah Melayu jika TIDAK ada
kerjasama yang intim dengan benggolan politikus Melayu/Bumiputera.

Di Indonesia para cukong ini secara licik telah berjaya masuk ke dalam
struktur pentadbiran junta Jeneral Haji Muhamad Suharto. Sedikit demi
sedikit sesudah tahun 1965 para cukong-cukong ini telah berjaya memiliki
hampir 80% dari harta kekayaan Indonesia. Cukong-cukong ini memiliki bank,
tanah pertanian, jaringan jualan eksport/import, cari gali dan termasuk
jaringan jualan runcit. Ertinya para cukong ini telah berjaya menjerat leher
250 juta rakyat Indonesia.

 

Read the rest of this entry »

Klik disini untuk membaca penafian dari GUOCOLAND (Malaysia) Bhd mengenai isu pemindahan Universiti Malaya ke Sepang. Semoga ini benar. Semoga pentadbir-pentadbir negara masih lagi waras. Sebagai bekas pelajar UM, Pak Lah seharusnya mempertahankan UM dari dipindahkan sebelum Pak Lah yang dimasukkan ke dalam tong sampah sejarah.

Apa nak jadi dengan Malaysia? Universiti yang pertama di nagara ini iaitu Universiti Malaya akan dipindahkan ke Sepang dan kawasan lama akan dibangunkan. Dimana hilangnya akal pemimpin negara ini? Sila klik disini untuk membaca komen Syed Husin Ali, bekas pensyarah Universiti Malaya di Malaysiakini.

Takkan nak biarkan? Walaupun aku bukan pelajar Universiti Malaya, sebagai seorang rakyat yang mencintai dan menghormati kesan-kesan sejarah, aku menentang usaha ini seratus peratus.

Dan aku menyeru mahaiswa, bekas-bekas mahasiswa, kakitangan dan pensyarah Universiti Malaya untuk bangun menentang usaha jahat ini. Pembangunan tidak seharusnya membunuh kesan-kesan sejarah.

Kalau ini benar-benar terjadi, demonstrasi besar-besaran harus dilakukan hingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan universiti yang pertama di Malaysia!!!

Sila klik disini untuk membaca posting dari Ruhanie Ahmad dan Rocky Bru.

Klik disini pula untuk membaca artikel dari Business Times.

Apakah benar sastera Nusantara didiskriminasikan? Ataupun kurangnya pendedahan karya-karya dari Nusantara ke pelusuk dunia? Atau apakah karya-karya sastera dari Nusantara tidak cukup kuat untuk sampai ke tahap dunia? Sila klik disini.

Banjir yang berlaku di Kuala Lumpur pada hari Ahad bersamaan dengan 10 Jun 2007 yang lalu telah menimbulkan kemarahan banyak pihak. Masalah ini adalah masalah yang berulang. Apabila hujan lebat turun dalam dua hingga empat jam, Kuala Lumpur pasti banjir.

Yang menderita ialah rakyat dan peniaga. Restoran musnah, kereta tenggelam, rumah musnah dan pelbagai lagi masalah yang disebabkan oleh banjir yang seharusnya boleh dielakkan.

Hujan memang tak boleh dihalang. Kalau pengurusan baik, pasti banjir dapat dielakkan. DBKL dan Majlis Perbandaran daerah-daerah yang lain sangat “kebal” dan tidak takut untuk bekerja sambil lewa kerana mereka ini dilantik dan tidak dipilih oleh masyarakat setempat.

Read the rest of this entry »

Sammy oh Sammy. Nak letak harga tol SMART tu fikirkanlah tentang keperitan dan kesusahan rakyat bawahan. RM 2 memanglah tak mahal bagi Sammy. Tapi bagaimana pula dengan orang biasa dan rakyat bawahan?

Mengapa tak letak RM 100 je? Dah alang-alang kan?

Sila klik disini.

Bagi yang berada di KL semalam, pastinya akan marah dan bengang dengan banjir besar yang telah menyebabkan banyak kemusnahan dan kemalangan. Sila klik sini.

Damai TV telah mewawancara aku untuk program pendidikan mereka mengenai pilihanraya yang bebas dan adil. Selain daripada itu, aku juga berkongsi pengalaman dengan mereka tentang pilihanraya di negara Asia.

Berita ini dipetik dari Malaysiakini. PAS sudah semakin berani. Apakah mereka sudah tahu yang UMNO akan merampas kembali Kelantan?

Read the rest of this entry »

Penulis-penulis blog sering diserang oleh pemerintah yang anti demokrasi. Di Mesir, penulis blog dinpenjarakan. Di Malaysia, penulis blog disaman. Zainuddin Maidin selaku Menteri Penerangan telah mengarahkan semua editor-editor media arus perdana agar tidak mengutip berita dari blog.

Sheih, seorang blogger yang terkenal telah mendedahkan tentang perkahwinan Abdullah Badawi satu ketika dulu. Sila klik sini dan disini. Abdullah pada waktu itu telah menafikan perkara ini.

Sila klik disini untuk membaca berita dari Bernama tentang pengesahan yang Pak Lah akan bernikah Sabtu ini.

Apa-apa pun, tahniah kepada PM kerana tak akan sunyi lagi. Kepada Jean Danker, tahniah kerana terpilih untuk menjadi ibu negara, harapan kami sebagai rakyat Malaysia agar PM kami akan lebih terurus dan tidak akan lagi tertidur semasa mesyuarat-mesyuarat di Malaysia mahupun diperingkat antarabangsa.

Sila klik juga disini untuk melihat gambar wajah bakal ibu negara.

img_0456.jpg

Bulan Jun ini heboh lagi tentang kes Altantuya. Ini semua gara-gara perbicaraan Altantuya yang akan berlangsung pada bulan ini. Perbicaraan kes bunuh ini telah pun ditangguhkan kepada 18 Jun 2007.

Hazman Ahmad yang mengambil alih kes dakwaan pembunuhan terhadap Cif Inspektor Azilah Hadri, turut mendakwa Zulkifli Nordin yang menarik diri menggunakan isu campur tangan seperti dakwaannya “demi kepentingan politik”. Sila klik disini.

Mahkamah di Malaysia telah lama hilang kredibiliti. Semuanya bermula daripada kes pemecatan Tun Salleh Abas. Selepas itu ditambah pula dengan kes Anwar Ibrahim yang telah mendapat perhatian daripada masyarakat antarabangsa.

Read the rest of this entry »

Perbicaraan kes bunuh Altantuya ditangguh ke 18 Jun 2007. Sejak seawal jam 6.30 pagi, orang ramai sudah mula ke Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang bertempat di Shah Alam.

Media tempatan dan antarabangsa memenuhi mahkamah untuk menyaksikan sendiri kes yang dikatakan berkait rapat dengan Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak berikutan dengan keterlibatan Razak Baginda dan dua polis pengiring Timbalan Perdana Manteri.

Penggunaan blog berkembang luas di Malaysia. Terutamanya selepas NSTP menyaman Ahirudin Atan dan Jeff Ooi. Ramai penulis blog di Malaysia sekarang ini. Ada yang menulis tentang muzik, filem, politik, sukan dan yang paling ramai sekali menulis tentang aktiviti harian mereka.

Sudah menjadi resam manusia. Benda yang dilarang yang paling suka dibuat. Menteri Penerangan Zainuddin Maidin sehingga mengarahkan media untuk tidak lagi memetik berita dari blog dan jangan memberi publisiti percuma kepada blog. Itulah dia Zainuddin Maidin, tak sudah-sudah nak menyekat kebebasan orang lain dan menjadi mesin propaganda BN.

Blog juga boleh menjadi tempat luahan rasa dan pergaduhan diantara kawan-kawan. Sebenarnya tujuan aku tulis posting ini adalah untuk meredakan pergaduhan diantara dua orang yang aku kenal rapat. Aku rasa pergaduhan mereka tak lebih dari masalah peribadi yang boleh diselesaikan apabila kedua-duanya bersemuka.

Kedua-duanya orang yang baik dan mempunyai peranan masing-masing dalam gerakan. Harap-harapnya kedua-dua pihak dapat bersemuka dan menyelesaikan masalah ini secara matang. Anda mungkin boleh membantu. Baca dulu posting disini dan disini. Kemudian berikan sedikit pandangan di ruangan komen biar kedua-dua pihak dapat baca.

Chow dulu.

Diterima dari seorang teman. Dia juga menerima email ini dari temannya.

Sila baca:

untuk semua penduduk di malaysia tak kira apa bangsa pun…….baik Melayu, Cina , India atau lain2 bangsa…errr bangladesh pun boleh
Adelah!! orang-orang yang kerja kat PETRONAS bagitau..,
Akupun tak tahu betul ke tidak…tapi apa salahnya mencuba…tak rugi
Idea yang sangat menarik? Tapi adakah ianya berkesan?
Nampaknya menjelang tahun depan harga petrol akan menghampiri RM 2.00. Mahu supaya harga petrol turun? Kita perlukan satu tindakan bijak dan bersepadu.

Philip Hollsworth menawarkan idea bagus ini. Ianya LEBIH BERKESAN berbanding kempen “jangan beli petrol pada hari tertentu” yang dilakukan pada April atau Mei lalu. Syarikat minyak hanya akan mentertawakan sebab mereka tahu dengan tidak membeli petrol, kita akan menyusahkan diri sendiri. Ia lebih menyusahkan pengguna sendiri berbanding penjual.

Tapi, tak kiralah dari siapa idea ini yang mencadangkan pelan yang benar-benar berkesan. Sila teruskan membaca dan ambillah bahagian dalam rancangan ini. Mengikut kenyataan dari negara-negara pengeluar minyak anggota OPEC harga seliter petrol adalah semurah 89 hingga 95 sen sahaja. Tetapi syarikat syarikat pembekal minyaklah yang mengaut keuntungan besar dari situasi sekarang ini.

Kita sebagai pengguna perlukan tindakan agresif untuk ‘mengajar’ mereka bahawa PEMBELI juga ada kuasa untuk yang mengawal harga, bukan penjual sahaja.

Dengan harga petrol yang naik begitu tinggi sekarang ini, kita pengguna perlu bertindak segera. Satu cara yang disarankan untuk menurunkan harga petrol ialah dengan memberikan tamparan ‘market leader’ industri berkenaan, iaitu dengan tidak
membeli petrol dari penjual tertentu. Ini dapat kita lakukan tanpa menyusahkan diri kita sendiri.

Read the rest of this entry »