Ye ke ni?

Bulan Jun ini heboh lagi tentang kes Altantuya. Ini semua gara-gara perbicaraan Altantuya yang akan berlangsung pada bulan ini. Perbicaraan kes bunuh ini telah pun ditangguhkan kepada 18 Jun 2007.
Hazman Ahmad yang mengambil alih kes dakwaan pembunuhan terhadap Cif Inspektor Azilah Hadri, turut mendakwa Zulkifli Nordin yang menarik diri menggunakan isu campur tangan seperti dakwaannya “demi kepentingan politik”. Sila klik disini.
Mahkamah di Malaysia telah lama hilang kredibiliti. Semuanya bermula daripada kes pemecatan Tun Salleh Abas. Selepas itu ditambah pula dengan kes Anwar Ibrahim yang telah mendapat perhatian daripada masyarakat antarabangsa.
Kes pembunuhan Altantuya juga kali ini mendapat perhatian daripada media antarabangsa. Isnin lalu sewaktu di mahkamah Shah Alam, begitu ramai orang yang hadir. Media tempatan dan antarabangsa memenuhi perkarangan mahkamah. Sewaktu bapa Altantuya muncul, terlihat wajah seorang ayah yang ingin menuntut keadilan bagi anak perempuan kesayangannya. Sedih hati ini bila melihat.
Razak Baginda dan dua oarang polis yang didakwa terlibat dalam pembunuhan Altantuya, dikawal ketat oleh polis dan pengawal penjara. Razak kelihatan kurus berbanding dengan sebelum direman.
Apa-apa pun, perbicaraan ini akan menentukan juga masa depan politik Najib yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya oleh kerana keterlibatan pemikir politik beliau dan polis pengawal pengiring Timbalan Perdana Menteri. Pengunaan bom C4 juga adalah sesuatu yang dipertikaikan oleh kerana bom itu tidak mudah untuk didapati melainkan oleh orang-orang yang ada kaitan dengan kementerian pertahanan.
Apakah Abdullah seberani Mahthir? Apakah Najib akan tamat riwayat politiknya? Kita tunggu dan lihat. Apakah mahkamah tidak ada campurtangan politik atau pihak ketiga? Kita tunggu dan lihat juga.














