PAS sudah bersedia untuk kejalanraya sebelum pilihanraya?

2007 Jun 7
by aminiskandar

Berita ini dipetik dari Malaysiakini. PAS sudah semakin berani. Apakah mereka sudah tahu yang UMNO akan merampas kembali Kelantan?

 Malaysiakini.com100,000 Pemuda PAS sedia sertai bantahan di Putrajaya
Muda Mohd Noor
Jun 7, 07 11:59am
Saiz Huruf:

Pemuda PAS sedang menunggu arahan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menghantar 100,000 ahlinya ke Putrajaya untuk mengadakan bantahan mengenai kepincangan demokrasi di negara ini, kata Ketuanya, Salahuddin Ayub.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Pemuda PAS kini dalam keadaan siap sedia dan mereka boleh dihantar pada bila-bila masa sahaja ke Putrajaya.

“Jika hari ini Abdul Hadi mengarahkan Pemuda PAS mengadakan bantahan di Putrajaya, hari ini juga kita akan mengadakan bantahan di sana.

“Kita perlu menghantar isyarat kepada kerajaan bahawa demokrasi di Malaysia berada dalam tahap yang buruk dan memalukan,” katanya.

Sehubungan itu, ketika dihubungi semalam, Salahuddin berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat bulanan PAS di ibu negara Sabtu ini.
Beliau mendakwa kerajaan menggunakan demokrasi yang mereka tentukan sendiri dengan menekan rakyat dan pembangkang untuk memastikan mereka terus berkuasa.

“Kerajaan telah menggunakan pelbagai akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), menggunakan polis dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk kepentingan politik mereka.

PAS Kelantan sokong

“Dengan perkataan lain, demokrasi Malaysia ditentu dan dikuasai oleh kerajaan yang memerintah dan bukannya untuk kepentingan rakyat terbanyak,” katanya.

Katanya, ketika negara- negara lain sedang sibuk menyuburkan demokrasi, Kerajaan Malaysia pula menggunakan pilihanraya untuk menutup kepincangan yang berlaku berlaku dalam demokrasi negara ini.

“Kami tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan kerana ia akan membawa kerosakan yang lebih teruk kepada rakyat dan negara ini,” katanya.

Salahuddin berkata, semua pihak, termasuk bukan ahli PAS, perlu ikut serta sebagai tanda sokongan kepada usaha memulihkan demokrasi di dalam negara ini.

Pendapat itu turut disokong Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang berkata, bantahan tersebut perlu kerana kerajaan sedia ada hari ini merupakan gabungan antara demokrasi dan kuku besi.

“Ahli PAS Kelantan sanggup turun ke Putrajaya untuk berkumpul di depan Pejabat Perdana Menteri bagi menggesa kerajaan memulihkan demokrasi di negara ini,” katanya.

4 Respons leave one →
  1. 2007 Jun 7
    Malcolm permalink

    nak buat..biar betul-betul buat..takut nanti jadi macam dulu..beria-ria nak buat demo besar-besaran kat KL masa kalah teruk dalam pilihanraya 2004..last-last tak jadi..press suma dah dtg..para hardcore reformis suma dah ready..last-last tak jadi..

    apa pun..PKR dah setuju..Ratusan ribu reformis sudah bersedia..ayuh ke jalanraya!!!

  2. 2007 Jun 7
    Malcolm permalink

    nak promote skit..

    HARI INI 8/6/2007 ADA DEMO BESAR_BESARAN DI KL

    BERMULA DI MASJID TABUNG HAJI DAN BERARAK KE KEDUTAAN THAILAND SEMPENA MENYOKONG PERJUANGAN PULO @ PEJUANG PEMISAH SELATAN THAI..

  3. 2007 Jun 8
    Malcolm permalink

    ada lagi

    hari juga ada perhimpuan menyokong perjuangan ISA 7 jam 3 petang di depan Mahkamah Baru Jalan Duta…

    buat kekandaku Ijan..LAWAN TETAP LAWAN!!!

    HIDUP RAFZAN aka IJAN!!

Trackback & Pingback

  1. Top Posts « WordPress.com

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS