C4: Siapa yang akan disalahkan?

2007 Jun 28
by aminiskandar

Perbicaraan kes bunuh Altantuya Shaariibuu akan menjadi menarik apabila soalan-solan tentang penggunaan C4 untuk meletupkan Altantuya dikemukankan. Seperti yang semua sedia maklum, untuk menggunakan C4, seseorang itu haruslah mempunyai akses yang kuat dengan Kementerian Pertahanan.

Azilah dan Sirul Azhar kedua-duanya merupakan UTK yang bertugas untuk mengawal Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Apakah Najib yang juga Menteri Pertahanan memberikan lampu hijau kepada dua polis ini untuk menggunakan C4 bagi meletupkan Altantuya?

Jika Najib tidak tahu sekalipun. Bagaimana dengan mudah dua anggota UTK ini mengambil bom C4 ini? Apakah negara ini tidak mempunyai sistem keselamatan yang bagus? Apa kata Musa Hassan kerana ini adalah masalah keselamatan  negara? Apakah Musa Hassan tidak tahu atau sengaja buat-buat tak tahu?

Kredibiliti PDRM semakin hari semakin buruk. Jenayah semakin berleluasa. Kalau perkara sebegini berlaku dinegara-negara lain, sudah tentu Menteri Pertahanan dan Ketua Polis Negara akan meletakkan jawatan. Tetapi tidak di Malaysia. Semuanya “muka tebal” dan sedikitpun tidak merasa bersalah dengan kejadian yang berlaku seumpama ini.

Malaysia Boleh!!! 50 tahun Merdeka akan disambut dengan pelbagai persoalan. Siapa yang harus disalahkan? PM? TPM? KPN? Ataupun kita sebagai rakyat kerana hanya membiarkan perkara-perkara sebegini berlaku.

3 Respons leave one →
  1. 2007 Jun 28

    Yolah kat M’sia ni rakyat tak pernah peduli janji cukup makan. Cuba kat negara lain rakyat mesti bangkit lawan. Kes Alantuya betul-betul memalukan M’sia, undang-undang macam dimain-mainkan (mcm badut). Itupun rakyat kita boleh tidoooo lagi.

  2. 2007 Julai 22
    ebby saiful permalink

    sy amat marah sangat sebb kes bunuh warga mongolia tu terkena pada tpm kita tak kan kerana nama sama tpm kita terlibat sy berpendapat tak adil menuduh tpm kita

  3. 2008 Oktober 6

    aku nak tulis kat sini pun rasa bimbang. takut kena tahan ngan ISA (institute sakit akal) Bab bunuh altantuya ni…. pada pendapat aku, najib kena dipersoalkan. aku banyak kawan ngan kaki pompuan. perangai mereka sebijik macam najib.

    bila ada kuasa, dengan kuasa dia akan salahkan orang lain sedaya mungkin. asalnya dia takut kantoi ngan bini. paham kan? aku malas nak type laaa. bye. kalau aku type banyak sah kena tahan ngan ISA( ins sakit akal)

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS