Gempar!!! PKMM akan dihidupkan kembali…
Originally uploaded by Amin Iskandar
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diharamkan oleh penjajah British sewaktu darurat dulu akan dihidupkan kembali tak lama lagi. Menurut sumber-sumber yang diperolehi, PKMM akan dihidupkan kerana ramai anak muda merasakan bahawa parti-parti politik yang sedia ada tidak menarik minat mereka dan tidak mempunyai semangat sepertimana PKMM dahulu yang terlibat didalam menggagaskan Perlembagaan Rakyat.
Perlembagaan rakyat yang digagaskan bersama oleh PUTERA-AMCJA itu adalah perlembagaan progressif yang menjamin Ketuanan Rakyat. British yang takut dengan perkembangan ini telah menahan ramai aktivis dan telah mengharamkan juga API dan AWAS yang bernaung dibawah PKMM. Menurut bakal Setiausaha Agung PKMM (Baru), “negara sudah hampir 50 tahun merdeka tetapi perlembagaan negara yang digunakan masih lagi perlembagaan yang didraft oleh penjajah. Lord Reid, agen penjajah British adalah salah seorang daripada orang yang mendraft perlembagaan negara. Yang lebih mengecewakan kami, parti-perti pembangkang yang ada hanya menurut rentak permainan UMNO dan BN yang meneruskan legasi penjajah”.

Jun 30, 2007 pada 4:45 am
[...] sewaktu zaman darurat. Amin Iskandar melaporkan bahawa PKMM akan dihidupkan semula. Sila klik disini. Daripada hasil risikan yang diperolehi oleh Malaysiakiri, PKMM yang akan dihidupkan semula itu, [...]
Julai 1, 2007 pada 11:54 am
pasti akan menggegarkan..
Suara Allahyarham Burhanuddin Al-Helmi alaf baru akan berkumandang!!
Siapa pemimpin barunya…
Kita tunggu!!!
Julai 3, 2007 pada 12:00 am
[...] Gempar!!! PKMM akan dihidupkan kembali… [image] The Rivival of PKMM Originally uploaded by Amin Iskandar [...]
Julai 13, 2007 pada 11:23 am
Assalamualaikum Sdr Editor,
Selepas kembalinya British ke Malaya (ketika itu) dan Singapura,disamping berlakunya keganasan Komunis, beberapa Parti politik Melayu telah muncul untuk menuntut kemerdekaan negara. Disamping UMNO, telah muncul Parti-parti seperti PKMM (Perti Kebangsaan Melayu Malaya) dengan API (Angkatan Pemuda Insaf) dan Angkatan Pemudinya, di bawah Syamsiah Pakeh, ikut sama berjuang ke arah itu.
PKMM dipimpin oleh Dr Burhanuddin Helmi. Menakala API oleh Muhammad Bustamam (ayah kepada Sdr Rustam Sani dari Parti Rakyat sekarang - kalau tidak silap saya).
Gagasan PKMM ketika itu ialah untuk meperjuangkan wujudnya Malaysia Raya, (penyatuan Malaya dan Indonesia), yang didokong Sukarno.
Tetapi, tertubuhnya UMNO di bawah Datuk Onn Jaafar, kemudian diambil alih Tengku Abdul Rahman, gagasan yang dipelopori PKMM itu telah gagal terlaksana.
Mungkin British ketika itu lebih suka berhubung dengan Tengku (dan juga Tun Razak) yang kedua-duanya mendapat pendidikan di UK daripada Dr Burhanuddin Helmi yang mendapat pendidikan dari India, serata para pengikutnya yang rata-rata tidak berpendidikan Barat itu.
Tetapi, kemerdekaan Malaya diberikan British dengan bersayarat. Semua kaum di Malaysia hendaklah dipastikan “bersatu” kalau hendak merdeka.
Mungkin, British merasakan syarat mereka mustahil dapat dipenuhi. Tetapi, takdir telah menentukan segalanya, walaupun British meramal atau merasakan bahawa “perpaduan” kaum yang tercapai ketika itu tidak akan dapat “bertahan” lebih daripada 10 tahun, tetapi telah berjaya wujud sehingga ke hari ini.
Ketika itu bahang ingin merdeka telah terasa dengan hebatnya kerana India telah mendapat kemerdekaannya dan Indonesia yang berperang dengan Belanda telah juga berjaya mendapat kemerdekaannya.
Angin kencang menuntut kemerdekaan bukan saja disebabkan apa yang berlaku di India dan Indonesia ketika itu (yang rata-rata dirasakan oleh para pelajar Melayu di luarnegara seperti di Mesir yang terdedah kepada perjuangan Revolusi Perancis menuntut kemerdekaannya juga sebelumnya), tetapi juga oleh diayah Jepun yang memerintah Malaya dan Indonesia ketika itu.
Jepun telah mengapi-apikan penduduk di rantau ini dengan slogannya iaitu: ASIA untuk ASIA.
Ketika itu juga Malaya telah mula celik bahawa Empire British yang disangkanya begitu kuat sebenarnya tidaklah seperti apa yang disangkakan itu. Negara kecil seperti Jepun telah dapat mengalahkannya. India telah mula dilepaskan dari cengkamannya. Britain telah lemah disebabkan peperangan dengan Jarman, dan tuntutan kemerdekaan dari beberapa buah tanah jajahannya.
Apa yang saya ingat ialah bahawa PKMM dan sekutu-sekutunya adalah merupakan parti yang didokong oleh rakyat jembel - rakyat biasa - bukan dari golongan bangsawan.
British lebih suka berurusan dengan rakyat bangsawan yang pastinya mereka tahu akan menurut kehendak dan rencana mereka. Maka itulah dikatakan Malaya mendapat kemerdekaannya “on the platter” (di atas dulang)tanpa pertumpahan darah sepertimana yang berlaku di India dan Indonesia.
Impak psikologinya dari kedua-dua cara menuntut kemerdekaan mungkin ada kesannya yang tersendiri yang boleh dirasai oleh rakyat negara-negara yang menunut kemerdekaan itu.
Apa yang kita boleh katakan ialah bahawa keadaan India dan Indonesia ketika itu, walaupun terpaksa bertumpah darah, namun homogeniti penduduknya memberikan impak positif kepada pembangunannya, disamping para pemimpin yang berwibawa dan berkemampuan memimpin negara.
Hetrogeniti rakyat sesebuah negara seperti Malaysia, walaupun dari segi lahirnya tidak mempunyai masalah yang ketara, tetapi sebaliknya, masalah yang dihadapi sebenarnya agak berat - umpama api dalam sekam - sekiranya tidak dibendung dengan sebaik-baiknya akan membakar negara.
Orang luar sentiasa akan memerhati dan secara tidak langsung akan memaksa kita mengikut rentak mereka. Kerana mereka tahu negara kita agak “rapuh” dan lambat laun akan jadi “mangsa” mereka juga.
Di sinilah kita sebagai rakyat Malaysia yang tulen dan benar-benar cintakan negara, agama dan bangsa, seharusnya sedar akan bahaya terlalu banyak “berpolitiking” dan “mengejar kemewahan peribadi” yang berpasakan rasuah (apa juga jenisnya).
Ia akan menjadikan kita lemah dan kalau tidak berhati-hati, negara akan ditelan dan dijajah semula dalam bentuk baru (neo-colonialisme). Berwaspadalah kita semua yang benar-benar cintakan negara,agama dam bangsa.
Wallahu’alam.
mansal damha
November 23, 2007 pada 7:15 am
mansal damha
perenggan pertama boleh dibetulkan balik rasanya.PKMM wujud awal dari UMNO.ketika mula penubuhannya MERDEKA mmg mnjadi slogan PKMM diwaktu UMNO masih belum mahu menuntut kmerdekaan tanah melayu.paksinya ialah demi AGAMA,BANGSA dan TANAH AIR.itu ape yang saya paham la dari cerita tok saya..yup rustam sani mmg anak kpada Ahmad Boestamam.nama asal Boestamam ialah Abdullah Sani.