The Rivival of PKMM

Originally uploaded by Amin Iskandar

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diharamkan oleh penjajah British sewaktu darurat dulu akan dihidupkan kembali tak lama lagi. Menurut sumber-sumber yang diperolehi, PKMM akan dihidupkan kerana ramai anak muda merasakan bahawa parti-parti politik yang sedia ada tidak menarik minat mereka dan tidak mempunyai semangat sepertimana PKMM dahulu yang terlibat didalam menggagaskan Perlembagaan Rakyat.

Perlembagaan rakyat yang digagaskan bersama oleh PUTERA-AMCJA itu adalah perlembagaan progressif yang menjamin Ketuanan Rakyat. British yang takut dengan perkembangan ini telah menahan ramai aktivis dan telah mengharamkan juga API dan AWAS yang bernaung dibawah PKMM. Menurut bakal Setiausaha Agung PKMM (Baru), “negara sudah hampir 50 tahun merdeka tetapi perlembagaan negara yang digunakan masih lagi perlembagaan yang didraft oleh penjajah. Lord Reid, agen penjajah British adalah salah seorang daripada orang yang mendraft perlembagaan negara. Yang lebih mengecewakan kami, parti-perti pembangkang yang ada hanya menurut rentak permainan UMNO dan BN yang meneruskan legasi penjajah”.