Kata tak kenal ye?

2007 Jun 29
by aminiskandar

lulians.jpg

Najib… Najib…. Courtesy to Mob’s Crib.

Hari tu kata tak kenal ye? Sila baca laporan dari MStar dibawah.

‘Foto’ Altantuya bersama Najib Razak jadi isu
2007-06-29 20:55:42.0

Oleh SALHAN K. AHMAD

SHAH ALAM: Seorang pegawai kerajaan Malaysia bernama Najib Razak pernah berjumpa dengan mangsa pembunuhan, Altantuya Shaariibuu, menurut keterangan saksi hari ini.

Burmaa Oyunchimeg, 26, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau pernah melihat sekeping foto Najib Razak bersama Altantuya dan juga Abdul Razak Abdullah Baginda, tertuduh ketiga dalam kes tersebut.

Pengusaha salun itu, juga sepupu Altantuya, berkata demikian semasa diajukan soalan oleh peguam pemerhati Karpal Singh.

Bagaimanapun saksi tidak mengemukakan foto tersebut sebagai bahan bukti di mahkamah dan hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin juga tidak merekodkan keterangan ini.

Keterangan saksi keenam itu turut disanggah oleh Timbalan Pendakwa Raya Tun Abd Majid Tun Hamzah dan peguam-peguam tertuduh kerana ia dianggap tidak relevan dengan kes yang dibicarakan.

Hakim kemudiannya menyoal saksi tersebut berhubung foto tersebut.

“Di Hong Kong selepas dia balik dari Perancis, dia telah pergi ke Hong Kong untuk berjumpa saya dan menunjukkan saya gambar…,” kata Burmaa [foto, kanan].

Tun Majid memotong keterangan saksi itu dan bangun membuat bantahan, yang kemudiannya mengundang peguam-peguam lain untuk bertegang leher dengan Karpal.

Hakim kemudiannya berkata keterangan mengenai foto itu tidak direkodkan olehnya tetapi seterusnya beliau memberi laluan kepada Karpal untuk mengemukakan soalan.

Burmaa sekali lagi mengulangi fakta tersebut dengan menamakan pegawai kerajaan yang dimaksudkan dalam kenyataannya terdahulu.

Karpal: Boleh terangkan mengenai gambar yang anda lihat itu?
Burmaa: Ada sekeping gambar, saya rasa mereka sedang makan di satu meja bulat.
Hakim: Siapa sedang makan?
Burmaa: Altantuya, Razak Baginda, seorang pegawai kerajaan Malaysia dan orang-orang lain.
Karpal: Siapa pegawai kerajaan Malaysia itu?

Hakim kemudiannya mencelah dan berkata Karpal perlu bertanya sama ada saksi tersebut mengenali pegawai berkenaan sebelum menanyakan soalan berkenaan.

Karpal: Anda kenal siapa pegawai itu?
Burmaa: Saya ingat namanya Najib Razak kerana nama Najib Razak dan Razak Baginda bunyinya seakan-akan sama dan saya telah bertanya kepada Altantuya, adakah kedua-duanya bersaudara?

Tun Majid sekali lagi bangun dan meminta kepastian daripada hakim mengenai kaitan soalan tersebut dengan kes yang dibicarakan.

Hakim seterusnya membiarkan soalan berkenaan kepada Karpal.

Peguam pemerhati itu kemudiannya berkata, beliau membangkitkan perkara itu kerana ia disebut dalam kenyataan beramaran seorang lagi saksi Deputi Superintenden Musa Mohd Safri yang merupakan pembantu peribadi kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jelas Karpal, kenyataan beramaran itu telah digunakan bagi memohon jaminan bagi Abdul Razak setelah penganalisis politik itu ditahan pada 8 Nov tahun lalu. [Lihat: Karpal ditegah soal saksi selepas isu foto ]

Terdahulu, Burmaa telah memberitahu mengenai foto tersebut semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup.

Burmaa sebelum ini telah menafikan soalan yang dinyatakan kepadanya bahawa dia tidak mengetahui mengenai kehilangan Altantuya pada malam 19 Oktober.

Manoj: Anda sendiri tidak tahu bagaimana Altantuya telah hilang dan anda tidak bersetuju dengan kenyataan itu, kenapa anda tidak bersetuju?
Burmaa: Saya tidak setuju kerana saya tahu Altantuya datang ke Malaysia untuk berjumpa Razak Baginda… Saya tahu Altantuya pergi berjumpa Razak kerana saya telah melihat foto Altantuya, Razak bersama seorang pegawai.

Burmaa berkata foto berkenaan telah ditunjukkan oleh Altantuya apabila sepupunya itu pergi berjumpanya di Hong Kong.

Jawapan berkenaan bagaimanapun tidak diterima kerana Burmaa telah disoal berhubung kehilangan Altantuya dan bukannya sebab kedatangan sepupunya itu ke Malaysia.

Manoj kemudiannya telah menyoal wanita itu semula dan Burma menjawab, beliau mengetahui kehilangan Altantuya setelah diberitahu oleh dua lagi saksi, Namiiraa Gerelmaa dan Uriintuuya Gal-Ochir.

Abdul Razak didakwa bersubahat dengan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, kedua-duanya bertugas di Unit Tindakan Khas, Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman dalam melakukan pembunuhan itu.

Penganalisis politik itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di antara 9.54 pagi, 18 Okt dan 9.45 malam, 19 Okt, 2006 di Wilayah Persekutuan.

Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735, Mukim Bukit Raja di sini antara 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt tahun lepas.

Jika sabit kesalahan, ketiga-tiga boleh dihukum mati.

Berita berkaitan:
Kekasih polis menangis diminta cam tertuduh
Karpal ditegah soal saksi selepas isu foto

Altantuya-Razak seperti pasangan kekasih (28 Jun)
Rahsia dalam nota terakhir Altantuya (28 Jun)
Sepupu Altantuya merah padam ketika disoal peguam (28 Jun)

Altantuya nikah dengan Razak di Hong Kong (27 Jun)
Altantuya hilang selepas ke rumah Razak (27 Jun)
Tertuduh tidak diberi makan selama 19 jam (27 Jun)
Bapa buat laporan polis, rekod masuk Altantuya hilang (27 Jun)

4 Respons leave one →
  1. 2007 Jun 30

    Mintak2 la kes ni membuka mata orang kita. Jangan jadi bodoh macam ‘orang kampung’ dah lar.. Ekeke..

    p/s: Pembebel dok pening pasal kes Lina Joy lagih :? ?

  2. 2007 Jun 30
    Amir permalink

    Nanti depa kuar le spin dan ‘orang kampung’ pun terngangah mulut dan mengiyekan iyekan.

    Pembebel, lebih baik hang makan panadol la ni. Kalau dok, nanti pening kepala hang double jadinya.

  3. 2007 Jun 30

    Opocot!..Latuk Najib Lajak aaa…eh..eh..ko..gambaq ko…kepala nak botak ko..eh…eh..

    p/s: lepaih ni akan keluar semula favourite words “tidak relevan”.

    pp/s: pembebel, nanti aku suruh Lina Joy picit “kepala hang”. Itupun lepaih aku heret dia sambil berbogel keliling putrajaya.

Trackback & Pingback

  1. Top Posts « WordPress.com

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS