You are currently browsing the monthly archive for Julai, 2007.
Pengundi di Jepun telah “mengajar” perdana menterinya, Shinzo Abe. Selepas parti politik yang dipimpin oleh Abe kalah teruk dalam pilihanraya parlimen yang berlangsung di Jepun baru-baru ini, kini beliau digesa untuk meletakkan jawatan. Sila klik disini.
Di Malaysia situasi sebegini masih belum pernah berlaku. Cuma pada tahun 1999, rakyat telah menghantar signal yang jelas apabila undi mereka diberikan kepada parti pembangkang yang telah menyebabkan PAS berjaya menawan Terengganu dan mempertahankan Kelantan.
Hari ini, BN selesa selepas menang besar dalam pilihanraya umum 2004. Terengganu berjaya ditawan semula. Keburukkan apabila tidak ada keseimbangan di dalam parlimen dan DUN kita boleh rasakan pada hari ini. Harga minyak dinaikkan dengan sewenang-wenangnya. Begitu juga dengan harga tol.
Ini secara langsung telah menyebabkan kenaikkan harga barang keperluan seperti daging, ikan, ayam dan sayur. Kenaikkan gaji tidak memberikan apa-apa makna apabila ianya seiring dengan kenaikkan harga barang. Kerajaan tidak dapat mengawal kenaikkan harga barang kerana kuasa sebenar ditangan pemodal kapitalis.
Shafie Afdal cuma berpura-pura sahaja memberi amaran kepada peniaga. Namun kita semua tahu yang ini hanyalah gimik. Yang berhadapan dengan kesusahan ialah kita. Bukan mereka.
Bila lagi kita mahu “mengajar” pemimpin kita seperti pengundi di Jepun? Memang benar pilihanraya kita tidak bebas dan tidak adil, tetapi bukankah pilihanjalanraya itu juga jalan demokrasi?
Saya cukup marah dengan blogger Bakri Musa. Kerana itu pada minggu ini tidak
ada kawan-kawan datang ke bilik saya. Mereka tahu saya sedang marah. Ketika
saya marah saya kentut. Ini tanda kemarahan yang saya pelajari dari Syed
Syeikh Adamiyah yang menjadi guru saya ketika saya tinggal di Baghdad. Ini
sebenarnya ilmu Melayu asli yang telah juga digunakan oleh Pak Pandir
setelah dia mencuri daging salai Mak Andeh.
Saya marah dengan Bakri Musa seorang penulis blog yang menulis dari Amerika.
Lalu saya kentut. Si Mamat ini menulis dalam keadaan selamat. Dia selamat
kerana ada gadis cun dari Colombia yang menjadi pembantu rumahnya di Los
Angles. Dia juga selamat kerana dia tidak pernah diganggu gugat oleh DBKL
yang selalu menjadi Mat Skodeng. Bayangkan jika si Bakri ini tinggal di
Kampung Kerinchi pasti puluhan kali DBKL datang ke biliknya untuk meminta
surat nikah.
Si Bakri ini aksen sikit kerana saya pernah mendengar khabar yang tidak
sahih bahawa dia pernah menjadi tamu Brad Pitt ketika pelancaran filem 50
Years - The Adventure of Terbilang Gemilang. Filem patriotik lagi touristik
arahan dan lakonan Brad Pitt ini akan muncul di panggung-panggung wayang di
seluruh dunia pada 30 Februari yang akan datang. Untuk menonton filem ini
kita semua wajib bersabar. Tapi ini satu cerita yang lain.
Jika anda ingin berkongsi membaca tentang kehidupan, susah senang kaum pekerja di Malaysia, sila klik http://diaripekerja.blogspot.com. Sila beri komen dan pandangan terhadap isu-isu yang dibahaskan. Ia datang dari golongan pekerja yang benar-benar merasai susah senang sebagai pekerja di Malaysia.
Bermula dengan budak suruhannya, Norza menggesa kerajaan menggunakan ISA terhadap penulis blog. Sekarang Khairy pula yang mendeklarasikan “peperangannya” dengan penulis blog apabila memanggil penulis blog sebagai “monyet-monyet”. Sila klik disini.
Khairy yang tahu karier politiknya akan ditamatkan satu hari nanti oleh penulis-penulis blog menggunakan “sijil nikahnya” dengan Nori Abdullah Ahmad Badawi untuk memaksa kerajaan mengambil tindakan tegas kepada penulis-penulis blog.
Seperti biasa, Norzalah yang akan menyalak dahulu. Kemudian barulah Khairy akan menyusul. Begitulah taktik mereka.
Khairy berkata yang Malaysia Today ada memfitnah beliau dalam ruangan “Khairy Chronicles”. Menurut beliau, tindakan tidak diambil oleh kerana prosesnya terlalu lama.
Sebenarnya, ada satu sebab besar mengapa Khairy tidak mahu mengambil tindakan kepada Malaysia Today. Beliau masih lagi mengharapkan agar Malaysia Today akan mendedahkan gambar Najib bersama Altantuya.
Masa depan politik Khairy amat bergantung dengan nasib politik Najib. Jika Najib terkeluar, maka cerahlah harapannya. Kalau Najib menjadi Perdana Menteri, sudah pasti karier politik menantu Pak Lah itu akan berkubur.
Sebenarnya, tujuan Khairy dan Norza menggesa kerajaan mengambil tindakan kepada penulis blog adalah sandiwara semata-mata. Ini untuk meyakinkan Najib bahawa beliau seiring dengan Timbalan Perdana Menteri itu dalam memerangi penulis-penulis blog.
Umum sudah mengetahui bahawa Najib ialah orang yang benar-benar mahu penulis-penulis blog yang lantang mengkritik beliau dan kerajaan dihentikan. Ini adalah kerana selagi perbicaraan kes bunuh Altantuya belum selesai selagi itulah beliau masih belum selamat.
Sama-samalah kita melihat siapa yang akan tersungkur didalam pertembungan diantara Najib dan Khairy. Najib veteran UMNO manakala Khairy pula mempunyai sijil yang tidak dimiliki oleh orang lain iaitu “sijil nikah” dengan anak Pak Lah.
Sementara itu, penulis-penulis blog harus bersatu. Jangan takut dengan ugutan Khairy dan Norza. kedua-dua ahli politik ini akan tersungkur ditangan penulis blog.
Minggu ini kita menyaksikan lagi bagaimana polis memainkan peranan sebagai panglima kepada UMNO. Tidak berapa lama selepas Muhammad Taib membuat laporan terhadap Malaysia Today, Raja Petra dipanggil untuk disoal siasat. Lama. 8 jam.
Sedangkan disatu sisi lagi sudah berbakul-bakul laporan polis yang telah dibuat oleh pemimpin parti pembangkang dan NGO terhadap rasuah atau salahlaku pemimpin UMNO dan BN. Tidak satu pun disentuh oleh PDRM. Apalagi untuk memanggil pemimpin UMNO dan BN untuk disoal siasat.
Secara teorinya, Polis seharusnya bebas daripada memihak kepada mana-mana parti politik. Tetapi di Malaysia jelas. Polis menjadi alat bagi UMNO dan BN untuk mempertahankan legasi mereka.
PDRM seharusnya melihat kembali sejarah. Belum begitu lama kita menyaksikan bagaimana Tan Sri Rahim Noor yang menjadi alat kepada Dr. Mahathir dalam krisis beliau dengan Anwar Ibrahim tidak dibela apabila mahkamah memutuskan yang bekas Ketua Polis Negara itulah yang menumbuk mata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Rahim Noor memerangi setiap demonstrasi dengan kekerasan sehinggakan pada ketika itu, kebencian terhadap polis begitu membara dikalangan aktivis Reformasi. Namun, Tan Sri Rahim Noor dibiarkan sahaja keseorangan apabila beliau disabitkan kesalahan. Pada ketika itu langsung tidak kedengaran mana-mana suara dari UMNO dan BN bangun untuk mempertahankan Rahim Noor.
Kalau polis benar-benar bebas dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik, saya percaya sudah tentu hari ini, semua lokap dan penjara di Malaysia akan dipenuhi oleh orang-orang UMNO dan BN.
PDRM sememangnya tidak akan boleh diubah dan berubah. Kalau dahulu tuan mereka ialah penjajah British, sekarang ini tuan mereka ialah UMNO dan BN. PDRM akan menangkap sesiapa sahaja yang cuba untuk menggugat kekuasaan UMNO dan BN. Tetapi mereka harus ingat, rakyat Malaysia bukan selama-lamanya bodoh.
Sekuat mana sekalipun sesuatu regim dan kekuasaan itu, pasti akan tumbang juga jika rasuah terus berleluasa dan harta rakyat terus dirompak. Tunggu dan lihat. Sejarah telah membuktikan!!!
Semalam Raja Petra dari Malaysia Today telah disoalsiasat di IPD Dang Wangi. Selepas 8 jam, beliau dibebaskan. Ramai blogger yang hadir termasuklah blogger dikalangan ahli politik pembangkang seperti Husam Musa (PAS), Ronnie Liu (DAP) dan Tian Chua (PKR).
Tidak lupa juga geng-geng Bloggers United. Mereka setia menunggu sehingga Raja Petra dibebaskan. Nuraina A. Samad, Kickdefella, Zorro, Polytikus, Nat Tan, A Voice dan ramai lagi datang untuk menunjukkan solidariti mereka.
Walaupun bukan semua yang hadir mempunyai persamaan ideologi dengan Raja Petra, tetapi mereka tetap bersama-sama dengan Kak Marina (isteri Raja Petra) yang sedikitpun tidak menunjukkan kerisauan. Malahan Kak Marina sangat yakin yang pihak polis yang menyoal Raja Petra yang akan menjadi lebih sakit kepala. Begitulah gigih dan fahamnya seorang isteri kepada suami.
BBC dalam laporannya mengatakan bahawa ini adalah satu “crackdown” kepada blogger di Malaysia. Sila klik disini. Husam Musa mengatakan yang kerajaan BN mahu “membersihkan” segala unsur media alternatif sebelum pilihanraya umum ke 12. Ketua Perusuh mengatakan bahawa ini adalah Operasi Lalang ke 3. Sila klik disini.
Apakah ini hadiah kepada rakyat Malaysia selepas 50 tahun Malaya merdeka? Saya tetap dengan pendirian saya yang merdeka 50 tahun bukan Malaysia tetapi Malaya. Ini adalah kerana Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963.
Siapa selepas Petra? Itulah persoalan dikalangan blogger-blogger yang saya temui semalam. Mereka tidak takut dan risau. Tetapi cuba menjawab teka-teki difikiran mereka.
Solidariti yang ditunjukkan dikalangan blogger sungguh membanggakan. Rocky Bru dan Jeff Ooi berada di luar negara untuk menghadiri satu seminar mengenai media alternatif. Kalau mereka di Malaysia, sudah pasti mereka akan bersama-sama di IPD Dang Wangi semalam.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, ada 5 lagi blogger yang akan dipanggil atau ditahan oleh polis selepas Nat Tan dan Raja Petra. Mengapa kerajaan Malaysia tidak haramkan saja penggunaan internet? Kan lebih mudah daripada terpaksa berhadapan dengan serangan daripada blogger.
Sekarang ini sebenarnya yang paling takut ialah Najib Tun Razak. Mat Taib cuba untuk menjadi pendekar. Kita tahu apa agendanya. Yang paling ditakuti ialah gambar sebenar beliau dan Altantuya. Bila-bila masa boleh terkeluar di internet. Selagi tidak selesai selagi itulah hantu dan momok ini menjadi igauan kepada anak Tun Razak ini.
Saya tak akan berpindah agama – dan dengan demikian sebenarnya saya
memilih agama saya sekarang. Tapi saya sedih benar mendengar cerita
orang yang dilarang memilih agama yang ingin dianutnya. Saya sedih
mendengar kisah Revathi Massosai.
Perempuan Malaysia ini, yang sudah menikah dan beranak satu, lahir
dari ayah ibu yang beragama Hindu tapi kemudian berpindah jadi
Muslim. Dari pasangan ini ia mendapatkan nama Muslim. Tapi ia
dibesarkan oleh neneknya, seorang Hindu, dan Revathi memilih
mengikuti agama sang nenek. Di Malaysia, ini jadi masalah. Di negeri
itu, orang yang berayah Muslim harus jadi seorang Muslim. Dan
sebagai Muslimah, Revathi dilarang berpindah agama atau menikah
dengan seorang yang tak seiman. Ia dilarang murtad.
Pada 30hb Ogos 2005 dahulu harga minyak telah melintasi 80 dolar satu tong.
Bulan Ogos 2007 ini nampaknya lonjakan kenaikan harga bahan bakar petrol
ini sedang berulang lagi. Semasa saya menulis ini harga minyak telah
mencecah 76 dolar satu tong.
Saudara/ri - kawan-kawan,
Kelas Philo diteruskan dengan konsep dan falsafah POSTMODERN/PASCAMODEN di
Central Market
Rabu 25 Julai 2007 jam 8.30malam.
Semua di jemput datang. Sila ajak kawan-kawan.
Friends/kamarade,
Our Philo Class continues with the ideas and thoughts of POSTMODERNISM.
Wednesday 25th July Central Market at 8.30pm.
all welcome. Free to invites friends.
Cheers
Tq - isham
UPDATES: Lirik Penuh
Originally uploaded by Amin Iskandar
“Bersihkan pilihanraya dari penipuan,
Bersihkan pilihanraya dari ketidakadilan,
Bersihkanlah ia dari manipulasi,
Bersihkan, bersihkanlah, bersihkan.”
Sedutan daripada lirik lagu BERSIH ciptaan Black @ Amin Iskandar
20 Julai 2007,
Dewan Perhimpunan Cina Negeri Selangor.
Gambar daripada Tan Ah Kaw.
Surat terbuka Pemuda MCA kepada Pemuda UMNO. Pertelagahan diantara parti komponen BN kebiasaannya akan menjadikan pihak lain sebagai Kambing Hitam. Kita tidak pernah lupa apa yang berlaku sewaktu Operasi Lalang 1987.
Siapa pula yang akan menjadi mangsa kali ini? Anda?
Surat terbuka kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNOKami, ahli-ahli muda MCA, menyokong penuh pendirian dan usaha murni MCA menyumbang kepada pembangunan negara dan rakyat Malaysia.
Kami membidas tindakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang memberi “Amaran kepada MCA” melalui akhbar Berita Harian (tajuk utama, Sabtu 21 Julai 2007) yang meneruskan politik polemik mengintepretasikan semula perlembagaan persekutuan Malaysia. Ini berlaku walaupun pada hari Khamis 19 Julai, 2007, Kementerian Dalam Negeri telah mengarahkan media arus perdana supaya jangan menyiarkan sebarang berita mengenai Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Perbuatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO langsung tidak menghormati larangan yang telah dikeluarkan oleh KDN yang mewakili kerajaan negara.
Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO terhadap pemimpin MCA yang merupakan rakan kongsi utama BN, tidak membawa manfaat kepada sesiapa kerana ia tidak membawa kebaikan kepada mana-mana pihak.
Kami memberi nasihat ikhlas kepada Ketua Pemuda UMNO supaya mengingati semangat BN yang telah menjadi teras kerjasama dan muafakat selama 49 tahun Malaysia merdeka. Perbuatan mengeluarkan amaran terhadap sesebuah rakankongsi seperjuangan BN juga memperlekehkan semangat toleransi, hormat-menghormati dan bermuafakat.
Kami menyarankan pihak yang berkenaan seupaya melihat Perlembagaan Persekutuan Malaysia secara menyeluruh, bukannya mengambil sesuatu fasal atau fakta secara terasing kerana ini tindakan pihak yang jahil mengenai latar belakang, semangat dan kesefahaman yang telah dipersetujui di antara semua rakyat Malaysia yang menjadi teras membawa kepada pembentukan negara Malaysia yang merdeka.Leadership Development Bureau
MCA Bangsar/22 July 2007
Pagi ini, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Taib bersama 30 orang pengikutnya telah membuat laporan polis terhadap Malaysia Today di Balai Polis dang Wangi. Laporan polis dibuat oleh Mat Taib kerana mendakwa Malaysia Today telah menghina agama Islam dan Yang Dipertuan Agong (alsan yang biasa digunakan untuk menangkap pengkritik UMNO dan BN). Sila klik disini.
Malaysia Today adalah diantara laman web / blog yang paling berpengaruh di Malaysia. Dengan hampir satu juta pembaca sehari sudah pasti akan menggugat UMNO. Malahan Malaysia Today juga yang mendedahkan kes rasuah Johari Baharum dan Musa Hassan.
Raja Petra di kolumnya The Corridors of Power semalam telah menjangkakan yang laporan polis ini akan dibuat. Sila klik disini. Ternyata dakwaan Petra benar dan sekarang ini beliau hanya menunggu masa untuk diambil polis.
Apakah yang boleh kita lakukan? Jawapannya mudah. Kita harus memobilisasi pendukung kebebasan bersuara untuk berhimpun dihadapan IPD Dang Wangi dan menuntut Raja Petra Kamaruddin dibebaskan. Ini persoalan prinsip. Buangkan perbezaan ideologi dan garis politik. Petra harus dibela.
Saya yakin yang polis tidak mudah untuk melemahkan Raja Petra. Beliau telah banyak kali ditahan. Beliau juga pernah ditahan di bawah ISA.
Selamatkan Raja Petra!!! Pertahankan kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan!!!
Seorang warga Pakistan telah ditahan di New York kerana terlibat dalam penyeludupan senjata. Beliau dikatakan menghantar senjata ke Iran dan menjadikan Malaysia sebagai transit. Sila baca berita dibawah.
Updates: Aku masih lagi belum terlihat media tempatan menyiarkan tentang isu ini. Cuma penulis blog sahaja yang menyiarkan. Mungkin aku tak cukup teliti. Kepada sesiapa yang mempunyai link mengenai berita ini di media tempatan, tolong hantar ke ruangan komen. Terima kasih.
Ramai yang membuat spekulasi tentang tarikh pilihanraya yang ke 12. Ada yang kata hujung tahun ini. Ada yang kata bulan Ogos tahun ini. Mengapa perlu untuk Pak Lah panggil pilihanraya pada bulan depan? Sila klik disini.
Diantara hujah yang sering digunakan ialah untuk memanipulasi semangat 50 tahun merdeka. Laporan Malaysiakini hari ini mengesahkan lagi bahawa pilihanraya akan berlangsung pada bulan Ogos. Sila baca dibawah.
Setiap tahun lagu yang sama dinyanyikan. Sudah terhempas banyak kali. Sudah ramai yang mati. Baru nak tukar? Yang untung Najib. Dapat buat duit lagi.
Sila klik disini.
Setiap tahun cerita yang sama. Helikopter Nuri terhempas. Setiap tahun jugalah perwira negara terkorban. Apa dah jadi? Kalau dah tahu Helikopter Nuri itu membahayakan, mengapa masih guna? Apakah Menteri Pertahanan tidak sayangkan nyawa tentera-tentera kita?
Saya sarankan Menteri Pertahanan meletakkan jawatan untuk bertanggungjawab terhadap kematian perwira negara. Jika tidak, askar-askar bolehlah berhenti beramai-ramai. Jika tidak, anda juga akan menjadi mangsa.
Sila klik disini.

Husam ditemuramah oleh media sebelum berjumpa dengan pegawai khas Timbalan Perdana Menteri
Anda ingin memahami tentang konsep Intelektual Organik? Sila hadir:
Saudara/ri - kawan-kawan,
Kelas philo di teruskan dengan pandangan ANTONIO GRAMSCI 1891-1937. Kelas
hari Rabu 18 Julai 2007 jam 8.30. Tempat Central Market Annex.Semua di jemput datang. Sila ajak-kawan-kawan.
Dear friends,
Our philo class continues with the views of ANTONIO GRAMSCI 1891-1937. Class
on Wednesday 18 July 2007 at 8.30pm - Central Market Annex.All are welcome. Please invites friends.
Tq
isham
Updates: Nathaniel Tan sudah dibebaskan hari ini pada pukul 5 petang di Bukit Aman.
Posting asal: Usaha untuk menakut-nakutkan penulis blog tidak akan berjaya. Pada hari Nat ditangkap telah lahir penulis blog baru. Irwan Muhammad Zain telah membuka blognya pada hari Nat ditahan.
Jika anda ingin membaca posting Irwan tentang kronologi penangkapan Nathaniel Tan, sila klik disini. Musa Hassan menyarankan agar penulis blog dipantau. Dengar cerita ramai lagi yang akan kena selepas ini.
Sebagai penulis blog, anda tidak perlu takut. Kita harus bersatu. Aku gembira melihat lebih kurang 80-100 orang hadir semalam dihadapan IPD Dang Wangi. Ini menunjukkan yang penulis blog tidak takut dengan ugutan kerajaan dan polis.
Malam ini akan diadakan sekali lagi upacara bakar lilin di hadapan IPD Dang Wangi pada jam 8. Sila hadir beramai-ramai untuk menyatakan sokongan.
Apakah negeri Dato Onn Bin Jaafar yang juga pengasas UMNO akan menuju kebangkrapan? Apa yang dilakukan oleh waris Dato Onn, Hishamuddin Tun Hussein lakukan untuk mempertahankan negeri Johor? Atau dia sudah bersekongkol dengan Khairy untuk menjual negara kepada Singapura?
Sila klik disini.

Semalam dikejutkan dengan berita yang Nathaniel Tan ditahan. Banyak SMS dan panggilan telefon diterima. Diberitakan yang Nathaniel telah direman oleh polis selama 4 hari. Sila klik disini.
Poster dibuat oleh Mob’s Crib. Jika anda seorang blogger dan pemilik website yang menyokong untuk membebaskan Nathaniel, sila masukkan poster ini.
Sajak ini aku terima dari K.Shan, seorang aktivis Hak Asasi Manusia.
Setiba senja di kuala terengganu
Bermula pesta rakyat dan hantu
Terkejut, terdengar laungan hidup melayu
Tanda ketibaan Pak lah dan si menantu
Mat rempit, cukung dan semua menunggu
Lambat lah pulak si lembab Samy velu
Pilihanraya telah pun berlalu
Dah tiba masa perompak bersatu
EPF, minyak semua licin disapu
Dikala rakyat dengar Siti berlagu
Berkibar megah bendera UMNO Baru
Parti perompak yang disayangi Melayu
Cukuplah Pemuda Umno
(Insert health warning: You may feel some dizziness and nausea while consuming this..)
Cukuplah, Pemuda Umno.
Kontrak dan projek, semua dah beri pada you.
Keris-keris pun dicium oleh you.
Gadis cun pun nak ikut sama you.
Cukuplah, Pemuda Umno.
PRU-12, banyak kerusi untuk you.
Semua orang pun takut sama you.
Sehingga Johor dikasi pada you.
Buat apa nak ancam orang Hindu pulak?
Orang India dah super sokong you
Samy pun ada komisyen untuk you
Nah …kami anugerahkan title “Rasis Cemerlang & Terbilang” pada you.
OK?
Cukup?
Ketika saya bersekolah rendah dulu saya telah diajar oleh Mister Manjeet Singh yang lulus dari kolej perguruan Kirby, United Kingdom. Guru darjah saya ini dihantar ke sana ketika Tanah Melayu masih dalam jajahan British. Kami dalam darjah 3 merasa bertuah mendapat guru hebat seperti Mister Manjeet. Dari Mister Manjeet kami anak-anak murid dapat melihat duit syiling dan duit penny. Kami cukup gembira bercampur hairan apabila dapat melihat rupa duit orang putih dari luar negara.
Ada satu perkara yang di kesahkan oleh Mister Manjeet. Kesah ini cukup menakjubkan kami. Kesah ini tentang kota London yang memiliki gedung membeli-belah yang cukup besar dan luas. Kami anak sekolah dari Jelebu hanya tercengang melopong mendengar. Kami tidak tahu dan tidak dapat menggambarkan betapa besarnya gedung membeli-belah di kota London itu.
Mengikut Mister Manjeet, dalam gedung ini semua ada. Apa sahaja barang yang diperlukan semua dapat dibeli. Jika barang yang diperlukan oleh pembeli tidak ada di gedung ini, maka tuan empunya gedung akan mencari, memesan sehingga barang ini didapati. Kami cukup hairan, malah seorang kawan saya bertanya apakah gajah juga dapat dibeli dari gedung ini? Mister Manjeet menganggukkan kepala.
Pemuda UMNO akan membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) esok berhubung laman blog Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang memaparkan gambar palsu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang makan bersama wanita Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu di blognya. Sila klik disini.
Tian mungkin akan didenda RM 50,000 atau penjara jika disabitkan kesalahan. Apa kata anda semua jika ini berlaku? Nak bertindak? Atau nak biarkan saja Tian dihukum?
Kawan-kawan,
Kelas philo bersambung untuk melihat idea/pandangan JEAN PAUL SARTRE
(1905-1980). Tempat Central Market Annex RABU 11hb Julai 07 - jam 8.30
malam.
Dear friends,
Our philo class continues with the ideas/views of JEAN PAUL SARTRE
(1905-1980). Place Central Market Annex WEDNESDAY 11th July 07 at 8.30pm..
Semua di jemput datang. Sila ajak kawan-kawan.
All welcome. Please invite friends.
Tq
isham
Rakyat Malaysia dijemput untuk menghadiri satu konvensyen anjuran BERSIH. Butiran adalah seperti di bawah:
Konvensyen Rakyat Anjuran BERSIH
Rakyat Malaysia dijemput untuk menghadiri satu konvensyen anjuran BERSIH. Butiran adalah seperti di bawah:
Tempat: Chinese Assembly Hall, Jalan Kampung Atap, Kuala Lumpur
Jam: Bermula jam 8.30 malam hingga jam 11.30 malam
Tarikh: 20 Julai 2007
Tetamu Khas: Tuan Guru Hadi
Dato’ Seri Anuar Ibrahim
Saudara Lim Guan Eng
Hadirin diminta bawa bersama Jalur Gemilang.
Untuk sebarang pertanyaan/maklum balas, sila hubungi:
03-2692 5000 sambungan 302
*Tolong hebahkan, terima kasih.
Perbandingan diantara isu Altantuya dan Isu Memali, sila klik disini. Kedua-duanya melibatkan PDRM. Polis menjaga keselamatan awam atau membahayakan ketenteraman awam? Apa kata anda?
Originally uploaded by Amin Iskandar
Anda ada sebarang kekeliruan? Ada sebarang pertanyaan? Kurang jelas mengenai dasar PAS dan kerajaan Negeri Kelantan?
Sila “Tanya Husam Musa”. Husam Musa adalah YB DUN Kijang dan juga merupakan Naib Presiden PAS. Sila klik disini.
Blog ini masih hidup. Blackinkorea akan terus hidup walaupun Black sudah tiada di Korea. Terima kasih kepada Sheih diatas poster yang dibuat.

Aku ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada seorang kawan lama, Fathi Aris Omar. Setelah sekian lama membujang, akhirnya Fathi mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis yang berasal dari Sungkai, Perak.
Aku mula mengenali Fathi pada tahun 1999 apabila “Gerakan Reformasi” masih membara di ibukota Kuala Lumpur. Walaupun sebelum ini aku memang kurang berminat untuk bergaul dengan “budak skema”, Fathi telah mengubah tanggapan aku.
Fathi agak “cool” dan terbuka untuk menerima pandangan dan pemikiran yang berbeza. Fathi juga adalah orang yang menggalakkan aku untuk menceburi dunia penulisan. Pada ketika itu, beliau bekerja sebagai Editor Bahasa Melayu di Malaysiakini.
Tanpa galakan dan tunjuk ajar daripada Fathi, tak mungkin juga blog ini akan wujud kerana aku mungkin tidak akan terjerumus dalam lembah “penulisan” ini.
Sekali lagi aku doakan agar Fathi dan Isteri akan menempuh kehidupan yang lebih bahagia selepas berumah tangga. Semoga mereka cepat-cepatlah dapat anak dan akan berkekalan sehingga akhir hayat.
Semalam (6/7/2007), Fathi telah pun Selamat Di Ijab Kabulkan di Sungkai, Perak. Hari ini 7/7/2007 adalah hari persandingan Fathi.Rupa-rupanya dia pun minat jugak nombor cantik. He he.
Pelancaran memoir Pak Said Zahari akan diadakan pada 16 Julai 2007 di Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila baca berita yang dilaporkan oleh Malaysiakini dibawah.
Zam to launch Said Zahari’s memoirs James Wong Wing On Jul 6, 07 11:58am
The Malay and English editions of veteran Malay-language journalist Said Zahari’s second memoirs The Long Nightmare – My 17 Years as a Political Prisoner will be launched by Information Minister Zainuddin Maidin.
According to Said, the book launch will be held at Dewan Bahasa dan Pustaka in Kuala Lumpur on July 16.
“Everyone who is interested in alternative history and my side of the story, especially the younger generations, are welcome to the book launch to participate in discussions and exchanges of ideas,” he added.
Both the editions are published by Utusan Publications and Distributions which also owns and operates the mainstream Malay-language daily Utusan Malaysia.
While Zainuddin was the editor-in-chief of the Umno-controlled Utusan Malaysia from 1982 to 1992, the Singapore-born Said served also as the editor-in-chief of the independent Utusan Melayu in Kuala Lumpur from 1959 to 1961 before he was ordered to leave Malaya by first prime minister Tunku Abdul Rahman.
Said had ruffled feathers for leading a three-month long journalists’ strike against the Umno takeover of the newspaper.
Detained without trial
He was subsequently detained without trial in Singapore in the 1963 Operation Cold Store together with some 100 left-wing political activists, journalists, leaders of labour and student unions who were deemed by Lee Kuan Yew’s PAP government to be ‘security threats’.Said was held for 17 years for allegedly being a “communist” and “Indonesian agent.” The charges have never been substantiated or proven in any court of law.
Said, still a citizen of Singapore by law, settled in Malaysia together with his wife and children as permanent citizens in 1996 while former premier Dr Mahathir Mohamad was also home minister.
In the second memoirs to be launched, Said expresses his gratitude to Mahathir for granting him and his family the right to settle in Malaysia. Said was later appointed as a guest writer of Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Last Sunday, the Chinese-language edition of The Long Nightmare – My 17 Years as a Political Prisoner was launched at the privately-funded Chinese-medium Southern College in Johor Baru by University Malaya’s leading expert of Chinese language and culture, Assoc Prof Dr Chia Ai Ping as well as Said’s fellow ex-detainee in Singapore, Dr Lim Hock Siew.
Lim was a top leader and intellectual of the left wing Socialist Front in Singapore before 1963. He was also detained without trial for 17 years for his alleged involvement in the so-called “Communist United Front.”
Terbaru dari Iwan Fals. Kepada yang tengah hangat bercinta ini yang paling sesuai. Album baru Iwan Fals, 50:50 baru dilancarkan pada tahun ini. Kepada yang belum ada, gunakanlah khidmat En. Google untuk mendapatkan cara untuk membeli album tersebut.
Hasil dari kenaikkan duti oleh yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan yang diketuai oleh Abdullah Ahmad Badawi, maka British American Tobacco (Malaysia) Bhd. pun telah mengumumkan kenaikan harga rokok keluaran mereka. Sila klik disini.
Belum pernah terdengar bantahan secara tersusun oleh perokok tentang kenaikkan harga rokok di Malaysia. Apakah mereka takut? Tak mengapalah kerana ini mungkin bukanlah satu tindakan politik yang tepat bagi sesetengah pihak.
Bagi orang seperti aku yang tidak ada apa-apa kepentingan politik, tidak menjadi masalah untuk aku untuk membantah dan marah secara terbuka. Sebagai seorang perokok tegar, aku melihat kenaikkan duti rokok ini langsung tidak mencerminkan keikhlasan kerajaan BN untuk menggalakkan rakyat untuk berhenti merokok.
Yang mereka mahu sebenarnya ialah duit cukai rokok itu. Ini untuk menutup kembali lompong-lompong yang diakibatkan oleh tindakan politik mereka (Baca: kerajaan BN) kerana menaikkan gaji pekerja-pekerja kerajaan tempoh hari.
Oleh kerana mereka tahu yang rakyat tidak akan membantah, maka rokok lah yang dijadikan mangsa kenaikkan harga dengan “ganas”. Tidak mungkin akan ada demonstrasi jika harga rokok dinaikkan. Tidak mungkin akan ada kumpulan atau individu yang akan menghantar memorandum bantahan. Tidak mungkin akan ada parti politik yang akan mengambil isu ini sebagai isu rakyat yang nak diperjuangkan. Oleh kerana itu, rokoklah yang paling mudah untuk dinaikkan harganya dengan alasan isu kesihatan.
Bagaimana pula dengan asap-asap kenderaan dan kilang di luar sana? Tidakkah ianya menjejaskan kesihatan? Bagaimana pula dengan penggunaan telefon bimbit secara berleluasa yang meneurut kajian adalah merbahaya dan boleh menyebabkan kanser otak. Mengapa tidak selamatkan rakyat dalam isu ini? Mengapa hanya rokok dan perokok menjadi mangsa?
Kalau benar kerajaan BN nak jaga kesihatan rakyat, mengapa tak haramkan sahaja rokok? Takut orang marah? Bukankah kerajaan pernah mengharamkan Ganja diakhir tahun 1970an. Tak ada orang marah pun?
Jawapannya mudah. Kerana rokok memberikan cukai yang tinggi. Ganja tidak boleh dikutip cukai yang besar oleh kerana tidak ada syarikat yang mengeluarkan ganja seperti syarikat rokok. Akan bersambung……
Selepas mengumumkan kenaikkan duti bagi rokok, harga beras pula akan dinaikkan. Sila klik disini untuk membaca tentang BERNAS yang sudah mengeluarkan senarai harga baru bagi beras.
Belum lagi pilihanraya, pelbagai harga barang dan keperluan sudah dinaikkan. Rakyat tunggu apa lagi? Nak tunggu semua harga barang dinaikkan? Atau nak turunkan kerjaan yang suka naikkan harga barang?
Ini email yang diterima dari Kadet Pencen. Terima kasih kerana menterjemahkan.
Akhbar Oriental Daily News melapurkan bahawa BERNAS telah mengumumkan kenaikan harga beras bermula 1 Julai, sebanyak 5% ke 8% atau RM0.50 sehingga RM2.00 sekilo.
Harga sekilo Sebelum kenaikan Selepas kenaikan Runcit (Anggaran)
1. Beras Pulut RM2.60 (borong) RM2.80 (borong) RM3.20
2. Beras Vietnam RM1.44 RM1.55
3. Beras Thai RM1.53 RM1.60
4. Beras Wangi RM2.35 RM2.45
5. Malaysia Kenaikan berbeda, kini borong: RM1.55 (Kedah & Perlis),
RM1.85 (Johor)
RM1.75 (lain lain negeri)
Samy pernah kata “Kalau tak mampu bayar tol, gunakan jalan biasa”; kini, kalau tak mampu beli beras(makanan asas), nak makan apa? - Kadet Pencen.
Saya cukup marah apabila mendengar desas desus melalui sistem pesanan
ringkas bahawa bakal perdana menteri saya telah dikaitkan dengan….
sapa namanya… daging seketul? Nak sebut pun susah. Apa punya tuuur!
Saya juga naik angin bila melihat akhbar petang Guang Ming Daily membuat
laporan penuh di muka hadapan akhbar ini tentang cerita bakal perdana
menteri yang baru disebut di mahkamah. Tidak cukup dengan laporan berita ada
pula gambar si Minah itu bergaya di Paris. Dari mana gambar ini dikaut oleh
Guang Ming wallah hualam bisawab.
Kementerian Kewangan yang dipimpin oleh Dato Seri Abdullah Badawi semalam telah menaikkan duti eksais rokok yang dahulunya 12 sen kepada 15 sen. Sila klik disini.
Kenaikkan duti ini dilihat sebagai tindakan pertama kerajaan untuk menaikkan harga barang kerana mereka tahu yang kenaikkan harga rokok tidak akan mendapat bantahan dengan alasan kesihatan.
Kenaikkan duti rokok juga dilihat sebagai usaha kerajaan BN untuk menampung “lompong-lompong” akibat daripada kenaikkan gaji pekerja-pekerja kerajaan yang akan bermula pada bulan in.
Saya percaya lebih banyak lagi harga barang akan dinaikkan terutamanya selepas pilihanraya umum nanti. Rakyat Malaysia yang diketahui majoritinya tidak akan melawan walaupun harga-harga barang dinaikkan dengan rakusnya oleh pemerintah yang tidak bijak menguruskan ekonomi.
Selepas pilihanraya umum nanti, pengundi yang majoritinya akan mengundi BN kerana percaya dengan formula “perkongsian kuasa” dan formula menaikkan harga barang secara berleluasa, kerajaan BN akan bertindak dengan lebih rakus lagi untuk menaikkan harga-harga barang. Harga tol, harga ikan, harga ayam, harga buku dan segala harga yang boleh dinaikkan pasti akan dinaikkan oleh kerana rakyat Malaysia lemah dan tidak mungkin akan melawan.
Naib Presiden PAS yang memenangi undi tertinggi dalam Muktamar PAS yang lalu mengatakan bahawa PAS meramalkan bahawa mereka akan menang 2/3 daripada kerusi DUN Terengganu dalam pilihanraya akan datang. Sila baca laporan dari Malaysiakini dibawah.
PAS ramal menang dua pertiga DUN T’ganu Muda Mohd Noor Jul 2, 07 3:55pm
PAS meramalkan akan memenangi 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dan seterusnya merampas semula negeri itu dalam pilihanraya umum akan datang.Malah, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, PAS Terengganu juga yakin mampu merampas kerusi DUN Jertih yang kini diwakili oeh Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh, dalam pilihanraya akan datang.
Husam berkata, PAS kalah pada 2004 ekoran pertambahan undi luar biasa sebanyak 93,179 yang diperolehi oleh Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum tersebut.
Bagaimanapun, katanya, pertambahan undi ‘luar biasa’ itu tidak akan berulang lagi dalam pilihanraya umum akan datang dan kerana itu PAS yakin dapat merampas semula Terengganu.
Menurutnya, persoalan bagaimana BN mendapat 93,179 undi baru itu pernah ditimbulkan dalam persidangan DUN Terengganu, tetapi dakwanya, ia tidak boleh dijawab oleh pemimpin BN negeri itu.
Dalam pilihanraya umum yang lalu, katanya, BN memperolehi peningkatan purata 19 peratus atau kira-kira 2,200 pengundi baru bagi setiap DUN.
Pertahan kerusi sekarang
Manakala undi untuk PAS pula, katanya cuma merosot lima peratus atau 280 undi bagi setiap DUN.
Undi untuk PAS, katanya, paling banyak merosot di kerusi DUN Alor Limbat (902 undi) dalam Parlimen Marang. Ekoran itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang gagal mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan dalam pilihanraya umum lalu.
Bagaimanapun, katanya, bagi DUN Cukai, undi PAS meningkat sebanyak 766 undi – yang terbanyak daripada 32 kerusi DUN di negeri itu.
Katanya, 24 kerusi yang bakal dimenangi PAS termasuk empat kerusi sedia ada – Rhu Rendang (Abdul Hadi), Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Batu Burok (Datuk Wan Mutalib Embong) dan Manir (Datuk Harun Taib) – yang tidak pernah dimenangi Umno sejak pilihanraya umum 1982.
Selain DUN Jertih, Husam berkata, 19 kerusi DUN yang dijangka dapat ditawan PAS dalam pilihanraya umum akan datang ialah Kuala Besut, Hulu Besut, Jabi, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Tepoh, Teluk Pasu, Bukit Tunggal, Bandar, Alur Limbat, Bukit Payung, Pengkalan Berangan, Telemong, Kuala Berang, Ajil, Bukit Besi, Sura dan Rantau Abang.
Husam memberitahu demikian di Kongres Anak Terengganu di Markaz PAS, Taman Melewar dekat ibu negara kelmarin yang khusus membincangkan strategi PAS untuk merampas semula Terengganu dalam pilihanraya umum akan datang.
Kongres itu dirasmikan oleh Abdul Hadi yang juga bekas Menteri Besar Terengganu dan dihadiri oleh kira-kira 300 ahli dan penyokong PAS.
Kroni bolot projek
PAS memerintah Terengganu selepas pilihanraya umum 1999 tetapi dirampas semula oleh BN dalam pilihanraya umum lalu.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali berkata, rakyat negeri itu mula menunjukkan kecenderungan untuk mengubah kerajaan negeri sedia ada dalam pilihanraya akan datang.
Beliau mendakwa, isu yang menjadi perbualan hangan di kalangan penduduk Terengganu ialah satu demi satu projek dibolot oleh kroni pemimpin Umno.
“Bukan sahaja projek besar, projek kecil juga diberikan kepada kroni mereka sehingga rakyat biasa melopong siang malam,” katanya.
Abdul Hadi pula berkata, bedah siasat yang dibuat mendapati kekalahan PAS Terengganu dalam pilihanraya umum lalu bukan kerana kelemahan pimpinan parti itu.
Sebaliknya, katanya, pertambahan luar biasa jumlah pengundi yang mengundi BN disemua 32 kerusi DUN di seluruh negeri.
Pak Lah mengumumkan bahawa khidmat Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang akan tamat kontrak pada 12 September 2007 ini akan dilanjutkan. Walaubagaimanapun, Pak Lah tidak memberitahu sampai bilakah khidmat itu akan dilanjutkan. Bagaimana pula dengan khidmat Najib Tun Razak?
Apakah khidmat Najib akan bersambung selepas namanya disebut minggu lalu di mahkamah oleh seorang saksi dari Mongolia, Amy yang mengatakan bahawa dia pernah melihat gambar Najib, Razak dan Altantuya sedang makan malam. Najib pernah mengatakan bahawa dia tidak mengenali Altantuya sewaktu di Ijok. Atau Najib akan menganggotai “Kelab Timbalan Perdana Menteri yang gagal” sepertimana Anwar Ibrahim dan Tun Musa Hitam?
Sila baca laporan dari Malaysiakini dibawah:
Khidmat Musa Hassan dilanjutkan secara kontrak Jul 2, 07 11:58am
Perkhidmatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah dilanjutkan secara kontrak. Beliau dijadualkan bersara pada 12 September depan.Ketika mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, perkhidmatan Musa disambung bagi membolehkan beliau meneruskan usaha membanteras jenayah dan rasuah, demikian menurut Bernama.“Mudah-mudahan usaha IGP itu akan berjaya,” katanya di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.Bagaimanapun, Abdullah tidak menyatakan tempoh perkhidmatan kontrak itu. Musa dijadualkan bersara wajib pada 12 September depan.
Perdana Menteri berkata, ancaman jenayah terhadap rakyat akan dapat dihapuskan ekoran polis kini meningkatkan usaha dan operasi mereka dengan lebih hebat lagi.
Jenayah terancang
Rakyat pula, katanya, perlu bekerjasama dengan polis dalam usaha tersebut kerana masalah jenayah memberi kesan secara langsung kepada mereka.
Musa antara lain kini menumpukan usaha memerangi jenayah termasuk kumpulan jenayah terancang dan mereka yang dilindungi oleh orang kenamaan.
“Sekiranya rakyat sedia bermuafakat, tidak takut kepada ugutan penjenayah, kita akan dapat kurangkan kes jenayah dengan peratus yang besar,” katanya.
Abdullah berkata suatu kekuatan akan wujud jika seluruh rakyat termasuk anggota kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) mempunyai sikap bersungguh-sungguh memerangi jenayah dan rasuah.
“Kombinasi ini akan memberi semangat yang baru. Kalau sebelum ini ada golongan yang takut untuk membuat laporan polis, kini mereka akan menjadi lebih berani lagi,” kata Perdana Menteri.
Rakyat akan berasa lebih yakin dan selesa sekiranya mereka bersama-sama dalam kumpulan yang lebih besar, katanya.
Di perhimpunan itu, Abdullah meminta maaf kerana tersilap memilih tali lehernya yang sepatutnya merah berbintik putih seperti yang dipakai oleh semua anggota Jabatan Perdana Menteri di perhimpunan pagi ini.
“Isteri saya dah cakap pakai tie warna ini (merah berbintik putih) untuk perhimpunan pagi ini tapi saya cakap tie batik merah yang betul,” katanya berseloroh.
|
|




According to Said, the book launch will be held at Dewan Bahasa dan Pustaka in Kuala Lumpur on July 16.
While Zainuddin was the editor-in-chief of the Umno-controlled Utusan Malaysia from 1982 to 1992, the Singapore-born Said served also as the editor-in-chief of the independent Utusan Melayu in Kuala Lumpur from 1959 to 1961 before he was ordered to leave Malaya by first prime minister Tunku Abdul Rahman.
Lim was a top leader and intellectual of the left wing Socialist Front in Singapore before 1963. He was also detained without trial for 17 years for his alleged involvement in the so-called “Communist United Front.”
Husam berkata, PAS kalah pada 2004 ekoran pertambahan undi luar biasa sebanyak 93,179 yang diperolehi oleh Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum tersebut.
“Mudah-mudahan usaha IGP itu akan berjaya,” katanya di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.Bagaimanapun, Abdullah tidak menyatakan tempoh perkhidmatan kontrak itu. Musa dijadualkan bersara wajib pada 12 September depan.
Komen Terkini