Khidmat Musa Hassan Dilanjutkan…. Khidmat Najib?

2007 Julai 2
by aminiskandar

Pak Lah mengumumkan bahawa khidmat Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang akan tamat kontrak pada 12 September 2007 ini akan dilanjutkan. Walaubagaimanapun, Pak Lah tidak memberitahu sampai bilakah khidmat itu akan dilanjutkan. Bagaimana pula dengan khidmat Najib Tun Razak?

Apakah khidmat Najib akan bersambung selepas namanya disebut minggu lalu di mahkamah oleh seorang saksi dari Mongolia, Amy yang mengatakan bahawa dia pernah melihat gambar Najib, Razak dan Altantuya sedang makan malam. Najib pernah mengatakan bahawa dia tidak mengenali Altantuya sewaktu di Ijok. Atau Najib akan menganggotai “Kelab Timbalan Perdana Menteri yang gagal” sepertimana Anwar Ibrahim dan Tun Musa Hitam?

Sila baca laporan dari Malaysiakini dibawah:

Khidmat Musa Hassan dilanjutkan secara kontrak
 
Jul 2, 07 11:58am

Perkhidmatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah dilanjutkan secara kontrak. Beliau dijadualkan bersara pada 12 September depan.Ketika mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, perkhidmatan Musa disambung bagi membolehkan beliau meneruskan usaha membanteras jenayah dan rasuah, demikian menurut Bernama.“Mudah-mudahan usaha IGP itu akan berjaya,” katanya di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.Bagaimanapun, Abdullah tidak menyatakan tempoh perkhidmatan kontrak itu. Musa dijadualkan bersara wajib pada 12 September depan.

Perdana Menteri berkata, ancaman jenayah terhadap rakyat akan dapat dihapuskan ekoran polis kini meningkatkan usaha dan operasi mereka dengan lebih hebat lagi.

Jenayah terancang

Rakyat pula, katanya, perlu bekerjasama dengan polis dalam usaha tersebut kerana masalah jenayah memberi kesan secara langsung kepada mereka.

Musa antara lain kini menumpukan usaha memerangi jenayah termasuk kumpulan jenayah terancang dan mereka yang dilindungi oleh orang kenamaan.

“Sekiranya rakyat sedia bermuafakat, tidak takut kepada ugutan penjenayah, kita akan dapat kurangkan kes jenayah dengan peratus yang besar,” katanya.

Abdullah berkata suatu kekuatan akan wujud jika seluruh rakyat termasuk anggota kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) mempunyai sikap bersungguh-sungguh memerangi jenayah dan rasuah.

“Kombinasi ini akan memberi semangat yang baru. Kalau sebelum ini ada golongan yang takut untuk membuat laporan polis, kini mereka akan menjadi lebih berani lagi,” kata Perdana Menteri.

Rakyat akan berasa lebih yakin dan selesa sekiranya mereka bersama-sama dalam kumpulan yang lebih besar, katanya.

Di perhimpunan itu, Abdullah meminta maaf kerana tersilap memilih tali lehernya yang sepatutnya merah berbintik putih seperti yang dipakai oleh semua anggota Jabatan Perdana Menteri di perhimpunan pagi ini.

“Isteri saya dah cakap pakai tie warna ini (merah berbintik putih) untuk perhimpunan pagi ini tapi saya cakap tie batik merah yang betul,” katanya berseloroh.


 
 
   
2 Respons leave one →
  1. 2007 Julai 4

    Bongok betul la PL nih. Ari tu x pakai baju batik ari Khamis. Ni, tali leher plak “Nyanyuk dah kot..” kata Pembebel berseloroh. Haha!!

    p/s: Pembebel pakai tali pinggang rafia. Har3!!

Trackback & Pingback

  1. Top Posts « WordPress.com

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS