Bulan depan pilihanraya?
Ramai yang membuat spekulasi tentang tarikh pilihanraya yang ke 12. Ada yang kata hujung tahun ini. Ada yang kata bulan Ogos tahun ini. Mengapa perlu untuk Pak Lah panggil pilihanraya pada bulan depan? Sila klik disini.
Diantara hujah yang sering digunakan ialah untuk memanipulasi semangat 50 tahun merdeka. Laporan Malaysiakini hari ini mengesahkan lagi bahawa pilihanraya akan berlangsung pada bulan Ogos. Sila baca dibawah.
P’raya umum bila-bila masa, kata Muhyiddin Jul 20, 07 11:05am
Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pilihanraya umum boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja.Sehubungan itu, beliau meminta setiap ahli parti itu membantu kerajaan menyelesaikan isu-isu yang berbangkit di peringkat akar umbi.Langkah tersebut, katanya, akan memastikan Barisan Nasional (BN) dan Umno terus mendapat sokongan rakyat.Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menegaskan demikian ketika menutup majlis taklimat jentera pilihanraya Umno Bahagian Pagoh, Muar semalam.Menurut laporan Bernama, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad turut memberi penerangan pada sesi taklimat tersebut.Elak perpecahan
Menurut Muhyiddin lagi, BN boleh mengulangi kejayaan cemerlangnya dalam pilihanraya umum 2004 jika Umno terus kukuh di semua peringkat.Untuk menjadi sebuah parti yang kukuh, katanya, semua ahli parti perlu berpegang kepada prinsip perjuangan asal iaitu berjuang semata-mata demi bangsa, agama dan negara.
“Sebab itu kita mahu pastikan Umno kuat untuk membolehkan kita menang dalam pilihanraya. Tetapi kalau parti bergolak, berpecah belah sama ada di peringkat cawangan, bahagian dan atasan, bermakna kita menghadapi masalah,” tambahnya.
Menurutnya, walaupun dari segi sejarah, kepercayaan rakyat terhadap BN, khususnya Umno tidak pernah luntur sejak pilihanraya umum 1955, tetapi usaha mengekalkan kecemerlangan tersebut bukan satu perkara mudah.
“Sebab itu kita beri tumpuan kepada persiapan pilihanraya sejak awal dan memastikan Umno terus kuat,” katanya sambil menekankan pentingnya bagi kerajaan menyelesaikan isu-isu yang berbangkit di peringkat akar umbi.
|
|
|
|















Ceh! Propa tol la BE END nih.. Pengecut! Aku benci giler diorang letak bendera biru depan umah aku!