UMNO buat laporan polis terhadap Malaysia-Today, satu gerakan untuk menghancurkan penulis blog

23 07 2007

Pagi ini, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Taib bersama 30 orang pengikutnya telah membuat laporan polis terhadap Malaysia Today di Balai Polis dang Wangi. Laporan polis dibuat oleh Mat Taib kerana mendakwa Malaysia Today telah menghina agama Islam dan Yang Dipertuan Agong (alsan yang biasa digunakan untuk menangkap pengkritik UMNO dan BN). Sila klik disini.

Malaysia Today adalah diantara laman web / blog yang paling berpengaruh di Malaysia. Dengan hampir satu juta pembaca sehari sudah pasti akan menggugat UMNO. Malahan Malaysia Today juga yang mendedahkan kes rasuah Johari Baharum dan Musa Hassan.

Raja Petra di kolumnya The Corridors of Power semalam telah menjangkakan yang laporan polis ini akan dibuat. Sila klik disini. Ternyata dakwaan Petra benar dan sekarang ini beliau hanya menunggu masa untuk diambil polis.

Apakah yang boleh kita lakukan? Jawapannya mudah. Kita harus memobilisasi pendukung kebebasan bersuara untuk berhimpun dihadapan IPD Dang Wangi dan menuntut Raja Petra Kamaruddin dibebaskan. Ini persoalan prinsip. Buangkan perbezaan ideologi dan garis politik. Petra harus dibela.

Saya yakin yang polis tidak mudah untuk melemahkan Raja Petra. Beliau telah banyak kali ditahan. Beliau juga pernah ditahan di bawah ISA.

Selamatkan Raja Petra!!! Pertahankan kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan!!!


Tindakan

Informasi

5 gerakbalas-gerakbalas kepada “UMNO buat laporan polis terhadap Malaysia-Today, satu gerakan untuk menghancurkan penulis blog”

23 07 2007
kedai teh (15:23:19) :

kesian aku tengok muka Muhammad taib tu. Hoi belaci UMNO,sedar la diri tu sikit. Dulu kau rembat duit bawak berbeg-beg tu duit sapa. Gi mengadap sultan tapi rembat anak sultan dan bila da puas kau cerai kan. Apa punya org tak ada maruah dan harga diri. Nk bodek supaya di calon kan dlm PRU la ni. Aku cadangkan kau ni Mat Taib jaga bini dan anak kau tu dulu. Suruh anak bini tu pakai tutup aurut dulu.Bersih kan diri kau yg terpalit dengan najis tu dulu. UMNO gila.Pejuang Melayu konon.

23 07 2007
Top Posts « WordPress.com (23:59:54) :

[...] UMNO buat laporan polis terhadap Malaysia-Today, satu gerakan untuk menghancurkan penulis blog Pagi ini, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Taib bersama 30 orang pengikutnya telah membuat laporan polis […] [...]

24 07 2007
Fateh (00:18:11) :

Jawapan dari Raja Petra di post oleh Malaysian Unplug

Baca di sini: http://malaysianunplug.blogspot.com/2007/07/raja-petras-blow-back-on-umnos-lodging.html

24 07 2007
Pembebel (10:13:41) :

Ya ya!! UMNO gila! Pembela Islam dan Melayu kunun! Jangan buat lawak la wei!!

25 07 2007
Malcolm (23:43:43) :

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_f8ad898e-cabec5bb-d1f0ad00-85587a63

APA NIE..ORANG ATAS DIA KATA SOKONG BLOGGERS…SENATOR DIA SENDIRI PULAK SOKONG SIAP BANGUN KATA BAGUIH…KALAU WEB NI SALAH DEPA KENA PI PERBETOIKAN LA..

Tinggalkan komen

Anda boleh menggunakan tag ini : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>