Petra habis disoalsiasat, siapa pula selepas ini?

26 07 2007

Semalam Raja Petra dari Malaysia Today telah disoalsiasat di IPD Dang Wangi. Selepas 8 jam, beliau dibebaskan. Ramai blogger yang hadir termasuklah blogger dikalangan ahli politik pembangkang seperti Husam Musa (PAS), Ronnie Liu (DAP) dan Tian Chua (PKR).

Tidak lupa juga geng-geng Bloggers United. Mereka setia menunggu sehingga Raja Petra dibebaskan. Nuraina A. Samad, Kickdefella, Zorro, Polytikus, Nat Tan, A Voice dan ramai lagi datang untuk menunjukkan solidariti mereka.

Walaupun bukan semua yang hadir mempunyai persamaan ideologi dengan Raja Petra, tetapi mereka tetap bersama-sama dengan Kak Marina (isteri Raja Petra) yang sedikitpun tidak menunjukkan kerisauan. Malahan Kak Marina sangat yakin yang pihak polis yang menyoal Raja Petra yang akan menjadi lebih sakit kepala. Begitulah gigih dan fahamnya seorang isteri kepada suami.

BBC dalam laporannya mengatakan bahawa ini adalah satu “crackdown” kepada blogger di Malaysia. Sila klik disini. Husam Musa mengatakan yang kerajaan BN mahu “membersihkan” segala unsur media alternatif sebelum pilihanraya umum ke 12. Ketua Perusuh mengatakan bahawa ini adalah Operasi Lalang ke 3. Sila klik disini.

Apakah ini hadiah kepada rakyat Malaysia selepas 50 tahun Malaya merdeka? Saya tetap dengan pendirian saya yang merdeka 50 tahun bukan Malaysia tetapi Malaya. Ini adalah kerana Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963.

Siapa selepas Petra? Itulah persoalan dikalangan blogger-blogger yang saya temui semalam. Mereka tidak takut dan risau. Tetapi cuba menjawab teka-teki difikiran mereka.

Solidariti yang ditunjukkan dikalangan blogger sungguh membanggakan. Rocky Bru dan Jeff Ooi berada di luar negara untuk menghadiri satu seminar mengenai media alternatif. Kalau mereka di Malaysia, sudah pasti mereka akan bersama-sama di IPD Dang Wangi semalam.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ada 5 lagi blogger yang akan dipanggil atau ditahan oleh polis selepas Nat Tan dan Raja Petra. Mengapa kerajaan Malaysia tidak haramkan saja penggunaan internet? Kan lebih mudah daripada terpaksa berhadapan dengan serangan daripada blogger.

Sekarang ini sebenarnya yang paling takut ialah Najib Tun Razak. Mat Taib cuba untuk menjadi pendekar. Kita tahu apa agendanya. Yang paling ditakuti ialah gambar sebenar beliau dan Altantuya. Bila-bila masa boleh terkeluar di internet. Selagi tidak selesai selagi itulah hantu dan momok ini menjadi igauan kepada anak Tun Razak ini.


Tindakan

Informasi

8 gerakbalas-gerakbalas

26 07 2007
Malcolm

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_f8ad898e-cabec5bb-d1f0ad00-85587a63

menuntut penjelasan daripada sesiapa sahaja didalam arena bloggers ini..

kenapa senator ini menyokong dan sokongan kepada manusia yang cuba menyekat kebebasan bersuara ini..

kalau aku silap aku mohon maaf..
tapi kalau benar ermmm sendir mau ingat nanti diri sendiri penat..

26 07 2007
NikShikin

Hm.. Gambar tersebut betul2 wujud? Er.. Nak haramkan penggunaan internet? Saya rasa tak mungkin di saat semakin ramai ‘menyukai’ internet kebelakangan ini. :)

26 07 2007
amir

Yes! Haramkan internet! Lepeh tu, kita gunakan sms pula! Kita guna risalah semula! Maka terpaksalah pemerintah haramkan mesin cetak di Malaysia! Yes!

Pemerintah akan mati akai, tapi kita tidak! Kita akan tetap lawan!

26 07 2007
Faisal Mustaffa

Black,

Sampai hati kau! Aku ada kat Dang Wangi lah hari tu. Sampai basah-basah aku datang, kau tak acknowledge pun.

Kau nak aku potong show performance kau?

26 07 2007
kadet pencen

To anyone who may be interested.

This may be rather late, but webtv8 – http://wtv8.tv/v1/ – is currently showing the interview with Nathaniel Tan.

26 07 2007
bamboo river

Ini merupakan satu helah ‘back hand’ pihak tertentu yang mempunyai agenda sendiri.
Sekarang PM berada di luar negeri, mereka mengunakan kesempatan untuk mengambil tindakan dan PM mempunyai alasan ‘tak tahu’ bila ditanya kelak.
Saya harap semua blogger berwaspada dan mengambil ikhtibar bersatu dan berkerjasama untuk masa hadapan negara kita Malaysia .
Saya juga ingin menasihat kepada semua supaya berhati hati dan jangan membuat komen komen yang berunsur negatif kerana ini akan menyusahkan tuanpunya blog nanti.
Salam.

27 07 2007
anakmama

sembang kedai kopi

atan: Aku rasa lah paklong puak puak ameno ni yang berhimpun tiap tahun di kl tu hanya lah kalau ada berfikir pun pasal agama negara dan raja raja hanya lah tak sampai 10 peratus. yang selebih nya bagaimana nak membodek menebalkan poket sendiri dan makan angin free dan duit atas angin komisyen.. sebab kepala nya begitu , ekor apa lah lagi.

paklong: nampaknya betul juga engko kata tu atan…hahah.. akhir nya kita ni semua dapat bau saja. yang isi dan kuah nya semua disapu oleh mereka yang bukan main mendabik dada pejuang bangsa lah, kepimpinan melalu teladan lah, macam macam selogan
ntah aku sendiri pun tak faham.

11 03 2008
melayu2 dan mamak2 lain

Woi Raja petra, hang ingat hang ni ada kawan DAP, lu boleh cakap apa saja kah? U ingat U kutuk Islam, Kita berdiam dirikah?

Tinggalkan komen