Minggu ini kita menyaksikan lagi bagaimana polis memainkan peranan sebagai panglima kepada UMNO. Tidak berapa lama selepas Muhammad Taib membuat laporan terhadap Malaysia Today, Raja Petra dipanggil untuk disoal siasat. Lama. 8 jam.
Sedangkan disatu sisi lagi sudah berbakul-bakul laporan polis yang telah dibuat oleh pemimpin parti pembangkang dan NGO terhadap rasuah atau salahlaku pemimpin UMNO dan BN. Tidak satu pun disentuh oleh PDRM. Apalagi untuk memanggil pemimpin UMNO dan BN untuk disoal siasat.
Secara teorinya, Polis seharusnya bebas daripada memihak kepada mana-mana parti politik. Tetapi di Malaysia jelas. Polis menjadi alat bagi UMNO dan BN untuk mempertahankan legasi mereka.
PDRM seharusnya melihat kembali sejarah. Belum begitu lama kita menyaksikan bagaimana Tan Sri Rahim Noor yang menjadi alat kepada Dr. Mahathir dalam krisis beliau dengan Anwar Ibrahim tidak dibela apabila mahkamah memutuskan yang bekas Ketua Polis Negara itulah yang menumbuk mata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Rahim Noor memerangi setiap demonstrasi dengan kekerasan sehinggakan pada ketika itu, kebencian terhadap polis begitu membara dikalangan aktivis Reformasi. Namun, Tan Sri Rahim Noor dibiarkan sahaja keseorangan apabila beliau disabitkan kesalahan. Pada ketika itu langsung tidak kedengaran mana-mana suara dari UMNO dan BN bangun untuk mempertahankan Rahim Noor.
Kalau polis benar-benar bebas dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik, saya percaya sudah tentu hari ini, semua lokap dan penjara di Malaysia akan dipenuhi oleh orang-orang UMNO dan BN.
PDRM sememangnya tidak akan boleh diubah dan berubah. Kalau dahulu tuan mereka ialah penjajah British, sekarang ini tuan mereka ialah UMNO dan BN. PDRM akan menangkap sesiapa sahaja yang cuba untuk menggugat kekuasaan UMNO dan BN. Tetapi mereka harus ingat, rakyat Malaysia bukan selama-lamanya bodoh.
Sekuat mana sekalipun sesuatu regim dan kekuasaan itu, pasti akan tumbang juga jika rasuah terus berleluasa dan harta rakyat terus dirompak. Tunggu dan lihat. Sejarah telah membuktikan!!!















2nd u, lidah PDRM = lidah UMNO/BN, sudah terang lagi bersuluh mereka mengamalkan double standard dalam menjalankan tugas. terukan berjuang, sesungguhnya mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang
Saya tidak faham akan peranan PDRM sebenar. Jika saya tak silap, PDRM merupakan ‘peace enforcer’ yang ‘neutral’. Tetapi apa yang kita lihat kebelakangan ini termasuk apa yang di tulis pada posting di atas, ini sangat mengeliru kan. ‘How to trust the peace enforcer ?’
Cuba kita pikir baik baik
Polis memang macam tu….cari makan, kalau DAP ke PAS ke memerintah samalah….mereka menurut perintah
Polis memang macam tu….cari makan, kalau DAP ke PAS ke memerintah samalah….mereka menurut perintah
Tak lama lagi rakyat manusia akan dianggap bisu kerna pemerintahnya cukup hebat menjahit mulut rakyatnya.
polis oh polis….ni kisah benar! baru ni aku dengar ada budak sekolah agama, dia minta duit kat bapak dia nak bayar yuran sekolah….bapak dia jawab…tunggu la dulu…..minggu ni tak de road block la..tengok la minggu depan kalau ada operasi, boleh bagi duit…..
PDRM sebenarnya dah diswastakan, sebab tu IGP sekarang dah jadi CEO PDRM Berhad. Baik korang beli saham PDRM Bhd. sure kaya punya! tahun 2006 forecast profit RM35mil, tahun 2007, forecast profit RM42mil – meningkat 20% dari tahun sebelumnya berdasarkan ops balik kampong, ops mat rempit dsb…harga PDRM Bhd kat Bursa Malaysia pun dah naik jadi RM6.00, minggu lepas limit-up sebab ada announcement CEO nak tukar…alih alih Pak Lah lembik naik ngantok tak jadi nak tukar CEO Musa…pelabur terus campak saham PDRM!!!! Morgan Stanley ngan Credit Lyonnais dah keluar investment report suruh pelabur beli PDRM Bhd.
BERAT SEBELAH atau PILIH KASIH ?
Itulah soalan yang menghantui rakyat sekarang.
[...] Runtuh lagi kredibiliti PDRM Minggu ini kita menyaksikan lagi bagaimana polis memainkan peranan sebagai panglima kepada UMNO. Tidak berapa lama […] [...]
Bole x aku panggil mereka hanjeng pemerintah? X salah kan? Kan? Kan? Kui3.
Hi personal!!!
Congratulations for blog! Excellent content!
I´m from Brazil!!!
Our country is in crisis ahead of us!
We go to make some thing! We cannot leave that this happens!
It helps me please!
Very obliged to all. Brazil is thankful!
They have access, They divulge and they comment…
http://acordabrasil.wordpress.com
PDRM gimana bisa dipercaya rakyat malaysia kalau masih diintervensi oleh UMNO/BN ? hal ini menunjukkan ketidak profesionalan PDRM sebagai Public Service & Law Enforcement yg tidak mandiri namun disetir oleh kepentingan UMNO/BN. WAHAI RAKYAT MALAYSIA SILAHKAN BERSATU UNTUK SEGERA MEREFORMASI PDRM………!!!!!!!!!
PDRM sangat jauh tertinggal dibanding Indonesian National Police (POLRI) yg semenjak tahun 1999 mereformasi menjadi mandiri dalam melayani, melindungi dan menegakkan hukum tanpa ada intervensi pihak manapun. Hal inilah menunjukkan bahwa Police hanya bisa tunduk oleh HUKUM bukan kekuasaan !!!!!!!!! GANYANG PDRM>>>>>>>
PDRM sebagai alat kekuasaan semata karena dipengaruhi oleh beberapa faktor : SISTEM & KEBIJAKAN PEMERINTAH salah satunya. Jadi bila ingin merubah PDRM yang jauh lebih profesional & tidak memihak, maka lakukan REFORMASI dulu pada sistem & kebijakan Pemerintah !!!! Bagaimana PDRM bisa adil klo membiarkan pelanggaran yang dilakukan oleh orang2 berkuasa dan tidak berani bertindak ????? kalau seandainya yang melakukan itu adalah rakyat biasa pasti terkena sanksi pidana. Ingat dalam HUMAN RIGHT bahwa semua orang SAMA DERAJATNYA !!!!!!!!!!!! PDRM & PEMERINTAH MA:LAYSIA melakukan pelanggaran HAK AZASI MANUSIA !!!!!!!
Hari ini kereta dilanggar oleh Van polis di Bandar Baru Sentul. Yang paling menyedihkan hati apabila anggota polis yang melanggar kereta tidak mahu untuk bertanggungjawab menggantikan kerosakan pada kereta yang dinilai hampir RM300 ringgit pembaikiannya. Sikap kasar dan tidak mesra anggota terbabit menterjemahkan kepada saya bahawa anggota polis tidak mempunyai kreadibiliti sebagai anggota polis yang adil disamping mesra, cepat dan betul. Dahulunya saya berasa sangsi untuk tidak menunding jari kepada polis kerana suatu ketika dahulu saya adalah kadet polis sekolah. Namun kini apabila ia terkena kepada saya sendiri, terasa diri dipersendakan, dan terus terang saya teramat malu apabila saya mempunyai sejarah sebagai anggota kadet polis. Agama islam ditekankan dalam semua perkara kehidupan. Pada pandangan saya, menceburi bidang kepolisan biarlah betul-betul menjadi seorang polis yang adil sifatnya sepertimana yang dituntut dalam Islam. Dalam kes saya ini pun nampak sangat tiada ciri-ciri kejahilan tentang agama. Seorang pegawai polis yang berpangkat Inspektor bernama Zul (Itu saja yang saya dengar) mempertahankan kesalahan yang dibuat oleh pemandunya yang melanggar kereta saya. Nampak benar sikap yang tidak adil dan bukan kah dalam islam menekan sikap adil sesama manusia. Polis sekarang tidak ubah seperti golongan hamba sewaktu zaman kesultanan melayu melaka yang hanya menurut perintah seperti lembu yang dicucuk hidungnya. Adakah mereka ini lembu??? tentunya tidak kerana mempunyai akal fikiran dan cukup sifatnya seperti seorang manusia tetapi kelembuannya tetap ada kerana sikap mereka adalah seperti lembu.