Bermula dengan budak suruhannya, Norza menggesa kerajaan menggunakan ISA terhadap penulis blog. Sekarang Khairy pula yang mendeklarasikan “peperangannya” dengan penulis blog apabila memanggil penulis blog sebagai “monyet-monyet”. Sila klik disini.
Khairy yang tahu karier politiknya akan ditamatkan satu hari nanti oleh penulis-penulis blog menggunakan “sijil nikahnya” dengan Nori Abdullah Ahmad Badawi untuk memaksa kerajaan mengambil tindakan tegas kepada penulis-penulis blog.
Seperti biasa, Norzalah yang akan menyalak dahulu. Kemudian barulah Khairy akan menyusul. Begitulah taktik mereka.
Khairy berkata yang Malaysia Today ada memfitnah beliau dalam ruangan “Khairy Chronicles”. Menurut beliau, tindakan tidak diambil oleh kerana prosesnya terlalu lama.
Sebenarnya, ada satu sebab besar mengapa Khairy tidak mahu mengambil tindakan kepada Malaysia Today. Beliau masih lagi mengharapkan agar Malaysia Today akan mendedahkan gambar Najib bersama Altantuya.
Masa depan politik Khairy amat bergantung dengan nasib politik Najib. Jika Najib terkeluar, maka cerahlah harapannya. Kalau Najib menjadi Perdana Menteri, sudah pasti karier politik menantu Pak Lah itu akan berkubur.
Sebenarnya, tujuan Khairy dan Norza menggesa kerajaan mengambil tindakan kepada penulis blog adalah sandiwara semata-mata. Ini untuk meyakinkan Najib bahawa beliau seiring dengan Timbalan Perdana Menteri itu dalam memerangi penulis-penulis blog.
Umum sudah mengetahui bahawa Najib ialah orang yang benar-benar mahu penulis-penulis blog yang lantang mengkritik beliau dan kerajaan dihentikan. Ini adalah kerana selagi perbicaraan kes bunuh Altantuya belum selesai selagi itulah beliau masih belum selamat.
Sama-samalah kita melihat siapa yang akan tersungkur didalam pertembungan diantara Najib dan Khairy. Najib veteran UMNO manakala Khairy pula mempunyai sijil yang tidak dimiliki oleh orang lain iaitu “sijil nikah” dengan anak Pak Lah.
Sementara itu, penulis-penulis blog harus bersatu. Jangan takut dengan ugutan Khairy dan Norza. kedua-dua ahli politik ini akan tersungkur ditangan penulis blog.

8 comments
Comments feed for this article
Julai 30, 2007 pada 12:14 am
Malik El-Shabaaz a/k/a Malcolm X
Khairy oooo khairy
mmg aku minat sgt kalau cerita pasai dia nie..
buat penyokong KJ yang pernah dulu komen dlm blog black nie yang ugut ugut aku nie..
KJ ni takde ape ape..takde PAK LAH dia nie takde ape ape..
KJ oooo KJ…kau boleh berlagak sebab BAPAK MENTUA kau sekali lagi aku nak kau baca BAPAK MENTUA hang ada kat sebelah hang..sebab tu hang boleh beli boleh gangster-gangster melayu (actually depa mmg bodoh pon ye la tau nak pukoi orang ja), sebab tu semua pemuda=pemuda Umno pakat-pakat sokong hang sebab depa tau kalau depa sokong hang masyukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk….
nak nafi?? pirahh
hang kata bloggers monyet ye..sape yang monyet sebenarnya..aku nak tanya hang KJ..sapa yang monyet..Bloggers ka yang suruh budak - budak melayu (gangster-gangster melayu yg bengap ni) pukoi orang tua umur 40an kat IJOK…bloggers ka yang suruh budak-budak gangster melayu ni pi ugut orang siap kata nak bakaq kereta aku..bloggers ka???
wey KJ aku tanya hang dan hang renung balik…kalau betoi hang nak bela Agama dan Bangsa Malaysia amnya…apa yang hang dah buat untuk nasib orang kampung kat Yan, Sik, Baling, Kuala Sala nun jauh kat kedah…apa yang hang dah buat…saja aku amik negeri kedah sebab hang pon dok pakai group yang berasal dari kedah tapi yang hang kutip ni budak - budak KL haishhh buat malu buat kedah ja….setakat buat seminar Tun Razak, setakat dok beraksi macam beruk kat Ijok, setakat ugut orang sana sini tak payah…zaman Mahathir rakyat Malaysia dah rasa malah lagi teruk..
Buat Bloggers..benaq kata si Amin ni..bersatu..kalau zaman kegelapan Mahathir kita boleh kuat takkan la zaman kekelabuan (kelabu sebab Pak Lah manjang tak tau apa) ni kita tak bleh bersatu dan kuat..
BLOGGERS, bersedia untuk berperang, bersedia menghunus samurai, bersedia mengangkat M-16 dan apa sekali pun…puak - puak ni harus diajar dan “dibunuhi”
Julai 30, 2007 pada 3:54 am
bamboo river
Ini kah TELADAN yang di tunjuk oleh ‘bakal’ ketua pemuda?
Mungkin beliau tidak membaca blog A.Kadir yang baru baru ini.
Ramai pelajar institusi tinggi juga membaca blog dan mempunyai blog sendiri.
Memalukan ‘graduate’ Oxford. Mungkin dari OX-ford?
Julai 30, 2007 pada 4:52 am
big easy
bukankah kj yang membayar rpk untuk menulis the khairy chronicles?
popularity is king in malaysia’s brand of politics.
Julai 30, 2007 pada 6:13 am
Malik El-Shabaaz a/k/a Malcolm X
ohh ya tambah khasnya buat najib,
ya kau memang hebat berpolitik tapi ingat di pekan kau diselamatkan oleh undi pos..
ya kau memang hebat berpolitik tapi ingat ada satu pukulan maut yang bakal kau terima jika sepupu altantuya setuju untuk tunjuk gambar kau dengan altantuya tu..ya kau boleh nafi tapi rakyat M’sia bukannya bodoh..ingat dan bersiap sedia untuk dikuburkan oleh rakyat ataupun oleh si monyet KJ nie..dia ni tggu masa nak ngap hang..
Julai 30, 2007 pada 9:21 am
kibardd
x-ofxord..prestation KJ..prestation..
Julai 30, 2007 pada 5:17 pm
A team
Satu contoh untuk berjaya dalam politik. …….Jadilah menantu PM.
Julai 30, 2007 pada 11:59 pm
Top Posts « WordPress.com
[...] Khairy panggil penulis blog Monyet Bermula dengan budak suruhannya, Norza menggesa kerajaan menggunakan ISA terhadap penulis blog. Sekarang Khairy pula […] [...]
Oktober 26, 2007 pada 2:58 pm
johan
gua sokong…