Contoh Demokrasi yang matang
Pengundi di Jepun telah “mengajar” perdana menterinya, Shinzo Abe. Selepas parti politik yang dipimpin oleh Abe kalah teruk dalam pilihanraya parlimen yang berlangsung di Jepun baru-baru ini, kini beliau digesa untuk meletakkan jawatan. Sila klik disini.
Di Malaysia situasi sebegini masih belum pernah berlaku. Cuma pada tahun 1999, rakyat telah menghantar signal yang jelas apabila undi mereka diberikan kepada parti pembangkang yang telah menyebabkan PAS berjaya menawan Terengganu dan mempertahankan Kelantan.
Hari ini, BN selesa selepas menang besar dalam pilihanraya umum 2004. Terengganu berjaya ditawan semula. Keburukkan apabila tidak ada keseimbangan di dalam parlimen dan DUN kita boleh rasakan pada hari ini. Harga minyak dinaikkan dengan sewenang-wenangnya. Begitu juga dengan harga tol.
Ini secara langsung telah menyebabkan kenaikkan harga barang keperluan seperti daging, ikan, ayam dan sayur. Kenaikkan gaji tidak memberikan apa-apa makna apabila ianya seiring dengan kenaikkan harga barang. Kerajaan tidak dapat mengawal kenaikkan harga barang kerana kuasa sebenar ditangan pemodal kapitalis.
Shafie Afdal cuma berpura-pura sahaja memberi amaran kepada peniaga. Namun kita semua tahu yang ini hanyalah gimik. Yang berhadapan dengan kesusahan ialah kita. Bukan mereka.
Bila lagi kita mahu “mengajar” pemimpin kita seperti pengundi di Jepun? Memang benar pilihanraya kita tidak bebas dan tidak adil, tetapi bukankah pilihanjalanraya itu juga jalan demokrasi?















betul,harga rokok pun naik. sekarang kita semakin susah untuk merasa senang.
aku pun tak sabar nak tengok pak lah tu di ajar cara memerintah. dah tau tak pandai memerintah, bagilah kat orang lain.meluat aku.aku rasa idup aku makin susah sejak pak lah jadi pemimpin.orang gomen je yang untung cikit.kami yang di sektor swasta ni camner.bangkitlah woi pekerja swasta..