You are currently browsing the monthly archive for Ogos, 2007.
Malam ini pastinya Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar diseluruh negara akan sesak. Sesak dengan manusia-manusia yang akan bersama-sama pemimpin negara untuk menyambut Ambang Merdeka.
Bas-bas tambahan percuma akan disediakan untuk rakyat. Jika anda bosan untuk bersama-sama orang-orang ini dan mahukan sedikit pengisian sempena menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaya yang ke 50, marilah beramai-ramai ke Central Market untuk mengikuti pelancaran album aku, persembahan dan bacaan sajak daripada penyajak terkenal seperti Pyan Habib. Untuk maklumat lanjut, sila klik disini.
Mengikut kata seorang pondan tua yang bernama Mao Tze Dong - jika kamu di serang ini adalah satu yang baik. Kamu telah melakukan sesuatu yang tepat dan betul kerana itu kamu di serang. Jika kamu tidak di serang maka kamu telah serupa dengan musuh kamu. Kamu telah merosot.
- Di pungut dari Kitab Ajaran Kurang Sahih Untuk Pondan-Pondan –
Di Malaysia ini kita banyak tukang lawak. Kita tidak perlu membeli komik atau masuk ke dalam panggung atau ke Parlimen untuk mendengar pelawak-pelawak membuat ‘stand up comic’. Buka sahaja akhbar harian atau tonton sahaja TV tempatan, saya jamin kita akan terbahak-bahak ketawa. Ha ha ha. Banyak lawak yang boleh di pungut. Lawak terbaru yang didengari oleh telinga saya ialah kesah-kesah semangkuk pondan dan sekor penyanyi karaoke.
Itulah kabar angin yang sedang tersebar luas sekarang. Naib Presiden PAS, Husam Musa akan bertanding di Kepala Batas dalam pilihanraya akan datang. Gempar ada yang kata ini adalah tindakan “bunuh diri” Husam untuk melawan Pak Lah.
Sudah pasti Husam mempunyai alasannya tersendiri dalam membuat keputusan. Sila klik disini, disini dan disini. Ini adalah kejutan yang kedua dari Ahli DUN Kijang itu setelah mengumumkan yang PAS akan memfokuskan di 40 kerusi yang diyakini menang dalam pilihanraya yang akan datang.
Kemalangan demi kemalangan yang melibatkan bas berlaku hampir setiap hari. Mungkin oleh kerana tekanan daripada pihak atasan, JPJ akan mengadakan pemeriksaan terhadap bas dan akan membuka kaunter di terminal bas seluruh negara. Sila klik disini.
Seperti biasa, bila dah hujan baru payung nak dicari. Masalah kemalangan bas tidak akan selesai selagi masalah pokok tidak diselesaikan. Masalah pokoknya ialah gaji pemandu bas yang terlalu rendah dan bergantung kepada berapa banyak trip yang boleh dibawa untuk mendapat bayaran yang tinggi.
Masalah ini langsung tidak disentuh oleh Perdana Menteri dan pimpinan negara. Semuanya menyalahkan pemandu bas dan jalan raya. Malahan unsur mistik cuba dikaitkan dengan mengatakan bahawa tempat kemalangan “keras”. Memanglah keras. Kalau tak percaya cuba mereka hantukkan kepala dijalanraya itu. Keras atau tidak?
Kemalangan demi kemalangan akan terus berlaku jika masalah gaji pemandu bas tidak diselesaikan. Jika pemandu-pemandu bas mendapat gaji pokok yang tinggi, sudah tentu mereka tidak akan hairan untuk mengejar trip.
Kepada semua pemandu-pemandu bas. Bersatulah dan gunakanlah kuasa anda. Jika mereka terus menindas, jangan berikan undi anda kepada mereka. Jika parti pembangkang juga tidak ada apa-apa polisi untuk pemandu bas, maka boikotlah pilihanraya.
Jangan jadikan diri terlalu murah. Jika duit diberi, ambil tetapi undi adalah rahsia. Demokrasi bukan sahaja pilihanraya. Jika penindasan berterusan, pakat ramai-ramai untuk protes dengan tidak memandu bas. Biar pegawai polis dan JPJ yang memandu bas. Mari kita tengok sama ada selamat atau tidak!
Mat Taib buat hal lagi. Kali ini dia kata penulis-penulis blog pondan. Sila klik disini. Siapa yang pondan? Setahu saya Mat Taib yang pondan. Nak pegi buat laporan polis pun kena bawak ramai orang. Dah tu, tak tahu nak guna internet pula.
Hanya semata-mata kerana mahu membodek Pak Lah dan Khairy, Mat Taib telah menyebabkan ramai orang hilang hormat kepadanya.
“Inikah sifat anak jantan? Ini bukan anak jantan, ini pondan. Mereka (penulis blog) guna alamat luar negara. Berani pula kata tiada siapa boleh sentuh mereka, tiada siapa boleh heret mereka ke mahkamah kerana tiada undang-undang yang boleh dikenakan kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas sesi perjumpaan pemimpin Penerangan Umno Bahagian seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. (KLPOS)
Apa yang beliau nak buktikan? Kalau Mat Taib benar-benar anak jantan, jangan gunakan jentera kerajaan dan polis untuk berhadapan dengan penulis blog. Upahlah sesiapa untuk buat satu blog atau website, kita berdebat di alam cyber ini.
Kalau guna jentera kerajaan dan polis, Mat Taiblah PONDAN nombor satu dalam negara!!!
UMNO yang berslogankan “Hidup Melayu” telah menciplak dan mencetak rompak perjuangan gerakan kiri untuk menuntut kemerdekaan. Sudah tentulah penjajah memberikan kemerdekaan kepada UMNO, MCA dan MIC oleh kerana mereka akan terus menjaga kepentingan British selepas negara merdeka.
PKMM,API dan AWAS semuanya telah diharamkan oleh penjajah British dan UMNO, MCA dan MIC telah diangkat menjadi wira sedangkan mereka semua adalah penjilat penjajah.
Anda ingin mendengar versi kmerdekaan yang lain daripada apa yang diceritakan oleh UMNO dan Barisan Nasional? Sila hadirkan diri ke program dibawah:
Forum :
Merdeka dalam darurat
29 Ogos 2007
8 pm – 11 pm
Dewan Perhimpunan Cina Selangor,
Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur.
Sila klik disini. Itu lah yang berlaku. Satu lagi kegagalan Barisan Nasional selepas hampir 50 tahun Malaya merdeka dan hampir 44 tahun Malaysia ditubuhkan. Bukankah bahasa itu kekuatan Bangsa?
Jika anda mahu meneruskan pengajian di England, Australia atau Amerika, apakah syarat utamanya? Anda harus lulus ujian Bahasa Inggeris dengan grade yang ditetapkan. Jika anda mahu belajar di Perancis, and harus menguasai bahasa Perancis.
Begitu juga jika anda mahu belajar di Timur Tengah anda harus menguasai Bahasa Arab. Di Malaysia sangat menakjubkan. Anda boleh ke Universiti tanpa menguasai bahasa Malaysia.
Anda juga boleh menjadi Ahli Parlimen atau Wakil Rakyat tanpa perlu menguasai Bahasa Kebangsaan. Negara apa ini?
Inilah yang dikatakan dengan kepimpinan melalui tauladan. Jika orang atas begitu, orang bawah pun akan mengikut. Sila baca berita dibawah.
Hujung minggu yang lalu, aku berada di negeri Johor. Negeri kelahiran mak aku. Ini adalah kali pertama aku menjejakkan diri ke negeri Johor semenjak aku pulang dari Korea Selatan empat bulan yang lalu.
Di Johor, aku bertemu dengan seorang teman yang juga aktivis PAS iaitu Onn. Onn pernah melawan Hisamuddin Tun Hussein dalam pilihanraya umum ke 11 pada tahun 2004. Walaupun kalah, Onn mengemparkan Hisamuddin oleh kerana namaya yang sama dengan nama datuk kepada Ketua Pemuda UMNO itu.
Nasib agak kurang baik apabila tayar kereta yang dipandu oleh Onn meletup pagi Ahad semalam. Maka terpaksalah diganti. Dalam membantu Onn untuk menukar tayar, banyaklah yang kami bualkan.
Aku bertanya kepada Onn tentang Razak Ahmad. Dia beritahu yang Razak dalam keadaan baik. Selepas siap menukar tayar kami pun berpisah. Dua jam selepas itu Onn menelefon aku dan memberitahu bahawa Razak baru saja meninggal. “Kenapalah kau tanya pasal Razak, kan dah meninggal dia” kata Onn.
Tersentak hati aku mendengar. Aku terus sms Hisham, Yunus dan Pak Said Zahari untuk beritahu tentang berita kematian Razak. Razak Ahmad adalah tokoh yang dihormati oleh orang Johor tidak kira orang UMNO atau orang pembangkang. Semua orang tahu yang Razak ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat.
Sayang sekali Razak tidak dapat bersama untuk menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaya yang ke 50. Takziah diucapkan buat keluarga Razak. Semoga roh Razak dicucuri rahmat. Al Fatihah.
Diterima daripada Kadet Pencen. Terima kasih. Bagus juga idea ni.
apa kata kita tak bayar / bayar separuh saja bil letrik bulan ni dan
sedekahkan kpd anak-anak yang telah menjadi yatim piatu itu? tulis
kepada syarikat letrik minta izin, kerjasama dan ehsan mereka juga..contoh surat kepada syarikat letrik untuk merestui sedekah kepada mangsa kebakaran yang ditolak dari bil letrik anda…:
Kepada
CEO
Syarikat letrik
Tuan,
Sedekah amal kepada mangsa kejadian kebakaran yang telah menjdai yatim piatu disebabkan rumah mereka terbakar kerana bekalan letrik dipotong
Saya / kami dengan segala hurmatnya memohon jasabaik syarikat korporat tuan untuk menolak bil letrik kami bulan ini sebanyak RM_______________ dan disedekahkan kepada mangasa kebakaran di Kluang yang tersiar dalam Utusan Malaysia pada 9/8/2007. Kami percaya syarikat tuan yang sangat besar tidak akan terjejas dengan kekurangan kutipan hasil bulan ini dan tidak akan jatuh bankrap.
Kami juga percaya syarikat tuan amat prihatin dalam soal-soal kebajikan sosial untuk masyarakat sebagaimana yang iklan-iklan PR syarikat tuan tonjolkan didalam media mega. Kami juga percaya tuan akan merestui sedekah ini sebagai satu uasaha suci CSR syarikat tuan.
Mudah-mudahan dengan sedekah yang tidak seberapa ini syarikat tuan akan diberikan keuntungan yang lebih berlipat ganda lagi dimasa akan datang.
Sekian terima kasih.
Ha ha ha…. Semuanya sedang terbarai. Retak, pecah akhirnya terbarai. Ketika saya menulis ini muzik latar yang mengiringi ketikan jari saya di lap top ialah putaran muzik Memula Moon versi paling terbaru. Ini versi rap rock parodi counter culture yang cool lagi menggiurkan.Tiga helai bulu ari dan tiga helai janggut untuk anak muda yang merekonstruksi Memula Moon.
Memula Moon a.k.a Terang Bulan a.k.a Negaraku a.k.a Negara Kuku kini menjadi top hit yang hampir mencecah satu juta pendengar dan puluhan ribu memberi komen. Angka-angka ini kelihatan terus melonjak. Ratusan ribu Mak Cik Felda dan Pak Cik Teksi , di seluruh negara – dari Perlis hingga ke Mersing yang tidak ‘connected’ sedang tertanya-tanya – Negara Kuku itu apa? Tiga helai lagi bulu ari untuk Namewee.
Sedih dan pilu dihati apabila melihat berita tadi apbila kes 5 sekeluarga maut akibat daripada kebakaran yang tidak sepatutnya berlaku. Mereka menggunakan lilin akibat daripada tindakan TNB memotong bekalan elektrik. Sila lihat berita dibawah.
Mangsa Kebakaran Terpaksa Guna Lilin Selepas Bekalan Elektrik Dipotong
KLUANG, 9 Ogos (Bernama) — Allahyarham Kasmuri Jasman, 44, yang maut bersama-sama isteri dan tiga anaknya selepas rumah mereka terbakar awal pagi ini, terpaksa menangguhkan pembayaran bil elektrik rumahnya kerana mahu menggunakan wang bagi membiayai pengajian tiga lagi anaknya yang menuntut di institusi pengajian awam tempatan.
Jiran dan tuan tanah kepada keluarga mangsa, Jamliah Othman, berusia lingkungan 60-an, berkata beliau dimaklumkan perkara itu oleh isteri Kasmuri, Sufiah Abdul Karim, 41, beberapa hari lepas.
“Sudah lima malam rumah mereka bergelap selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong bekalan elektrik kerana mangsa tidak menjelaskan bayaran. Akibatnya, mangsa sekeluarga terpaksa menggunakan lilin,” katanya kepada pemberita di rumahnya, yang terletak bersebelahan rumah mangsa hari ini.
Jamliah, yang khuatir dengan penggunaan lilin di rumah Kasmuri boleh menyebabkan kebakaran, memaklumkan hal itu kepada pejabat Bomba dan Penyelamat Kluang tiga hari lepas.
“Saya dan jiran percaya kebakaran disebabkan oleh lilin yang mungkin terjatuh akibat ditiup angin kuat pagi tadi, sebelum menyambar barangan di rumah kayu itu,” katanya.
Kasmuri merupakan kakitangan syarikat pembuat jubin, Malaysia Mosaic manakala isterinya bekerja sebagai pembantu kedai makan.
Di dalam kebakaran yang berlaku pada pukul 3.55 pagi, Kasmuri dan isterinya maut bersama-sama tiga anak mereka, Hishammuddin, 13, Izamuddin, 9, dan Nurul Macella, 8, selepas rumah berkembar mereka di Kampung Tengah musnah dijilat api.
Hanya anaknya, Nurul Farhana, 15, dan penghuni rumah sebelah, warga emas yang hanya dikenali sebagai “Azila” dan “Saiman” serta seorang kanak-kanak selamat dalam kejadian itu.
Tiga anak pasangan malang itu iaitu Salahuddin, lingkungan 20-an menuntut di Kolej Universiti Tun Hussein Onn (Kuittho); Faizah Nor, lingkungan 20-an di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Juliana, 19, penuntut matrikulasi di Universiti Sains Malaysia (USM).
Jamliah berkata beliau hanya menyedari tentang kebakaran itu apabila dikejutkan oleh menantunya yang tinggal bersama-samanya pada pukul 3.30 pagi.
“Jiran-jiran tidak dapat membantu mangsa kerana kejadian berlaku amat cepat, ditambah pula penduduk semua sedang nyenyak tidur,” katanya.
Seorang lagi jiran, Hamzah Othman, berusia lingkungan 50-an, mengakui kemungkinan api lilin menjadi punca kebakaran yang mengorbankan Kasmuri dan anggota keluarganya.
“Awal pagi tadi, angin amat kencang dengan hujan. Saya percaya lilin itu jatuh dan apinya membakar langsir rumah mangsa,” katanya.
Bagaimanapun, abang ipar Kasmuri, Sudirman Abdul Karim, 45, ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Kluang, berkata berdasarkan perbualannya dengan Nurul Farhana yang terselamat, ubat nyamuk dipercayai menjadi punca kebakaran itu.
“Nurul kata mungkin api ubat nyamuk yang diletakkan dalam bilik menjadi punca kebakaran,” katanya sambil menambah, Nurul Farhana, pelajar Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Sultan Abdul Jalil masih trauma dan enggan bercakap banyak.
Sudirman yang tiba di tempat kejadian pada pukul 5 pagi selepas dimaklumkan oleh jiran Kasmuri, berkata dua mayat yang rentung ditemui di bilik air, manakala mayat tiga yang lain, iaitu Sufiah dan dua anaknya ditemui di bahagian dapur.
Semua mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Belahan Tampuk, Rengit, Batu Pahat, katanya.
– BERNAMA
Jika inilah hasil penswastaan elektrik, saya rasa TNB harus dimiliknegarakan semula. Terbukti bahawa penswastaan hanya menguntungkan sesetangah pihak. Sedangkan rakyat tidak mendapat apa-apa keuntungan malahan ada yang terbunuh kerana kerakusan kaum pemodal mengaut keuntungan. Perdana Menteri dan menantu kesayangannya harus menjawab isu ini.
Inilah bidalan yang paling sesuai untuk dikaitkan dengan tindakan polis memanggil Marina Lee, isteri kepada pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin. Saya baru sahaja pulang daripada IPD Dang Wangi untuk menyatakan sokongan kepada kak Marina Lee dan Raja Petra.
Disana saya bertemu dengan beberapa orang penulis blog terkenal seperti Ahirudin Atan, Marina Mahathir, Nuraina A. Samad, Bernard Khoo dan ramai lagi. Ronnie Liu dari DAP yang juga seorang penulis blog turut hadir. Emosi saya amat terganggu apabila diberitahu bahawa Kak Marina dipanggil. Selepas Raja Petra gagal untuk di”neutral”kan, isterinya pula dipanggil.
Ini tidak lain tidak bukan ialah untuk menakut-nakutkan dan menganggu Raja Petra. Saya puji semangat dan keberanian Raja Petra dan isteri. Walaupun berkali-kali diugut dan ditakut-takutkan, Malaysia Today tetap hidup dan terus menjadi wadah untuk perbincangan yang sihat.
Selepas ini siapa pula mereka hendak panggil? Anak Raja Petra pula? Tak dapat tanduk telinga pula dipulas.
Polis seharusnya berhenti daripada terus menjadi alat kepada UMNO dan BN. Polis seharusnya menjaga keamanan rakyat dan bukan mempertahankan UMNO dan BN.
Dah berbakul laporan polis yang dibuat terhadap rasuah dan salahlaku pemimpin UMNO-BN. Apa tindakan polis? Sudah sampai masanya untuk penulis-penulis blog atau sesiapa saja membuat laporan polis terhadap polis oleh kerana mereka telah mengkhianati rakyat Malaysia.
Raja yang adil disembah, raja yang zalim disanggah. Ungkapan itu popular kembali baru-baru ini oleh kerana Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah yang memberikan harapan baru kepada rakyat Malaysia. Bermula dengan tindakannya menolak pelwaan Menteri Besar Perak, Tajol Rosli untuk membiayai belanja perkahwinannya sehinggalah ucapannya baru-baru ini di Universiti Malaya mengigatkan pemimpin-pemimpin negara agar kembali kepada Perlembagaan Persekutuan dalam menjalankan urusan politik seharian.
Dalam ucapannya beliau juga berbicara tentang perpaduan di negara ini. Ternyata beliau sedih dengan perkembangan negara kita yang masih gagal untuk mencapai perpaduan kaum walaupun sudah hampir 50 tahun Malaya merdeka dan hampir 44 tahun Malaysia ditubuhkan.
Hari ini, Malaysiakini juga ada melaporkan kenyataan daripada pemimpin DAP, Dr, Chen Ma Hin agar Pak Lah mengambil Raja Nazrin sebagai penasihat. Kita sering mendengar cerita-cerita buruk mengenai Raja-raja Melayu. Tetapi negeri Perak telah membuktikan bahawa bukan semua keluarga Diraja berimej negatif.
Sultan Azlan Shah akan terus dikenang kerana kebijakkannya. Raja Nazrin memberi harapan kepada negara apabila beliau juga dilihat sebijak ayahnya. Walaupun saya bukan orang Perak, tetapi saya amat memandang tinggi kepada negeri Perak kerana telah banyak melahirkan tokoh-tokoh besar dan Raja yang bijaksana.
Polis bersedia untuk menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa sahaja, kata Musa Hassan. Sebenarnya memang benar apa yang dikatakan oleh Musa Hassan itu. Polis di Malaysia memang sentiasa bersedia untuk berkhidmat untuk Barisan Nasional, bukannya berkhidmat untuk negara.
Ramai kawan-kawan mengatakan bahawa pilihanraya umum akan diadakan selepas September, ini berdasarkan kenyataan pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid baru-baru ini.
Namun, daripada lenggok pemimpin-pemimpin BN, sudah terlihat bahawa Pak Lah sudah mendapat ilham. Pak Lah bukan sahaja telah masuk ke Kelantan malahan projek NCER yang diumumkannya itu bakal membeli hati penduduk di Utara Malaysia bahawa Utara akan menjadi semaju Selatan, Johor.
Dari Selatan sehingga ke Utara Pak lah jelajah. Orang nombor dua, Najib pula telah ke Sabah. Keyakinan saya tetap kuat mengatakan bahawa Pak Lah akan mengumumkan tarikh pilihanraya sebelum sambutan kemerdekaan negara yang ke 50. Kalau mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, minggu depan Parlimen akan dibubarkan.
Sama-samalah kita perhatikan minggu hadapan sama ada benar atau tidak pilihanraya akan diadakan sebelum sambutan kemerdekaan yang ke 50. Jika parlimen tidak dibubarkan pada minggu hadapan, bermakna pilihanraya tidak sempat untuk diadakan sebelum sambutan kemerdekaan yang ke 50. Saksikanlah…..

Album aku Hentikan Perang Sekarang telahpun berada di pasaran. Lagu-lagu dalam album ini ialah:
1) Gadis Rumah Merah
2) Hentikan Perang Sekarang
3) Burhanuddin Al Helmy
4) Siren Bomba
5) Menunggu Bayang-bayangmu
Kepada sesiapa yang berminat, sila email ke amin.iskandar@gmail.com.
Harga: RM 15 (Semenanjung Malaysia) dan RM 18 (Sabah dan Sarawak) termasuk kos penghantaran. Pembayaran boleh dibuat melalui wang pos. Sila ke blog rasmi album ini disini.

Komen Terkini