Inilah bidalan yang paling sesuai untuk dikaitkan dengan tindakan polis memanggil Marina Lee, isteri kepada pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin. Saya baru sahaja pulang daripada IPD Dang Wangi untuk menyatakan sokongan kepada kak Marina Lee dan Raja Petra.
Disana saya bertemu dengan beberapa orang penulis blog terkenal seperti Ahirudin Atan, Marina Mahathir, Nuraina A. Samad, Bernard Khoo dan ramai lagi. Ronnie Liu dari DAP yang juga seorang penulis blog turut hadir. Emosi saya amat terganggu apabila diberitahu bahawa Kak Marina dipanggil. Selepas Raja Petra gagal untuk di”neutral”kan, isterinya pula dipanggil.
Ini tidak lain tidak bukan ialah untuk menakut-nakutkan dan menganggu Raja Petra. Saya puji semangat dan keberanian Raja Petra dan isteri. Walaupun berkali-kali diugut dan ditakut-takutkan, Malaysia Today tetap hidup dan terus menjadi wadah untuk perbincangan yang sihat.
Selepas ini siapa pula mereka hendak panggil? Anak Raja Petra pula? Tak dapat tanduk telinga pula dipulas.
Polis seharusnya berhenti daripada terus menjadi alat kepada UMNO dan BN. Polis seharusnya menjaga keamanan rakyat dan bukan mempertahankan UMNO dan BN.
Dah berbakul laporan polis yang dibuat terhadap rasuah dan salahlaku pemimpin UMNO-BN. Apa tindakan polis? Sudah sampai masanya untuk penulis-penulis blog atau sesiapa saja membuat laporan polis terhadap polis oleh kerana mereka telah mengkhianati rakyat Malaysia.









Apalah ini? Ini pasti akan menyebabkan Raja Petra menyediakan satu lagi berita yang pasti membuktikan kesahihan berita berita yang di siarkan di dalam MT.
Sokongan ’spiritual’ saya kepada keluarga RPK!
Yo, bamboo river! Takkan ’spiritual’ je….er, tapi cek pun tak dapek pi tadi. Apapun, sokong jangan tak sokong. Termasuklah memberi sokongan pada piket MTUC, no.
Inilah salah satu cara mengunakan ‘alat-alat’mengugut rakyat oleh umNO ! dimanakah maruah PDRM ? Dimanakah moto mereka ? Satu lagi projek unMO/BN menyeleweng alat/harta & kuasa demi negara untuk membela para pemimpin rasuah sampai bila-bila !
Yo, Amir, venue kat seksyen 15 shah alam. Boleh gua sokong. Gua pusing pusing banyak kali kat roundabout tu leapas itu gua hon kereta bertubi tubi. Biar sampai hon pecah. Okay , no?
Hehe. Sadis nya jadi rakyat Malaysia ni. Hehe.
Aiseh bamboo river, lu tak nampak gua ka kat roundabout seksyen 15 tu? Gua yang paling ensem le! Hahaha!
But honestly, I was there.
Amir, lu manyak perasan lah! Ha,ha,
Jaga jaga, kalau nak piket jangan sampai lupa anak bini tau.
Jaga diri baik baik.
So, lu ada nampak gua hon banyak banyak kali kah?
Ya! Polis itu adalah pengkhianat rakyat! Kerja untuk parti bukan untuk negara! Mampos!