Merdeka dari perspektif yang lain….
Anda ingin mendengar versi kmerdekaan yang lain daripada apa yang diceritakan oleh UMNO dan Barisan Nasional? Sila hadirkan diri ke program dibawah:
Forum :
Merdeka dalam darurat
29 Ogos 2007
8 pm – 11 pm
Dewan Perhimpunan Cina Selangor,
Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur.
Sejarah sering ditulis dari kacamata golongan yang menang. Namun Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31hb. Ogos 1957 diistiharkan pada masa keadaan Negara kita masih dalam zaman darurat. Darurat hanya ditarik balik pada 31hb. July 1960 dan sehari selepas itu, Akta ISA dilancarkan.
Mengapa kemerdekaan pada tahun 1957 diistiharkan pada masa darurat. Apakah situasi sebenar Negara pada ketika itu. Apakah detik-detik yang berlaku sebelum kemerdekaan, Siapakan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang sering dilupakan dan apakah gerakan-gerakan rakyat yang wujud pada ketika itu.
Kini kita merayakan 50 tahun kemerdekaan. Apakah erti kemerdekaan ini ? Inilah isu-isu yang akan diutarakan dalam Forum Merdeka dalam Darurat 1957-2007 yang menampilkan antaranya beberapa tokoh tanahair.
Dipengerusikan Oleh :
Dr. Rohana Ariffin-
Pengkaji dan Aktivis Social
Ahli Panel
Said Zahari –
Bekas Pengarang Utusan dan Pemimpin Partai Rakyat Singapura
Chen Jian –
Penyelidik Bebas Gerakan Kiri Malaysia
Fahmi Reza-
Pengarah dokumentasi 10 tahun sebelum Merdeka
S.Arutchelvan
Setiausaha Agung, Parti Sosialis Malaysia
Anjuran :
Parti Sosialis Malaysia.
Tel: 03-22747791 , 019-2537791. email – psmhq@tm.net.my














