JPJ Periksa Bas di Terminal, berapa lama boleh tahan?

22 08 2007

Kemalangan demi kemalangan yang melibatkan bas berlaku hampir setiap hari.  Mungkin oleh kerana tekanan daripada pihak atasan, JPJ akan mengadakan pemeriksaan terhadap bas dan akan membuka kaunter di terminal bas seluruh negara. Sila klik disini.

Seperti biasa, bila dah hujan baru payung nak dicari. Masalah kemalangan bas tidak akan selesai selagi masalah pokok tidak diselesaikan. Masalah pokoknya ialah gaji pemandu bas yang terlalu rendah dan bergantung kepada berapa banyak trip yang boleh dibawa untuk mendapat bayaran yang tinggi.

Masalah ini langsung tidak disentuh oleh Perdana Menteri dan pimpinan negara. Semuanya menyalahkan pemandu bas dan jalan raya. Malahan unsur mistik cuba dikaitkan dengan mengatakan bahawa tempat kemalangan “keras”. Memanglah keras. Kalau tak percaya cuba mereka hantukkan kepala dijalanraya itu. Keras atau tidak?

Kemalangan demi kemalangan akan terus berlaku jika masalah gaji pemandu bas tidak diselesaikan. Jika pemandu-pemandu bas mendapat gaji pokok yang tinggi, sudah tentu mereka tidak akan hairan untuk mengejar trip.

Kepada semua pemandu-pemandu bas. Bersatulah dan gunakanlah kuasa anda. Jika mereka terus menindas, jangan berikan undi anda kepada mereka. Jika parti pembangkang juga tidak ada apa-apa polisi untuk pemandu bas, maka boikotlah pilihanraya.

Jangan jadikan diri terlalu murah. Jika duit diberi, ambil tetapi undi adalah rahsia. Demokrasi bukan sahaja pilihanraya. Jika penindasan berterusan, pakat ramai-ramai untuk protes dengan tidak memandu bas. Biar pegawai polis dan JPJ yang memandu bas. Mari kita tengok sama ada selamat atau tidak!


Tindakan

Informasi

6 gerakbalas-gerakbalas

23 08 2007
Malik El-Shabaaz a/k/a Malcolm X

setuju!!
aku pernah ada pengalaman dimana bapa kepada Allahyarham kawan aku merupakan bekas pemandu bas ekspress yang agak terkenal dan terminalnya berada di Jalan Duta.

baik..
ketika sahabat aku ni masih hidup sering beliau bercerita..”pak aku ni nampak ja dok senyum, tapi hang tgk la, lepas bawak bas dia nak bawak teksi pulak ada masa tgh hari dia balik petang sat g dia bawak bas pi KL..”

kesimpulan yang diambil adalah mereka jadi begini sebab ingin mengejar duit lebih kerana ingin menampung beban hidup yang semakin tinggi (Undilah lagi BN)..

tulisan black ini mmg benar..mereka mmg mengejar trip untuk mendapatkan gaji lebih..kerna apa? kerna gaji tak cukup…barang naik..mmg bg kita yang berduit akan kata “ya la, dulu sapa suruh tak belajaq tggi tggi”..aku ada jawapannya tapi cuma satu ja aku nak kata…hangpa yang gaji besaq mmg bleh kata macam-macam..tapi bg yg gaji kecik dengan barang makin lama makin naik sudah tentu terasa..nak ubah gaya hidup..nak ubah macam mana?? dari mkn ikan sardin ke siput babi??

AKU MINTAK SGT…PRU KE 12 NI..BN TAK DPT 2/3 KERUSI DI PARLIMEN…

24 08 2007
sam

yelahhh ape nak buat kalau diikutkan kemalangan kat mane2 pun boleh berlaku..cuma disini yang nak ditekankan ialah faktor utama yang menyumbang kepada kemalangan tersebut.Dari pemandu bas itu sendiri dan juga majikan ataupun ‘toke’ bas.

Pemandu bas dah tentu nak mengejar ‘trip’ bas.Kalau banyak dapat dah tentu ‘masyuk’ banyak.Kalau tidak dapur tak berasaplah gamaknya.Dah tentu penat teramat sangat kalau pemandu berada lame diatas jalanraya.Dan dengan sedikit kecuaian maka nahas sedang menanti dihadapan.

‘Toke’ bas pulak tak kan nak services bas dia hari2.Ataupun tukar spare part bas dia yang dia agak boleh pakai lagi.Kalau pemandu komplen yang ada spare part yang nak kena tukar tapi ‘toke’ dia buat ‘bodo’ jer macamana.

wallahualam.

24 08 2007
rojak

Memang aku geram dengan depa ni yang asyik menyalahkan orang lain saja sendiri tak mahu mengaku.
Dalam Kes kemalangan ini semua pihak berkuasa patut dipersalahkan kerana gagal menguatkusakan undang-undang dan membiarkan berleluasanya rasuah.Kegagalanmenguatkuasakan undang-undang adalah punca utama berlakunnya kemalangan.Undang berkuatkuasa pada masa tertentu sahaja.Umdang-undang juga kadang-kadang untuk orang tertentu sahaja.Bila undang-undang tidak dikuatkuasakan maka orang akan memandang remeh terhadap peraturan jalanraya.Apa yang nak dihairankan pemandu yang ada 15 atau 20 saman atau syarikat yang ada 500 saman selama 10 tahun.Helloo Bas berjalan hari-hari,kita ada 365 hari setahun beberapa ribu hari selama 10 tahun.Saman 15 OKlah tu.Bawa Bas kalau highway PLUS tu bawa 90km mati le….Kalncaau tanya penumpang Bas pun mereka akan Lambatnya samapai jaln macam katak>jangan tanya sorang dua yang tak pernah naik Bas tu mana diA ORANG TAU.TV dan akhbar ni pun satu tukang batu api saja gagal menyiasat punca sebenarnya.Tapi nak buat apa wartawan cari makan sahaja.Mana ada maruah.Undang-undang dilanggar kerana tiada penguatkuasaan.Cuba kuatkuasakan undang-undang tanpa mengira bulu,hapuskan rasuah insyallah kemalangan akan dapat dikurangkan.Kalau PLUS setakat 90km dan bawa bas hri-hari,tak hairanlah kalau ada saman 15.Perangkap laju mana ada nampak,macam mana nak kawal kalau memandu dijalan yang cantik dan lurus.Kalau tak percaya cuba bawa Bas hari-hari.Aku tak nak cakap pasal Gaji kecil.Ini memang fakta yang SANGAT TEPAT.Gaji mamang kurang.Nak salahka siapa.Majikan.????Majikan juga terpaksa menanggung KOS YG TINGGI.Minyak naik tapi TIKET tak boleh naik.Apa ni…Kalau naik rakyat marah…Kalau rakyat mati…SALAHKAN DREBAR BAS.Tak fahamlah aku.

24 08 2007
a

harga naik semua naik, kalau gomen naikan ok kalau orang lain HARAM

26 08 2007
thatrueairyen

aku sokong…giler arr.skarg ni aku nk naik bus pon takot2 jerk..ahaks…
ntah la..ni la hangat2 taik ayam kot dorg tu…takat maner sgt la ble tahan….tgk ler…cam2 citer kuar…ni taik ayam tgh panas ble ar wat operasi saner sini…cube kang kalo taik ayam tu dah suam2 kuku,confirm pastu sejuk jer….operasi yg skarg tgh gempak pon akan ilang dtelan zaman…:P….tolong ar paham!

1 03 2009
shah

jangan salahkan pemandu….
Fikir, lihat dan bertanya…apakah masalah pada setiap pemandu..
faktor umurkah?
Faktor kesihatankah?
Faktor tekanan hidupkah?
Faktor Kenderaan itu sendiri?
Faktor cuaca?
Faktor keadaan jalan?
atau Faktor pentadbiran?

walau secanggih mana bas yang ada, penekanan pada faktor2 di atas tak di titikberatkan , kemalangan tetap akan berlaku…
tak perlu salahkan sesiapa..tanya pada diri…
jangan jdi seperti kisah KATAK OH KATAK…

bas sekarang memang canggih…tetapi sistem keselamatan belum sempurna…sistem penggunaan angin pada setiap kenderaan berat terutama bas..kebanyakan belum menjamin keselamatan…sistem break angin adakah selamat jika angin bocor? dimana dan kemana kwalan break jika berlaku tanpa di duga.. berbanding dengan sistem manual…fikir2kan…
berbanding bas sebelum ini…sistem manual dan moden di gabungkan …adakah kemalangan sebanyak yang berlaku sekarang…bertanyalah pada mereka yang mengendalikannya..bukan pada mereka yang menuduh..
Jangan salahkan pemandu sahaja….hanya Jauhari Mengenal Manikam…

Tinggalkan komen