You are currently browsing the monthly archive for September, 2007.


Rakyat Burma ke Jalanraya untuk tuntut Demokrasi. Rakyat Malaysia bila lagi?

Berikutan video VK Lingam, Majlis Peguam Malaysia, akan berarak ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya untuk menyerahkan satu memorandum agar kes tersebut disiasat oleh Suruhanjaya DiRaja.

Majlis Peguam Malaysia juga meminta rakyat Malaysia hadir bersama sebagai tanda sokongan untuk membersihkan Mahkamah dari sebarang campurtangan politik. Aturcara adalah seperti berikut:

MEMORANDUM FOR ROYAL COMMISSION - VK Lingam’s Video.
Tarikh: September 26, 2007
Masa: 11pagi
Tempat: Palace of Justice, Putrajaya

Berita selanjut boleh dibaca di sini dan juga seperti dilapurkan di bawah.

Read the rest of this entry »

Berikutan dengan pendedahan Rocky Bru mengenai namanya yang telah di”hantukan” oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Seorang pembaca blog ini yang merupakan kawan saya memberikan maklumat bahawa isteri beliau juga menjadi mangsa. Berikut adalah maklumat dari beliau:

 

BETUL LAH BLACK, WIFE GUA X PERNAH DAFTAR PUN SIAP ADA NAMA DIA LAGI. PEGI HANTAR KAT PULAI PULAK TU APA NGEE HENG NTAH NAMA TEMPAT NIE. WIFE GUA KAT MUAR PUN X PERNAH DAFTAR. INI KALU SAMAN BOLEH DAPAT DUIT KE? HEHEHE

Kad Pengenalan : 770314016752 / A3630300
Nama : MUEZAH BINTI ABDUL RAHMAN
Jantina : PEREMPUAN
Lokaliti : 161 / 46 / 18 / 002 - JALAN DATO ABDULLAH
Daerah Mengundi : 161 / 46 / 18 - NGEE HENG
DUN : 161 / 46 - PENGKALAN RINTING
Parlimen : 161 - PULAI
Negeri : JOHOR

Apa kata SPR? Apakah parti-parti pembangkang masih lagi mahu bertanding dalam pilihanraya yang kotor ini? Dakwat hitam dapat selesaikan masalah? Fikirkanlah.

 

9 tahun dahulu, pada tarikh yang sama iaitu pada 20 September ratusan ribu rakyat berkumpul di Masjid Negara yang kemudiannya mereka bergerak ke Dataran Merdeka. Apakah itu hanya satu kebetulan, sudah tentulah tidak. Sudah tentulah perhimpunan itu berlaku dengan terancang dan tersusun.

Pada ketika itu isunya ialah pemecatan Anwar Ibrahim daripada kabinet Malaysia sekaligus daripada UMNO. Hari ini, terlalu banyak isu didepan mata kita. Baru-baru ini 4 butir peluru telah menembak rakyat di Baru Burok, Laporan AG telah menunjukkan perbelanjaan yang tidak telus oleh Kementerian-kementerian, pendedahan video bagaimana campurtangan orang luar dalam perlantikan Ketua Hakim dan harga barang yang melambung tinggi.

Apakah kita tak boleh mengulangi sejarah? Sudah tentu boleh. Tidak ada apa yang mustahil.

Updates: Rocky Bru a.k.a: Ahirudin Attan ke pejabat SPR.

Berikutan kisah benar di bawah, saudara Ahirudin bin Attan atau lebih dikenali dengan panggil Rocky di blog rocky’s bru, telah menyusuli pertanyaan beliau di pejabat Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Berikut adalah dialog beliau yang telah diterjemahkan dari blog tersebut:

Bila nama saya didaftarkan?
1999
Bagaimana saya didaftarkan?
Ada orang yang mengisikan borang untuk anda
Bagaimana pula ia boleh berlaku?
Sehingga Julai 2007, parti pembangkang dibenarkan mendaftar pemilih bagi pihak penduduk yang belum berdaftar lagi (di kawasan undi masing masing)

Terdapat beberapa soalan di mana SPR tidak dapat menjawab dan adalah seperti berikut:

Siapakah yang telah mendaftarkan saya? (BN atau Pembangkang)
Kami tidak tahu.
Adakah nama saya telah digunakan untuk mengundi pada PRU tahun 1999 dan 2003?
Kami tidak tahu.
Bagaimana sebuah parti politik di Taman Rapat Setia boleh mendaftarkan saya sebagai pengundi di sana sedangkan saya tidak pernah mendiami kawasan itu?
Kami tidak tahu.


Kerana keunikan kes ini, saya telah dinasihatkan untuk menghantar semua pertanyaan kepada Setiausaha SPR, saudara Kamaruzaman Mohd Noor. Saya juga telah dinasihatkan untuk membuat lapuran polis.

Kedua nasihat di atas akan saya turuti. Terima kasih.

Posting Asal (20 September 2007):

Inilah yang dikatakan dengan “Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh juga ke tanah”. SPR bernasib malang oleh kerana pada kali ini, hantu mereka adalah Ahirudin B. Attan a.k.a Rocky Bru Presiden kepada All- Blog. Sila klik digambar untuk melihat dengan lebih jelas. Sila klik disini untuk melihat posting daripada Rocky.

Apa lagi alasan SPR? Apakah tindakan parti-parti politik pembangkang dalam isu ini? Apakah masih mahu bertanding dalam pilihanraya yang kotor kemudian menyalahkan SPR selepas pilihanraya.

Ataupun pembangkang sudah bersedia untuk Pilihanjalanraya? Kalau perkara ini terjadi dinegara lain seperti Filipina dan Thailand, Pengerusi SPR dan semua ahli majlis pasti sudah kedalam penjara.

Di Malaysia yang lebih malang ialah parti-parti pembangkang tunduk dengan penipuan sistem dengan masuk bertanding dalam pilihanraya. Mungkin selepasPenipuan Terbesar dalam Pilihanraya Umum ke 12, barulah semua akan sedar. Tetapi pada ketika itu semuanya sudah terlambat. Kelantan akan diambil alih oleh UMNO hasil bantuan pengundi daripada Thailand dan orang-orang dalam penjara.

Permatang Pauh juga akan kembali kepada UMNO. Inilah rancangan menantu Pak Lah. Kita mahu tunggu lagi? Atau mahu guna KUASA RAKYAT? Atau nak tunggu lagi beribu-ribu peluru digunakan untuk bunuh rakyat?


Bukti video yang didedahkan oleh Anwar Ibrahim ini telah menggemparkan negara semalam. Media arus perdana tidak menyiarkan pendedahan penting ini. Isu ini bukan isu Anwar Ibrahim. Isu ini adalah isu nasional. Semua rakyat Malaysia yang celik politik harus bersatu untuk mengambil tindakan.

Kita harus turun kejalanraya untuk menuntut Sistem Keadilan yang Bersih dan Adil dikembalikan. Menurut seorang teman yang merupakan Aktivis PKR, perhimpunan besar-besaran akan diadakan tidak lama lagi.

Jika saya mendapat apa-apa maklumat, saya akan masukkan kedalam blog ini.


Belum pun reda tragedi keganasan polis yang menembak rakyat di Batu Burok, kita dikejutkan pula dengan insiden yang berlaku di UPM. Sila klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini. Peristiwa yang berlaku di UPM bolehlah dikatakan sebagai lambang penindasan yang seringkali berlaku sekarang ini di IPTA-IPTA tempatan. Cuma oleh kerana pelajar-pelajar UPM yang ditindas berani melawan penindasan itu, maka isu ini menjadi besar.

Di IPTA-IPTA yang lain seperti UUM dan UiTM, Naib Cencelor telah memainkan peranan sebagai agen-agen UMNO untuk memastikan pelajar-pelajar yang menentang UMNO menerima akibatnya seperti dibuang universiti atau digantung daripada pengajian.

Badan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Unit Keselamatan telah memainkan peranan untuk membungkam pelajar-pelajar yang berfikiran kritikal. Universiti sekarang ini mahu dijadikan seperti kilang-kilang yang melahirkan robot-robot. Sesiapa sahaja yang kritikal dan melawan arus haruslah ditindas dan disenyapkan.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) haruslah melakukan sesuatu. Jika tidak ramai lagi pelajar yang menjadi mangsa. SMM harus pecahkan politik perkauman dan selamatkan masalah perkauman didalam kampus. Jika SMM berjaya, rami pelajar-pelajar universiti akan dapat melihat contoh yang baik tentang sebuah masyarakat kampus yang berbilang kaum.

Hanya apabila pelajar kampus bersatu, barulah mereka akan kuat. Pelajar Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan haruslah kembali dibenarkan tinggal sebilik. Alasan solat dan ibadat adalah alasan cetek. Semua kolej di universiti mempunyai surau. Jadi tak timbul masalah tak boleh sembahyang.

Jika tidak dimulakan dari sekarang, usaha aktivis mahasiswa hanya akan menjadi sia-sia. Insiden di UPM akan dilihat sebagai masalah pelajar Cina dan bukannya masalah pelajar. Pelajar Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan harus duduk semeja untuk mencapai satu penyatuan. Buangkan perbezaan. Jangan terperangkap dengan politik perkauman anjuran UMNO, MCA dan MIC.

gambar diambil dari Malaysiakini.

Dari mana datangnya ilmu pengetahuan?

Sekali imbas kelihatan soalan ini cukup lekeh. Mungkin ada yang akan ketawa kerana merasakan bahawa soalan ini tidak perlu dijawab kerana jawapan telah di ketahui umum. Saya hanya meminta renungkan dan ulangi soalan ini – dari mana datangnya ilmu pengetahuan?

Sesiapa yang menjangka jawapannya telah di ketahui umum lalu tidak mahu berfikir tentang punca ilmu pengetahuan, saya cadangkan mereka menggantung diri sebentar. Jika ada politikus dan aktivis politik menganggap soalan ini enteng dan jawapannya gampang maka saya cadangkan juga mereka menggantung diri dengan lebih lama. Pada anggapan saya wujudiah susuk-susuk ini hanya menghabiskan oksigen bersih yang semakin berkurangan dalam negara ini.

Read the rest of this entry »



Zaman moden ini semua boleh dilakukan. Sebelum kita percaya dengan sesuatu pertuduhan, adalah lebih baik kita membuat sedikit kajian. Sila kaji gambar ini dan beritahu apa yang anda nampak.

Amin Iskandar.

Ini analisis daripada seorang teman baik saya yang telah lama berjihad di alam cyber:

Sdra Amin.

 

Mengikut pandangan saya, gambar mat keledar berkenaan agak meragukan.

1. Berdasarkan baju putih yg begitu terang, jelaslah gambar ini diambil

dengan kamera yg menggunakan flash. Yg meragukan ialah ‘bayang

gelap’ sepatutnya memanjang ke sebelah kiri mat keledar, bukan

di bahagian bawah beliau mencangkung. Ini seolah-oleh cahaya

lampu jalan lebih cerah drp cahaya flash kamera - sesuatu yg

tidak mungkin terjadi.

 

2. Terdapat beberapa orang berhampiran seolah-olah tidak mempedulikan

perlakuan mat keledar membakar bendera. Logiknya, jika berlaku

kejadian membakar bendera seumpama itu, sudah pasti ada orang

yg akan memberi perhatian & tumpuan kpd apa yang berlaku. Ini

seolah-olah menggambarkan sebenarnya tidak ada apa-apa yg

berlaku di situ dan gambar mat keledar disuper-imposed (teknik

lasso - copy & paste).

 

3. Tidak ada kesan asap melampaui bahagian atas bendera

sedangkan sepatutnya asap pasti sudah melewati bahagian

atas drp bendera dan akan pasti jelas kelihatan apabila

flash digunakan. (bertanda A)

 

4. Terdapatnya beberapa bahagian gambar yg telah dilakukan

touch-up (smudge) - sebahagian saya tandakan dengan kotak merah.

Bagaimanapun, terdapat satu bahagian kecil yg tertinggal (dalam

bulatan merah).

 

Gambar mat lebai - memang gambar asli - tiada sebarang pengubahsuaian

dapat dikesan.

 

Sekian sedikit analisis peribadi drp saya.


Inilah hadiah yang diberi kepada rakyat Malaysia yang telah mengundi dan menyokong Barisan Nasional yang dahulunya dikenali sebagai Perikatan selama 50 Tahun.

Walaupun telah tertulis beberapa peristiwa yang melibatkan penggunaan pistol dan pembunuhan rakyat seperti apa yang berlaku di Kampung Memali, Baling, Barisan Nasional yakin mereka akan berkuasa sehingga Hari Kiamat.

Mengapa ini berlaku? Kerana tidak ramai yang tahu bahawa pilihanraya di Malaysia adalah illusi yang paling besar diciptakan untuk menghalalkan Barisan Nasional terus berkuasa. Satu contoh yang paling mudah, hanya Perdana Menteri yang tahu bila tarikh pilihanraya yang akan datang. Beliau hanya akan mengumumkan tarikh pilihanraya apabila BN sudah selesa. Contoh yang kedua, media hanya memberi liputan kepada parti yang memerintah. Pembangkang dihalang untuk menerbitkan media mereka sendiri. Kalau dibenarkan pun, hanya terhad kepada ahli.

Tidak mungkin mana-mana parti politik yang diluar Barisan Nasional mampu untuk mencabar oleh kerana pengguasaan BN terhadap jentera kerajaan seperti polis, tentera, media negara, sekolah dan banyak lagi.

Jika mahukan perubahan, hanya ada satu jalan. PILIHANJALANRAYA. Jika tidak, duduklah dibawah kerajaan Barisan Nasional sehingga Hari Kiamat. Tetapi ramai yang masih belum sedar.

Bila kesedaran timbul, waktu itu sudah terlambat. Ramai rakyat telah terkena peluru dari polis. Semua kekayaan negara sudah dirompak. Malaysia akan menjadi miskin seperti Argentina yang pada satu ketika dahulu, ekonominya mirip Malaysia. Ekonomi Argentina musnah dengan terus oleh kerana amalan rasuah dan kronisme yang berleluasa.

Keputusan ditangan anda. Mahu melihat negara musnah? Mahu terus ditipu? Mahu menunggu sehingga negara menjadi miskin hina?
Atau mahu mencipta Sejarah?

Gambar diambil dari Laman Marhaen.

Pengalaman mengikuti Gerakan Reformasi di Malaysia telah memberikan banyak pengalaman dan pengajaran. Ilmu yang paling berharga yang diperolehi ialah mengenai taktik jahat dan kotor Polis yang menjadi agen untuk mempertahankan Daulah Barisan Nasional.

Seperti apa yang berlaku sewaktu Gerakan Reformasi pada sekitar 1998-2001 dahulu, kita boleh menyaksikan bagaimana JAHATnya polis untuk mencipta pertuduhan dan bukti palsu untuk membantai Gerakan Rakyat.

Insiden di Batu Burok samalah seperti apa yang berlaku di Kampung Baru pada tahun 1999 apabila SB yang berlagak seperti demonstran membakar Motorsikal milik Polis Trafik.

Saya yakin dan percaya, orang yang membakar bendera dan agen provokator di Batu Burok adalah tak lain tak bukan SB dari PDRM. Untuk menjayakan misi UMNO dan BN untuk terus berkuasa, mereka akan terus melakukan taktik-taktik jahat. Yang paling penting ialah rakyat seharusnya terus berani.

Ingat, satu ketika dahulu pada tahun 1985, Kampung Memali telah digodam dan As-Syahid Ibrahim Libya dan beberapa orang pengikutnya dibunuh oleh Polis dengan alasan mereka adalah pengganas.

50 tahun Malaya Merdeka telah memberi kematangan politik kepada rakyat Malaysia. Taktik-taktik lapuk sebegini sudah tidak laku. Kepada semua pejuang-pejuang demokrasi dan kebebasan yang tulen, Ramadhan ini kita jadikan iktibar untuk memantapkan lagi perjuangan.

Jangan terperdaya dengan tipu helah dan jangan pernah memaafkan kezaliman. Ingat, hari ini dua orang telah ditembak dengan peluru hidup. Jangan terkejut jika ramai lagi yang akan dibunuh demi untuk BN terus berkuasa. HIDUP RAKYAT!!!!

Artikel ini telah diterbitkan oleh Malaysiakini pada 12 September 2007.

Belum pun reda isu penternak babi di Paya Mengkuang dan isu Donal Luther Kolopita, pengadil karate dari Indonesia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menggemparkan rakyat dengan insiden dua rakyat Malaysia ditembak polis sewaktu berlakunya pertembungan antara polis dengan penyokong parti pembangkang di Pantai Batu Buruk, Terengganu.

Insiden yang berlaku lapan hari selepas sambutan kemerdekaan negara yang ke-50 itu, dilabelkan sebagai rusuhan oleh pimpinan tertinggi Umno dan Barisan Nasional (BN).Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob mempertahankan tindakan anggotanya melepaskan tembakan itu kerana mempertahankan diri dari penyokong pembangkang yang dikatakan mengganas dengan menggunakan kayu, besi dan batu.

Sewaktu pengusaha ternakan babi di Melaka menghalang petugas pihak berkuasa dan jabatan kerajaan daripada melupuskan ternakan mereka - apabila keadaan menjadi tidak terkawal dan dikhuatiri berlaku rusuhan - pihak polis mengarahkan para petugas tersebut supaya bersurai. Tetapi lain pula halnya dengan insiden di Pantai Batu Buruk. Kedua-dua mangsa yang terkena tembakan itu, kini masih lagi berada di hospital. Read the rest of this entry »

Cerita lama berulang kembali. Setiap kali pilihanraya hampir, penipuan yang sama akan di putarkan. Yang penting, imej Islam Teroris dan Militan perlu dilekatkan kepada parti pembangkang.

Sebagai seorang yang terlibat secara aktif dengan gerakan reformasi, sudah tentu aku tak percaya dengan tuduhan yang penyokong pembangkang bertindak liar dan menggunakan Molotov Cocktail serta membakar bendera Malaysia. Ini semua kerja POLIS. POLIS yang berlakon seperti orang awam.  Agen-agen provokasi ini akan menghasut para demonstran untuk bertindak ganas.

Aku menjadi lebih marah lagi apabila Bapa Teroris Malaysia, Najib Tun Razak yang dikatakan terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya menggunakan perkataan perusuh apabila ditanya dengan insiden yang berlaku di Kuala Terangganu.

Sila lihat berita dari Malaysiakini dibawah untuk membaca kenyataan Mustafa Ali dari PAS.

Read the rest of this entry »



Gambar ini diambil dari Malaysia Today. Sama ada Pak Lah tertidur atau memejamkan matanya seketika sementara menunggu jurukamera  siap sedia.

George Bush kelihatan menjenguk ke belakang. Apa yang dilihatkannya? Lihat Pak Lah atau  lihat benda lain?

Sebuah dokumentari yang dibuat oleh seorang anak muda yang bernama Fahmi Reza. Berkesempatan untuk menonton dokumentari ini pada 29 Ogos 2007 yang lalu di Selangor Chinese Assembly Hall.

Filem ini disiarkan didalam sebuah forum yang bertajuk “Merdeka dalam Darurat”. Sebuah dokumentari yang wajib ditonton oleh generasi baru dan lama untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang perjuangan PKMM, AWAS, API, PKM dan PUTERA-AMCJA dalam menuntut kemerdekaan.

Dokumentari ini juga mendedahkan bagaimana perjuangan menuntut kemerdekaan telah dicetak rompak oleh UMNO, MCA dan MIC yang disokong oleh penjajah British. Dengan meneruskan Dasar Pecah Perintah yang ditinggalkan oleh British, sehingga hari ini, Melayu. Cina dan India masih tidak bersatu sebagai rakyat Malaysia.Untuk makluman lanjut mengenai dokumentari dan tarikh siaran, sila klik disini.

Harga jagung, tebu, gandum dan kelapa sawit kini semakin meninggi. Ini adalah tanda pertambahan ekonomi yang baik untuk para petani. Pendapatan para penanam jagung dan sawit telah mula meningkat. Petani  jagung  di Amerika Syarikat yang beberapa tahun dahulu muflis atau hampir jatuh muflis kini telah mula bernafas kembali.

Ladang-ladang jagung yang pada satu ketika dahulu ditinggalkan kering kontang kini telah didatangi semula oleh penanamnya. Ribuan hektar tanah jagung kini mula hijau menyubur kembali. Di dalam negara kita, harga minyak sawit bukan sahaja membantu penanam sawit tetapi menjadi tunggak ekonomi. Pendapatan peneroka sawit FELDA kian meningkat dan daya beli mereka turut menjana ekonomi negara kita.

Apa yang sebenarnya sedang terjadi?

Read the rest of this entry »

Bacalah perutusan kemerdekaan dari Husam Musa dibawah, anda pasti terharu. Merdeka milik siapa? Milik rakyat atau milik BN? Semoga usia kemerdekaan Malaya yang ke 50 akan memberikan kesedaran kepada rakyat untuk bersama dengan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan tulen.

 KEMERDEKAAN MILIK RAKYAT- Husam Musa

Kemerdekaan, kadang kala seakan milik orang yang berkuasa, parti yang berkuasa. Ia bukan lagi milik seluruh warga rakyat.

Kemerdekaan adalah penjajahan baru. Bernama kongkongan.

Satu pihak bebas mengongkong pihak yang lain – itukah kemerdekaan?

Anda masih remaja – mungkin anda adalah lebih merdeka.

Anda memasuki universiti – aktivisma mahasiswa segera dibalut oleh sebuah Akta – namanya Akta Universiti – dan berdiri di situ ‘Gabenor’ UMNO-BN untuk memastikan cengkaman itu terasa. Lihatlah pilihanraya kampus yang penuh jenaka. Gabenor ini miangnya lebih dari Gabenor British yang kita halau dulu.

Kebebasan akademik? ‘Gabenor-gabenor’ ‘penjajah’ sangat berbau politik kepartaian sifatnya bertaburan di mana-mana kampus. Mereka dilantik atas pertimbangan politik – untuk berkhidmat kepada sebuah autoriti politik sebagai ukuran paling utama. Lantas, di mana kemerdekaan para ahli akademik kita? Melainkan kongkongan. Tanpa kemerdekaan, kita akan cemerlang?

Read the rest of this entry »

Cuba anda baca berita dibawah dan fikir apa persamaan diantara Pak Lah dan George Bush?

Bush puji kepimpinan Abdullah

WASHINGTON 31 Ogos – Presiden George W. Bush menyifatkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai satu tenaga yang sangat konstruktif bagi Asia Tenggara.

Malaysia adalah satu contoh menarik mengenai bagaimana sebuah masyarakat bebas boleh menangani gerakan-gerakan yang dipercayai boleh menukar dan meminda sifat masyarakat bebas itu.

“Saya menghormati cara Perdana Menteri menggunakan kebebasan dan menggunakan keterbukaan masyarakat untuk menangani mereka yang kecewa.

“Maksud saya, semua masyarakat mempunyai orang yang kecewa, dan persoalannya ialah sama ada cara mereka meluahkan kekecewaan itu akan membawa kepada keganasan atau membawa kepada keamanan,” kata Presiden itu dalam satu pertemuan meja bulat yang jarang diadakan dengan sekumpulan wartawan dari Asia Pasifik yang turut dihadiri Bernama.

“Malaysia adalah satu contoh sebuah negara di mana kekecewaan disalurkan melalui cara yang positif,” katanya mengulas mengenai kepimpinan Abdullah dalam menangani estremisme dan keganasan di negaranya.

“Saya menghormati Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad) Badawi, mengagumi kepimpinannya,” kata Bush yang telah mengadakan pertemuan dengan Abdullah di White House pada 2004.

Abdullah menyokong kesederhanaan dan menganjurkan Islam Hadhari di Malaysia dan ke mana juga beliau pergi.

Keakraban antara kedua-dua pemimpin terserlah apabila presiden itu berkata: “Apabila isteri beliau (Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood) meninggal dunia, saya cuba menghubunginya awal untuk menyatakan keprihatinan saya terhadap beliau.”

Apabila diberitahu bahawa Abdullah telah berkahwin lain, Bush seolah-olah terperanjat lalu bertanya: “Ia ke? Baguslah tu. Saya ucapkan tahniah kepada beliau. Terima kasih kerana memberitahu saya berita ini.

“Saya akan ucapkan tahniah kepada beliau. Ini sungguh baik.”

Apabila diberitahu oleh seorang pembantunya bahawa beliau telah pun menghantar perutusan tahniah, Bush ketawa kerana terlupa mengenainya dan berkata: “Ia. Saya akan mengucapkan tahniah sekali lagi kepada beliau. Biarlah saya ucap tahniah dua kali.”

Beliau kemudian mengakui bahawa beliau terlupa mengenai perkara itu dan bertanya kepada pembantunya sama ada beliau telah menelefon Abdullah atau menghantar perutusan tahniah kepadanya. Beliau diberitahu bahawa beliau telah menghantar perutusan tahniah.

“Betul tu, ya. (Saya juga) telah mengirim sejambak bunga,” kata Bush.

Presiden itu mengucapkan tahniah kepada Malaysia sempena ulang tahun kemerdekaannya yang ke-50 hari ini, dan berkata beliau berharap dapat meneruskan perbincangan bermakna berhubung perjanjian perdagangan bebas dua hala dengan Malaysia, yang merupakan rakan perdagangan ke-10 terbesar Amerika Syarikat.

Kedua-dua negara kini sedang merundingkan satu perjanjian perdagangan bebas. Perbincangan itu bagaimanapun mencapai kebuntuan berkaitan soal-soal perkhidmatan kewangan, harta intelek, dasar persaingan, pemerolehan kerajaan dan buruh.

– Bernama

Jumpa tak apa persamaan diantara mereka?

Pemilik Blog

Komen

Setiap komen akan melalui proses "Moderation" terlebih dahulu. Komen-komen yang bersesuaian akan disiarkan. Sebarang komen-komen yang menggunakan Anonymous, perkataan lucah dan bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman tidak akan dilayan. Jika ada sebarang pertanyaan atau maklumat yang ingin dikongsi bersama, sila email kepada: amin.iskandar@gmail.com

Calendar

September 2007
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Blog Stats

  • 830,648 hits