Tanda pilihanraya semakin hampir
Cerita lama berulang kembali. Setiap kali pilihanraya hampir, penipuan yang sama akan di putarkan. Yang penting, imej Islam Teroris dan Militan perlu dilekatkan kepada parti pembangkang.
Sebagai seorang yang terlibat secara aktif dengan gerakan reformasi, sudah tentu aku tak percaya dengan tuduhan yang penyokong pembangkang bertindak liar dan menggunakan Molotov Cocktail serta membakar bendera Malaysia. Ini semua kerja POLIS. POLIS yang berlakon seperti orang awam. Agen-agen provokasi ini akan menghasut para demonstran untuk bertindak ganas.
Aku menjadi lebih marah lagi apabila Bapa Teroris Malaysia, Najib Tun Razak yang dikatakan terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya menggunakan perkataan perusuh apabila ditanya dengan insiden yang berlaku di Kuala Terangganu.
Sila lihat berita dari Malaysiakini dibawah untuk membaca kenyataan Mustafa Ali dari PAS.
PAS tuduh setiausaha politik Pak Lah terlibat Muda Mohd Noor Sep 10, 07 5:54pm
PAS mendakwa Setiausaha Politik Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh bersekongkol dengan pihak polis untuk menggagalkan ceramah anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, malam Sabtu lalu.
Wan Farid (foto) adalah Ketua Umno bahagian Kuala Terengganu dan adik kepada Exco Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Wan Hisham.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali mendakwa, Wan Farid telah mengarahkan polis mengambil tindakan membatalkan ceramah tersebut yang dihadiri oleh beberapa pemimpin politik pembangkang.
Selain Mustafa, pemimpin pembangkang lain ialah Naib Presiden PAS, Mohd Sabu; Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Triang, Leong Ngah Ngah.
“Wan Farid telah mengarahkan pegawai polis mengambil tindakan tersebut setelah usaha polis memujuk tuan rumah supaya membatalkan program ceramah gagal.
“Saya bertanggungjawab dengan kenyataan ini. Polis boleh membuat siasatan menyeluruh untuk mendapatkan kebenaran,” katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.
Keadaan kelam kabut
Hadir sama Mohd Sabu, Khalid, Exco DAP, Ronnie Liu; Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar dan Ahli Jawatankuasa PAS, Syed Azman Ahmad Nawawi.
Mustafa (foto) berkata, masalah berlaku apabila anggota polis berpakaian biasa yang didakwanya cuba membuat provokasi di tempat ceramah, berjaya dikesan orang ramai.
Berikutan itu, katanya, orang ramai cuba menangkap anggota polis berkenaan menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut sebelum beliau melepaskan tembakan.
Dua ahli PAS, Suwandi Abdul Ghani, 37, cedera di bahagian dada dan terpaksa menjalani perbedahan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian manakala Muhamad Azman Aziz, 21, cedera di leher dan dirawat di Hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Mustafa mendakwa berpuluh orang awam tercedera dan empat daripada mereka parah.
“Ini kali pertama dalam sejarah polis menembak orang awam menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan majlis ceramah pembangkang,” katanya.
Wan Farid nafi terlibat
Sehubungan itu, PAS, kata Mustafa meminta kerajaan menjalankan siasatan penuh di atas insiden tersebut.Mustafa berkata, keluarga mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut manakala pasukan peguam PAS sedang mengendalikan kes tersebut.
“PAS juga akan menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayob Yaakob dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam),” katanya.
Sementara itu, ketika dihubungi malaysiakini, Wan Farid menafikan dakwaan Mustafa itu.
Sebaliknya, Wan Farid berkata, beliau tidak berada di tempat kejadian kerana ketika itu sedang mempengerusikan mesyuarat Umno bahagian Kuala Terengganu.
Menurutnya, beliau mendapat tahu mengenai kejadian tersebut daripada Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Ismail.
NO IMAGE CLOSE
Wan Farid (foto) adalah Ketua Umno bahagian Kuala Terengganu dan adik kepada Exco Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Wan Hisham.
Mustafa (foto) berkata, masalah berlaku apabila anggota polis berpakaian biasa yang didakwanya cuba membuat provokasi di tempat ceramah, berjaya dikesan orang ramai.














Memang sedih sahabat kita kena tembak dan pukul. Tapi kita ambil iktibar bahawa setiap yang berlaku ada kebaikkan nya pada orang yang bersabar dan beriman. InsyAllah, walaupun kali ini depa dah sediakan segala bala penipuan mereka untuk PRU12, jika kita kalah di peti undi, kita tetap menang dalam perjuangan! Allah s.w.t. tidak memandang kepada keputusan PRU mana mana, tapi pada keimanan kita untuk terus berjuang! Kemenangan yang lebih besar akan tetap datang, insyAllah!
Sesuatu yang berlaku itu sudah pasti ada sebab dan musababnya. Sudah terang lagi bersuluh. Yang pasti Allah s.w.t yang Maha Mengetahui siapa yang benar dan siapa yang bersalah. Wallah hua’lam.
Yang pasti..tindakan ini amat kejam
kejam sangat
kenapa di dada akhbar tak disiarkan mengenai 2 orang cedera parah kalau betul polis tak salah siarkan la..
kejam sangat dah..
tolong lah bangkit
50 Tahun dahulu, polis tembak pengganas komunis…
50 tahun sekarang, polis tembak pejuang demokrasi…
Apakah ini merupakan satu tanda detik pemulaan kebangkitan rakyat menegakkan kedaulatan dan perlembagaan negara?
Apa yang menyedihkan kejadian yang merupakan satu detik HITAM kepada PDRM berlaku di tempat dan negeri DYMM Agung Malaysia.
Semoga Sdr Suwandi Abdul Ghani dan Sdr Muhamad Azman Aziz cepat sembuh .
” You can shoot my body, but you can’t shoot my soul !”
Itu cara mereka berdemokrasi,dari dulu kini dan selamanya tak berubah.
kemenangan mereka hanya dengan cara itu.Kalau demokrasi tulin berjalan rasanya
dah lama mereka berkubur.
jadi tggu apa lagi..
percayalah umno bila kalah akan kerahkan seluruh gangster keparat bangsat sial ini untuk mengamuk…percayalah
dengan kepimpinan bakal ketua pemuda yang low class perangai bangsat gangster pasti pemuda umno akan mengganas..
sila check siapa yang jadi kepala bodyguard KJ masa pilihanraya kecil di IJOK..
kalau masa proses kempen dorang boleh mengganas bayangkan masa dorang terima kekalahan teruk dimana 2/3 majoriti dorang tak dpt..sekali lagi 13 mei akan berulang..sapa pencetus..Umno putera dan KJ si hitam busuk bangsat yang mmg aku menyampah..
buat kepala – kepala gangster melayu yang takdak otak..kau kena ingat..bila korang punya kes tak boleh lagi dikaver oleh si KJ ni baru korang tau..
bila jadi isu keganasan ini dan dua penyokong barisan alternatif ditembak terjadi aku mmg nak sgt si bodoh gangster-gangster melayu ni sedar bahwa kami rakyat yang patuh undang-undang (tak macam korang bodoh suka hati langgar) bila tertekan polis pon kami lawan..
BUAT SELURUH RAKYAT MALAYSIA..BANGUNLAH..BERJUANGLAH..SELAMATKAN MALAYSIA.
khairy jamaludin???? hehehe
bukan saja nak jadi juara politik…
teringin nak jadi juara bolasepak pulak…nak tergelak aku
try jengok laman web FAM
http://www.fam.org.my/newsframe.html
cuba check kat super league…
tengok siapa penjaring terbanyak….hahaha
REFORMASI!!!
REFORMASI!!!!