SB yang cetuskan rusuhan dan bakar Jalur Gemilang

12 09 2007

Pengalaman mengikuti Gerakan Reformasi di Malaysia telah memberikan banyak pengalaman dan pengajaran. Ilmu yang paling berharga yang diperolehi ialah mengenai taktik jahat dan kotor Polis yang menjadi agen untuk mempertahankan Daulah Barisan Nasional.

Seperti apa yang berlaku sewaktu Gerakan Reformasi pada sekitar 1998-2001 dahulu, kita boleh menyaksikan bagaimana JAHATnya polis untuk mencipta pertuduhan dan bukti palsu untuk membantai Gerakan Rakyat.

Insiden di Batu Burok samalah seperti apa yang berlaku di Kampung Baru pada tahun 1999 apabila SB yang berlagak seperti demonstran membakar Motorsikal milik Polis Trafik.

Saya yakin dan percaya, orang yang membakar bendera dan agen provokator di Batu Burok adalah tak lain tak bukan SB dari PDRM. Untuk menjayakan misi UMNO dan BN untuk terus berkuasa, mereka akan terus melakukan taktik-taktik jahat. Yang paling penting ialah rakyat seharusnya terus berani.

Ingat, satu ketika dahulu pada tahun 1985, Kampung Memali telah digodam dan As-Syahid Ibrahim Libya dan beberapa orang pengikutnya dibunuh oleh Polis dengan alasan mereka adalah pengganas.

50 tahun Malaya Merdeka telah memberi kematangan politik kepada rakyat Malaysia. Taktik-taktik lapuk sebegini sudah tidak laku. Kepada semua pejuang-pejuang demokrasi dan kebebasan yang tulen, Ramadhan ini kita jadikan iktibar untuk memantapkan lagi perjuangan.

Jangan terperdaya dengan tipu helah dan jangan pernah memaafkan kezaliman. Ingat, hari ini dua orang telah ditembak dengan peluru hidup. Jangan terkejut jika ramai lagi yang akan dibunuh demi untuk BN terus berkuasa. HIDUP RAKYAT!!!!





Rakyat gempar lagi…

12 09 2007

Artikel ini telah diterbitkan oleh Malaysiakini pada 12 September 2007.

Belum pun reda isu penternak babi di Paya Mengkuang dan isu Donal Luther Kolopita, pengadil karate dari Indonesia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menggemparkan rakyat dengan insiden dua rakyat Malaysia ditembak polis sewaktu berlakunya pertembungan antara polis dengan penyokong parti pembangkang di Pantai Batu Buruk, Terengganu.

Insiden yang berlaku lapan hari selepas sambutan kemerdekaan negara yang ke-50 itu, dilabelkan sebagai rusuhan oleh pimpinan tertinggi Umno dan Barisan Nasional (BN).Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob mempertahankan tindakan anggotanya melepaskan tembakan itu kerana mempertahankan diri dari penyokong pembangkang yang dikatakan mengganas dengan menggunakan kayu, besi dan batu.

Sewaktu pengusaha ternakan babi di Melaka menghalang petugas pihak berkuasa dan jabatan kerajaan daripada melupuskan ternakan mereka - apabila keadaan menjadi tidak terkawal dan dikhuatiri berlaku rusuhan - pihak polis mengarahkan para petugas tersebut supaya bersurai. Tetapi lain pula halnya dengan insiden di Pantai Batu Buruk. Kedua-dua mangsa yang terkena tembakan itu, kini masih lagi berada di hospital. Baca baki entri ini »