Sila Kaji Gambar Ini.

2007 September 15
by aminiskandar



Zaman moden ini semua boleh dilakukan. Sebelum kita percaya dengan sesuatu pertuduhan, adalah lebih baik kita membuat sedikit kajian. Sila kaji gambar ini dan beritahu apa yang anda nampak.

Amin Iskandar.

Ini analisis daripada seorang teman baik saya yang telah lama berjihad di alam cyber:

Sdra Amin.

 

Mengikut pandangan saya, gambar mat keledar berkenaan agak meragukan.

1. Berdasarkan baju putih yg begitu terang, jelaslah gambar ini diambil

dengan kamera yg menggunakan flash. Yg meragukan ialah ‘bayang

gelap’ sepatutnya memanjang ke sebelah kiri mat keledar, bukan

di bahagian bawah beliau mencangkung. Ini seolah-oleh cahaya

lampu jalan lebih cerah drp cahaya flash kamera – sesuatu yg

tidak mungkin terjadi.

 

2. Terdapat beberapa orang berhampiran seolah-olah tidak mempedulikan

perlakuan mat keledar membakar bendera. Logiknya, jika berlaku

kejadian membakar bendera seumpama itu, sudah pasti ada orang

yg akan memberi perhatian & tumpuan kpd apa yang berlaku. Ini

seolah-olah menggambarkan sebenarnya tidak ada apa-apa yg

berlaku di situ dan gambar mat keledar disuper-imposed (teknik

lasso – copy & paste).

 

3. Tidak ada kesan asap melampaui bahagian atas bendera

sedangkan sepatutnya asap pasti sudah melewati bahagian

atas drp bendera dan akan pasti jelas kelihatan apabila

flash digunakan. (bertanda A)

 

4. Terdapatnya beberapa bahagian gambar yg telah dilakukan

touch-up (smudge) – sebahagian saya tandakan dengan kotak merah.

Bagaimanapun, terdapat satu bahagian kecil yg tertinggal (dalam

bulatan merah).

 

Gambar mat lebai – memang gambar asli – tiada sebarang pengubahsuaian

dapat dikesan.

 

Sekian sedikit analisis peribadi drp saya.

61 Respons leave one →
  1. 2007 September 15
    amir permalink

    Gua tengok bayang mat helmet dan orang lain tak jive. Tapi gua tak tau apa ada kat 2 petak di padang tu dan bulatan bawah mat helmet. Bro, kasi cerita lah!

  2. 2007 September 15
    Sedutmp3 permalink

    alaaa dah mlm bnyk lampu.. mesti la bayang lari2..
    kecoh jek weh !
    jom sedutmp3!

  3. 2007 September 15

    aku tengok lengan baju mamat tu pun sebelah lain sebelah lagi lain…

  4. 2007 September 15

    black,

    artikel lu yg tulis kat suara keADILan letak la sekali kat blog. Esp artikel “cetak rompak”.memang best

  5. 2007 September 16
    Khilafah permalink

    sebarkan gambar ni.. dekat friendster!!!!
    tlng sedarkan muda-mudi.. jngn percaye media tempatan
    belajar..fikir.. baru buat keputusan

  6. 2007 September 16

    memang sah ada penipuan dlm image itu mereka gunakan teknik chroma -key warna biru sebagai backgroung kemudian insert image hidup keatas warna biru tu teknik ini digunaka dlm penerbitan video. biasanya cara ini di rakam dlam studio TV dahulu latar belakang warna biru.Kemudian di edit guna video Non-Linear editng system biasa la .Yang hairan kenapa orang yg berada disekeliling tu tak marah mamat yg bakar bendera malaysia tu. Kalau betul dah kena belasah dek pak lebai yg pakai kopiah tu . Dah 25 tahun buat kerja video editing . Sampai bila lah gamaknya kerajaan BN Barisan Neraka nak tipu rakyat .

  7. 2007 September 17
    minah permalink

    haah lah…dah tgk ambr ni btul-btul,baru aku perasan..tak kan lah org2 lain tu leh buat tak nampak je ape yang mamat tu buat ek..takder sorang pun yang tgk ke arah keberanian mamat tu..ish ish..parti pembangkang tak leh buat ape2 ker tentang kes ni?ni sume sandiwara umno je..eee..makin geram aku ngan kerajaan sekarang ni lah..

  8. 2007 September 17

    sabar2 bulan puasa ni

  9. 2007 September 17
    alandmanis permalink

    banyak-banyakkan berzikir………efek pencahayaan tu.Wallahualam..

  10. 2007 September 18
    Abu Ayub Al Ansari permalink

    Bulan mulia ni buat apa la orang fitnah kita? Aku macam dapatfeeling KRU terbabit sama dalam mengedit gambar ni… Teknologi semasa pembikinan “Cicakman” telah digunakan sebaik mungkin dan akan terus digunakan lagi…. Bertaubatlah wahai geng2 scorpion UMNO…

  11. 2007 September 18

    ish abu x baik menuduh x tentu hala..
    Apapun kalau picture ni diedit, memang ramai org berkemampuan ubahsuai gambar.
    Apa2 pun moga dia terima pembalasan :-P

  12. 2007 September 19

    Macam tak caya. Tapi sekali tengok pun tau gambar tu edit punye..

  13. 2007 September 19

    Hai bukan nak menyokong mana mana pihak..
    tapi benda dah terang lg bersuluh..
    Gambar ni langsung tidak diedit…
    hanya mereka yang tidak mahu menerima kenyataan ckp gambar ni diedit.
    Sila rujuk picture di link-link bawah sebelum membuat sebarang kenyataan :

    http://img231.imageshack.us/img231/7879/97216103qd6oc3.jpg
    http://img228.imageshack.us/img228/6125/37029475pk6bb2.jpg
    http://img482.imageshack.us/img482/5669/97216103qd6qf4.jpg
    http://img123.imageshack.us/img123/6444/33540061pf8uc4.jpg

    Terserah pada anda untuk menegakkan benang yg basah lg.

  14. 2007 September 19
    photoshopper permalink

    Gambar budak pakai helmet tu aku pernah tengok. Tu budak negro bakar bendera amerika. Yang pakai ketayap putih tu pun tampal — gambar orang pakistan masa demo kat karachi. Yang pakai baju maroon kain pelikat tu tak silap aku mat saman masa dia nak ke surau di kampung kerinchi. Ni gambar tipu ni. Black, analisa gambar lain sama. Kan ada banyak gambar… Gambar video “pak lebai” pakai serban tu pun tampal jugak kot. Macam kata mamat profesional video editor, pakai chroma key. Chroma key tengkorak kau, ni still photo la bukan video. Senang citer gini le… kepala hotak tu kalau dah imagine nampak hantu, nampak kelibat taik mata pun kata hantu jugak le. Kalau nak analisa gambar, kena blow-up tempat yang disyaki bahagian tampalan tu hingga nampak piksel, bukan setakat tengok mata kasar je. Camtu aku pun boleh komen….

  15. 2007 September 20
    Yani permalink

    dunt think to much laa… ini hanya gambar budak lepasaN spm yg membakar bendera untuk mendapat perhatian orang ramai je….ditambah pula dgn subjek sejarah dapat 7 atau lapan( skrg punya sistem..wa x tahu)….what a big news!???!!!

  16. 2007 September 21

    Assalamualaikum.

    1st of all, kaedah paling senang nak tau gambar ni disuper-imposed atau tidak, bak kata photoshopper BLOW UP the picture. The we can see the pixel. Klau pixel lari antara image yg ada dlm picture tersebut, baru ada super-imposed. yes, maybe picture ni telah di ’smudge’ kan. tapi, picture tersebut masih original bukan?

    1. pasal warna putih dan bayang2 tidak selari.
    kejadian ni waktu malam, both side ada lampu jalan kan? so sumber cahaya bukan semata2 hanya dr flash camera. warna putih mmg memberi pantulan cahaya yg lebih berbanding warna2 yg lebih gelap. kita penah blajar sains kan? spektrum warna. for example, kereta berwarna putih atau ‘metalic’ lebih senang dilihat pada waktu malam berbanding kereta berwarna hitam. camtu jugak dgn bayang2. bayang2 tu betul2 bawah cangkungan mamat tu hasil effect lampu jalan diatas bahagian kepala mamat tesebut. maybe photographer ni berada agak jauh dan hanya zoom in supaya lebih clear. so hanya pantulan saja yg kuat, bukan bayang2.

    2. org sekeliling tak heran dgn aksi mamat tersebut membakar bendera.
    c’mon, they were in same line. merusuh dijalan. ini bukan kes individu. ini kes berkumpulan. just simple as that. once again, buat teman saudara amin, please blow up the picture dan tgk ada tak teknik lasso dilakukan? check the pixel carefully. and let us know the hasil of the investigation. :)

    3. asap tidak melewati bahagian A.
    maybe hanya compact digital camera digunakan. bukan dslr yg boleh kita adjust shutter speed. lgpon, tak sampai separuh bendera tu dibakar. kalau dah separuh, maybe asap tu dah melewati bahagian A. flash hanya menambah kesan cahaya, bukan to capture any smocky effect.

    4. smudge effect.
    for me, it just for smooth effect. its not super-impose.

    sekian, my 2 cents yg syok sendiri mungkin. saya bukan penyokong BN mahupon BA. :D

    note: bagus jugak if ur fren betul2 investigate picture ni and let us know the result ok. :)

  17. 2007 September 22
    jojo permalink

    kan dah tahu si penipu2 kat sini ramai….hati hati lah

  18. 2007 September 22
    Mot permalink

    Seorang teman telah menunjukkan gambar besar kejadian ini. Bukan nak menuduh atau menerima bulat2, tetapi gambar ini memang boleh diragui seperti yang dinyatakan.

  19. 2007 September 28
    edy permalink

    semakin maju teknology….
    semakin banyak care orang nak menipu….
    cube fikirkan sejenak….
    camera dah ader…..
    ape yang perlu ambil….
    aim dekat muke mamat yang tengah bakar bendera tu….
    so buleh tahu siape die….
    orang BN ke atau Org PAS….
    saye di fahamkan, muke orang yang start buat bakaran tu…
    datang dari tak tahu arah….
    cube u all fikir…
    ader sekor setan yang saje nak suruh org2 PAS yang nak marah ke polis yang halang die org nak berceramah…
    datang sekor babi ni jadi batu api bakar bendera…
    orang lain yang nak marah dekat polis ni ape lagi, tentu join same….
    kalu babi yang pakai helmet tu tak start…
    takkan jadi masalah bakar bendera…
    betul tak?
    fikirkan ini wahai kawan2

  20. 2007 September 29

    assalamualaikum,
    bagi aku senang je. mungkin benar mamat ni bakar bendera, tp mamat ni (yg macam mat rempit) tak semestinya ahli pas, keadilan atau dap. x boleh nak confirm 100% semua yg ada kat dalam ni pembangkang. aku yakin ramai2 yg “merusuh” mesti ada yg belum layak mengundi lagi (diorang pun boring2 gak … duk kat umah). ps : lebih baik mamat ni daftar utk buat terjunan bebas kat kutub, ade juga faedah. yang penting kerajaan kena tubuhkan suruhanjaya bebas diraja, baru kita tahu apa yg sebenarnya berlaku. kalau betul mamat tu adik aku pun, aku rela dia dihukum!

  21. 2007 Oktober 1
    akarkayureput permalink

    Saya tidak pernah kata gambar tu tak betul. Yang menjadi tanda tanya saya, siapa yang membakarnya? Salahkah? Jenayah kah? Akta Jenayah Mana? Dari hukum agama pulak? Tu yang saya ingin cari kepastian. Yang lain2 tu saya tak tangkap pot.

  22. 2007 Oktober 5

    Hahahha!
    Satu persoalan yang masih tak terjawab ialah, kenapa org keliling (termasuk si jurufoto) tak tego mamat yg bakar bendera tu sekali.
    Adakah kes ni sama la dgn kes berjalan-jalan ketika lagu Negaraku….?

  23. 2007 Oktober 5
    samad permalink

    “ader sekor setan yang saje nak suruh org2 PAS yang nak marah ke polis yang halang die org nak berceramah…
    datang sekor babi ni jadi batu api bakar bendera”
    Apa kena mengena marah kat polis bakar bendera Malaysia lakk…klau la aku ada kat situ dah sah aku blasah budak yg bakar bendera tu dulu!

  24. 2007 Oktober 5
    shahrulnizam permalink

    moga kebenaran akan kekal menjadi pegangan!

  25. 2007 Oktober 6

    sebenarnye korang tak namapk aspek paling penting.1)isu bakar bendera sape yang bawa?kes tu berlaku jauh dari orang ramai berkumpul tunjuk perasaan.2)ade ke orang nak dengar ceramah bawa molotov cocktail?3)mane datang budak2 punk and mat rempit dengan pakai seluar pendek nak dengar ceramah yang bukan ceramah PAS tapi ngo PAS hanya ahli BERSIH (ngo tuntut pilihanraya adil)4)fikirlah sendiri ini angkara provokasi.memang SB yang buat.aku berpengalaman ikut demontrasi memang kami sedar SB akan pakai tanda pakai stiker bulat warna cerah or reben untuk tunjukkan tanda yang diaorg polis padahal diaorg pakai baju biasa.5)paling penting bukan bendera Malaysia yang macam bendera Amerika ni.paling penting POLIS langgar protocol geneva yang polis tak boleh tembak orang awam…tengok apa jadi di myamar…semua ni ada dalang disebaliknya dan aku kenal dalang yang buat video dan gambar edit tu SHAHIR budak UTM yang jadi balaci UMNO dari UTM dia agen UMNO nak menangkan Aspirasi.perancangan dia memang jahat.inilah UMNO bila terdesak guna isu n buat provokasi termasuklah provokasi rusuhan di Pasir Gudang.sape yang buat provokasi? bukan geng pekida?sape penasihat pekida?bukan PAK LAH? FIKIR2 LAAA

  26. 2007 Oktober 6

    CIRI2 POLIS (SB)
    1)berkasut sepatu hitam atau brown
    2)beng sandang akan ade pada diaorg
    3)kadang2 berkacamata gelap
    4)selalunya berjaket (biasanya jaket kulit hitam)
    5)korang akan nampak diaorg pakai jeans n
    bajubiasa pun diaorg tat-in
    6)diorang akan pakai tanda seperti reben,sticker
    florecent (oren n hijau tu laa)
    7)aksi mereka akan melebih2 dan emosional lebih dari org lain semasa tunjuk perasaan (ni aku alami sendiri di johor semasa tunjuk perasaan di depan hotel selesa JB tentang IFC) dia punya nangis n zikir kuat gila meraung2 macam hilang anak konon2 nak timbulkan suasana beremosi supaya orang mula merusuh..alaih2 tengok2 dia lari ke belakang sebab aku arahkan kawan2 aku follow n pantau pergerakan dan tindak tanduk dia.dia berundur ke belakang then duk kat tepi hotel sembang dengan jurugambar polis gelak2 seronok siap pakai kupiah lagi tu… kan dah kantoi dengan aku.tak profesional betul SB mesia ni

    kandunagn beg sandang
    1)kamera digital atau tape recorder atau video
    cam
    2)buku nota kecil dan pen (catat isi)
    3)pistol atau alat yang bole digunakan untuk lepaskan diri jika digugat atau kantoi
    4)lencana polis.

  27. 2007 Oktober 19
    Tiong emas permalink

    Sebenarnya semua orang melayu tahu yang kerajaan sekarang penipu….tapi melayu memang pelupa, semalam kepala kena luku….besok undi tetap dacing panas tu. Sebab apa?, RM50.00 masuk kocek…kepala bengkak pun lupa. Selagi melayu gila duit…selagi itulah jangan mimpi nak rasa kerajaan lain!!!!!!

  28. 2007 Oktober 19
    akal di kepala permalink

    Buat sakit badan…dan tekak aja melalak marah sana marah sini. Buat demo kena pukul…kena cota. Duduk rumah lagi bagus…time undi jangan pangkah
    BN…buat macam orang cina…mau meniaga senang pangkah BN…mau pembangunan luar jangkaan…pangkah DAP. Sapa untung???…itu baru pandai berpolitik!!!!!

  29. 2007 Oktober 19
    johari permalink

    aku pun heran camana boleh bakar bendera sorang2.. biasanya aksi bakar bendera di buat beramai2.. biasanya untuk menunjukan kebencian terhadap kerajaan. seumur hidup aku tak pernah aku tengok induvidu yg bakar bendera sorang2 tanpa kawan atau induvidu lain. so.. pelik kan. tak ada org yg merusuh tanpa berkumpulan.. siapa yg tal setuju dgn aku.. sila post kan di sini gambar dr tempat lain yg menunjukkan org bakar bendera sorang2..

  30. 2007 Oktober 23
    habidaiya permalink

    We dont need a fight to proof we right…

  31. 2007 November 28
    dahari zamani permalink

    ko semua jgn heran la dgn puak-puak umno ni, tipu menipu tu dah keja harian mereka semua tu. tak pecaya lawat laman ganulening-net. ko baca dan tengok gambar bakar bendera versi umno bawah berita terkini tajuk : bukti pas kian tersepit dan bakal kalah teruk. dah tengok hangpa semua jgn betegang leher pasal gambar ni

  32. 2007 November 29
    neutral permalink

    Salam untuk semua…

    Saya tak berpihak mana-mana parti politik TETAPI saya terpanggil untuk memberi komen tentang gambar seorang Mamat yang sedang membakar Jalur Gemilang…

    Hobi saya memang berkaitan dengan fotografi dan gambar itu saya telah perbesarkan 100% dengan menggunakan perisian khas untuk mengedit gambar dan mendapati bahagian-bahagian yang telah ditandakan dengan petak-petak merah mempunyai perbezaan dari segi PIXEL, di mana pada bahaigian-bahagian ini paparannya lebih lembut (SOFT). Ini menunjukkan telah berlaku pengubahan dengan menggunakan TOOLS khas untuk mengubah atau menutup imej yang lain..

    Berkenaan dengan bayang-bayang pula, sepatutnya bayang-bayang bendera pun boleh dilihat dengan jelas di sebelah kiri Mamat tersebut. Pantulan FLASH LIGHT pada topi keledar Mamat tersebut boleh menjelaskan kepada kita semua bahawa jurugambarnya telah menggunakan FLASH LIGHT semasa mengambil gambar tersebut. Besar kemungkinan juga jurugambar telah menggunakan COMPACT DIGITAL CAMERA yang PIXELnya rendah sebab pada paparan 100% tersebut pecahan-pecahan berbentuk empat segi sangat ketara pada imej tersebut. Mungkin juga kamera digital yang digunakan adalah model terdahulu yang tidak mempunyai kelebihan WHITE BALANCE..

    Kebanyakan kamera digital sekarang mempunyai kelebihan ini dan jurugambar boleh memilih untuk tidak menggunakan FLASH LIGHT berdasarkan keadaan cahaya yang ada..

    Kesahihan bayang-bayang hitam di antara tangan kiri dan topi keledar Mamat tersebut juga meragukan di mana saiznya sama besar dengan tangan kiri Si Mamat dan sepatutnya bayang-bayang bendera juga sepatutnya boleh dilihat…

    Sebenarnya masih banyak keraguan yang boleh kita persoalkan di sini, namun ini terpulanglah pada saudara-saudara semua untuk menilainya..

    Salam…

  33. 2007 November 30
    neutral permalink

    Salam..

    Untuk lehih adil, saya juga telah membesarkan imej ini..
    http://img482.imageshack.us/img482/5669/97216103qd6qf4.jpg dan mendapati MUNGKIN angin pada masa gambar ini diambil sedang bertiup perlahan dan sebab itu asap daripada bendera itu tidak naik ke atas. Ini menyebabkan seolah-olah ada bekas bayang-bayang yang se olah-olah diubahsuai untuk mengabui mata orang.

    Apa yang saya buat ini bukanlah menunjukkan saya pakar dalam hal ini. TETAPI sekadar untuk sama-sama berkongsi idea setakat yang termampu…

    Salam..

  34. 2007 Disember 30
    luvhycici permalink

    ntahler…pada aku owang yang bakar bndera 2 blum capai thap bertamadun lg.ni baru rakyat malaysia sendiri wat macm2 nak ancam keamanan negara sendiri..sok2 xtau la kot owang luar yang nak hentam malaysia cemane 2?dah kite skang pun asyk gaduh2 x kmane aku gase.

  35. 2008 Januari 13
    mohd hattazakaria permalink

    mamat tu baru lapas minum air ketum dgn ahli pas yang lain..sebab tu sggp bakr bendera dan yang kat tepi tu pulak tgh pening tak tau apa2.bangsat punyer org…

  36. 2008 Januari 19
    MARAH permalink

    kalau mamat ni kat ipoh konfem2 gua da pukul sampai kiok.anak sapa la bodoh sangat ni,yang dok usha tu pun sama..yang dapat nama pas jgk.budak tak sekolah mane la kene upah ni.

  37. 2008 Januari 19
    sayang negara permalink

    Isunya bukan bakar bendera, ianya tidak bernyawa dan boleh di beli di kedai.

    Perkara pokok adalah, pemerintahan yang zalim, tidak adil, korup, menipu dan sebagainya. Tidak sayang negara salah, porak perandakan negara salah, curi hasil negara salah, perbodhkan rakyat salah, pilih kerajaan korup lagilah salah.

    Orang melayu tidak sayangkan negara nya lagi. Contohnya:

    1. Merosakkan bahasa Malaysia dengan tulisan rojak dan penuh kependekkan yang entah apa-apa. Budak tadika lagi pandai menulis.

    2. Mengagungkan budaya luar lebih dari budaya bangsa sendiri.

    3. Membiarkan tanahair di ratah oleh bangsa asing, malah anak dara melayu lebih senang di ratah oleh lelaki asing. Demi wang.

    4. Lebih suka berpoya-poya dari memikirkan hal kenegaraan. Dadah, mat rempit, bohsia-bohjan, punk dan sebagainya menjadi perkara biasa.

    5. Malas belajar dan berusaha untuk mempertingkatkan pencapaian hidup. Suka berjawatan rendah seperti Mat despatch, kerani, pembantu tadbir, peon dan sebagainya. Tak cukup wang amalkan rasuah atau seleweng amanah.

    6. Suka membuang masa dengan aktiviti seperti putera Umno dan Puteri Umno yang lebih ke arah kemaksiatan, hiburan dan perzinaan. Tiada kualiti hanya pecacai politik.

  38. 2008 Januari 20
    Dexter permalink

    pelik aku,orang-orang kat situ jadi dungu je??takkan tak tegor atau join??cube korang perhati gambar kat sini pulak

    http://www.ganulening.net/index.php?option=com_content&task=view&id=264&Itemid=1

    yang bakar bendera ni pun sorang-sorang je,siap posing baik lak tu.uh..uh..anak sape la bodoh ni..biasenye yang bakar ni ramai-ramai,tak pernah aku tengok orang seberani macam ni.sane bakar sorang-sorang,sini bakar sorang-sorang..

  39. 2008 Februari 5
    Gadis Sabah permalink

    Aku dah tengo gamba tu. Betul ke itu penyokong PAS? Asal pakai kopiah je penyokong PAS. Macam penyokong lain tak leh pakai Kopiah. Kalau dia cakap dia penyokong PAS pun, dalam hati dia mana kita tau. Kalau betul pun, memang lah penyokong BN tak bakar bendera. Sebab parti dorang yang memerintah. Wat pe nak bangkang parti sendiri. Betul tidak. Comfirm ke dorang takkan buat benda yang sama kalau dorang berada dalam kedudukan penyokong PAS?

    Sebenarnya, bukan parti itu yang salah. Tetapi pemimpin di dalam parti itu yang bermasalah. Kebetulan pula, parti yang menyokong pembangunan Islam adalah PAS. So, kita rakyat Malaysia yang tinggal di dalam negara yang kononnya “Negara Islam”, kena lah sokong parti yang mempunyai wawasan untuk menegakkan Islam. BN ke, PAS ke, semua manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan dan sentiasa berada dalam ujian Allah. Tapi yang penting itu niat. Niat untuk melihat negara Islam membangun sebagai negara yang benar2 melaksanakan ajaran Islam. Bukan Islam atas nama saja. Ini, kat tempat aku, ada sorang pengetua terpaksa tulis surat tunjuk sebab kenapa dia asingkan pelajar lelaki dan pelajar perempuan. La, kita kan negara Islam… Nak takut sangat dengan Ibubapa cina tu pasal apa. Kita berhak, sebab Islam adalah agama rasmi Malaysia. Tak luak pun murid2 tu kalau di asingkan. Masa rehat dorang leh jumpa juga. So, sokonglah PAS.

    Tapi kat tempat aku mengundi, PAS tak bertanding. So, aku nak undi Kawan bapa aku. Dia betanding dalam BN, tapi macam aku kata. Bukan parti yang bermasalah. Since aku kenal dia dan aku tahu dia seorang yang baik, so aku rela undi dia. Kerana yang penting, keamanan dan pembangunan negara. Bukan parti sapa menang sapa kalah. Ni bukan rumah sukan nak belumba2 sapa paling banyak menang pingat. Akhirnya pembangunan negara tak kemana. Dah masing2 sebok kembang kempis bangga parti dia menang… Semoga Islam kembali mekar di Malaysia. “Allahuakbar!!”

  40. 2008 Februari 6
    Munsyi Dewan Kembara permalink

    Kepada para penulis blog atau apa jua wadah dalam Bahasa Melayu, silalah tulis dalam ejaan penuh Bahasa Melayu yang betul.Adalah amat mendukacitakan setelah lebih tiga puluh tahun sistem ejaan baru rumi Bahasa Melayu diselaraskan masih kedapatan para penggunanya sering melakukan kesilapan.Jika tidak pasti, seringlah merujuk Kamus Dewan dan bertanya kepada yang arif.Mudah-mudahan tanggungjawab mendaulatkan Bahasa Melayu, Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Malaysia kita menjadi kewajipan kita bersama. Bahasa yang betul adalah maruah kita…’Bahasa Jiwa Bangsa’.

  41. 2008 Februari 6
    ADIL &SAKSAMA permalink

    alaa…ini propaganda UMNO yg nak fitnah phk pmbangkang…mmng jadi ah sbb gmbar mat kldr yg superimposed tu dan2 je dkt ngn org paki kopiah ala2 prti pmbangkang…tapi bdhnye…mat kldr tu bkr bndra mesia bknnye bendra umno…hrmmmm..fitnah2tp risau gk..mle2 bace ingt nak claim mt kldr tu antu sbb byng tepi xder dtmbh ngn org buat derk….hahaha

  42. 2008 Februari 25

    Sapa yang kata edit la itu lah inilah semua buta kayu.Kalu dah hati jahat nak bakar pun bakarlah diri sendiri.Yang menyokong pun sama naynayuk.

  43. 2008 Mac 5
    butterfly........ permalink

    kalu marahkan parti politik sekalipun janganlah sampai bakar bendera negara. x da kaitan pun..

  44. 2008 Mac 11

    Ape la lu orang….tu member gua tu….kitaorang sama2 merempit kat jalan pudu tuhari…. nama dia mat korek….
    mat korek ni sebenornye bakar bendera USA….diaorng cuma edit bintang banyak2 tu jadik bulan sabit…

  45. 2008 Mac 15
    romantiza permalink

    aku setuju dengan kenyataan mat rempit,hanya mat rempit jer yang kenal member rempit nye

  46. 2008 Mac 15
    Kamus_Sumak permalink

    eloo munsyi dewan kembara…. kat cyber ni kena laa guna short font (cemar bahasa ni).. kalau guna bahasa melayu betul meleret2 laa jadinye… bahasa kita ni not strait to the point.. amik yg mudah laa Bro.. kat sini pulak ko nak komen bab bahasa.. Kita pk kan cara nak menyatukan org melayu yang semakin me LAYU…

  47. 2008 Mac 16
    Badukang permalink

    aku tengok gambar mat motor tu tengah baiki motor dia yang pancet tapi di olah seakan membakar bendera.. lucu gak ya..

  48. 2008 Mac 24
    ahmad asyri permalink

    no komen

  49. 2008 April 3

    Benci Mat Rempit yg membahayakan keselamatan orang lain….

  50. 2008 April 9

    Pencipta gambar yang palsu berdosa :)

  51. 2008 April 22
    RMeli permalink

    hmmm no komen la tapi aku tak pecaya la org2 kat situ xde perasaan sensitif bila ada org lain bakar bendera Malaysia. Klau kita sendiri nmpak perkara tu berlaku-wat laporan polis atau belasah je budak tu kat situ.

  52. 2008 Jun 12

    saya langsung tak faham apa sebenarnya yang dia nak beritahu?hantu ke ape?bendera malaysia?aik??ape kehe nye ni??

  53. 2008 Julai 29
    bantailekome permalink

    Alah …benda tu dah biasa dah ..masa zaman madey lagi kat paper..kalau hitam putih lagi kacang…jgn piker banyak..piker camne nak turun harga minyak…tukar gomen ( federal level la..)

  54. 2008 Ogos 19
    zulkarnaen permalink

    KAU ORANG NI SANGAT PRASANGKA. FIKIR SENDIRI KEBENARAN DALAM HATI KAU ORANG.

  55. 2008 September 3
    hentam permalink

    hahahahhahahahaha ……. semua nak dipolitikan …. tak payah nak buat analisis , ngaku sajala .

  56. 2009 April 26
    guabotak permalink

    last2…….budak yg bak0r bendera dah ngaku….heheheh…ape hujah anda..??? ngeh3…..dah bak0 tuh…bak0 jugak la….jgn terbakar ek…

  57. 2009 April 26
    guabotak permalink

    lain kali…teng0k gamb0r yg 0riginal..bukan gamb0r yg d scan x cukup dakwat bai..huhuhu..kan dah termalu snirik…super imp0se la..ape la…hahaha…

  58. 2009 April 26
    Orang Kuala Terengganu permalink

    Woi Botak!!!

    Apa nak heran? Kalau budak ada orang mengaku sekalipun membakar bendera tu, mesti sebab dia dah kena paksa dengan Polis punya.

    Tak pun “orang-orang polis” jugak yang mengaku bakar bendera tu. Dah nampak dah semua ni well planned!!!

    Kau orang luar apa tahu?
    Aku ni anak tempatan!!!

  59. 2009 April 26
    Orang Kuala Terengganu permalink

    Gambar kat atas tu gambar original la.

    Apo super impose pulak.

    Kau ni yang tak tengok gambar betul-betul ni Botak!!!

Trackback & Pingback

  1. Kebodohan yg tidak disedari « Luahan’s Weblog
  2. Respon dari Imran Jurufoto yang mendakwa mengambil gambar Tragedi Batu Burok « Amin Iskandar @ Black

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS