Berikutan video VK Lingam, Majlis Peguam Malaysia, akan berarak ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya untuk menyerahkan satu memorandum agar kes tersebut disiasat oleh Suruhanjaya DiRaja.
Majlis Peguam Malaysia juga meminta rakyat Malaysia hadir bersama sebagai tanda sokongan untuk membersihkan Mahkamah dari sebarang campurtangan politik. Aturcara adalah seperti berikut:
MEMORANDUM FOR ROYAL COMMISSION - VK Lingam’s Video.
Tarikh: September 26, 2007
Masa: 11pagi
Tempat: Palace of Justice, Putrajaya
Berita selanjut boleh dibaca di sini dan juga seperti dilapurkan di bawah.
PM takut video rakaman disiasat Suruhanjaya DiRaja?
Azamin Amin
Sun | Sep 23, 07 | 2:35:07 pm MYTKUALA LUMPUR, 23 Sept (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dilihat seolah-olah takut dan cuba menyembunyikan isu klip video yang menunjukkan seorang peguam kanan sedang bercakap dengan seseorang berhubung pelantikan hakim-hakim di negara ini daripada disiasat oleh sebuah badan bebas. ![]()
Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.
Ketika ditanya sama ada sebuah suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu, Abdullah dilaporkan berkata langkah tersebut tidak perlu kerana kesahihan klip video itu belum dibuktikan lagi.
Mengulas perkembangan ini Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi melihat tindakan Abdullah yang tidak mahu video ini disiasat oleh badan bebas itu sebagai tindak balas seorang yang pengecut dan dilihat cuba melindungi kes ini daripada didedahkan kepada pengetahuan umum.
“Kalau Abdullah tiada kepentingan dan tidak terlibat dengan isu ini, kenapa tidak benarkan Suruhanjaya Diraja siasat, apa yang cuba diselindungkan?” soalnya.
“Orang ramai dan masyarakat sudah hilang keyakinan terhadap siasatan polis yang semakin hari menambahkan kecurigaan dan membimbangkan,” katanya.
Beliau tidak mahu ada usaha pentadbiran Abdullah dengan kerjasama polis dan Peguam Negara cuba sekali lagi untuk menutup kes yang didedahkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, kerana selama ini Peguam Negara sentiasa dilihat cuba untuk ‘membersihkan’ orang-orang tertentu dalam banyak kes seperti kes Eric Chia, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Timbalan Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Johari Baharom yang menimbulkan tanda tanya rakyat umumnya.
Katanya, sudah banyak pihak termasuk orang ramai yang lazimnya sudah boleh menjangkakan hasil siasatan yang akan dibuat oleh polis selama ini dan percaya bahawa kes profil tinggi seperti ini akan ditutup begitu sahaja tanpa sebarang tindakan.
“Oleh yang demikian, ramai yang menggesa pelbagai masalah yang membabitkan soal keselamatan negara dan badan kehakiman disiasat oleh suruhanjaya bebas bagi memastikan ketelusan dapat dilaksanakan berbanding polis yang sudah kurang diyakini,” katanya.
“Saya menggesa supaya Abdullah membenarkan badan bebas menyiasat kerana ini membabitkan integriti kehakiman negara dan jangan cuba melindunginya daripada pengetahuan rakyat,” katanya.
Sebelum ini Penasihat KeADILan, Dato’ seri Anwar Ibrahim telah mendedahkan terdapatnya konsiprasi dalam sistem kehakiman negara dan turut menyatakan terdapat video yang merakam aksi perbualan VK Lingam melalui telefon dengan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim pada tahun 2002.
Pada ketika itu Ahmad Fairuz merupakan Ketua Ketua Hakim Malaya iaitu orang nombor tiga dalam hierarki badan kehakiman negara.
Menurut Anwar, rakaman video tersebut jelas membuktikan bahawa proses pelantikan hakim-hakim kanan penuh dengan skandal rasuah dan penyelewengan.
“Ini juga membuktikan bahawa pelantikan tersebut turut mempengaruhi hasil-hasil dalam sebilangan prosiding kehakiman termasuk kes saya,” tegasnya yang dipetik daripada Suara KeADILan online.
Beliau menegaskan bahawa melalui video tersebut Lingam turut menyebut nama Vincent Tan dan Tengku Adnan Tengku Mansor dalam perbualannya.
“Vincent Tan merupakan seorang ahli perniagaan dan hartawan perjudian yang terlibat dalam penyalahgunaan proses kehakiman yang kini dikenali sebagai kes Ayer Molek,” jelasnya.
Manakala, ujarnya, Tengku Adnan adalah pemimpin Umno dan juga ahli Kabinet yang salah seorang terlibat dalam kospirasi politik untuk memecat beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.
“Dalam video ini VK Lingam dapat dilihat dan didengar bercakap dengan Ketua Hakim Negara (sekarang) Ahmad Fairus di mana nama saya dan Wee Chee Keong di antara lain disebut secara khusus,” katanya.
Anwar juga memberitahu bahawa pada tahun 1994, gambar Lingam bersama bekas Ketua Hakim Negara, Eusoff Chin sedang bercuti di New Zealand boleh menimbulkan beberapa persoalan tentang sikap, politik dan etika peguam itu yang memberi implikasi kedududakan dan kewibawaan Ketua Hakim Negara ketika itu.
“Lingam juga terlibat dalam kes laporan ‘Pricewaterhouse Coopers’ yang dibentangkan oleh saya dalam Parlimen pada tahun 1995 berikutan satu siasatan audit yang lengkap Perwaja menguatkan skandal yang melibatkan kerugian berbilion ringgit,” katanya.
Menurutnya lagi, pendedahan skandal tersebut akan mengesahkan apa yang KeADILan yakini sebelum ini bahawa terdapatnya konspirasi di peringkat tertinggi dan rasuah besar yang melibatkan badan kehakiman.
Beliau berkata bahawa konspirasi tersebut antara lain memberi kesan kepada keputusan badan kehakiman yang dikatakan menganiaya orang yang tertentu.
“Ini melibatkan kepentingan awam dan kita desak kerajaan tubuhkan tribunal bebas untuk siasat skandal yang mengaibkan ini,” katanya.
Beliau juga berkata akan mengusulkan isu itu kepada Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail agar menemui Majlis Raja-raja Melayu bagi menyerahkan video tersebut.
“Pertemuan itu adalah untuk memohon Majlis Raja-raja Melayu supaya menjalankan tanggungjawab mereka menurut perlembagaan agar badan kehakiman kekal bebas,” tegasnya. - mks.


9 comments
Comments feed for this article
September 24, 2007 pada 5:12 am
Mata keadilan
Kita hanya ada satu persoalan.Pita yg dibongkar DSAI tu dah dipotong dan diedit untuk menyokong hujah yg dikemukakan oleh DSAI.Kenape tak dedah pta itu sepenuhnya dan biarkan rakyat membuat penilaian dan keputusan tanpa dipengaruhi olehg agenda DSAI.
DSAI ini nampak cam dah jadi Pengerusi FINAS aje ..man potong potong dan edit edit video.
Apekah yg disorok oleh DSAI? Kenape dan mungkinkah sahagian pita video yg disorok DSAI tu penting untuk kita membuat kenilaian dan keputusan yg telus dan adil.
Kita harus cabar DSAI untuk dedahkan keseluruhan pita dan biar rakyat buat keputusan
orang dulu dulu kata..berani kerana benar…DSAI berani tak? kalau tak benar - ape yg cuba dipropagandakan oleh beliau itu benar atau tidak? Adakah ini semua satu lagi sandiwara politik PKR.
Ingat..sebarang bukti yg diubah ubah harus dilayan sebagai tidak muktamat dan rendah dari segi kredibiliti dan rakyat tidak harus bertindak melulu hanya dengan berpandukan maklumat yg penuh dengan persoalan ini.Kita harus bertindak waras dan adil.
Kita pun dulu dihujan dengan berbagai bagai pita pasal DSAI.kita setakat buang aje pita pita ini kerana tiada kreadibiliti dan bukti yg adil untuk saya buat penilaian terhadap DSAI.
Ini zaman teknologi…cerita pasal UFO pun dah ade video dah.
DEDAHKAN PITA SEBENAR YG BELUM DIEDIT DAN BIARKAN RAKYAT MEMBUAT PENILAIAN TANPA HASUTAN DSAI.
MALAYSIA BEBAS DARI PROPOGANDA POLITIK
September 24, 2007 pada 5:45 am
ibnuabbas
ambe stuju ngan mata keadilan. Tapi kalau edit skalipun, tetap kesimpulannya UMNO dan BN adalah parti yg jahat dan suka buat konspirasi
September 24, 2007 pada 5:47 am
omara353535
Tunggu dan lihat. Yang benar tetap benar. Kalau kita tak tahu apa-apa, jangan kita masuk campur tuduh yang ini betul dan yang itu salah. Kita hanya pandai buat andaian, tapi ini soal penting dan besar kepada negara. Biarlah ada satu badan khas yang bebas menyiasatnya, bukan main pakai agak-agak saja. Jangan kita fanatik kepada sesuatu pihak sahaja, jangan sangka hanya orang itu saja betul dan yang kita benci seemuanya di pihak yang salah. Setiap manusia ada agenda masing-masing lebih-lebih lagi dalam politik. Orang politik boleh cakap macam-macam. Hari ini begini dan esok begitu…. Saya tak mahu masuk campur dan tuduh apa-apa kerana saya tak tahu….tak tahu…. tak tahu…. Saya hanya manusia biasa. Siasatlah cara adil dan saksama. Kita perlu gunakan badan bebas…. itu saja. Jangan takut….
September 24, 2007 pada 6:22 am
Mata keadilan
Ramai rakan rakan saya yg kini dah binggung dengan isi kandungan perbualan itu..lebih lebih lagi bila sedar yg isi kandungan pita tersebut diedit.lebih separuh dari pita itu dah dibuang.Kenape? SEPARUH ni, hampir sebahagian dari pita itu dibuang.Ape yg ada adalah ape yg DSAI nak sidangkan kepada umum.
siapa dia untuk tentukan ape yg patut dan ape yg rakyat perlu tahu dan lihat? Kalau benar-kenape tak pudarkan muka orang yg terlibat dan bongkar aje keseluruhan pita itu?
Kita perlu tahu keseluruhan pita itu sebelum kita nak bertindak.kalau tak..nampak macam kita ini sebagai pengampu DSAI yg akan setuju dan sokong secara membuta.
jangan jadi macam BN lah.Ape ape pun setuju dan sokong.Belum habis PM nak cakap- semua dah setuju…
kebenaran kena menyeluruh bukan separuh.
Kalau DSAI tak percaya rakyat dan hanya bagi versi separuh dan bagi versi penuh kepada BPR..nampak sangat DSAI lebih percaya dan yakin dengan BPR dari kita sebagai rakyat Malaysia yg hanya diberi versi separuh.
September 24, 2007 pada 6:43 am
planet bumi
uik.. main paste je ko ek mata keadilan. Kejap mata keadilan kejap anak muda… jangan ngelabah, releklah. Takan jadi kes punya. Semua dah tau kesudahannya so tak perlulah anak muda@mata keadilan risau.
ps: pandai ko blakon anak muda…sapa ajor…ooooo..patutlah…tak tau….
September 24, 2007 pada 7:13 am
Mata keadilan
macam SB aje..cut and paste komen menarik untuk kita nak bincang pun dah nak marah.rilek lah.jangan jadi polis dunia siber.Tumpu aje kat hujah bukan nick
September 24, 2007 pada 7:28 am
mzkevin
“Sebelum ini Penasihat KeADILan, Dato’ seri Anwar Ibrahim telah mendedahkan terdapatnya konsiprasi dalam sistem kehakiman negara dan turut menyatakan terdapat video yang merakam aksi perbualan VK Lingam melalui telefon dengan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim pada tahun 2002.”
- rakaman dibuat pada tahun 2002
“Dalam video ini VK Lingam dapat dilihat dan didengar bercakap dengan Ketua Hakim Negara (sekarang) Ahmad Fairus di mana nama saya dan Wee Chee Keong di antara lain disebut secara khusus,” katanya
- camner mamat Wee Chee Keong bleh ada lak???
September 24, 2007 pada 8:08 am
planet bumi
Tumpuan sekarang pada kenapa takut hendak tubuhkan suruhanjaya di raja?. Itu adalah lebeh telus. Dalam keadaan integriti polis di persoalkan bukan sahaja oleh masyarakat awam saja malahan di kalangan pegawai polis dan bekas pegawai polis sendiri adalah menjadi sesuatu pelik dan nampak tidak ada ketelusan. Simple kan?.
So kalau tidak apa nak di sorokkan, kenapa melenting, kenapa rasa gundah gulana dan seperti hilang pedoman?. Relek bro…
ps: bukan sb cuma rakyat biasa…tak selera nak jadi sb..makan sumpah hari2… :0
September 26, 2007 pada 10:14 am
bumilangit
ala, takkan nak larik topik kot. ok lah, kalau dedah SEMUA isi video tuh, apa bezanya dengan sekarang? ni baru separuh tak larat nak handle, lagikan pula dedahkan semua.
walau bagaimanapun, aku cadangkan ko tanya anwar sendri kat blog dia. mana tau kot-kot lpas tu di buat …….