You are currently browsing the monthly archive for Oktober, 2007.

Bahang Himpunan 100 000 rakyat anjuran BERSIH semakin hari semakin membara. Cakap-cakap tentang lautan manusia yang akan membanjiri Kuala Lumpur dengan warna Kuning bukan sahaja dikalangan aktivis NGO dan parti pembangkang, malahan ianya sudah menjadi bahan bualan dikalangan pemimpin UMNO.
Pemuda UMNO sendiri sudah respon mengenai isu ini, sila klik disini. Mereka tahu bahawa jentera kerajaan seperti polis tidak akan mampu menahan Gelombang Kebangkitan Rakyat. Mereka juga tahu bahawa Pak Lah dan Menantunya akan lari ke luar negara meninggalkan mereka jika Gelombang Kebangkitan Rakyat menang.
Berita tentang Perhimpunan 100 000 rakyat yang turut diadakan serentak di beberapa bandar besar dunia di hadapan kedutaan Malaysia juga merisaukan mereka oleh kerana jika mereka juga mahu lari suatu hari nanti, mereka tidak mungkin lagi akan diterima.
Bandar-bandar yang sudah confirm:
1) Bangkok, Thailand.
2) Seoul, Korea Selatan.
3) Jakarta, Indonesia.
4) London, England.
5) Manila, Filipina.
6) New Delhi, India.
7) Ulanbaatar, Mongolia
(Akan diupdate mengenai bandar yang akan turut serta dari masa ke semasa)
Ini sudah menjadi adat resam penindas, contohnya apabila Gelombang Kekuatan Rakyat Iran sudah berada di kemuncak, Shah Iran lari ke Amerika Syarikat. Begitu juga dengan Marcos di Philippines. Sebab itu UMNO, MCA dan MIC berusaha keras untuk mensabotaj Perhimpunan 100 000 rakyat pada 10 November 2007 ini.
Namun mampukah mereka? Sudah tentu tidak oleh kerana Rakyat akan menunjukkan kekuatan mereka!!!

Teringat masa zaman reformasi 1998, setiap minggu rakyat berhimpun diperkarangan Sogo sebelum berarak ke Dataran Merdeka atau ke Masjid Negara. Amaran yang dikeluarkan oleh pihak polis agar rakyat tidak mengahdiri perhimpunan sedikit pun tidak dipedulikan. Makin keras amaran polis maka main ramailah yang akan hadir.
Hari ini sejarah telah berulang. Ketua Polis Kuala Lumpur telahpun memberikan amaran agar rakyat tidak menghadiri Perhimpunan 100 Ribu rakyat yang di anjurkan oleh BERSIH pada 10 November 2007 nanti.
RTM, TV3 dan NTV 7 telahpun menyiarkan amaran polis itu.
Hanya satu sahaja respon saya kepada amaran polis ini, TERIMA KASIH kerana memberikan promosi percuma kepada Perhimpunan ini. Maklumlah internet dan handbill tidak terjangkau ke seluruh negara. Tetapi siaran TV boleh sampai ke ceruk-ceruk pelusuk termasuk Sabah dan Sarawak.
Apabila lautan manusia membanjiri Kuala Lumpur dengan warna kuning. Polis juga terpaksa membuat keputusan sama ada mahu bersama rakyat ataupun terus bersama Regim Barisan Nasional. Saya yakin polis akan mengalih sokongan kepadaRAKYAT!!!
Gelombang kuning akan datang,
Pasti datang,
SPR,
Gelombang kuning menuntut satu pilhanraya yang adil,
Gelombang kuning menuntut agar semua media memberi liputan yang adil,
Gelombang kuning menuntut pengundi hantu dibuang dari senarai pengundi,
Gelombang kuning menuntut tempoh berkempen yang lebih lama daripada 10 hari,
Gelombang kuning menuntut hapuskan undi POS,
Gelombang kuning menuntut hapuskan budaya kempen gangsterisme,
Gelombang kuning menuntut hapuskan kempen rasuah kepada pengundi,
GELOMBANG KUNING MENUNTUT RASHID LETAK JAWATAN!!
GELOMBANG KUNING MENUNTUT RASHID LETAK JAWATAN!!
DATARAN MERDEKA,
DATARAN MERDEKA,
WAHAI SPR,
GELOMBANG KUNING PASTI DATANG,
GELOMBANG KUNING PASTI DATANG!!!!
HIDUP RAKYAT!!!!
Ditulis oleh Zahrin Zahran
REFORMASI
REFORMASI
REFORMASI
RASHID LETAK JAWATAN
RASHID LETAK JAWATAN
RASHID LETAK JAWATAN
Mungkin ini akan menjadi slogan ketika perhimpunan ini berlangsung. Suara rakyat yang mual, jijik, muntah, menyampah, meluat, cemuih dan perkataan yang sewaktu dengannya dengan system pilihanraya Malaysia yang memang terkenal dengan penuh penipuan. Mungkin ada yang akan bertanya, penipuan apa? Kepada yang sentiasa melayari internet pasti akan membaca ada penipuan yang telah dibuat oleh SPR (disebut juga sebagai salah satu parti kompenan BN).
Rakyat Malaysia harus sedar, jika penipuan ini dibiarkan terus berleluasa kita sebagai rakyat Malaysia juga yang akan rugi. Jika kita tidak menentang penipuan ini dengan sekeras – kerasnya kita akan rugi didalam semua aspek kehidupan. Kita biarkan mereka yang zalim, kejam dan tidak berperikemanusiaan ini terus memerintah dengan cara menipu, kita akan rugi. Lihat ketika harga minyak melambung naik apa kata TPM. Ubah gaya hidup. Bagi seorang yang mendapat semua benda percuma dari lalu lebuhraya tanpa kena tol hinggalah elaun untuk alat solek isteri percuma, mereka tidak akan merasa tekanan hidup. Ya benar, minyak naik kita hanya merasa perit ketika membayar untuk mengisi minyak kereta sahaja, tapi bagaimana dengan harga barang yang semakin hari naik dengan menggila kerana kos penghantaran ke setiap kedai telah naik (takkan nak hantar barang jalan kaki kot). Harga tepung naik, tol nak naik lagi pada tahun 2008. Kita rakyat Malaysia akan terus tertekan jika kita membiarkan mereka yang berkuasa ini dengan cara penipuan. Sebab mereka tahu, rakyat hanya boleh marah tapi bila tiba saat mengundi dan walau sehebat mana sekali pun gelombang penentangan itu wujud, dengan bantuan penuh SPR parti memerintah akan tetap menang. Maka timbullah perasaan “nak marah marahlah, aku tetap menang sebab AKU BERKUASA”. Sebagai rakyat Malaysia yang mahu melihat negara tercinta selamat dari kerakusan para pemimpin penipu menyokong penuh perhimpunan dan akan turut serta pada tarikh tersebut. Rayuan secara terbuka buat semua mereka yang mahu melihat Malaysia ini selamat dari mereka yang rakus merompak hasil kekayaan negara untuk turut serta pada 10 NOVEMBER 2007.
Buat semua pimpinan NGO-NGO, turunlah pada tarikh tersebut. Tidak kira ada dari cabang mana sekali pun baik dari NGO – NGO agama sehinggalah ke khidmat sosial. Persatuan – persatuan silat, kereta, motorsikal, kawasan perumahan, kelab – kelab sukan, kelab rekreasi dan apa jua persatuan diseru agar turun menyertai pada 10 NOVEMBER.
Buat rakan – rakan seperjuangan dirayu agar turun pada tarikh tersebut. Kehadiran anda semua akan membangkitkan lagi semangat mahu berhimpun.
Buat rakyat Malaysia, AYUH TURUN KE DATARAN MERDEKA!! HAK ANDA SEBAGAI PENGUNDI HARUS DIBERSIHKAN DARI SEGALA MACAM PENIPUAN!!
SELAMATKAN MALAYSIA!!

Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Pejabat Anwar Ibrahim

Pak Lah merasmikan Puteri Nasi Kandar ketika rakyat menderita akibat banjir

Mangsa keganasan polis yang menembak rakyat di Batu Burok, Terengganu
Pelbagai masalah yang melanda negara ini perlu diselesaikan sendiri oleh rakyat. Tidak boleh berlengah lagi. Satu persatu masalah timbul. Kalau dahulu ketika 100,000 rakyat berhimpun di Dataran Merdeka pada 20 September 1998, rakyat masih lagi hidup dalam keadaan selesa, kini tidak lagi.
Pada ketika itu, harga minyak masih murah, harga tol masih murah, tambang bas masih murah, sayur masih murah, ayam masih masih murah dan semua barang keperluan masih lagi murah.
Kini semuanya sudah berubah. Yang dahulunya barang keperluan, kini sudah menjadi barang mewah contohnya seperti harga ayam dan harga tol. Dahulu tidak ada banyak kejadian rakyat lari daripada membayar tol. Tetapi kini hampir semua lebuhraya terpaksa memperketatkan sistem keselamatan untuk menghindari kajadian rakyat tidak bayar tol.
Ketika rakyat menderita akibat banjir, Perdana Menteri bersenang lenang di luar negara, berlayar dalam bot mewah dan merasmikan Restoran Nasi Kandar milik kroninya di Australia.
Ketika rakyat berhimpun secara aman, mereka ditembak oleh polis seperti apa yang berlaku di Batu Burok, Terangganu. Media-media arus perdana memainkan peranan jahat untuk mengalihkan isu Polis tembak rakyat kepada isu pembakaran Jalur Gemilang yang belum dipastikan siapa perlakunya, mungkin agen-agen polis yang melakukannya? ataupun rakyat yang tersilap menyangka bahawa bendera yang dibakarnya ialah bendera Amerika.
Menantu Perdana Menteri dan konco-konconya dibiarkan merompak kekayaan negara dengan sewenang-wenangnya. Rakyat Asing dibunuh dengan kejam dan proses penghakimannya menjadi lucu dari hari ke hari.
Pilihanraya dijadikan medan untuk menipu rakyat. Telah terbukti setelah 11 kali berlangsung, parti yang memerintah masih lagi UMNO, MCA, MIC dan beberapa lgi komponen Barisan Nasional. Kalaupun pilihanraya mampu memberi perubahan, seperti Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang kita miliki satu ketika dahulu, ianya akan diharamkan. Alasan sudah tentu banyak yang boleh diberikan seperti komunisme dan sekarang ini mereka pasti gunakan alasan Terorisme.
Sebab itu hampir 5 juta anak muda yang layak mengundi memilih untuk tidak mengundi. Bukan kerana tidak patriotik dan cintakan negara tetapi kerana mereka tahu undi mereka tidak akan mengubah.
Tidak ada apa yang mustahil. Sekuat manapun batu, ianya pasti akan dapat dipecahkan. Begitu juga dengan kerajaan. Sekuat manapun, ianya pasti akan dapat diTUMBANGkan. Cuma caranya mesti betul. Pasti akan TUMBANG.
Pemerintahan Diktator Jeneral Soeharto telah berjaya ditamatkan dengan kekuatan rakyat. Shah IRAN dimasukkan kedalam tong sampah sejarah apabila RAKYAT TURUN KEJALAN.

10 November 2007 ini akan diadakan satu perhimpunan “Hari Selamatkan Malaysia” di Dataran Merdeka pada pukul 3 petang. Ini adalah usaha-usaha yang terkahir untuk memastikan Pilihanraya Yang Bebas dan Adil diberi kepada rakyat.
Marilah bersama-sama menjayakan Perhimpunan Raksaksa ini. Ini bukanlah Perhimpunan Parti Pembangkang. Ini adalah Perhimpunan RAKYAT. Ini adalah medan untuk menunjukkan KEKUASAAN RAKYAT.
Kepada 5 juta anak muda yang tidak mendaftar untuk mengundi dalam pilihanraya, marilah turun beramai-ramai.
Peguam-peguam telah turun KEJALAN untuk menyelamatkan Sistem Kehakiman. Sekarang sudah tiba giliran kita. KITA SELAMATKAN MALAYSIA!!! AYUH!!!

Pada hari ini, 60 tahun yang lalu, gerakan menuntut kemerdekaan yang dipimpin oleh PUTERA-AMCJA telah melancarkan HARTAL di seluruh negara bagi membantah tindakan British yang bersekongkol dengan UMNO dan puak kanan untuk memastikan kekusaan British semakin kukuh.
Untuk melihat dokumentari yang di buat oleh Fahmi Reza, 10 Tahun Sebelum Merdeka dan menyokong Sambutan Hari Hartal, sila klik disini.
Saya telah menulis tentang plastik dan melihat bagaimana dunia kita hari ini sedang di tenggelami oleh plastik. Plastik adalah sebahagian dari produk sampingan hasil dari bahan bakar petroleum. Petroleum adalah bahan tenaga yang tidak boleh diganti sesudah diguna pakai. Empat puluh tahun dahulu plastik telah wujud tetapi bukan seperti hari ini.
Jika sesiapa yang pernah melihat filem The Graduate yang di buat pada tahun 1967 pasti akan teringat satu babak di mana Dustin Hoffman yang baru saja menerima ijazah telah dinasihatkan oleh Pak Ciknya untuk memasuki bidang perniagaan plastik. Industri plastik pada tahun enam puluhan dahulu baru saja muncul dan berkembang.
Saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini dan Maaf Zahir Batin. Semoga kita bermaaf-maafan di bulan yang mulia ini dan menyedihi pemergiaan bulan Ramadhan yang penuh dengan berkat.
Dalam kita berseronok untuk berhari raya, jangan pula kita lupa untuk memandu dengan berhati-hati ketika mahu pulang kekampung halaman. Jangan biarkan diri kita masuk kedalam statistik Ops Sikap XIII. Sila klik disini untuk membaca tulisan saya di Malaysiakini.
Jangan pula kita lupa dengan beberapa isu yang masih belum selesai seperti:
1) Polis tembak rakyat menggunakan peluru hidup di Batu Burok.
2) Isu Pita Video Vk Lingam. Majlis Peguam telah berarak di Putrajaya bagi menuntut sistem kehakiman negara dibersihkan.
3) Masih ramai yang ditahan ISA.
4) Pilihanraya masih lagi belum bebas dan adil.
5) Harga barang yang semakin mahal.
6) Harga Tol dan Minyak akan dinaikkan tahun hadapan. Ini akan menyebabkan harga keperluan asas meningkat dengan lebih tinggi lagi.
7) Seorang gadis Mongolia, Altantuya Shaariibuu pernah dibunuh dengan kejam di Malaysia dan masih lagi belum mendapat keadilan.
Nurin Jazlin dan ramai kanak-kanak telah terbunuh oleh kerana Polis Diraja Malaysia lebih fokus untuk memastikan UMNO, MCA dan MIC terus berkuasa dan bukannya untuk menjaga keselamatan rakyat.
9) Oleh kerana ramai masyarakat didesa-desa dan kampung-kampung masih lagi kurang mendapat maklumat alternatif dan bebas, tolong printkan artikel-artikel di website-website dan laman-laman blog agar mereka juga mendapat maklumat selain daripada Utusan Malaysia dan RTM.
10) Terus menerangkan kepada masyarakat kampung tentang isu-isu yang digelapkan oleh media arus perdana.
Blog ini akan bercuti untuk sementara waktu dan akan kembali pada minggu hadapan.
Akhir kata, Salam Aidilfitri buat semua rakyat Malaysia terutamanya kepada pejuang-pejuang yang telah berkorban untuk memastikan Malaysia bebas dari cengkaman penjajah seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Rashid Maidin, Samsiah Fakeh dan ramai lagi yang tidak mungkin saya sebutkan disini.
Tidak lupa juga kepada aktivis Reformasi yang telah meninggal dunia seperti Umar Tan, Abang Baharin dan ramai lagi. Al-Fathihah kepada mereka.
Cetak rompak adalah salah satu isu yang tidak pernah selesai di negara ini. Ramai penerbit filem, penyanyi, pencipta lagu dan penulis merungut oleh kerana hasil karya mereka dicetak rompak. Nasir Jani seorang pengarah filem yang saya hormati pernah mengarahkan sebuah filem yang bertajuk “Kembara Seniman Jalanan”.
Di dalam filem ini Nasir Jani menyampaikan mesej agar cetak rompak diperang habis-habisan. Perjuangan Nasir Jani untuk memerangi cetak rompak telah menyebabkan beliau diserang oleh kerajaan pimpinan Dr. Mahathir sehingga beliau pernah dihantar ke rumah sakit jiwa. Namun oleh kerana Nasir Jani tidak gila, beliau dikeluarkan dari hospitalk tersebut beberapa bulan kemudian.
Sebenarnya cetak rompak memang dihalalkan dinegara ini. Cetak rompak terbesar dilakukan oleh parti politik UMNO sendiri. UMNO bermula pada tahun 1946 dengan slogan “Hidup Melayu”. Oleh kerana pada ketika itu sentimen untuk menuntut kemerdekaan menjadi begitu popular dikalangan rakyat Malaysia, maka UMNO yang disokong oleh penjajah Beritish telah men”cetak rompak” slogan kemerdekaan yang dimulakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan dari PKMM, API dan AWAS.
Kini semua terbarai. Bangunan pecah. Paip bocor. Atap runtuh. Bangunan rahai. Loji retak. Jalan berlubang. Parit kambus. Tanah runtuh. Hutan gondol. Bukit merekah. Jambatan goyang. Masih tidak percaya lagi Mahathir Mohamad orang jahat?
Polis rasuah. Cik Gu rasuah. Cik Gi rasuah. Pegawai Majlis agama rasuah. Kastam rasuah. Cina rasuah. Melayu rasuah. India rasuah. Melanau rasuah. Yang beragama rasuah. Yang pergi haji rasuah. Yang puasa rasuah. Yang sembahyang rasuah. Yang pergi umrah rasuah. Pak Lebai, Pak Khatib, Pak Imam rasuah. Buat masjid rasuah. Buat surau rasuah. Buat sekolah agama rasuah. Tuur…. tuuur…. apa sudah jadi dengan negara kita ini?
Masih tidak percaya Mahathir Mohamad jahat?
Salah satu parti Komponen BN yang menguasai Pulau Pinang menggesa kerajaan agar menimbangkan untuk menubuhkan Suruhajaya Diraja untuk menyiasat Pita VK Lingam. Sila baca berita dari Malaysiakini dibawah:
LIVE di Melaka pada 1 September 2007.
Perjuangan menuntut pilihanraya yang bebas dan adil.
Isu Batu Burok masih belum lagi selesai. Sila klik disini untuk membaca posting saya sebelum ini. Dibawah adalah berita Mstar mengenai respon Imran, jurufoto yang mendakwa dirinya mengambil gambar sewaktu berlakunya Tragedi Batu Burok.
Bakar bendera: Sah foto itu tulen, kata Imran
2007-10-04 21:46:39.0Oleh SALHAN K. AHMAD
PETALING JAYA: Seorang jurugambar yang merakamkan foto lelaki sedang membakar Jalur Gemilang mengesahkan foto itu tulen hasil kerjanya ketika membuat liputan rusuhan di Batu Burok dan menafikan ia dibekalkan oleh pihak keselamatan.
Terima kasih kepada Roslan SMS kerana perasan dengan isu kenaikkan harga tol pada Januari depan yang telah digelapkan beritanya oleh media arus perdana dengan kes Nurin Jazlin, Isu Burma dan banyak lagi. Sila klik disini. Bila fikir soal kenaikkan harga tol, kepala jadi lebih sakit apabila terkenangkan implikasi yang akan berlaku selepas kenaikkan harga tol iaitu kenaikan harga barang secara mendadak.
Bila harga barang naik secara mendadak, kerajaan pun akan berlakonlah untuk mengenakan tindakan kepada peniaga. Pengguna yang menjadi mangsa. Peniaga tak boleh disalahkan seratus peratus sebab mereka menanggung kenaikan harga kos. Yang lebih menyedihkan lagi apabila melihatkan bahawa pengguna dan rakyat Malaysia langsung tidak mempunyai kuasa untuk menentukan turun naik harga barang.
Pengguna langsung tidak pernah dipedulikan oleh kerajaan dan peniaga oleh kerana semuanya tahu bahawa rakyat Malaysia sangat pasif dan langsung tidak boleh melakukan apa-apa. Malahan majoriti rakyat Malaysia langsung tidak kisah dan hanya menurut sahaja. Kalau ada yang marah pun mereka hanya mampu merungut. Cuma segelintir sahaja rakyat Malaysia yang berani turun berdemonstrasi di jalanraya. Syabas diucapkan kepada golongan ini kerana menjadi rakyat yang berani.
Revolusioner India bernama Bhagat Singh merupakan seorang radikal muda yang menentang pemerintahan Britain di India dan menolak prinsip tanpa keganasan. Yuri Prasad mengimbas riwayat Bhagat Singh.
Perjuangan demi kebebasan dari penjajahan Britain di India biasanya digambarkan sebagai hasil kepimpinan satu lelaki – Mahatma (bermakna ‛jiwa hebat’) Gandhi. Strategi tanpa keganasan Gandhi membezakan dia daripada kebanyakan kumpulan yang telah berjuang menentang penjajahan sejak itu.
Pandangan ini agak menyenangkan bagi mereka yang ingin menyingkirkan peranan yang dimainkan oleh pihak radikal dan revolusioner dalam perjuangan demi kemerdekaan India, dan mengutuk mereka yang menggunakan keganasan untuk berjuang demi imperialisme pada hari ini.
Kaum kaya India pada masa itu menginginkan Britain memberikan mereka lebih banyak kuasa – dan menyedari bahawa ini memerlukan perjuangan – tetapi juga enggan memulakan gerakan rakyat yang dapat membawa perjuangan yang tidak dihadkan kepada pembasmian imperialisme, tetapi juga pembasmian seluruh sistem kapitalis.
Dia kembali. Kembali dengan album baru. Untuk maklumat lanjut, sila klik disini.
Hari Raya menjelang tiba. Isu bas dan pemandu bas timbul lagi. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan orang ramai yang “mengamuk” kerana tidak dapat beli tiket bas oleh kerana semuanya habis terjual. Negeri-negeri Pantai Timur dan Utara sudah pasti akan kehabisan stok tiket oleh kerana ramai yang telah menempah sebelum Ramadhan bermula lagi dan jika habis diawal Ramadhan, bukanlah satu perkara yang baru.
Tetapi yang lebih memeranjatkan apabila tiket bas ke Ipoh juga sudah habis terjual. Ini menyebabkan ramai pengguna yang menggunakan taktik “bas lompat” gagal untuk pulang ke kampung halaman.
Nasib baiklah LPKP memberi kebenaran dan melonggarkan syarat agar bas-bas sekolah dapat digunakan sebagai bas-bas tambahan untuk menyelesaikan masalah kekurangan bas ini memandangkan pesawat murah Air Asia juga tidak dapat membantu menyediakan lebih banyak penerbangan.
Dalam membicarakan tentang bas ekspress dan cuti perayaan, kita tidak dapat lari daripada isu kemalangan yang berleluasa dan memakan nyawa yang banyak. Pemandu bas sering disalahkan. Dituduh mengambil dadah dan mabuk ketika memandu.
Namun, tahukah kita yang gaji pemandu-pemandu bas ekspress dibawah paras kemiskinan? Ini yang telah menyebabkan mereka terpaksa mengejar trip yang banyak untuk mendapatkan pendapatan yang berlebihan. Sila kilik disini.


Komen Terkini