Pemandu Bas dan Hari Raya
Hari Raya menjelang tiba. Isu bas dan pemandu bas timbul lagi. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan orang ramai yang “mengamuk” kerana tidak dapat beli tiket bas oleh kerana semuanya habis terjual. Negeri-negeri Pantai Timur dan Utara sudah pasti akan kehabisan stok tiket oleh kerana ramai yang telah menempah sebelum Ramadhan bermula lagi dan jika habis diawal Ramadhan, bukanlah satu perkara yang baru.
Tetapi yang lebih memeranjatkan apabila tiket bas ke Ipoh juga sudah habis terjual. Ini menyebabkan ramai pengguna yang menggunakan taktik “bas lompat” gagal untuk pulang ke kampung halaman.
Nasib baiklah LPKP memberi kebenaran dan melonggarkan syarat agar bas-bas sekolah dapat digunakan sebagai bas-bas tambahan untuk menyelesaikan masalah kekurangan bas ini memandangkan pesawat murah Air Asia juga tidak dapat membantu menyediakan lebih banyak penerbangan.
Dalam membicarakan tentang bas ekspress dan cuti perayaan, kita tidak dapat lari daripada isu kemalangan yang berleluasa dan memakan nyawa yang banyak. Pemandu bas sering disalahkan. Dituduh mengambil dadah dan mabuk ketika memandu.
Namun, tahukah kita yang gaji pemandu-pemandu bas ekspress dibawah paras kemiskinan? Ini yang telah menyebabkan mereka terpaksa mengejar trip yang banyak untuk mendapatkan pendapatan yang berlebihan. Sila kilik disini.















Black, saya bersimpati bukan sahaja kepada warga kota yang pulang ke kampung halaman setiap musim perayaan tetapi kepada pemandu pemandu bas eskpress. Pernah seorang rakan memberitahu bahawa pemandu bas hanya mendapat gaji pokok antara RM 800 hingga RM 1000 mengikut pengalaman. Untuk mendapat pulangan lebih, tertakluk kepada jumlah “Trip” yang di buat.
Malah pada musim perayaan, ada syarikat bas mengambil pemandu sementara atau “Drebar Terjun”. Ini saya tak pasti kesahihan cerita tentang “drebar terjun”.
Kerajaan mesti pri hatin tentang masaalah rakyat warga kota. Bukan semua rakyat mampu menggunakan khidmat Air Asia walaupun ‘flight’ tambahan di sediakan. Tambang teksi ke LCCT pun sudah lebih kurang RM 40.00. Baru baru ini saya ada pergi kat LCCT menyambut saudara dari Kuching. Saya boleh kata LCCT bukan ‘people friendly’ dari segi tempat menunggu dan rehat. Kerusi pun tak banyak dan yang ada pun kat luar ruang legar tanpa hawa dingin. Tandas pun tak bersih dan berbau.Barang makanan pun mahal.
Seperkara lagi tentang kenderaan persendirian, berapa ramai warga kota mampu memiliki kereta?
Tetapi banyak syarikat menjual kereta membuat promosi perayaan. Beli dengan wang pendahuluan yang amat rendah. Kalau nak beli kapchai lagi baik beli kereta. Tetapi, pada jangka masa panjang, pemilik kereta menghadapi masaalah dari cukai jalan,insuran,minyak dan lain lain. Lepas itu kereta kena tarik pula. Ini pula beban tambahan. Saya harap, semua warga kota, berwaspadalah, buat setakat yang mampu,kalau boleh kongsi dengan rakan ‘car pool’ bila balik kampung. Memandu dengan cermat. Biar semua selamat tiba dengan hati gembira.
Kepada yang menaiki bas bas eskpress….jika pemandu memandu dengan bahaya, beri nasihat dan kata dua kepada pemandu tersebut.
“Ada orang bersuara mesti ada orang menyokong.
Bamboo River,
Kalau mengikut artikel yang saya linkkan diatas, pandapatan Pemandu Bas Ekspress dibawah paras kemiskinan iaitu Rm 250. Jadi ini sangat menyedihkan memandangkan negara kita sangat kaya dan mempunyai hasil bumi yang paling beherga iaitu minyak.
Sebab itu kerajaan BN tak berani nak perkenalkan Akta Gaji Minima. Dengan alasan nak jaga hati pelabur, maka rakyat bawahan masih terseksa dan miskin.
Pelaburan luar ke Malaysia juga jatuh mendadak malahan sekarang ini kita tewas ditangan Vietnam.
salam bro black… aku dapat tau dari member aku yang juga pemandu bas.. nanti dekat nak raya.. bos bos dia orang pakat suruh cuti sakit …
sebagai tindak balas pada JPJ yang buat operasi tempohari ..
sakit la bebudak nak balik raya tahun nih..
gajah lawan gajah… anak tenuk mati tersempit..
Assalamualaikum, Black.
Memang inilah masalah kita setiap kali hendak balik ke kampung.. isu transport mesti jadi hangat.
Bukan takat transport je jadi masalah, yang ada transport pun bermasalah seperti tahun lepas JAM kat Plus highway….
So, macam2 naq balik beraya atau bercuti bila isu ni naq habis…
Betul Hardyweb,
Aku pun ada dengar tentang cerita pengusaha bas nak ajar JPJ. Tapi yang kasihannya ialah rakyat yang nak beraya…