Respon dari Imran Jurufoto yang mendakwa mengambil gambar Tragedi Batu Burok

4 10 2007

Isu Batu Burok masih belum lagi selesai. Sila klik disini untuk membaca posting saya sebelum ini. Dibawah adalah berita Mstar mengenai respon Imran, jurufoto yang mendakwa dirinya mengambil gambar sewaktu berlakunya Tragedi Batu Burok.

Bakar bendera: Sah foto itu tulen, kata Imran
2007-10-04 21:46:39.0

Oleh SALHAN K. AHMAD

PETALING JAYA: Seorang jurugambar yang merakamkan foto lelaki sedang membakar Jalur Gemilang mengesahkan foto itu tulen hasil kerjanya ketika membuat liputan rusuhan di Batu Burok dan menafikan ia dibekalkan oleh pihak keselamatan.

Foto itu menunjukkan seorang lelaki yang bertopi keledar duduk mencangkung sedang mencucuh api di hujung bendera Malaysia dalam keadaan wajahnya membelakangkan lensa kamera.

Imran Mahkzan mengesahkan foto itu tulen dan dirakam sendiri olehnya, sekali gus menafikan dakwaan pemimpin pembangkang bahawa foto itu dibekalkan oleh polis.

“Saya ada baca (dakwaan itu di Internet), mereka kata gambar itu super-imposelah, apalah. Itu dakwaan karut saja,” katanya sambil ketawa.

Di laman web Pemuda PAS Dungun (www.tranungkite.net), satu tajuk diskusi ‘Bakar Bendera: Siasat Segera Imran Mahkzan!’, antaranya memuatkan gesaan ketua penerangan parti itu Mahfuz Omar agar jurufoto itu disiasat.

“Adakah polis tidak tahu bagaimana hendak mengenal pasti jurufoto yang mengambil gambar individu yang membakar bendera itu kerana beliau boleh menjadi saksi utama kepada jenayah itu? Polis mesti menyiasat jurufoto dari media mana atau jurufoto persendirian,” Mahfuz dipetik sebagai berkata.

Beberapa anggota diskusi itu menyalahkan Imran, antaranya mendakwa “si Imran itu pun macam berpakat sahaja dengan lelaki bertopi keledar… Masa itu nak bakar, masa itu nak ambil gambar.”

Di laman web yang sama, biodata Imran termasuk nombor telefon bimbitnya dan jenis kenderaannya turut didedahkan.

Ketika dihubungi mStar Online hari ini, Imran menceritakan saat-saat beliau merakamkan kejadian tersebut.

“Kebetulan ketika saya lalu, di tengah-tengah kawasan rusuhan itu, saya ternampak dua orang sedang membakar bendera dengan selamba, terus saya snap,” katanya yang bertugas di akhbar New Straits Times.

Tambahnya, beliau mengambil beberapa lagi gambar kelakuan dua orang lelaki tersebut dalam gaya dan kedudukan berbeza tetapi hanya foto salah seorang daripada mereka yang disiarkan oleh media.

Imran berkata beliau tidak meminta lelaki dalam foto tersebut untuk menggayakan perbuatan tersebut dan pemuda itu juga tidak menunggunya di situ sebelum berbuat demikian.

Laman blog seorang aktivis muda Amin Iskandar (aminiskandar.wordpress.com) pada 15 Sept telah menyiarkan pandangan seorang pembacanya yang menyimpulkan bahawa foto itu telah dipalsukan menggunakan sejenis perisian komputer.

Pembaca itu berpendapat, bayang-bayang yang wujud hasil daripada pancaran lampu pancar kamera itu tidak logik. “Yang meragukan ialah ‘bayang gelap’ sepatutnya memanjang ke sebelah kiri mat keledar, bukan di bahagian bawah (badan) beliau mencangkung. Ini seolah-oleh cahaya lampu jalan lebih cerah daripada cahaya lampu pancar kamera — sesuatu yg tidak mungkin terjadi,” hujahnya.

“Terdapat beberapa orang (yang berdiri) berhampiran seolah-olah tidak mempedulikan perlakuan mat keledar membakar bendera. Logiknya, jika berlaku kejadian membakar bendera seumpama itu, sudah pasti ada orang yang akan memberi perhatian dan tumpuan kepada apa yang berlaku. Ini seolah-olah menggambarkan sebenarnya tidak ada apa-apa yang berlaku di situ.”

Imran berkata maklumat dirinya di Tranungkite.net itu sebagai “biasa” dan tidak mengancam nyawanya.

“Biasalah. Penulis-penulis blog ini bebas tulis apa saja, dan saya juga percaya kepada kebebasan media,” katanya, yang berasal dari Kota Baru.

“Saya tidak ada masalah dengan perkara itu, dan saya tidak anggap sebagai satu ugutan, tetapi jika melampau sangat, mungkin saya akan saman. Tetapi hendak saman siapa? Penulis-penulis blog ini kita tidak kenal.”

Jelasnya lagi, beliau sering menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali, yang hanya ingin mengetahui sama ada beliau adalah pemilik nombor telefon yang dimuatkan di laman web PAS itu.

Mengulas pengalamannya membuat liputan pada malam kejadian 8 September lalu, Imran berkata: “Saya satu-satunya jurugambar yang betul-betul berada dalam kawasan rusuhan itu… Ada juga (penyokong pembangkang) yang tanya siapa saya, apa saya buat di situ. Saya cakap saya (pekerja) press, kemudian cepat-cepat saya berjalan. Takut juga kalau kena pukul atau apa-apa, sakit saja.”

Beliau turut mendakwa, ada beberapa lagi perbuatan yang tidak sewajarnya dilakukan seperti melempar molotov cocktail ke arah polis dan memecahkan pasu bunga tetapi beliau gagal mengambil gambar kerana kejadian itu jauh darinya.

Katanya, beliau berada di situ kira-kira dua jam sebelum berundur apabila matanya mulai pedih akibat semburan gas pemedih mata dan keadaan mulai kelam-kabut.

Polis mengambil keterangan Imran selama dua jam pada 16 Sept sebagai saksi kejadian membakar bendera itu yang dikecam hebat oleh tokoh-tokoh politik, termasuk pembangkang.

Anda mempunyai apa-apa pandangan mengenai isu ini? Saya alu-alukan sebarang cadangan, komen dan pendapat.


Tindakan

Informasi

17 gerakbalas-gerakbalas kepada “Respon dari Imran Jurufoto yang mendakwa mengambil gambar Tragedi Batu Burok”

5 10 2007
amir (00:04:23) :

Salam bro,
Hmm….mungkin. Kita takleh nak nafikan mungkin cerita Imran ni benar. Tapi masih banyak persoalan.

1. Kalau kita baca beberapa lapuran, pihak PDRM telah merampas kamera dan filem jurugambar yang berada di sana - kenapa kamera Imran tidak dirampas?

2. Siapa Imran sebenarnya?

3. Kenapa gambar yang lain (2 di MStar) itu lewat dikeluarkan untuk tontonan orang ramai?

4. Kita perhatikan semula gambar1 (asal) dan 2 (gambar2 - kiri atas; gambar3 - kiri bawah) yang baru:
a. Bayang di G1 masih mencurigakan. Di G2 ianya jatuh ke kanan dan di G3 ianya seperti jatuh ke kiti pula; ketiganya tidak sekata.
b. Berapa banyak bendera yang dibakar? Kalau kita tengok G3, terdapat seolah satu lagi bendera di tanah yang telah dibakar.
i.Jika benar, bukankah sepatutnya terdapat lebih banyak asap?
ii. Kejadian telah berlaku lebih lama sebelum G1, di mana pihak PDRM sepatutnya telah menyedari dan mengambil tindakan sewajarnya.
c.Tatacahaya ketiga gambar berbeda.

5. Kenyataan Imran sendiri (para10) yang menyatakan dia berada tengah kejadian rusuhan: kenapa segelintir sahaja manusia yang dirakamkan berada dalam gambar? Bukankah dinyatakan dalam media beratus malah beribu orang yang merush?

Apapun, telah terdapat banyak keraguan bukan sahaja pada gambar, tapi pada kejadian itu sendiri yang tidak dijelaskan awal lagi oleh pihak berkuasa. Ini sendiri menyebabkan tertimbulnya syak terhadap mereka yang mungkin tidak dapat dilenyapkan dan cerita ini akan berpanjangan ke akhir hayat seperti sebuah lagenda.

Akhir sekali, di antara bakar bendera dan nyawa manusia, saya lebih beratkan nyawa manusia - kedua hamba Allah yang ditembak oleh seorang anggota PDRM. Adakah cerita bendera ini sengaja dipanjangkan untuk mengaburi dan mengaleh pandangan orang ramai dari kejadian menembak? Wallahualam.

5 10 2007
akmal (01:47:27) :

apa yg si imran merepek ni?!!!!! - poyo jek, yeke dia berada di situ? ala takat nak buat cerita, sape pun boleh reka!
saya, pernah menyertai reformsi- takdepun bende2 macamtu? yg ada- keganasan polis- dgnrotannye, pistolnya, water canyon nye…

5 10 2007
dok rok cetong (05:01:59) :

dangkal sungguh hujah si imran ni, banyak yang sipi2 dan kekadang tak kena langsung. aku masih tak percaya ngan mamat ni

5 10 2007
Nujum Pak Belalang (07:17:14) :

Ya, si jurufoto ini bisa saja bikin pengakuan.
Majoriti rakyat yang punya 2 biji mata, ngak mahu percaya dengan berita-berita yang disiarkan oleh koran. Mereka anggap koran2 semacam bahan bacaria.
Cuma rakyat yang punya 1 mata saja yang percaya dengan koran2 .

5 10 2007
faerrin (15:11:10) :

aku cukup x puas hati..sebab ape??

ni ha..

ingat x ade seorang rakyat malaysia yg menyanyi lagu kebangsaan, ubah senikata sambil mengutuk org melayu, raja melayu, azan, islam dan pompuan melayu..ingat?? x perlu sebut sape..satu malaya tahu sape, dan dimane ia berlaku..tapi ape tindakan yg diambil pihak berkuasa@kerajaan memerintah?? ade tindakan susulan??

emmm..selepas dgn ungkapan maaf, terus lenyap, membisu..x de tindakan..sungguh pemurah pemerintah kite..

kalau nak tahu, si penyanyi tu ade juga menyanyikan lagu mengutuk kaum melayu..

dan..

adeke tindakan yg diambil??

ini, baru bakar bendera, yg masih di ragukan kesahihannye..dah kecoh satu malaya..

cis!!!

5 10 2007
Anti Rasuah (17:39:57) :

Sbnarnye, kalo seseorng tu dah diberi suapan@rasuah + perlindungan, ape-ape pun boleh jd. Lakonan yg sudah dirancang sbelum boleh ditayangkn kpd umum.

Wallahualam

6 10 2007
hamed (00:15:45) :

apalah korang nie! memang betui cite si imran tuh. Beliau adalah saksi yang mungkin telah diajar dengan baiknya oleh si polisi mesia yang menang bergaya bak cite ‘GERAK KHAS’.

Memang banyak persoalan yang timbul dan pak polisi pun diam pasai ada cite lain yang sedang menunggu untuk membakul sampahkan cite pak polisi tembak orang dengan peluru idup.

Kata ada macam-macam senjata dan beribu orang…tengok gambar mamat tu pun sorang, dua tiga orang apa nie!

hahahaha…biarlah dia terjun dengan labi-labinya!

6 10 2007
LongMan (03:27:43) :

adapun gambar itu ‘mungkin’ betul di ambil pada masa itu… tetapi itu adalah mat rempit… anak emas pemuda UMNO… jadinya gambar itu tetap satu provokasi dari kera jaan….

6 10 2007
hardyweb (07:27:55) :

“babi di melaka disusukan, anak di riba mati kena tembak.. ”

keriwilium sigh melaporkan untuk AmirIskandar@black..

6 10 2007
el (07:44:22) :

apasal baru nak keluar pengakuan neh? nak hapal skrip dulu ke?

yang menariknya.. tak sempat pulak nak amek gambar orang baling molotov koktel tuh… blah lah…
cuba bersumpah secara Islam tengok.. berani tidak mamat neh…

6 10 2007
TBB (11:09:42) :

Imran Mahzan ini adalah jurugambar new strait times, berasal dari kelantan dan adik ipar kepada razak baginda

7 10 2007
dasuki_tmc (00:54:42) :

ohh…. kroni !! patut pun. percaya tau tak, terpulang, fikir dulu!!!….

7 10 2007
lin (05:57:31) :

Bakar lemang lagi bagus …apa-apa pun orang politik bukan boleh percaya 100% janji dapat pi parlimen dapat elaun ,dapat naik kereta mercedes ke atau apa -apa depa senang kita gak yang bodoh sombong dok tang ni.DEpa senang pi mana sebab kita yang support

7 10 2007
rastom (08:44:15) :

Sdr Amin dan rakan rakan,

Ada masa dan ketika, sesuatu itu disanjung, pada masa lain dipijak. Di zaman mula merdeka lambang bendera itu tinggi kerana apa? Dan setelah 50 tahun merdeka , ada yang sanggup membakarnya. Kenapa?

Bendera itu lambang negara untuk yang mahu hidup bernegara, bertamaddun, berpelembagaan dan undang undang. Apa lagi nilai yang ada pada bendera di saat perlembagaan, undang undang dan hak asasi serta kebebasan dipermainkan? Di kala rakyat asyik bertelagah pasal bakar bendera, ketahuilah bahawa lambang yang dibawakan oleh bendera itu kini dihujung tanduk. Hanya jauhari yang kenal manikam.

7 10 2007
pepek@yahoo.com (18:38:56) :

aku setuju lin org politik mane mane sama je semua kakai pembohong

7 10 2007
embun (21:49:28) :

Jika ada kebakaran, tentu ada kesan kebakarannya? Persoalannya, apakah masih ada kesan kebakaran di tempat tersebut? Bukti kebakaran? Tinggalan sisa-sisa abu untuk dianalisa “DNA”nya???

17 10 2007
melayu sedar (05:00:12) :

Orang melayu suka mengheboh perkara kecil-kecil. Orang luar akan ambil kesempatan. Kalau melayu bakar bendera negara sendiri apakah bila negara besar serang negara ini anda sanggup masuk medan perang.

Tinggalkan komen

Anda boleh menggunakan tag ini : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>