Sampai bila kerajaan mahu terus degil?

2007 Oktober 7
by aminiskandar

Salah satu parti Komponen BN yang menguasai Pulau Pinang menggesa kerajaan agar menimbangkan untuk menubuhkan Suruhajaya Diraja untuk menyiasat Pita VK Lingam. Sila baca berita dari Malaysiakini dibawah:

Gerakan gesa k’jaan timbang tubuh s’jaya diraja
Beh Lih Yi
Oct 6, 07 1:55pm

Gerakan menggesa kerajaan supaya ‘menimbang dengan serius’ penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat klip video yang didakwa untuk mengatur pelantikan hakim.
Gerakan merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang pertama membuat gesaan tersebut, sejak Ketua UmumPKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan klip video tersebut pada 19 September lalu.

Pendedahan tersebut telah mencetuskan desakan pelbagai pihak supaya sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat kandungan klip video itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menolak desakan tersebut dan sebaliknya mengumumkan penubuhan panel bebas untuk menyiasat kesahihan klip video itu.

Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata parti itu menyokong penubuhan panel tersebut sebagai langkah pertama untuk menyiasat kesahihan kandungan klip video berkenaan.

Bagaimanapun, beliau menggesa supaya langkah seterusnya diambil untuk menyiasat perkara tersebut.

Persepsi umum

Dr Koh berkata pihaknya memandang berat persepsi umum mengenai badan kehakiman ekoran pendedahan tersebut serta dakwaan-dakwaan yang lain.

Beliau menegaskan demikian dalam ucapannya di perhimpunan agung parti Gerakan di Kuala Lumpur yang dirasmikan Abdullah.

Jika perlu, katanya, penubuhan suruhanjaya diraja hendaklah dipertimbangkan dengan serius.

Koh yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, menegaskan bahawa integriti badan kehakiman adalah penting kerana ia dilihat sebagai pelindung dan pelaksana keadilan.

Tambahan lagi, tegasnya, sistem perundangan dengan badan kehakiman yang bebas adalah salah satu faktor paling penting dalam menarik dan mengekalkan keyakinan pelabur tempatan dan luar negara.

Perdana Menteri yang duduk di atas pentas, tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika Dr Koh membangkitkan cadangan tersebut.

Beliau juga tidak menjawab gesaan Dr Koh itu atau menyentuh mengenai kontroversi klip video tersebut dalam ucapan perasmiannya. Perdana Menteri beredar kemudiannya tanpa bercakap kepada media.

Klip video tersebut menunjukkan Lingam sedang berbual melalui telefon, didakwa untuk mengatur pelantikan hakim-hakim.

Dari kontek perbualan tersebut, Anwar mendakwa orang yang bercakap dengan Lingam adalah Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim. Berita asal


   
   

Sampai bila Pak Lah dan Najib masih mahu berdegil? Takkan tak berani nak bersihkan sistem kehakiman?

4 Respons leave one →
  1. 2007 Oktober 7

    Hm, takut la tu. Apa lagi?

  2. 2007 Oktober 7

    Salam bro,

    Depa tu berdegil bukan pasai apa bro, tapi takut pecah tembelang depa! La ni, pilihanraya dah dekat, lagi lah depa takut!

    Menengok keadaan, cek harapkan parti gerakan ni buat ‘total reverse of the heart’ cam sapa tu buat kat Sabah dulu tu! Sorry ek, cek tak ingat nama dia mahupun parti dia.

  3. 2007 Oktober 7
    anakmama permalink

    pak lah dah koma dulu dan sekarang, dia tak tahu apa yang berlaku disekelilingnya.
    yang ditahu cuti dan ambil gaji.

    najib bimbang kalau sistem kehakiman dibersihkan
    ntah ntah dia dan kawan kawan dia terpalit. bukan menuduh tapi diragui intergriti cara najib berfikir

    Apa lagi nak memerintah Malaysia

Trackback & Pingback

  1. Blogger lagi best? « Affuan.net

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS