Cetak rompak adalah salah satu isu yang tidak pernah selesai di negara ini. Ramai penerbit filem, penyanyi, pencipta lagu dan penulis merungut oleh kerana hasil karya mereka dicetak rompak. Nasir Jani seorang pengarah filem yang saya hormati pernah mengarahkan sebuah filem yang bertajuk “Kembara Seniman Jalanan”.
Di dalam filem ini Nasir Jani menyampaikan mesej agar cetak rompak diperang habis-habisan. Perjuangan Nasir Jani untuk memerangi cetak rompak telah menyebabkan beliau diserang oleh kerajaan pimpinan Dr. Mahathir sehingga beliau pernah dihantar ke rumah sakit jiwa. Namun oleh kerana Nasir Jani tidak gila, beliau dikeluarkan dari hospitalk tersebut beberapa bulan kemudian.
Sebenarnya cetak rompak memang dihalalkan dinegara ini. Cetak rompak terbesar dilakukan oleh parti politik UMNO sendiri. UMNO bermula pada tahun 1946 dengan slogan “Hidup Melayu”. Oleh kerana pada ketika itu sentimen untuk menuntut kemerdekaan menjadi begitu popular dikalangan rakyat Malaysia, maka UMNO yang disokong oleh penjajah Beritish telah men”cetak rompak” slogan kemerdekaan yang dimulakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan dari PKMM, API dan AWAS.
Hasil daripada perundingan dengan British, akhirnya berjayalah UMNO, MCA dan MIC untuk mendapatkan kemerdekaan. Maka halallah cetak rompak yang dilakukan oleh UMNO. Sehingga hari ini kita boleh melihat dengan terang-terangan UMNO masih lagi menggunakan hasil cetak rompaknya dan memberitahukan kepada rakyat bahawa pemimpin-pemimpin merekalah yang memperjuangkan kemerdekaan.
Datuk Onn Bin Jaafar yang pernah mengejek Dr. Burhanuddin Helmy, Ahmad Boestamam dan rakan-rakan mereka dengan mengatakan “Nak buat jarum pun tak reti, ada hati nak tuntut kemerdekaan” telah diangkat sebagai “hero” kemerdekaan. Tidak dapat dinafikan Datuk Onn mempunyai jasa tetapi jasanya lebih kepada menubuhkan UMNO yang berslogankan Hidup Melayu.
Jika kita lihat bendera negara kita dari jauh, kita mungkin menyangka bahawa itu adalah bendera Amerika Syarikat. Satu lagi cetak rompak yang dihalalkan. Sewaktu di Afghanistan, saya dan kawan-kawan telah diberi amaran oleh Pegawai Keselamatan kami agar tidak memakai apa-apa baju yang mempunyai bendera Malaysia. Ini adalah kerana rupa bendera Malaysia tidak banyak beza dengan bendera Amerika Syarikat. Di Afghanistan sentimen Anti Amerika sangat tinggi dan jika sesiapa dilihat bersekongkol dengan penjajah itu pasti akan mandapat susah.
Selepas Merdeka di zaman pemerintahan Tun Razak bapa kepada Timbalan Perdana Menteri yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya, garis perjuangan orang-orang kiri amat popular dikalangan rakyat. Kemiskinan dan kedaifan hidup telah menyebabkan Parti Rakyat Malaysia dan Parti Buruh mendapat undi yang besar dikalangan rakyat Malaysia.
Garis perjuangan untuk menjaga kabajikan rakyat telah dicetak rompak oleh UMNO. Sebab itulah Tun Razak menubuhkan FELDA, FELCRA, Bank Rakyat dan lain-lain lagi. Pada ketika itu juga, mahasiswa universiti diberi biasiswa dan bukannya pinjaman walaupun Malaysia tidak sekaya sekarang.
Dizaman Tun Dr. Mahathir juga tidak ketinggalan dari budaya cetak rompak. Cetak rompak lagu, filem dan karya seni juga berleluasa pada ketika itu. Sebab itu Nasir Jani dianggap bahaya pada zaman ini.
Arus Islam yang semakin popular dikalangan orang Melayu ditambah dengan kemarahan pemecatan Anwar Ibrahim dari kerajaan dan UMNO telah menyebabkan undi orang Melayu telah beralih kepada parti pembangkang pada pilihanraya umum 1999.
Ini telah menyebabkan UMNO melakukan cetak rompak apabila Dr. Mahathir mendeklarasikan bahawa Malaysia adalah Negara Islam pada tahun 2001 untuk meraih semula sokongan daripada orang Melayu.
Pak Lah yang mewarisi jawatan Perdana Menteri pada tahun 2003 telah memulakan cetak rompak besar-besaran. Banyak “hasil karya” Anwar Ibrahim telah menjadi mangsa. Pak Lah telah mengheret Eric Chia ke mahkamah dengan isu rasuah dan ini telah menyebabkan BN menang besar dalam pilihanraya umum 2004.
Eric Chia akhirnya dilepaskan baru-baru ini. Itu semua tidak penting bagi UMNO yang lebih penting bagi mereka apa yang popular dikalangan rakyat. Jika anti rasuah itu popular, maka ianya akan dicetak rompak.
UMNO dan BN (yang dahulunya Perikatan) terus memerintah Malaysia oleh kerana dasar “cetak rompak” yang diamalkan. Cuma bezanya cetak rompak mereka dihalalkan. Barisan Nasional itu sendiri adaah satu cetak rompak daripada dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British.
British berjaya menjajah Malaysia dengan lama oleh kerana dasarnya yang mengasing-asingkan Melayu, Cina dan India. UMNO dan BN terus berkuasa oleh kerana mereka mengamalkan politik perkauman. Orang Melayu terus ditakut-takutkan dengan bangsa Cina dan India agar UMNO terus relevan. Begitu juga dengan orang Cina dan India.
Cetak Rompak akan terus berleluasa jika UMNO dan BN terus berkuasa. Mereka adalah Bapa Cetak Rompak negara. Seniman jangan marah dengan Cetak Rompak jika mereka terlibat dalam memastikan UMNO dan BN terus berkuasa. Lihat balik sejarah negara Malaysia sejak awal penubuhan lagi. Jika anda terus menyokong UMNO dan BN bermakna anda menyokong cetak rompak.
Artikel ini pernah disiarkan di Suara Keadilan.









Salam bro,
Kalau kat Negara China tu le, penciplak cam ni takdak hukuman lain lagi melainkan public firing squad.
Kalau ikut hukum Islam lak, bila terbukti bersalah - menciplak tu mencuri le - potong je tangan depa!
Filem Kembara Seniman Jalanan tu memang best! Paling best watak Pyan Habib…
Andai langkah membekas lara,
Andai kata merangkai dusta,
Andai tingkah menoreh luka,
Izinkan saya bersimpuh-sila,
Menghulur tangan di bulan mulia..
Selamat hari raya Aidilfitri
~Hasrul Halid~
Baguih Dok Ada!!