Masa telah tiba, hanya lautan manusia yang mampu mengubah!!!

Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Pejabat Anwar Ibrahim

Pak Lah merasmikan Puteri Nasi Kandar ketika rakyat menderita akibat banjir

Mangsa keganasan polis yang menembak rakyat di Batu Burok, Terengganu
Pelbagai masalah yang melanda negara ini perlu diselesaikan sendiri oleh rakyat. Tidak boleh berlengah lagi. Satu persatu masalah timbul. Kalau dahulu ketika 100,000 rakyat berhimpun di Dataran Merdeka pada 20 September 1998, rakyat masih lagi hidup dalam keadaan selesa, kini tidak lagi.
Pada ketika itu, harga minyak masih murah, harga tol masih murah, tambang bas masih murah, sayur masih murah, ayam masih masih murah dan semua barang keperluan masih lagi murah.
Kini semuanya sudah berubah. Yang dahulunya barang keperluan, kini sudah menjadi barang mewah contohnya seperti harga ayam dan harga tol. Dahulu tidak ada banyak kejadian rakyat lari daripada membayar tol. Tetapi kini hampir semua lebuhraya terpaksa memperketatkan sistem keselamatan untuk menghindari kajadian rakyat tidak bayar tol.
Ketika rakyat menderita akibat banjir, Perdana Menteri bersenang lenang di luar negara, berlayar dalam bot mewah dan merasmikan Restoran Nasi Kandar milik kroninya di Australia.
Ketika rakyat berhimpun secara aman, mereka ditembak oleh polis seperti apa yang berlaku di Batu Burok, Terangganu. Media-media arus perdana memainkan peranan jahat untuk mengalihkan isu Polis tembak rakyat kepada isu pembakaran Jalur Gemilang yang belum dipastikan siapa perlakunya, mungkin agen-agen polis yang melakukannya? ataupun rakyat yang tersilap menyangka bahawa bendera yang dibakarnya ialah bendera Amerika.
Menantu Perdana Menteri dan konco-konconya dibiarkan merompak kekayaan negara dengan sewenang-wenangnya. Rakyat Asing dibunuh dengan kejam dan proses penghakimannya menjadi lucu dari hari ke hari.
Pilihanraya dijadikan medan untuk menipu rakyat. Telah terbukti setelah 11 kali berlangsung, parti yang memerintah masih lagi UMNO, MCA, MIC dan beberapa lgi komponen Barisan Nasional. Kalaupun pilihanraya mampu memberi perubahan, seperti Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang kita miliki satu ketika dahulu, ianya akan diharamkan. Alasan sudah tentu banyak yang boleh diberikan seperti komunisme dan sekarang ini mereka pasti gunakan alasan Terorisme.
Sebab itu hampir 5 juta anak muda yang layak mengundi memilih untuk tidak mengundi. Bukan kerana tidak patriotik dan cintakan negara tetapi kerana mereka tahu undi mereka tidak akan mengubah.
Tidak ada apa yang mustahil. Sekuat manapun batu, ianya pasti akan dapat dipecahkan. Begitu juga dengan kerajaan. Sekuat manapun, ianya pasti akan dapat diTUMBANGkan. Cuma caranya mesti betul. Pasti akan TUMBANG.
Pemerintahan Diktator Jeneral Soeharto telah berjaya ditamatkan dengan kekuatan rakyat. Shah IRAN dimasukkan kedalam tong sampah sejarah apabila RAKYAT TURUN KEJALAN.

10 November 2007 ini akan diadakan satu perhimpunan “Hari Selamatkan Malaysia” di Dataran Merdeka pada pukul 3 petang. Ini adalah usaha-usaha yang terkahir untuk memastikan Pilihanraya Yang Bebas dan Adil diberi kepada rakyat.
Marilah bersama-sama menjayakan Perhimpunan Raksaksa ini. Ini bukanlah Perhimpunan Parti Pembangkang. Ini adalah Perhimpunan RAKYAT. Ini adalah medan untuk menunjukkan KEKUASAAN RAKYAT.
Kepada 5 juta anak muda yang tidak mendaftar untuk mengundi dalam pilihanraya, marilah turun beramai-ramai.
Peguam-peguam telah turun KEJALAN untuk menyelamatkan Sistem Kehakiman. Sekarang sudah tiba giliran kita. KITA SELAMATKAN MALAYSIA!!! AYUH!!!















Since this is the final effort to alert this current Government i will be the first to be there wearing yellow shirt. Ayuh dong!
sudi singgah jamizalzainol.wordpress.com
Mak tataw lah noks… tapi mak memang ta ngundi tis year!
Pasalnyer?… kalo mak ngundi parti pembangkang yang mmpunyai ideologi pembaharuan yang lebih mapan… tetapi kelas juger kerajaan National Front – translatenyer… government of Nasial depan! akan menang!
hiks!
NUKILAN DI SEBALIK PERHIMPUNAN 100 000
Pada 10 november ini akan berlangsung satu lagi perhimpuan rakyat untuk menuntut keadilan. Tapi adakah ini benar-benar perhimpunan mewakili rakyat. Risik-risik dari rakan-rakan saya ada yang tak sependapat rupanya. Kejap nak kuning ! kejap nak biru ! kejap nak merah !. Mana satu ni dipilih. Rupa-rupanya tiada sepakat juga perhimpunan ini. Mana tak nya takde kerjasama antara satu sama lain.
Risik-risik dari rakan juga rupanya orang di sebalik pertubuhan ini tak lain tak bukan iaitu rakan kita saudara Anwar. Beriya-iya dengarnya dia minta kroninya jalankan usaha ini. Jadi tak heranlah, orang yang dahulunya mengucar kacirkan negara kembali dengan perangai lamanya. Tapi kali ini saudara itu bijak jalankan jenteranya. Tapi awas! Benda lama bole berulang, peristiwa rusuhan berdarah boleh berlaku semula hanya disebabkan oleh seseorang memburu kepentingan dirinya. Wahai saudara Anwar, jangan lar dihuru harakan negara ini dengan agenda dan poltikusmu.
Untuk artikel sepenuhnya sila lawati blog http://www.bersih.blogspot.com
Rasa teman ler…Kalau Anwar mementingkan agenda politiknya..takkan dulu dia melawan Boss dia, lebih baik dia ikut jer apa Boss dia cakap.. Abis tu takkan nak biar Pak Lah dan kroni dia huru harakan duit rakyat..? Bukan apa nanti bila dia dah tak jadi PM duit kerajaan dah habis, dia senang lenang rakyat merempat di bumi sendiri…
kita mesti beri sokongan untuk menukar kerajaan yang ada sekarang. kita mesti sedar atas segala penyelewengan yang berlaku sekarang. kita bertanggungjawab sama diatas segala kekusutan yang dialami sekarang. sedarlah wahai
rakyat yang cintakan negara ini!
klu nak tukar kerajaan yang ader sekarang, pembangkang perlu tunjukan komitment, tunjukan kemampuan mereka bukan dok buat ceramah, memang penting ceramah ni, tp sesekali tunjukan kemampuan untuk buat perubahan, pembngkang perlu ada dana, perancangan yang strategik untuk masa depan mereka….marii kita tukar kerajaan yang ada sekarang
Kta setuju gak dgn Kerispatih.. Dl kta N ayah kta sokong giler Anwar,giler pun x sokong mcm kta.. Tp dah jelas,penubuhan KeAdilan bkn utk rkyt tp utk Anwar. Bl dh kuar,dia cuba nk tuntut kedudukan dia semula. Jelas sgt.. Ni sume agenda peribadi.. Percayalah,kalau tukar 100% ahli2 dlm kerajaan skrg kpd puak2 pembangkang,sm je jd nya.. Dia org pn rasuah sn sini gak.. Kroni2 gak.. Sume jenis cantas gak ni..
kerispatih berkata:
” Tapi awas! Benda lama bole berulang, peristiwa rusuhan berdarah boleh berlaku semula hanya disebabkan oleh seseorang memburu kepentingan dirinya. Wahai saudara Anwar, jangan lar dihuru harakan negara ini dengan agenda dan poltikusmu.
Untuk artikel sepenuhnya sila lawati blog http://www.bersih.blogspot.com ”
KOMEN:
LAMAN/BLOG BERSIH yang sebenarnya ialah http://www.bersih.org
Suka-suka kau tolak bagi Anwar. Dengar kata semua parti pembangkang ada pergi selain dari keADILan. Masakan orang lain akan pergi kalau itu kerja Anwar sahaja.
40 NGO pergi jugak. Encik bukan orang UMNO?
Apa salahnya berjuang untuk pilihanraya bersih? Apakah ada parti lain selain dari pembangkang yang tak suka pilihanraya bersih?
Apa yang perlu ditakutkan?
Sekian,
http://sagaladoola.blogspot.com
brader
kalau anwar tak bagus, pembangkang tak bagus, ngo tak bagus, itu tak bagus, ini tak bagus… abis siapa yg bagus???
lebeh baik lu duduk bawah tempurung makan cacing la…
yg sebenarnya ibu segala kedajalan yg bermula dr UMNO!
wooiiii jgn percaya blog yg ni
http://www.bersih.blogspot.com
INI BLOG YG DI HASILKAN OLEH PARA PENCACAI-PENCACAI PARTI UMNO BANGSAT…