Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Pejabat Anwar Ibrahim

Pak Lah merasmikan Puteri Nasi Kandar ketika rakyat menderita akibat banjir

Mangsa keganasan polis yang menembak rakyat di Batu Burok, Terengganu

Pelbagai masalah yang melanda negara ini perlu diselesaikan sendiri oleh rakyat. Tidak boleh berlengah lagi. Satu persatu masalah timbul. Kalau dahulu ketika 100,000 rakyat berhimpun di Dataran Merdeka pada 20 September 1998, rakyat masih lagi hidup dalam keadaan selesa, kini tidak lagi.

Pada ketika itu, harga minyak masih murah, harga tol masih murah, tambang bas masih murah, sayur masih murah, ayam masih masih murah dan semua barang keperluan masih lagi murah.

Kini semuanya sudah berubah. Yang dahulunya barang keperluan, kini sudah menjadi barang mewah contohnya seperti harga ayam dan harga tol. Dahulu tidak ada banyak kejadian rakyat lari daripada membayar tol. Tetapi kini hampir semua lebuhraya terpaksa memperketatkan sistem keselamatan untuk menghindari kajadian rakyat tidak bayar tol.

Ketika rakyat menderita akibat banjir, Perdana Menteri bersenang lenang di luar negara, berlayar dalam bot mewah dan merasmikan Restoran Nasi Kandar milik kroninya di Australia.

Ketika rakyat berhimpun secara aman, mereka ditembak oleh polis seperti apa yang berlaku di Batu Burok, Terangganu. Media-media arus perdana memainkan peranan jahat untuk mengalihkan isu Polis tembak rakyat kepada isu pembakaran Jalur Gemilang yang belum dipastikan siapa perlakunya, mungkin agen-agen polis yang melakukannya? ataupun rakyat yang tersilap menyangka bahawa bendera yang dibakarnya ialah bendera Amerika.

Menantu Perdana Menteri dan konco-konconya dibiarkan merompak kekayaan negara dengan sewenang-wenangnya. Rakyat Asing dibunuh dengan kejam dan proses penghakimannya menjadi lucu dari hari ke hari.

Pilihanraya dijadikan medan untuk menipu rakyat. Telah terbukti setelah 11 kali berlangsung, parti yang memerintah masih lagi UMNO, MCA, MIC dan beberapa lgi komponen Barisan Nasional. Kalaupun pilihanraya mampu memberi perubahan, seperti Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang kita miliki satu ketika dahulu, ianya akan diharamkan. Alasan sudah tentu banyak yang boleh diberikan seperti komunisme dan sekarang ini mereka pasti gunakan alasan Terorisme.

Sebab itu hampir 5 juta anak muda yang layak mengundi memilih untuk tidak mengundi. Bukan kerana tidak patriotik dan cintakan negara tetapi kerana mereka tahu undi mereka tidak akan mengubah.

Tidak ada apa yang mustahil. Sekuat manapun batu, ianya pasti akan dapat dipecahkan. Begitu juga dengan kerajaan. Sekuat manapun, ianya pasti akan dapat diTUMBANGkan. Cuma caranya mesti betul. Pasti akan TUMBANG.

Pemerintahan Diktator Jeneral Soeharto telah berjaya ditamatkan dengan kekuatan rakyat. Shah IRAN dimasukkan kedalam tong sampah sejarah apabila RAKYAT TURUN KEJALAN.

10 November 2007 ini akan diadakan satu perhimpunan “Hari Selamatkan Malaysia” di Dataran Merdeka pada pukul 3 petang. Ini adalah usaha-usaha yang terkahir untuk memastikan Pilihanraya Yang Bebas dan Adil diberi kepada rakyat.

Marilah bersama-sama menjayakan Perhimpunan Raksaksa ini. Ini bukanlah Perhimpunan Parti Pembangkang. Ini adalah Perhimpunan RAKYAT. Ini adalah medan untuk menunjukkan KEKUASAAN RAKYAT.

Kepada 5 juta anak muda yang tidak mendaftar untuk mengundi dalam pilihanraya, marilah turun beramai-ramai.

Peguam-peguam telah turun KEJALAN untuk menyelamatkan Sistem Kehakiman. Sekarang sudah tiba giliran kita. KITA SELAMATKAN MALAYSIA!!! AYUH!!!