Pemuda UMNO takut dengan Perhimpunan 100 000 Rakyat

Bahang Himpunan 100 000 rakyat anjuran BERSIH semakin hari semakin membara. Cakap-cakap tentang lautan manusia yang akan membanjiri Kuala Lumpur dengan warna Kuning bukan sahaja dikalangan aktivis NGO dan parti pembangkang, malahan ianya sudah menjadi bahan bualan dikalangan pemimpin UMNO.
Pemuda UMNO sendiri sudah respon mengenai isu ini, sila klik disini. Mereka tahu bahawa jentera kerajaan seperti polis tidak akan mampu menahan Gelombang Kebangkitan Rakyat. Mereka juga tahu bahawa Pak Lah dan Menantunya akan lari ke luar negara meninggalkan mereka jika Gelombang Kebangkitan Rakyat menang.
Berita tentang Perhimpunan 100 000 rakyat yang turut diadakan serentak di beberapa bandar besar dunia di hadapan kedutaan Malaysia juga merisaukan mereka oleh kerana jika mereka juga mahu lari suatu hari nanti, mereka tidak mungkin lagi akan diterima.
Bandar-bandar yang sudah confirm:
1) Bangkok, Thailand.
2) Seoul, Korea Selatan.
3) Jakarta, Indonesia.
4) London, England.
5) Manila, Filipina.
6) New Delhi, India.
7) Ulanbaatar, Mongolia
(Akan diupdate mengenai bandar yang akan turut serta dari masa ke semasa)
Ini sudah menjadi adat resam penindas, contohnya apabila Gelombang Kekuatan Rakyat Iran sudah berada di kemuncak, Shah Iran lari ke Amerika Syarikat. Begitu juga dengan Marcos di Philippines. Sebab itu UMNO, MCA dan MIC berusaha keras untuk mensabotaj Perhimpunan 100 000 rakyat pada 10 November 2007 ini.
Namun mampukah mereka? Sudah tentu tidak oleh kerana Rakyat akan menunjukkan kekuatan mereka!!!
Oktober 31, 2007 pada 10:14 pm
“…turut diadakan serentak di beberapa bandar besar dunia di hadapan kedutaan Malaysia..” ye ke? kat mana? tolong listkan bandar-bandar besar ini, kalo berkesempatan boleh pegi! lawan tetap lawan!
November 1, 2007 pada 4:23 am
Hoho.. Aku nak tgk muka depa nanti macam mana.. X sabar wei!
November 1, 2007 pada 11:06 am
10 NOVEMBER : GELOMBANG KUNING KEDAULATAN DAN KEAMANAN
AMARAN OLEH RAKYAT MALAYSIA :
Ini adalah satu perhimpunan aman rakyat Malaysia yang selaras dengan kehendak Artikel Perlembagaan Malaysia. Kekacauan, provokasi dan lain-lain bentuk keganasan daripada mana-mana pihak adalah dilarang sama sekali. Semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menyertainya tanpa rasa takut daripada ugutan atau ancaman daripada mana –mana pihak.
Untuk menyemarakkan lagi Gelombang Kuning 10 November di sini ada beberapa cadangan kreatif dan inovatif :
Semua kenderaan di seluruh Malaysia hendaklah menyalakan lampu secara serentak di seluruh jalan-jalan di Malaysia bermula jam 03.00 petang sehingga jam 05.00 petang. Ini sebagai satu tanda sokongan moral kepada gerakan massa gelombang kuning ini.
Kepada yang mempunyai peralatan seperti kamera digital, Videocam, handphone 3G dan lain-lain yang menyertai perhimpunan ini rakamkan keseluruhan acara ini dan jika boleh siarkan secara langsung ke internet atau kepada rakan-rakan anda di seluruh dunia.
Kepada para peserta yang akan berhimpun kepada yang beragama Islam hendaklah melakukan solat taubat dan hajat semoga perhimpunan ini berjaya dan berjalan secara aman. Laksanakan bermula sekarang sehingga 10 November.
Hantar SMS atau MMS untuk menyatakan acara ini kepada rakan-rakan anda di seluruh negara. Ini kerana jumlah rakyat Malaysia yang menggunakan handphone mencecah 14 juta.
Anggota Tentera Malaysia dialu-alukan untuk bersama-sama rakyat menyertai perhimpunan ini tanda sokongan dan taat setia kepada Yang DiPertuan Agong. Pakai lilit lengan berwarna kuning.
Apa sahaja yang berwarna kuning hendaklah menjadi warna tema pada 10 November. Kuning akan menjadi warna rasmi pada 10 November pada hari itu di seluruh negara. Premis-premis perniagaan,rumah kediaman atau lain-lain kibarkan kain, kertas berwarna kuning di hadapan rumah.
Semua pendukung Barisan Alternatif hendaklah menggerakkan semua anggota jentera pilihanraya ke Kuala Lumpur dalam menggembeling kekuatan perhimpunan ini.
Untuk para peserta luar daripada Lembah Klang disarankan datang lebih awal untuk mengelakkan sebarang sekatan akan dijalankan pada waktu tersebut.
Disarankan kepada semua peserta beragama Islam supaya menjaga solat. Laksanakan solat berjemaah di Masjid-masjid di sekitar Kuala Lumpur dan berdoa akan keselamatan semua para peserta perhimpunan ini dan semoga ia berjalan secara aman. Pastikan juga para peserta dalam keadaan berwuduk.
Malahan kepada para peserta juga digalakkan makan dahulu sebelum datang atau puasa untuk mengelakkan kita berasa lapar dan mudah marah kerana ditakuti akan ada provokasi daripada anasir luar.
Semasa berhadapan dengan FRU atau anggota Polis kelak banyak-banyak baca Surah Al-Ikhlas dan zikir kepada Allah semoga anggota polis dan FRU akan bersama-sama rakyat dalam perhimpunan ini.
Agensi-agensi berita antarabangsa perlu dijemput seramai mungkin pada 10 November tersebut dan siarkan secara langsung ke seluruh dunia jika pihak keselamatan bertindak ganas ia akan disaksikan di seluruh dunia secara ‘real time’.Letakkan mereka di barisan hadapan dan tempat-tempat strategik untuk mendapatkan sudut rakaman terbaik.
Anggota polis disarankan memakai baju uniform rasmi dan lilit tangan berwarna kuning untuk mengelakkan sebarang kejadian provokasi daripada mana-mana pihak yang akan cuba mengganggu perhimpunan secara aman ini.
Sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 ini para pelancong asing perlu melihat acara ini secara langsung kerana perhimpunan ini cukup unik dan jarang-jarang diadakan. Pelancong asing boleh melihat bagaimana pasukan polis melaksanakan tugas besar ini dengan baik dan professionalisma.
Untuk lebih menyerikan perhimpunan ini anggaplah ia sebagai satu rumah terbuka aidilfitri rakyat . Pakai baju melayu siap bersampin dan songkok. Adalah mustahil untuk timbul kekacauan jika kita datang dengan suasana harmoni meraikan aidilfitri.
Adakan juga perhimpunan ini serentak di seluruh dunia di hadapan kedutaan asing Malaysia seperti di Washington, London, Paris, Tokyo, Beijing, Jakarta, Bangkok dan lain-lain. Pastikan ia mendapat liputan antarabangsa dan menjadi berita utama pada hari itu.
Bawa pasukan kompang / pancaragam untuk sama-sama menyerikan perhimpunan aman ini.
Para peserta perhimpunan aman ini disarankan supaya berdisiplin, lemparkan senyuman, elakkan suasana tegang, sentiasa berzikir. Kita perlu kuasai suasana aman pada ketika itu sehingga akhir.
Bawa jambangan bunga kuning dan berikan kepada semua anggota keselamatan yang berkawal pada hari tersebut.
Kesemua kerabat diraja, Sultan-Sultan Melayu perlu dijemput sama untuk mencemar duli pada hari itu. Kehadiran Baginda-baginda Sultan bersama kerabatnya sudah pasti akan membawa mesej jelas terhadap perubahan yang perlu dilakukan di negara ini.
Para perwakilan asing daripada seluruh dunia juga dijemput hadir melihat bahawa perhimpunan ini adalah perhimpunan aman. Pihak kedutaan asing di Malaysia juga perlu berada dalam perhimpunan ini untuk membuat laporan yang tepat dan jelas.
November 1, 2007 pada 1:44 pm
Assalamualaikum wbt, ohh seluruh dunia ke, iya ! perhimpunan ini menandakan kita bererti kita menyuarakan hati kita untukk menyanggah kezaliman dan penipuan. Semoga perhimpunan ini berjaya dan mendapat redha Allah …
‘Yang benar pasti kan tertegak suatu hari nanti’
Takbirrr !!! Allahu akbar
November 1, 2007 pada 4:13 pm
Betul ke ni?
November 1, 2007 pada 4:50 pm
Welcome again “pelakon2 AMNO”. Budak sekolah mana pulak nak “bakaq Jalur Gemilang”!
November 2, 2007 pada 7:21 am
semoga allah menyelamatkan kalian .
teruskan jangan undur kebelakang.
gunakan bijaksana jangan gunakan nafsu
tunjukkan identiti bersih kita
untuk pihak berkuasa.
kami bukan nak tunjuk samseng.
cuma nakkan kebenaran bagilah kami peluang
tolong jaga jalan jangan bagi sesak
semoga kalian bersama kami nanti
November 2, 2007 pada 9:23 am
[...] Iskandar : Pemuda UMNO takut dengan Perhimpunan 100 000 Rakyat Posted in Uncategorized | Leave a [...]
November 4, 2007 pada 7:31 am
Warna kuning - macam perhimpunan DIGI pula
November 5, 2007 pada 7:03 am
Kerja orang gila, suka nak melalak ke hulu ke hilir.
November 5, 2007 pada 7:11 am
Semuanya tidak betul mereka saja yang betul. Parti dan pemimpim mana yang paling NO.1 suku membuat huru hara dijalanan. Jika terkena belantan saya jangan marah ya. Dan anda dijemput ke perhimpunan tersebut dan jangan lupa belantan saya jika engkar.
November 5, 2007 pada 9:08 am
Auw! Takutnya.. Takutnya.. Sampai nak terkencing rasanya.. Haha.. Apa ko ingat kami takde kaki nak sepak? Ayuh, beruk ni dah kata nak bagi belantan. Apa kata kiter sumer bawak “belantan” sama? Adil x?
November 5, 2007 pada 11:00 am
BERSEH TIMBUL ATAS FRUSTASI DIRI . BERSEH ADALAH BERTUJUAN NAK CREATE ISU KERANA PEMBANGKANG TAK ADE ISU. JADI JIKA ADA SEORNG KENA BELASAH DENGAN PIHAK POLIS ATAU FRU BARU ADA ISU.
PEMBEBEL ADALAH SEKADAR MEMBEBEL AJE .
November 6, 2007 pada 8:34 am
Pembebel aku sedikit pun tak takut dengan sepakan kau. Bukan kencing kau saja keluar dengan biji bijinya kau sekali akan keluar. Nak lembam biji mata lagi ke.
November 6, 2007 pada 6:25 pm
kawan-kawan semua, isu tuntutan oleh bersih ini adalah tuntutan rakyat dan sah dalam amalan demokrasi. melainkan Malaysia sudah tidak mahu mengamalkan sistem demokrasi.
sila luangkan sedikit masa, <a href=”http://arifabdull.wordpress.com/2007/11/07/3-hari-lagi-buktikan-kuasa-rakyat/”tonton video bagaimana Hugo Chavez berjaya mempertahankan demokrasi hasil kekuatan kuasa rakyat negaranya yang turun ke jalan raya, sebagai rujukan dan memahami mengapa rakyat negara ini perlu menyokong tindakan Bersih ini.
~Salam perlawanan~
http://arifabdull.wordpress.com/
November 6, 2007 pada 6:26 pm
Maaf,
Sila Tonton di sini.
November 7, 2007 pada 1:55 am
Tidak ada yang betul betul perfect dalam dunia ini. Jika nak di fikirkan kesemua pemimpin baik pemimpin kerajaan atau pemimpin pembakang kesemuanya sama sahaja. Ada yang kaki rasuah, kaki ampu, kuat main jobor, memperkayakan diri sendiri untuk keluarga dan kroni kroni mereka. Yang lebih lebih mempergunakan isu ugama, itu yang paling celaka sekali dan yang paling saya benci. Berselindung di sebalik isu agama untuk tujuan nak jadi PM atau YB.
November 7, 2007 pada 4:14 am
mambang aku sokong ko.
diorang ni (kutu2 pembangkang) memang suka
buat keje tak berfaedah, nak tuntut pilihanraya bersih konon, tapi bodoh cam lembu buat perhimpunan tah apa2 tah…
November 7, 2007 pada 4:16 am
aloo arif, kalau ko sokong cara hugo chavez, ko pegi ler negara dia. ni malaysia lah jgn ko sama kan dengan negara luar sane.
November 9, 2007 pada 10:36 am
Huahuahua.. Cakap je x jadi bang. Ko mencarut cemana pun x sakitnyer. Naik stage la. Stage ni maksud aku, buat la blog sendiri. Pertahankan pemimpin2 bengong dan bodoh serta biadap korang tuh. Muka sendiri macam beruk, ada hati nak kata orang macam monyet.
Kadang2 aku terfikir, kenapa laaaa geng2 KERAjaan nih x de blog? Xde isu nak agungkan? Ke bodoh x pandai nak berblog? Miahaha..
November 9, 2007 pada 10:47 am
[...] Kenapa nak dihalang perhimpunan 100000 rakyat? Objektif BERSIH adalah untuk menuntut pilihanraya yang adil. Itu je! Bukan menuntut KERAjaan memberi rasuah berupa pompuan dan duit berjuta2 dolar. Macam Pak Najibs mengganyang Altantuya. Macam si BABI Johari Baharom - terlepas gitu je. Ada hati nak bagi nasihat supaya rakyat jangan ikut berhimpun. Pegi neraka la anjing! Pooodah! [...]
November 12, 2007 pada 3:58 am
kita Orang Melayu Islam…Suci diri dari kata-kata..yang tak sedap di dengar..jadi..la Islam sejati..sabar separuh Iman..ingatlah..bersalamanla kita..wasalam..