You are currently browsing the monthly archive for November, 2007.

Tahukah anda mengapa media arus perdana dan menteri-menteri tak habis-habis memainkan isu Hindraf? Hampir setiap hari RTM, TV3 dan akhbar-akhbar hampir setiap hari memutarkan video dan menyiarkan berita mengenai tuntutan Hindraf dan sebagainya. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menaikkan kemarahan orang Melayu. Apabila orang Melayu marah, maka mereka akan respon kepada Hindraf.

Apabila orang Melayu respon kepada Hindraf maka mudahlah untuk berlaku pergaduhan kaum. Apabila berlaku pergaduhan kaum maka BN akan kembali popular. Politik perkauman akan kembali relevan. Secara tidak langsung isu kehakiman, tuntutan untuk pilihanraya yang bebas dan adil, kenaikkan harga tol dan minyak akan dapat dilarikan daripada perbincangan rakyat.

Kerajaan sebenarnya takut jika rakyat bangkit untuk menentang kenaikkan minyak dan tol. Perhimpunan BERSIH dan Hindraf telah memberikan isyarat kepada BN bahawa walaupun Malaysia mempunyai undang-undang yang mencengkam rakyat seperti ISA, OSA dan Akta Polis, rakyat tetap berani untuk turun berhimpun.

Apalagi jika isu yang diperjuangkan kena kepada batang hidung dan kehidupan harian seperti kenaikkan harga minyak dan tol. Sudah pasti perhimpunan bagi membantah kenaikkan minyak dan tol akan dihadiri oleh lebih sejuta rakyat Malaysia.

Jadi telah sampai masanya untuk kita sedar akan isu yang sebenar. Jangan biarkan diri kita terperangkap dengan politik perkauman ciptaan BN. Yang tertindas didalam masyarakat ada Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan. Yang merompak harta rakyat juga begitu, ada Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan.

Jangan terpengaruh dengan propaganda perkauman. Simpan tenaga. Tenaga kita akan diperlukan untuk menentang kenaikkan harga minyak dan tol. Sementara itu hiburkanlah hati anda dengan melihat video dibawah.

Amerika Syarikat telahpun bersuara mengenai perhimpunan aman di Malaysia. Kata mereka PM seharusnya membenarkan ianya daripada berlaku dan jangan menggunakan ISA dalam menangani perhimpunan aman. Sila klik disini untuk membaca berita yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Selain daripada itu, Amnesty International juga menyuarakan perkara yang sama. Apakah reaksi PM mengenai isu ini? Apa pula kata menantunya? Semenjak daripada perhimpunan raksaksa anjuran BERSIH, menantu PM tidak bersuara. Mungkin oleh kerana beliau malu oleh kerana tersilap langkah kerana cuba mengambil alih jawatan Menteri Dalam Negeri apabila memberikan arahan agar polis menangkap penganjur perhimpunan BERSIH.

Akibatnya polis tidak bertindak menangkap penganjur dan rakyat tetap memenuhi ibukota walaupun banyak halangan dan sekatan. Mungkin PM dan menantunya sudah mula sedar bahawa PDRM telah berpecah dan ramai pihak dalam PDRM yang tidak menyokong agenda PM.

Sekarang ini Amerika Syarikat telah bersuara. Apakah reaksi PM?

Umum masih lagi ingat ketika PM bertemu Bush. Bagaimana cucu kepada Ulama itu tunduk dan mengiyakan semua permintaan Bush tanpa sebarang bantahan. Beranikah PM menyanggah kenyataan Amerika Syarikat? Beranikah menantu PM menganjurkan demonstrasi dihadapan kedutaan Amerika Syarikat bagi membantah campurtangan Amerika kedalam urusan negara?

Kita tunggu dan lihat.

Kemaskini: Gadis ini telah dibebaskan. Syukurlah, berkat bantuan dan doa anda semua. Sila klik disini. Gambar beliau telah dikeluarkan agar dapat kembali kepada kehidupan asal.

Berita diterima bahawa seorang gadis berbangsa Tionghua yang bernama Dora telah diculik oleh 3 orang lelaki yang tidak dikenali pagi tadi. Beliau telah dilarikan dengan menggunakan sebuah kereta Toyota Camry yang bernombor 7641.

Untuk maklumat lanjut, sila klik disini dan disini.

Sesiapa yang terlihat kereta ini atau gadis ini, sila laporkan kepada balai polis terdekat.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, diharap kita dapat bersama-sama membantu.

Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.

Gangsterisma merupakan satu organisasi yang terlibat dengan aktiviti haram dan terlibat dengan aksi keras, ganas dan kejam yang menggunakan kaki pukul atau dalam bahasa pasarnya samseng jalanan.

Read the rest of this entry »

Lihat video diatas bagaimana Menantu Pak Lah menggepalai satu perhimpunan di ibunegara tahun lalu apabila Condoleezza Rice datang ke Kuala Lumpur. Hari ini, media yang menjadi alat kerajaan BN membelasah demonstrasi aman dengan menunjukkan klip-klip  demonstrasi di Pakistan dan Palestin dengan menggunakan slogan, Demonstrasi Aman selalu bertukar menjadi ganas.

Tadi dalam Buletin Utama menunjukkan laporan Pak Lah “membelasah” demonstrasi. Namun sedikitpun beliau tidak pernah marah apabila menantunya mengganjurkan demonstrasi.

Apakah negara ini hanya untuk Pak Lah dan Menantunya?

Apa kata anda?

Satu lagi sejarah dicipta oleh rakyat Malaysia pada hari ini, apabila lebih 30,000 rakyat biasa kaum India turun ke jalanraya menuntut hak mereka . Cukup sudah penindasan selama 50  tahun ,meminggirkan kaum India , yang mana 80% adalah masih terdiri daripada pekerja biasa .

 

Walaupun demonstrasi hari ini telah dianjurkan oleh Hindraf dengan slogan menuntut hak  kesamarataan untuk kaum India khususnya , tetapi kehadiran begitu ramai orang India rakyat biasa hari ini mengambarkan suatu situasi yang merentangi isu perkauman sahaja .

 

Read the rest of this entry »

Pelakon yang terkenal dengan watak jahat, Hussein Abu Hassan meninggal dunia pagi tadi di HKL. Pemergian arwah sudah tentu akan ditangisi oleh seluruh rakyat Malaysia yang cintakan lakonannya.

Sedekahkanlah Al- Fathihah buat pelakon yang telah mengharumkan nama negara ini. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah yang juga aktif dalam dunia seni tanahair.

Sila klik disini untuk berita lanjut.

Hanya satu cara untuk Barisan Nasional untuk terus relevan, POLITIK PERKAUMAN.

Berikut adalah analisa daripada sahabat saya, saudara Arul mengenai Perhimpunan BERSIH, Hindraf dan bahaya politik perkauman.

“Perkembangan politik tanah air hari ini mengambarkan kita berada dalam satu keadaan dan suasana politik yang amat menarik dan unik. Buat pertama kalinya untuk sekian lama, kesemua kaum utama di Semenanjung Malaysia memaparkan sentimen anti kerajaan. Perhimpunan raksasa BERSIH pada 10 November 2007 dan kebelakangan ini sokongan luarbiasa yang diberikan oleh Kaum India kepada Hindraf mengambarkan ketidakpuasan rakyat terhadap pemerintahan kerajaan hari ini. Kaum Cina pula telah menunjukkan bantahan mereka yang konsisten berdasarkan pilihanraya kecil Machap dan Ijok..” Sila baca selanjutnya disini.

Tangkapan telah dilakukan, amaran telah diberikan, namun perhimpunan tetap diteruskan. Pertempuran diantara peserta perhimpunan dan polis telah bermula sejak awal pagi. Gas pemedih mata tidak sedikitpun melemahkan semangat untuk penyokong Hindraf meneruskan perhimpunan.

Sekatan jalanraya yang dilakukan oleh polis telah menyusahkan rakyat. Polis seharusnya bertindak lebih professional dalam menangani perhimpunan aman.

Video dari Al-Jazeera.

Berat mata memandang, berat lagi bahu Hishamuddin Tun Hussein memikul. Menjadi beban kepadanya menjadi cucu kepada Dato Onn. Budaya demonstrasi yang dibawa oleh atuknya kini menjadi semakin popular.

Kasihan Hisham. Tapi tidak ada apa yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangkan kegelisahannya.

Maklumlah, salasilah keturunan tak boleh diubah. Sila kilk disini untuk membaca kenyataan Ketua Pemuda Umno itu.

Laporan dari Zahrin Zahran

10 November telah menyaksikan kemenangan pertama buat rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran. 100,000 telah berjaya sampai ke perkarangan Istana Negara. Walaupun ugutan demi ugutan telah diterima rakyat Malaysia tetap tegas dengan pendirian mereka.

Walaupun media massa utama tidak menyiarkan berita yang sebenar dan hanya melaporkan 4000 orang sahaja yang berhimpun namun tiada siapa yang mampu menghalang berita sebenar tersebar luas. Tanya saja kepada warga kota KL, limpahan kuning telah sampai ke simpang jalan Brickfields. Gambar – gambar di internet menceritakan segalanya. Lautan kuning memenuhi jalanraya.

Jam 11.04 pagi

Sementara menunggu kedatangan Black di Bangsar, sempat aku minum Nescafe o ais di Restoran Mydin. Teringat waktu muda remaja, tempat itu menjadi stesen menunggu rakan seperjuangan untuk ke tempat perhimpunan. Makhluk atau insane yang bernama Black akhirnya muncul sambil seorang insane yang bernama Cikgu Bad. Setelah berbincang apa yang akan dibuat kami mengambil keputusan untuk bergerak ke Sogo tepat jam 1 petang.

Jam 1.00 petang

Kami berlima (aku, black, Cikgu Bad, Kambing dan Bobby) mula berangkat ke Sogo dengan menaiki LRT Putra. Dalam tren yang kami naiki terdapat seorang anggota polis cawangan khas yang memantau jumlah bilangan rakyat yang menaiki tren tersebut dan perkara ini disahkan lagi apabila rakannya yang naik tren tersebut dari stesen Pasar Seni menegurnya. Ahh biarkanlah mereka, mereka itu sedang bekerja.

Akhirnya kami sampai ke stesen Masjid Jamek. Ketika ini telah mula kelihatan Unit Amal PAS dengan uniform berwarna merah. Cukup segak. Kami memulakan perjalanan ke Sogo dengan melalui lorong katak (bak kata Cikgu Bad) di Masjid India. Kelihatan anggota FRU berada di celah – celah lorong di Masjid India. Akhirnya kami sampai ke Sogo.

Jam 1.50 petang

Aku ambil keputusan untuk turun dulu ke pintu utama Sogo dan meninggalkan teman – teman di dalam Sogo. Sewaktu sedang mengambil angin di luar tiba – tiba semua mata memandang ke satu arah di belah kiri seolah – olah ada satu pertunjukan di sana. Rupa – rupanya gelombang kuning telah tiba!!!!

Jam 2.00 petang

Segera aku menelefon Black untuk memaklumkan kedatangan tentera kuning ini. Selang 5 minit muncul Black, Cikgu Bad, Kambing dan Bobby. Semangat mahu berhimpun segera naik. Pada mulanya aku merasakan kumpulan di Sogo ini tidak sampai 300 orang. Tapi rakyat lebih bijak dari Pak Lah, KJ dan polis. Mereka menyamar. Apabila kumpulan ini sampai dengan segera mereka membuka baju dan dengan bangganya menunjukkan baju BERSIH. Nahh dengan segera jumlah yang hadir itu mencecah 2000 orang.

Cikgu Bad mengambil tempat sebagai MC dan berucap. Laungan DAULAT TUANKU dan takbir dengan hebat berkumandang. Sebelum memulakan perarakan doa dibuat untuk merahmati perarakan kami ini.

Jam 2.15 petang

Kami mula bergerak kearah kiri Sogo. Lautan Daulat Tuanku, Allahuakhbar, Hidup Rakyat, Polis Jangan Kacau Rakyat Kalau Kacau Khianat Raja, Kami Orang Raja dan lain – lain dilaungkan dengan begitu bersemangat. Sewaktu perarakan menuju ke Dataran Merdeka sempat aku menoleh kebelakang. Aduhhh begitu ramai sekali yang menyertai perarakan ini. Umpama ombak yang datang tidak berhenti menghempas pantai. Hujan mula turun dengan lebat. Apabila kami mula hampir ke Dataran Merdeka pihak polis yang diwakili oleh FRU telah bersiap – sedia untuk menghalang kami. Tapi rakyat bijak. Dengan strategi yang pantas oleh teman – teman seperjuangan, kami dengan pantas menukar strategi untuk terus ke Istana Negara sambil menuju ke Masjid Negara untuk ribuan lagi rakan kuning yang sedang berhimpun di sana. Ya memang benar, ribuan rakyat telah bersiap – sedia menunggu kedatangan kami.

Dengan segara kumpulan Sogo bergabung dengan kumpulan Masjid Negara dan dengan sekelip mata kumpulan tentera kuning mula menjadi bertambah besar.

Jam 3.00 petang

Tentera kuning berjaya sampai ke jalan masuk menghadap pintu utama Istana Negara. Kami dihalang daripada menghampiri pintu utama itu kira – kira 100 meter jauhnya. Sewaktu kumpulan ini tiba dan menuju ke arah polis terasa cukup bersemangat. Melihat trak – trak polis yang sudah bersiap – sedia hati aku cukup gembira kerana sudah lama tidak melihat suasana sebegini. Aku percaya kumpulan Sogo yang kemudiannya bergabung dengan kumpulan Masjid Negara merupakan kumpulan pertama yang sampai ke Istana Negara. Pihak polis mula kelam – kabut kerana kami berjaya sampai ke sana. Pihak polis mula membuat benteng. Kami mula rapat ke arah mereka hinggakan muka aku bersentuhan dengan perisai FRU. PA sistem akhirnya telah sampai. Sekali lagi Cikgu Bad menjadi MC dan melaungkan slogan – slogan rakyat. Akhirnya Mat Sabu tiba. Beliau dengan segera dipikul untuk memberikan ucapan.

Slogan demi slogan dilaungkan. Rasuah, penipuan, gangsterisme ketika waktu berkempen dikeji dan ditentang habis – habisan. Sudah tentu serangan ini ditujukan kepada pihak yang bermain kotor ketika berkempen.

Jam 3.15 petang

Aku terpegun melihat lautan manusia memenuhi setiap ruang inci jalanraya. Kuning di mana – mana.

Mereka semua sanggup bermandikan hujan dengan harapan yang cukup menggunung kepada Agong. Rakyat Malaysia berharap agar Agong dapat menasihati PM yang pantang dicabar ini segera membersihkan segala amalan kotor ketika pilihanraya berlangsung. Memorandum telah diserahkan kepada pihak Agong.

Jam 3.30 petang

Bermulalah ucapan demi ucapan oleh pemimpin yang sayangkan Malaysia daripada terus dirompak oleh sang penguasa beruk dan sang penguasa yang pantang dicabar. Tuan Guru Haji Hadi Awang berucap dengan segera laungan takbir berkumandang. Cukup kuat dan hebat. Akhirnya manusia yang cukup dirindui kedatangannya ke jalan raya telah muncul. Anwar Ibrahim muncul sambil dijulang. Sorakan terhadap beliau begitu dahsyat. Nyata beliau masih mempunyai pengaruh yang cukup kuat. Laungan lawan tetap..LAWAN dan REFORMASI sebanyak 3 kali dilaungkan oleh beliau dengan begitu bersemangat sekali.

Anwar Ibrahim memberi arahan supaya rakyat segera bersurai. Rakyat akur dengan arahan oleh Anwar. Walaupun hati ini berat mahu bersurai tapi arahan tetap arahan dan kita harus patuh kerana setelah menonton video dari Malaysiakini baru lah hati tenang kerana jika lebih pada 5 minit pihak polis akan jadi gila! (maknanya nak serang la)

Jam 4.00 petang

Kami berarak secara aman ke Masjid Negara tempat di mana kami akan bersurai. Hati ini cukup girang melihat dibelakang ku Anwar yang sanggup berjalan berkilometer untuk ke Masjid Negara. Akhirnya kami selamat tiba. Sekali lagi Black memohon agar Mat Sabu mengeluarkan arahan untuk rakyat bersurai dengan aman.

Waktu aku sedang berehat bersama – sama rakan seperjuangan, aku cukup terpegun dengan kehadiran rakyat yang cukup dahsyat. Kehadiran mereka untuk bersurai di Masjid Negara bagaikan tidak putus – putus.

Jam 4.20 petang

Sekali lagi arahan dikeluarkan untuk bersurai oleh pihak jawatankuasa BERSIH. Sivarasa Rasiah mengambil tempat Mat Sabu untuk member arahan agar rakyat bersurai dengan aman.

Jam 4.30 petang

Akhirnya perhimpuan 10 November telah berjaya. Walaupun kehadirannya tidak dapat menyamai kehadiran pada tahun 20 September 1998 tapi bagi aku inilah perhimpunan yang paling tersusun. Polis ditipu dengan begitu cemerlang. Rakyat mendengar arahan dari pihak jawatankuasa. 100,000 rakyat telah berhimpun untuk menyatakan sokongan kepada kempen BERSIH. Pilihanraya yang bersih dapat menjamin kesejahteraan negara daripada dirosakkan oleh si beruk KJ dan si pantang dicabar Pak Lah. Ohh ya Pak Lah dan Zam. Pak Lah kamu kata kamu pantang dicabar ya. Zam kamu kata laporan media kamu betul ya. 4000 orang je ya.

Rakyat cabar Pak Lah dan Zam kamu ini memang penipu. 100,000 rakyat yang bersedia berkorban untuk negaranya.

 

Pada 10 November 2007, aktivis dari beberapa bandar besar dunia turut serta menyatakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Malaysia untuk menuntut Pilihanraya yang bebas dan adil.

Gambar dibawah ialah protes yang berlaku di Bangkok, Thailand.

Rakan-rakan dari antarabangsa telah menghantar notis bantahan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Thailand. Pihak kedutaan yang takut dengan dengan kehadiran aktivis telahpun memaklumkan kepada pihak polis di Thailand.

Oleh kerana itu kedutaan Malaysia telah dikawal ketat oleh Polis Thailand. Walaubagaimanapun, Nota Bantahan mengenai pilihanraya yang buruk di Malaysia tetap berjaya dihantar.

Polis Thailand berkawal di Kedutaan Besar Malaysia apabila dikunjungi oleh aktivis.
Terima kasih rakan-rakan antarabangsa yang bersungguh-sungguh untuk menyatakan solidariti dan prihatin terhadap perjuangan rakyat Malaysia ke arah Pilihanraya yang Bebas dan Adil.

Aktivis antarabangsa dihadapan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok

 Catatan Aku

10 November 2007

2.00 petang: Cikgu Badrul yang memimpin kumpulan di Sogo memulakan perhimpunan dengan Slogan. Ustaz Abu Bakar Chik memberikan ucapan. Ustaz Ahmad Awang membacakan doa.

2.15 petang: Perarakan dimulakan. Polis terkeliru, mereka menyangkakan perarakan akan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Kumpulan di Sogo telah megambil tindakan bijak dengan menggunakan Jalan Raja Laut.

2.25 petang: Jalan Kinabalu telah ditawan. Demonstran menuju ke Masjid Negara untuk bergabung dengan kumpulan disana.

Video dari malaysiakini.com .

Laporan seterusnya akan menyusul.

Laporan mengenai  Perhimpunan Raksaksa 100 000 rakyat akan bermula esok. Badan masih lagi letih. Suara telah pun hilang.

Pak Lah yang diketahui umum dikawal oleh menantunya telah menghina Pangasas UMNO, Dato Onn Bin Jaafar. Kenyataan Pak Lah yang mengatakan bahawa  Demonstrasi Jalanan bukan budaya Malaysia dan UMNO adalah satu fakta yang salah.

Perdana Menteri kelima itu telah menidakkan peranan “Demonstrasi Jalanan” yang dipimpin oleh Dato Onn Bin Jaafar (Atuk Ketua Pemuda UMNO) dalam melawan Malayan Union.

Apakah Hishamuddin mahu mendiamkan diri dalam hal ini?

Apakah ini langkah menantu Pak Lah untuk menyisihkan keturunan Dato Onn didalam UMNO?

Apa-apapun laporan yang baru diterima memberitahu bahawa Perhimpunan Esok akan dihadiri oleh lebih daripada 100 000 rakyat. Para hadirin dinasihatkan agar datang dengan lebih awal dan berkumpul di tempat yang ditetapkan seperti Sogo, Masjid Jamek, Dataran Merdeka, Centra Market dan Masjid Negara pada pukul 2.00 petang.

Perarakan ke Dataran Merdeka akan bermula pada pukul 2.30 petang.

JANGAN TAKUT. PERHIMPUNAN INI PERHIMPUNAN RAKYAT.

HIDUP RAKYAT!!! 

Menerima laporan daripada teman-teman yang solat Jumaat di Masjid Kg. Baru bahawa ada pihak-pihak yang mengedarkan handbill palsu bertujuan untuk mengelirukan rakyat. Dalam Handbill itu ada tertulis,

“Perhimpunan 100 000 rakyat telah berpindah di Stadium Nasional Bukit Jalil”.

Barangsiapa yang menerima handbill  palsu yang menyerupai handbill yang dikeluarkan oleh BERSIH itu, jangan terperdaya.

PERHIMPUNAN 100 000 RAKYAT ANJURAN BERSIH AKAN TETAP DIADAKAN DI DATARAN MERDEKA, 10 NOVEMBER 2007 PADA PUKUL 3 PETANG.

Jumpa disana!!!

 

Tinggal lagi beberapa jam sahaja lagi Dataran Merdeka akan dibanjiri oleh ratusan ribu rakyat yang menjadikan warna kuning sebagai simbol penyatuan. Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Abdul Hadi dan Lim Kit Siang telah memberikan komitmen untuk menggepalai Perhimpunan Raksaksa yang dijangka akan melebihi angka 100 000.

Malam telah bertemu dengan ramai rakan-rakan dari luar Kuala Lumpur. Ramai yang telah sampai. Amaran-amaran polis yang dimainkan oleh media arus perdana agar rakyat tidak menyertai Perhimpunan Raksaksa anjuran BERSIH sedikitpun tidak dihiraukan oleh bakal peserta. Semuanya sudah muak dengan taktik-taktik lama malahan ianya telah bertukar menjadi promosi besar-besaran.

Rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak juga telah membanjiri Kuala Lumpur dan akan bersama-sama kita. Aktivis-aktivis dari Thailand, Indonesia, Filipina, Korea Selatan, Jepun, Amerika Syarikat, England, India dan Mongolia sedang melakukan persiapan terakhir dan sering menghubungi saya dan Badrul untuk meng”update”kan situasi mereka.

Sebenarnya media arus perdana telah memanipulasi kenyataan polis. Sila klik disini. Pihak polis sebenarnya akan membantu mengawal lalulintas bagi menjayakan Perhimpunan 100 000 rakyat anjuran BERSIH. Memang benar 4000 orang anggota polis akan dikerahkan untuk menjaga Dataran Merdeka. Maklumlah hadirin yang hadir dijangka melebihi angka 100 000 orang.

Sekatan jalanraya yang dilakukan oleh polis bukanlah untuk menangkap aktivis atau rakyat yang hadir, mereka sebenarnya mahu menangkap agen-agen provokasi yang diupah oleh UMNO, MCA dan MIC yang takut dengan arus kebangkitan rakyat.

Jadi rakyat tidak perlu takut untuk menghadiri Perhimpunan Raksaksa yang akan menjadi pemangkin kepada Arus Perubahan yang semakin hari semakin membesar. Terima kasih diucapkan kepada Pihak Polis kerana sudi membantu menjayakan Perhimpunan Bersejarah ini. Jangan percaya Utusan Melayu, TV3, The Star, NST dan semua media arus perdana. Bacalah blog dan website yang melaporkan berita-berita yang sahih!!!

Dibawah ialah kenyataan Anwar Ibrahim mengenai Perhimpunan 100 000 rakyat yang akan dianjurkan pada 10 November 2007, Dataran Merdeka.

Petaling Jaya, Malaysia - Suara rakyat akan kembali ke Dataran Merdeka Sabtu ini apabila puluhan ribu rakyat Malaysia akan melaksanakan hak demokratik mereka untuk berhimpun secara aman menuntut perubahan sistem pilihan raya negara.

Desakan kami kepada kerajaan untuk melaksanakan perubahan ini tidak diendahkan. Mereka telah mengabaikan tanggungjawab untuk memastikan institusi demokrasi di negara kita dapat berfungsi dengan baik. Maka rakyat Malaysia menuntut dari Raja-Raja Melayu untuk memastikan kerajaan Malaysia melaksanakan amalan asas bagi pilihan raya yang telus dan adil sebagaimana dilaksanakan di demokrasi moden di seluruh dunia.

Bukti penipuan cukup jelas dan lengkap. Skandal kehakiman terbaru membabitkan bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz menunjukkan seluruh jentera kerajaan telah disalahgunakan untuk melindungi dan memelihara kedudukan pimpinan UMNO.

Media bebas telah menerbitkan analisa yang cukup mendalam tentang kesan penipuan termasuk penggunaan pengundi hantu dan tekanan terhadap pengundi. Seramai 40,000 undi haram telah dikenalpasti di Selangor sahaja bagi Pilihan Raya Umum 2004. Dalam 12 bulan kebelakangan ini, kami mempunyai bukti bagaimana pengundi yang dikira menyokong pembangkang dipindahkan keluar dari daerah-daerah di mana sokongan UMNO lemah.

Jika Suruhanjaya Pilihan Raya yakin dengan ketelusan pengurusan pilihan raya, mengapa mereka tidak membenarkan pemantau antarabangsa untuk masuk ke negara bagi memerhati dan melaporkan proses pilihan raya kita? Mengapakah tawaran kerjasama oleh badan antarabangsa dan serantau tidak diendahkan atau ditolak?

Saya mendesak pihak berkuasa untuk menghormati hak rakyat unuk berhimpun secara aman.

Saya mengalu-alukan inisiatif Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) kerana menganjurkan perhimpunan aman ini dan saya menggesa semua rakyat Malaysia untuk turut serta dalam acara bersejarah ini. Rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah kerajan demokratik yang boleh dibanggakan dan kita mesti bersedia untuk berjuang mencapai matlamat tersebut.

ANWAR IBRAHIM

Kurang daripada 48 jam lagi, Perhimpunan Raksaksa 100 000 rakyat akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Bahangnya sudah terasa. Kawan-kawan dari luar Kuala Lumpur seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Penang, Perlis, Perak, Kedah, Johor, N. Sembilan dan Melaka kebanyakkannya telah selamat sampai di Kuala Lumpur.

Melalui maklumat yang diterima, ramai rakan-rakan dari UMNO yang marah dengan pentadbiran Abdullah Badawi juga akan bersama-sama menghadiri perhimpunan bagi menuntut Pilihanraya yang Bebas dan Adil ini.

Kesombongan menantu PM yang dengan rakus mencantas orang-orang lama dalam UMNO adalah diantara punca ramai ahli-ahli UMNO akan membanjiri Dataran Merdeka. Tahniah saya ucapkan. Masih ada ahli-ahli UMNO yang sedar.

HIDUP RAKYAT!!!

“Saya cabar pembangkang, jangan jadi beruk-beruk di jalanraya tetapi bertanding dalam gelanggang pilihanraya umum.”

Satu kenyataan bongkak daripada menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin. Siapa beruk? Siapa yang berperangai macam beruk?

Gambar menantu PM, diambil dari blog Anti-Khairy. Dalam gambar ini kita dapat lihat wajah menantu PM seakan-akan beruk.

“Ini bukan soal saya anti demokrasi, tak nak dengar suara rakyat, ini soal undang-undang, ini soal haram, mereka perlu ditangkap…,”
tapi bagaimana dengan ini
Khairy was later approached by journalists after the event and asked why it was okay for him to choose street demonstration to protest American Secretary of State Condoleezza Rice’s visit to Malaysia, he simply said they had a permit.

“The police were there, the FRU were there and we adhered to all laws pertaining to public assembly,” he reasoned.
10 November nanti pihak polis lebih ramai dari apa yang kau sangka. Mereka akan menjaga kami dengan baik sekali. Lihat bagaimana perhimpunan anti Israel ketika negara penjajah melanyak Lebonan dengan begitu dahsyat. Untuk pengetahuan Khairy Jamaluddin merangkap anak menantu Pak Lah yang memerlukan perlindungan daripada bapa mertuanya (pondan kau ni), pada perhimpunan tersebut pihak PAS dan NGO anti perang tidak memohon permit pun tapi perhimpunan berjalan lancar dan aman. Jadi mana buktinya setiap perhimpunan kami ini menjadi ganas melainkan arahan terus dari Menteri Keselamatan Dalam Negeri yakni bapa mertua kamu.

Ya, saya tahu kenapa kamu tak suka dengan tarikh 10 November. Kamu kan pelajar Oxford sudah tentu kamu faham dengan kehadiran ratusan ribu rakyat semangat rakyat yang marah akan kamu dan bapa mertua kamu akan semakin melonjak. Tambah – tambah lagi Anwar Ibrahim yang kamu anti sangat itu akan sekali lagi turun memimpin kami.

Siapa monyet sebenar yang panjat atas bahu orang dekat Ijok sambil cabar ahli keADILan untuk bergaduh..Ahhhh jangan nafikan saya ada di situ. Siapa yang monyet sebenar bila ajak berdebat dengan Timbalan Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasharuddin mengenai status negara Islam tapi tak berani nak berdebat. Kamu kot? Ye la monyet bila ramai dia berani la.

Ye la sekarang ni kamu tengah hebat, semua kepala gangster Melayu tunduk dengan kedudukan kamu dan kewangan kamu. Ye la diaorang semua ini perlukan perlindungan sebab banyak sangat dah kes jenayah yang dioarang buat jadi nak tak nak terpaksa la pakai kabel dawai kamu tu. Ala macam kamu juga. Nak nafi ke?
khairy: I want to use ‘protection’ to change things STAR 2/11/2007

PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin says that being the Prime Minister’s son-in-law has provided him “protection” which he wants to use to change things for the better. The Umno Youth deputy chief said he was able to “push the envelope now” partly because of that relationship with the prime minister. “There’s a certain extent (to which) these people in Umno will not go after me. So it gives me ‘protection’ to change things.

“If I don’t use this ‘protection’ to change things for the better, then I’m just wasting time and marking my time to go up the ladder of politics. That’s not what I am about. “I want to use this time that I have while I have this ‘protection’ to change things, to change Umno for the better,” he said yesterday during a question-and-answer session at the Kancil Awards Festival Speakers series. Khairy, who is married to Nori, the daughter of Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, said it was true that this relationship meant he knew which buttons to push and which leaders to pull in to make a particular programme a success.

He was asked if his MyTeam football project would have received sponsorship and the wide TV3 coverage that it did had he not been the prime minister’s son-in-law. Khairy said that even though he leveraged on the family ties, “it would have been embarrassing all-round if it didn’t work – I’d be finished.” Thankfully though, he said, the idea was right and its execution worked well, so much so that viewership for the MyTeam programme even topped that of Siti Nurhaliza’s wedding. He said people opened doors in many different ways and sometimes for him people opened the door because his father-in-law is the Prime Minister.

“People will tell you connections matter but at the end of the day, it’s the results (that matter).” He said his goal in life was to contribute in whatever way he could to make Malaysia reach its potential and this was not necessarily through politics. “I always tell my friends and family that if everything comes crashing down in politics, it’s not the end of the world. “If after one day, my father-in-law retires and all of Umno decide to go after me, that’s reality … politics is my profession and passion but I can live outside it,” he added.

He said that having a baby had put things in perspective. “I hope to be in politics as long as possible to change as much as possible and see how things can be improved. But there’s always something else to life than going up the ‘greasy’ pole of politics,” he added. Khairy also said that he felt strongly about wanting to start a genuine national conversation among people of different backgrounds, ethnicity and religions on Malaysians as a people.

“There must be a middle ground somewhere,” he added. He also wanted to push for Malaysians to become automatic voters upon reaching 21, without having to register

Dey KJ, nampak sangat kamu ini tak gagah macam musuh kamu Anwar tu. Nak kena pakai kabel optik baru boleh buat perubahan. Sebab apa kamu kena pakai? Sebab tak ada orang nak dengar cakap kamu. Sebab apa tak ada orang nak dengar cakap kamu? Sebab kamu tak ada idea yang bernas. KJ tolong bagi cadangan macam mana nak selesaikan kes murid sekolah menengah yang terlibat dengan gangsterisme. Tak boleh kan sebab kamu pun pakai budak – budak itu dan kamu terlibat sekali dengan dunia gangsterisme. Hishamuddin walaupun tak garang macam kamu tapi dia tidak sama sekali menggunakan gangster. Oh ya, terakhir. Kenapa anti sangat dengan perhimpunan rakyat. Ooo ya, sebab takut semangat Ijok campur semangat Lunas nanti kerusi dekat negeri Sembilan tak sempat kamu nak duduk ke??

P/s Saya jarang nak maki pemimpin..tapi dengan Khairy. Khairy Jamaluddin + Cimpanzi = Khaipanzi!!
Maaf kepada semua orang, dia mulakan dulu dan saya akhirkan dan berjanji ini yang terakhir untuk memaki orang.

Tinggal lagi 3 hari sebelum Perhimpunan 100 000 Rakyat yang akan dianjurkan oleh BERSIH yang akan diadakan pada 10 November 2007. Telah timbul banyak cakap-cakap dan khabar angin mengenai Perhimpunan Raksaksa itu.

Diantaranya ialah akan timbul rusuhan, tangkapan ISA akan dilakukan dan macam-macam lagi. Nasihat saya kepada semua rakyat ialah, “JANGAN PERCAYA PADA KHABAR ANGIN, TERUSKAN NIAT UNTUK MENYERTAI PERHIMPUNAN 100 000 RAKYAT”. 

Mengapa khabar angin ditimbulkan?

Setelah gagal menakutkan dan menghalang penganjur dan rakyat agar tidak meneruskan Perhimpunan Aman yang akan menyaksikan ratusan ribu rakyat berhimpun untuk Menuntut Agar Pilihanraya dijalankan dengan bebas dan adil, penyebaran khabar-khabar angin dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia telah digunakan agar Perhimpunan dapat digagalkan.

Taktik ini telah pun digunakan oleh PDRM sewaktu Era Reformasi sekitar 1998-2001 dahulu. Setelah mereka gagal untuk menghalang gelombang kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan, diharap agar khabar-khabar angin akan dapat melemahkan semangat rakyat.

Namun taktik lama sebegini tidak harus lagi dipedulikan.

Perhimpunan akan tetap diteruskan dan akan dijalankan dengan aman. Yang buat kacau sudah pasti lah agen provokator dan SB. Rakyat tidak mungkin terperdaya lagi.

KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT!!!

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!!!

14 April 1999, tarikh itu digelar sebagai Black 14 sempena hukuman keatas mantan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Tarikh tersebut telah menyaksikan demonstrasi besar – besaran di Kuala Lumpur

Sehari sebelum Black 14 tiba, kedengaran desas – desus mengatakan akan terjadi satu rusuhan besar pada hari tersebut. Khabar angin mengatakan semua rakyat Malaysia harus membeli barang keperluan yang penting seperti beras, gula, garam dan lain – lain. Akibat khabar angin tersebut ramai warga kota takut untuk turun. Lebih menggamatkan keadaan ada yang mengatakan puluhan bas akan tiba untuk menghadiri perhimpunan yang dikatakan ganas.

Ya, memang benar memang ada penentangan daripada rakyat ketika itu tapi harus diingat, semuanya berpunca daripada pihak polis kerana mereka yang mula – mula mengasari rakyat dengan secara ganas. Ratusan rakyat disepak, dipukul, dibelasah dengan begitu kejam yang akhirnya membawa kepada aksi penentangan daripada rakyat.

Adakah ianya salah? Tanya pada SUHAKAM kerana menurut Tun Musa Hitam ketika mendengar kes keganasan pihak polis di lebuhraya Kesas pada 5 November 2000 dimana rakyat membalas kembali keganasan polis dengan minimum dan menurut Tun Musa ianya lebih kepada aksi mempertahankan diri daripada terus diseksa dengan begitu kejam. Black 14 merupakan tindak balas mempertahankan diri setelah hampir 2 jam diperlakukan oleh FRU dengan begitu kejam.

Nah , sekali lagi irama khabar angin, provokasi daripada pihak – pihak tertentu berulang kembali. Menyorot sekali lagi pada 14 April 2001, ketika 10 ahli dan aktivis reformasi ditahan dan pada tarikh tersebut pihak – pihak tertentu meniupkan khabar angin dengan mengatakan perhimpunan pada tarikh tersebut akan bertukar menjadi ganas. Namun keadaan menjadi sebaliknya. Perhimpunan tersebut berakhir dengan aman.

10 November satu peristiwa besar akan tercetus. Ratusan ribu rakyat akan berhimpun. Ketakutan pihak parti pemerintah dapat dirasai. Laman web pemuda parti tersebut kelam – kabut dengan sekonyong – konyongnya mengatakan perhimpunan tersebut menjadi ganas. Maka dengan itu agen – agen mereka mula meniupkan khabar angin dengan mengatakan pada tarikh tersebut akan tercetus satu rusuhan besar – besaran. Perkara dapat dirasai apabila sudah terdengar desas – desus mengatakan pihak tentera bersiap – sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Ada pihak tertentu mengatakan sekali lagi diulangi sekali lagi menyuruh orang ramai membeli barang keperluan asasi.

Kenapa harus disebarkan berita sedemikian rupa? Apakah dengan menyebarkan berita tersebut akan menakutkan rakyat? Mereka lupa dengan menyebarkan khabar tersebut menyebabkan berlakunya promosi percuma. Rakyat akan lebih berminat untuk hadir untuk melihat dengan mata kepala sendiri adakah perhimpunan ini memang tujuan mengganas atau suasana yang kecoh itu dicetuskan oleh FRU.

Buat FRU

FRU jangan cepat mengganas. Lupakah kamu disebabkan kamu mengganas himpunan pada 5 November 2000 telah menyebabkan semangat rakyat melonjak naik. Buat pertama kali ketika penamaan calon pilihanraya kecil DUN Lunas, penyokong keadilan dan kebenaran telah turun secara beramai – ramai. Puluhan –puluhan ribu rakyat turun untuk membantu kempen calon parti KeADILan dan akhirnya usaha mereka berjaya. Kenapa ini terjadi? Aksi ganas kamu telah menyebabkan seluruh pejuang kebenaran begitu bersemangat untuk menjatuhkan rejim Mahathir ketika itu. Lagi hebat kamu mengganas lebih bersemangat kami untuk menjatuhkan rejim BN pada pilihanraya nanti. Mahu menafikan? Ahh para sb sudah tentu faham kan.

Buat Pemuda Umno

Jangan cepat melatah. Jangan cepat menyebarkan khabar angin. Jangan cepat menuduh kami ini pengganas. Jangan cepat menghacked laman web reformasi (walaupun ada yang kata yang menghacked laman web BERSIH dilakukan oleh orang BERSIH sendiri..bengap!!). Lagi hebat kamu buat semua perkara di atas lebih bersemangat kami untuk turun. Lagi hebat kamu mengatakan akan tercetus rusuhan lagi ramai yang akan turun. Ulang tayang khabar angin tersebut telah kami berjaya lalui dan himpunan tersebut berjalan dengan lancar. Kamu semuanya cemburu kerana kami hadir tanpa dibayar sebagaimana kamu.

Buat seluruh rakyat Malaysia, jangan takut, jangan gabra, jangan panik dengan khabar yang disebarkan. Ayuh terus turun ke DATARAN MERDEKA.

GELOMBANG KUNING PASTI DATANG!!

REFORMASI!!!

diambil dari sini.

Norazimah Mohd Nor “sedia untuk di tangkap kerana turut serta dalam perhimpunan BERSIH”

Membicarakan mengenai amaran polis terhadap mereka yang mahu menyertai Perhimpunan yang dijangka besar pada 10hb Oktober 2007, salah seorang pro reformasi yang begitu aktif dan pernah ditahan sebanyak 9 kali berkata, beliau sedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan dalam menyertai Perhimpunan Bersih. Ini adalah perhimpunan yang mahukan demokrasi kita, khususnya ketelusan proses pilihan raya di laksana dengan adil dan bersih. Pilihan raya yang adil dan bersih akan menyuburkan demokrasi Malaysia dan akan memastikan mereka yang dilantik akan menjadi wakil kita yang sanggup berkhidmat untuk rakyat dan teruji bila berdepan dengan rakyat. Kita tidak mahu wakil kita menang kerana kekuatan partinya dalam memanipulasikan keputusan dan propaganda yang berat sebelah. Kita tidak mahu wakil rakyat kita menang dengan mudah bukan kerana janji dan usaha yang telah dilaksanakan tetapi kerana kekuatan Barisan Nasional dan SPR bekerja sama untuk memenangkan individu tersebut.

Norazimah atau Nora tetap menyeru agar semua yang cintakan demokrasi dan negara ini untuk turut serta demi kepentingan rakyat kita. Menegakkan keadilan dan demokrasi kita adalah tanggungjawab kita dan reformasi yang dilancarkan dahulu adalah untuk rakyat menjadi keutamaan dan wakil-wakil yang dilantik adalah untuk berkhidmat demi kesejahteraan rakyat dan masyarakat kawasan mereka.  

Nora, tegas dalam perjuangan reformasi dan bagi beliau perjuangan ini adalah satu kontribusi kecil untuk melihat nasib rakyat bawahan terbela. Ramai yang pernah menyertai demonstrasi mengakui kehebatan dan keberanian wanita ini dalam membabitkan diri untuk tuntutan reformasi dalam negara kita ini.

Nora, menyeru rakan-rakan yang kenal dengan dirinya , yang sama-sama dengan berani terlibat dalam reformasi sebelum ini untuk kembali dalam menuntut Pilihan Raya yang bersih. Ini adalah satu lagi kontribusi untuk perubahan Malaysia ke arah memartabatkan rakyat negara ini. Ini bukan isu politik semata-mata tetapi adalah untuk kepentingan kita rakyat biasa di negara Malaysia. Bila ditanya mengenai amaran polis, Nora dalam kenyataan berkata, polis boleh hadir untuk menjaga perhimpunan ini tetapi bukan untuk mengugut atas kepentingan organisasi politik tertentu.   Ini saranan dibuat oleh NORA sewaktu bertemu secara tidak dirancang dengan kami.

Ucapan Husam Musa di Forum Jenayah dan Rasuah: Malaysia Dalam Bahaya di Kuala Lumpur, 4 November 2007.

Apakah rakyat Malaysia akan berhadapan sekali lagi dengan kenaikkan harga minyak yang tinggi? Itulah yang diberitahu oleh Husam Musa sewaktu mengahdiri forum Jenayah dan Rasuah: Malaysia Dalam Bahaya yang dianjurkan oleh Salahuddin Ayub.

Diantara panel yang hadir ialah Ezam Mohd Noor. Nazri Aziz yang mewakili kerajaan Malaysia membatalkan kehadiran pada saat-saat akhir sebelum forum bermula.

Menurut Haji Husam, pilihanraya akan diadakan juga pada tahun ini berikutan dengan harga minyak yang akan dinaikkan awal tahun hadapan. Kerajaan sudah tidak sanggup untuk menanggung subsidi yang semakin tinggi berikutan dengan kenaikkan harga minyak dunia.

Seharusnya Malaysia sebagai negara pengeluar minyak seharusnya mendapat keuntungan yang besar jika harga minyak dunia naik, tetapi mengapa tidak begitu? Ikuti penjelasan Husam dalam video diatas.

Hari ini website BERSIH telah dihacked. Seperti yang anda boleh lihat digambar diatas, itulah yang akan keluar jika anda malayari ke website BERSIH siang tadi. Walaubagaimanapun masalah ini telahpun diselesaikan dan website BERSIH beroperasi seperti biasa.

Pelbagai cara cuba digunakan oleh UMNO-MCA-MIC dan BN yang memperalatkan Polis dan media negara (RTM) untuk menggagalkan program yang dianjurkan. Demi untuk mempertahankan Politik PERKAUMAN, seluruh jentera kerajaan telah dikerah untuk menggagalkan Perhimpunan Rakyat.

Taktik-taktik sebegini jugalah yang telah digunakan oleh Soeharto sebelum beliau dikalahkan oleh KUASA RAKYAT. Tidak ada apa-apa yang mampu menghalang KEKUATAN RAKYAT. Perhimpunan aman akan tetap berterusan. Provokasi dan intimidasi tidak akan berjaya.

Namun ini tidak melemahkan semangat rakyat untuk keluar pada 10 November 2007 ini di Dataran Merdeka pada pukul 3 petang. PERHIMPUNAN akan tetap DITERUSKAN!!! Kita akan berhimpun secara aman. Kita akan buktikan bahawa Suara Rakyat, Suara Keramat.

LAWAN TETAP LAWAN!!!

Hari ini genap setahun pemergian Umar Tan. Masih terkenang lagi sewaktu arwah masih hidup dulu. Beliau adalah seorang Pejuang yang tidak pernah merungut dengan penderitaan dan kepayahan hidup yang dilaluinya. Bagi beliau yang penting ialah perjuangan.

Lagi 8 hari Perhimpunan 100 000 rakyat akan diadakan di dataran Merdeka. Teringat waktu dulu-dulu sewaktu arwah masih hidup, sudah tentu sekarang ini dia dah pusing satu negara untuk edarkan handbill dan poster.

Bagi kita yang masih hidup, marilah kita meneruskan perjuangan untuk menegakkan Keadilan Sosial. Walaupun perjalanan masih lagi jauh, jangan kita putus semangat. Semoga semangat pejuang-pejuang yang telah meninggalkan kita seperti kuatnya semangat Umar Tan akan tetap mekar dihati kita.

Al- Fathihah kepada Arwah Haji Umar Tan Abdullah. Semoga roh beliau dicucuri Rahmat.

Ramai yang terlupa bahawa demonstrasi ialah budaya Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Malaya. Dato Onn Bin Jaafar, datuk kepada Ketua Pemuda UMNO, Hishamuddin Tun Hussein (yang lebih terkenal dengan panggilan Hishamuddin Keris) adalah Pemimpin Demonstrasi menentang Malayan Union pada tahun 1946.

Kepada semua ahli-ahli UMNO, MCA dan MIC dan juga semua parti komponen BN,

Jangan segan silu untuk bersama menyertai Perhimpunan Raksaksa 100 000 rakyat pada 10 November 2007. Anda semua layak untuk bersama dalam perhimpunan bersejarah ini. Tinggalkan pemimpin anda yang tidak berani dan bacul. Mereka sudah lari dari landasan perjuangan. Mereka lebih mementingkan kekayaan sendiri daripada menjaga kebajikan anda.

Ingatlah, harga minyak dan tol akan menyusul naik tidak lama lagi. Sampai bila nak terus miskin dan menderita?

Keputusan ditangan masing-masing. Mahu hidup hina dan miskin dinegeri sendiri dan mati tanpa berbuat apa-apa ataupun mahu dikenang dalam sejarah negara sebagai pejuang untuk mengembalikan kedaulatan rakyat?

Masyarakat dunia juga akan berhimpun untuk menyatakan sookongan kepada Gelombang Kuning. Setakat ini rakan-rakan aktivis dari India, Indonesia, Filipina, Mongolia, Thailand, England, Korea Selatan dan Amerika Syarikat telah memberikan komitmen untuk berdemonstrasi dihadapan Kedutaan Malaysia di negara mereka pada tarikh yang sama.

Apakah anda hanya mahu tinggal dirumah?


Tinggal 8 hari sahaja lagi detik 10 November akan tiba. Gelombang kuning pasti tiba. Adakah anda semua teruja untuk menantikan tarikh tersebut? Adakah anda semua telah bersiap – sedia untuk berhimpun? Adakah anda semua bersemangat untuk melaungkan slogan – slogan rakyat?

Ya, saya yakin! Saya yakin rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi tulen begitu teruja untuk menyertai perhimpunan raksasa ini. Jika 20 September 1998 kita mampu buat, jika tahun 1999 di Masjid Negara kita mampu buat, jika tahun 2000 di lebuhraya Kesas kita mampu buat, tidak mustahil pada tahun ini 10 November 2007 kita mampu buat malah lebih hebat pada tahun – tahun tersebut.

Saya begitu teruja apabila memikirkan ratusan ribu rakyat membanjiri Dataran Merdeka. Warna kuning membanjiri setiap ruang inci di Dataran Merdeka nanti. Gelombang kuning akan berarak dengan begitu gah umpama tsunami ke istana. Bersama – sama dengan rakan seperjuangan yang sudah lama tidak muncul sambil berpegangan tangan membentuk rantai kuasa rakyat dan sambil menyanyikan lagu rakyat

“Suara rakyat,

suara rakyat,

Suara rakyat laungkan,

Kita bangun,

Kita bangun,

Kita bangun dan LAWAN!”

Adakah ianya suatu perkara yang mustahil? Tidak. Sebagai individu yang begitu cintakan keadilan, kebenaran dan bencikan kezaliman dan ketidakadilan, saya begitu teruja dan bersemangat menantikan tarikh tersebut.

Ayuh rakyat Malaysia!! Bangun! Bangkit! Kita harus tunjukkan kepada sang peguasa yang zalim dan penipu inilah kuasa rakyat yang bencikan tindakan kamu! Ayuh rakyat Malaysia sama kita berdiri dan berarak menuntut satu perubahan di dalam sistem demokrasi negara kita merubah sama sekali parti pemerintah yang tidak sama sekali mempedulikan periuk nasi rakyat. Ya kita ada bangunan tinggi, kita ada LRT, kita KLIA, kita ada litar Sepang, kita ada kemudahan internet. Tapi apa guna kalau kos sara hidup semakin melambung. Semua ini tidak berguna sama sekali. Ayuh kita ramai – ramai bangun!

Kita bangun menentang kezaliman melalui….RE-FOR-MA-SI!

Kita bangun menentang rasuah melalui….RE-FOR-MA-SI!

Kita bangun menentang segala bentuk penindasan melalui….RE-FOR-MA-SI!

Kita bangun menuntut hak untuk mengundi secara bebas melalui….RE-FOR-MA-SI!

Kita menuntut agar SPR berlaku adil kepada semua parti politik melalui….RE-FOR-MA-SI!

Kita menuntut RASHID LETAK JAWATAN melalui….RE-FOR-MA-SI!

GELOMBANG KUNING PASTI DATANG!

10 NOVEMBER 2007….DATARAN MERDEKA..KAMI DATANG!!

Pemilik Blog

Komen

Setiap komen akan melalui proses "Moderation" terlebih dahulu. Komen-komen yang bersesuaian akan disiarkan. Sebarang komen-komen yang menggunakan Anonymous, perkataan lucah dan bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman tidak akan dilayan. Jika ada sebarang pertanyaan atau maklumat yang ingin dikongsi bersama, sila email kepada: amin.iskandar@gmail.com

Calendar

November 2007
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930