
Tinggal 8 hari sahaja lagi detik 10 November akan tiba. Gelombang kuning pasti tiba. Adakah anda semua teruja untuk menantikan tarikh tersebut? Adakah anda semua telah bersiap – sedia untuk berhimpun? Adakah anda semua bersemangat untuk melaungkan slogan – slogan rakyat?
Ya, saya yakin! Saya yakin rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi tulen begitu teruja untuk menyertai perhimpunan raksasa ini. Jika 20 September 1998 kita mampu buat, jika tahun 1999 di Masjid Negara kita mampu buat, jika tahun 2000 di lebuhraya Kesas kita mampu buat, tidak mustahil pada tahun ini 10 November 2007 kita mampu buat malah lebih hebat pada tahun – tahun tersebut.
Saya begitu teruja apabila memikirkan ratusan ribu rakyat membanjiri Dataran Merdeka. Warna kuning membanjiri setiap ruang inci di Dataran Merdeka nanti. Gelombang kuning akan berarak dengan begitu gah umpama tsunami ke istana. Bersama – sama dengan rakan seperjuangan yang sudah lama tidak muncul sambil berpegangan tangan membentuk rantai kuasa rakyat dan sambil menyanyikan lagu rakyat
“Suara rakyat,
suara rakyat,
Suara rakyat laungkan,
Kita bangun,
Kita bangun,
Kita bangun dan LAWAN!”
Adakah ianya suatu perkara yang mustahil? Tidak. Sebagai individu yang begitu cintakan keadilan, kebenaran dan bencikan kezaliman dan ketidakadilan, saya begitu teruja dan bersemangat menantikan tarikh tersebut.
Ayuh rakyat Malaysia!! Bangun! Bangkit! Kita harus tunjukkan kepada sang peguasa yang zalim dan penipu inilah kuasa rakyat yang bencikan tindakan kamu! Ayuh rakyat Malaysia sama kita berdiri dan berarak menuntut satu perubahan di dalam sistem demokrasi negara kita merubah sama sekali parti pemerintah yang tidak sama sekali mempedulikan periuk nasi rakyat. Ya kita ada bangunan tinggi, kita ada LRT, kita KLIA, kita ada litar Sepang, kita ada kemudahan internet. Tapi apa guna kalau kos sara hidup semakin melambung. Semua ini tidak berguna sama sekali. Ayuh kita ramai – ramai bangun!
Kita bangun menentang kezaliman melalui….RE-FOR-MA-SI!
Kita bangun menentang rasuah melalui….RE-FOR-MA-SI!
Kita bangun menentang segala bentuk penindasan melalui….RE-FOR-MA-SI!
Kita bangun menuntut hak untuk mengundi secara bebas melalui….RE-FOR-MA-SI!
Kita menuntut agar SPR berlaku adil kepada semua parti politik melalui….RE-FOR-MA-SI!
Kita menuntut RASHID LETAK JAWATAN melalui….RE-FOR-MA-SI!
GELOMBANG KUNING PASTI DATANG!
10 NOVEMBER 2007….DATARAN MERDEKA..KAMI DATANG!!

3 comments
Comments feed for this article
November 2, 2007 pada 12:56 am
KeyEll
meremang bulu roma saya… nostalgia 20 September 1998 dan perhimpunan-perhimpunan reformasi dulu. masih terasa kehangatannya kini dan selamanya…
November 2, 2007 pada 9:17 am
arifabdull
harap2 kali ini, Raja-raja tidak sekali lagi mengecewakan rakyat.
Jangan lupa, golongan bangsawan ini bersama UMNOlah yang telah bersekongkol dengan British untuk mengenepikan Perlembagaan cadangan rakyat pada tahun 1947.
Golongan bangsawan dan UMNOlah yang telah menjadi talibarut British sehingga penjajah berani menutup mata terhadap tentangan rakyat melalui ‘Hartal’ (mogok) besar-besaran di seluruh Malaya pada 20/10/07 itu.
Harap2, raja-raja yang ada sekarang ini dapat bertaubat daripada kesilapan nenek moyang mereka dahulu itu, dengar dan berpihaklah kepada tuntutan rakyat jelata!
November 12, 2007 pada 3:53 am
ROZLEE TERENGGANU
Orang kata `Nasi Dagang’ Mahal….memang betul…Inflasi yang tak dapat di bendung lagi..PM nak buat macamana ni…cuba Pikir???..
IMF…hutang lama bila nak bayar…duit Brunei…Geran Malaysia…dah kena Pegang?..duit Olimpik China…Rakyat Cina..Makin ramai datang…duit mana lagi…..Jepun..bunga percent sikit pung..bole jadi banyak jugak…mcm ALONG..
Nak mintak tolong Pak Arab??? Tanah mana lagi nak…di jual , tanah tambun laut Selat Melaka..??? Akhirnya Rakyat jelata yang merana…Kalau MUKA DAN NAMA JER ISLAM….JIWA ISLAM…..TAK DER…TAK TAU NAK CAKAP LERR???…kITA ORG PANTAI timur…KAYA DENGAN ADAB SOPAN…contohnya…mintak lalu sikit pokcik Awang nok lalu depang..boleh ke dok….anak2 kita kena la ajor mender2 macam ning…baru la jiwa Islang..barula jiwa Sihat..wasalam