Website BERSIH telah dihacked!!! Perhimpunan akan tetap diteruskan

Hari ini website BERSIH telah dihacked. Seperti yang anda boleh lihat digambar diatas, itulah yang akan keluar jika anda malayari ke website BERSIH siang tadi. Walaubagaimanapun masalah ini telahpun diselesaikan dan website BERSIH beroperasi seperti biasa.
Pelbagai cara cuba digunakan oleh UMNO-MCA-MIC dan BN yang memperalatkan Polis dan media negara (RTM) untuk menggagalkan program yang dianjurkan. Demi untuk mempertahankan Politik PERKAUMAN, seluruh jentera kerajaan telah dikerah untuk menggagalkan Perhimpunan Rakyat.
Taktik-taktik sebegini jugalah yang telah digunakan oleh Soeharto sebelum beliau dikalahkan oleh KUASA RAKYAT. Tidak ada apa-apa yang mampu menghalang KEKUATAN RAKYAT. Perhimpunan aman akan tetap berterusan. Provokasi dan intimidasi tidak akan berjaya.
Namun ini tidak melemahkan semangat rakyat untuk keluar pada 10 November 2007 ini di Dataran Merdeka pada pukul 3 petang. PERHIMPUNAN akan tetap DITERUSKAN!!! Kita akan berhimpun secara aman. Kita akan buktikan bahawa Suara Rakyat, Suara Keramat.
LAWAN TETAP LAWAN!!!















berani cakap ni semua kerja PEmuda Umno..orang ni bacul..guna polis..berani bila ramai..
bacul..bacul..bacul…
promosi
http://youtube.com/watch?v=7RfpadqycLI
Mari Mari Mari…!!!
Hadirkan diri pada 10 November ini..!!!
dlm perhimpunan bulanan k/tgn pagi tadi bos besar di tpt sy sudah ingatkan. kami dilarang sertai perhimpunan 10 nov nti. kalau engkar, tindakan tatatertib akan dikenakan. sy rasa bukan sorang dua yg sedang dlm dilema mcm sy ni. bukan x mau sokong. tapi sy ni orang kecik je. kalau lawan nti kena buang keje plak. di tpt sy ni pun dh ada 2-3 orang yg sedang diperhatikan. x tau la apa nk kata. serba salah dibuatnya.
Ya ya lawan lawan..
aloo akula7, dah tau ko tu keje kerajaan
tak yah le sokong perhimpunan x berfaedah tu.
kalau x sokong kerajaan jangan le keje dgn kerajaan
berenti keje, buat keje sendiri
HACKED ITU TAKTIK LAMA KOMENTAR DAN LAMAN REFOEMASI. TUJUANNYA NAK DAPAT PUBLISITI.
KALAU KERJA KERAJAAN KENA SOKONG KERJAAN KE? APA PUNYA MENTALITI LA. JADI YG KERJA DGN KERAJAAN NEGERI KELANTAN (PAS) TAK BOLEH SOKONG UMNO LA. BAPA AKU KERJA DGN KERJAAN KELANTAN TAPI PANGKAH BN JUGAK KIRA BAPAK AKU PENDERHAKA KE? CIS ADA LAGI MENTALITI BODOH MCM KAU NI
Aku setuju ngan Sdr Azrul… Kita jangan jadi bodoh tak bertempat…Tanpa Rakyat Tiada kerajaan..Tak kira lah kerja kerajaan ke Swasta ke…kebenaran mesti ditegakkan…Ayoh bangkitlah, mari kita penuhi Dataran merdeka pada 10 Nov nanti.
Aloo korang ni mcm pak turut ajer
apo yg ko dapat mase perhimpunan tu nanti
ko ingat bila memorandum tu dah serah
jadi kenyataan ke hajat melangit korang tu…
aku jamin tak sampai kemana pun…
jgn asyik kata semua tak betul…
tengok diri kita dulu dah betul sangat ke ?
dah bersih sangat ?
sekurang-kurangnya bersih daripada rasuah tak macam pemimpin2 tu tau bercakap berdegar-degar macam ayam jantan ekor penuh dengan tahi,susahlah bercakap dengan melayu yang tak faham bahasa,ni pasal pru,kita nak pemimpin yg bersih tak korup macam sekarang ni banyak yang korup dan berkurap
Tututan Bersih,
Pengunaan Dakwat kekal,
Pembersihan Daftar Pemilih.
Pemansuhan Undi Pos
Akses kepada Media.
SPR pun mengaku dia dah tolong menangkan BN,Jadi Nyatalah Kerajaan BN sekarang bukanlah datang dari Demokrasi Tulin,Dan SPR sekadar Main Wayang untuk Tipu Rakyat,Jadi Kami akan berhimpun secara Aman dan menyerahkan memorandum kepada Kpd Pihak Istana untuk bersihkan Pilihan Raya demi mengembalikan hak Rakyat.Sebenarnya perhimpunan Aman di bolehkan. Pelembagaan Negara Membenarkan.Kalau tak percaya tanyalah pihak Suhakam. Sebagai Rakyat Malaysia Yang berfikiran Waras Sudah pasti benci kepada penipuan dan memastikan demokrasi Tulin dapat berjalan di Malaysia.
memang le perhimpunan aman dibolehkan mengikut perlembangaan negara. tapi dah dasar namanyer manusia mana boleh kawal. janji konon nak buat secara aman, tapi hampeh gak korang ni. menyusahkan orang jer…