Ativis Jalanan Seru “Orang-orang Reformasi” untuk bersama Perhimpunan 100 000 Rakyat

2007 November 5
by aminiskandar

diambil dari sini.

Norazimah Mohd Nor “sedia untuk di tangkap kerana turut serta dalam perhimpunan BERSIH”

Membicarakan mengenai amaran polis terhadap mereka yang mahu menyertai Perhimpunan yang dijangka besar pada 10hb Oktober 2007, salah seorang pro reformasi yang begitu aktif dan pernah ditahan sebanyak 9 kali berkata, beliau sedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan dalam menyertai Perhimpunan Bersih. Ini adalah perhimpunan yang mahukan demokrasi kita, khususnya ketelusan proses pilihan raya di laksana dengan adil dan bersih. Pilihan raya yang adil dan bersih akan menyuburkan demokrasi Malaysia dan akan memastikan mereka yang dilantik akan menjadi wakil kita yang sanggup berkhidmat untuk rakyat dan teruji bila berdepan dengan rakyat. Kita tidak mahu wakil kita menang kerana kekuatan partinya dalam memanipulasikan keputusan dan propaganda yang berat sebelah. Kita tidak mahu wakil rakyat kita menang dengan mudah bukan kerana janji dan usaha yang telah dilaksanakan tetapi kerana kekuatan Barisan Nasional dan SPR bekerja sama untuk memenangkan individu tersebut.

Norazimah atau Nora tetap menyeru agar semua yang cintakan demokrasi dan negara ini untuk turut serta demi kepentingan rakyat kita. Menegakkan keadilan dan demokrasi kita adalah tanggungjawab kita dan reformasi yang dilancarkan dahulu adalah untuk rakyat menjadi keutamaan dan wakil-wakil yang dilantik adalah untuk berkhidmat demi kesejahteraan rakyat dan masyarakat kawasan mereka.  

Nora, tegas dalam perjuangan reformasi dan bagi beliau perjuangan ini adalah satu kontribusi kecil untuk melihat nasib rakyat bawahan terbela. Ramai yang pernah menyertai demonstrasi mengakui kehebatan dan keberanian wanita ini dalam membabitkan diri untuk tuntutan reformasi dalam negara kita ini.

Nora, menyeru rakan-rakan yang kenal dengan dirinya , yang sama-sama dengan berani terlibat dalam reformasi sebelum ini untuk kembali dalam menuntut Pilihan Raya yang bersih. Ini adalah satu lagi kontribusi untuk perubahan Malaysia ke arah memartabatkan rakyat negara ini. Ini bukan isu politik semata-mata tetapi adalah untuk kepentingan kita rakyat biasa di negara Malaysia. Bila ditanya mengenai amaran polis, Nora dalam kenyataan berkata, polis boleh hadir untuk menjaga perhimpunan ini tetapi bukan untuk mengugut atas kepentingan organisasi politik tertentu.   Ini saranan dibuat oleh NORA sewaktu bertemu secara tidak dirancang dengan kami.


3 Respons leave one →
  1. 2007 November 6
    eicanatin permalink

    kagum dengan semangat kak nora….semoga kak nora sukses selalu…..

  2. 2007 November 6

    Masalahnyer… konsep perjuangan di Malaysia ini selalunya hangat2 taik ayam.

    Hopefully perjuangan dia orang akan bertahan sehingga tercapainya objektif yang telah ditetapkan.

    (tetap Ai sokong uols all!!!)

  3. 2007 November 8

    Saya pikir yg hanya itu bacul, yg taik ayam itu penakut.

    Selebih nya akan turun.

    http://zainulfaqar.wordpress.com

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS