Jangan percaya khabar angin, teruskan niat untuk menyertai Perhimpunan Raksaksa 100 000 rakyat

6 11 2007

Tinggal lagi 3 hari sebelum Perhimpunan 100 000 Rakyat yang akan dianjurkan oleh BERSIH yang akan diadakan pada 10 November 2007. Telah timbul banyak cakap-cakap dan khabar angin mengenai Perhimpunan Raksaksa itu.

Diantaranya ialah akan timbul rusuhan, tangkapan ISA akan dilakukan dan macam-macam lagi. Nasihat saya kepada semua rakyat ialah, “JANGAN PERCAYA PADA KHABAR ANGIN, TERUSKAN NIAT UNTUK MENYERTAI PERHIMPUNAN 100 000 RAKYAT”. 

Mengapa khabar angin ditimbulkan?

Setelah gagal menakutkan dan menghalang penganjur dan rakyat agar tidak meneruskan Perhimpunan Aman yang akan menyaksikan ratusan ribu rakyat berhimpun untuk Menuntut Agar Pilihanraya dijalankan dengan bebas dan adil, penyebaran khabar-khabar angin dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia telah digunakan agar Perhimpunan dapat digagalkan.

Taktik ini telah pun digunakan oleh PDRM sewaktu Era Reformasi sekitar 1998-2001 dahulu. Setelah mereka gagal untuk menghalang gelombang kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan, diharap agar khabar-khabar angin akan dapat melemahkan semangat rakyat.

Namun taktik lama sebegini tidak harus lagi dipedulikan.

Perhimpunan akan tetap diteruskan dan akan dijalankan dengan aman. Yang buat kacau sudah pasti lah agen provokator dan SB. Rakyat tidak mungkin terperdaya lagi.

KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT!!!

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!!!





Khabar Angin Black 14 Berulang- Zahrin Zahran

6 11 2007

14 April 1999, tarikh itu digelar sebagai Black 14 sempena hukuman keatas mantan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Tarikh tersebut telah menyaksikan demonstrasi besar – besaran di Kuala Lumpur

Sehari sebelum Black 14 tiba, kedengaran desas – desus mengatakan akan terjadi satu rusuhan besar pada hari tersebut. Khabar angin mengatakan semua rakyat Malaysia harus membeli barang keperluan yang penting seperti beras, gula, garam dan lain – lain. Akibat khabar angin tersebut ramai warga kota takut untuk turun. Lebih menggamatkan keadaan ada yang mengatakan puluhan bas akan tiba untuk menghadiri perhimpunan yang dikatakan ganas.

Ya, memang benar memang ada penentangan daripada rakyat ketika itu tapi harus diingat, semuanya berpunca daripada pihak polis kerana mereka yang mula – mula mengasari rakyat dengan secara ganas. Ratusan rakyat disepak, dipukul, dibelasah dengan begitu kejam yang akhirnya membawa kepada aksi penentangan daripada rakyat.

Adakah ianya salah? Tanya pada SUHAKAM kerana menurut Tun Musa Hitam ketika mendengar kes keganasan pihak polis di lebuhraya Kesas pada 5 November 2000 dimana rakyat membalas kembali keganasan polis dengan minimum dan menurut Tun Musa ianya lebih kepada aksi mempertahankan diri daripada terus diseksa dengan begitu kejam. Black 14 merupakan tindak balas mempertahankan diri setelah hampir 2 jam diperlakukan oleh FRU dengan begitu kejam.

Nah , sekali lagi irama khabar angin, provokasi daripada pihak – pihak tertentu berulang kembali. Menyorot sekali lagi pada 14 April 2001, ketika 10 ahli dan aktivis reformasi ditahan dan pada tarikh tersebut pihak – pihak tertentu meniupkan khabar angin dengan mengatakan perhimpunan pada tarikh tersebut akan bertukar menjadi ganas. Namun keadaan menjadi sebaliknya. Perhimpunan tersebut berakhir dengan aman.

10 November satu peristiwa besar akan tercetus. Ratusan ribu rakyat akan berhimpun. Ketakutan pihak parti pemerintah dapat dirasai. Laman web pemuda parti tersebut kelam – kabut dengan sekonyong – konyongnya mengatakan perhimpunan tersebut menjadi ganas. Maka dengan itu agen – agen mereka mula meniupkan khabar angin dengan mengatakan pada tarikh tersebut akan tercetus satu rusuhan besar – besaran. Perkara dapat dirasai apabila sudah terdengar desas – desus mengatakan pihak tentera bersiap – sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Ada pihak tertentu mengatakan sekali lagi diulangi sekali lagi menyuruh orang ramai membeli barang keperluan asasi.

Kenapa harus disebarkan berita sedemikian rupa? Apakah dengan menyebarkan berita tersebut akan menakutkan rakyat? Mereka lupa dengan menyebarkan khabar tersebut menyebabkan berlakunya promosi percuma. Rakyat akan lebih berminat untuk hadir untuk melihat dengan mata kepala sendiri adakah perhimpunan ini memang tujuan mengganas atau suasana yang kecoh itu dicetuskan oleh FRU.

Buat FRU

FRU jangan cepat mengganas. Lupakah kamu disebabkan kamu mengganas himpunan pada 5 November 2000 telah menyebabkan semangat rakyat melonjak naik. Buat pertama kali ketika penamaan calon pilihanraya kecil DUN Lunas, penyokong keadilan dan kebenaran telah turun secara beramai – ramai. Puluhan –puluhan ribu rakyat turun untuk membantu kempen calon parti KeADILan dan akhirnya usaha mereka berjaya. Kenapa ini terjadi? Aksi ganas kamu telah menyebabkan seluruh pejuang kebenaran begitu bersemangat untuk menjatuhkan rejim Mahathir ketika itu. Lagi hebat kamu mengganas lebih bersemangat kami untuk menjatuhkan rejim BN pada pilihanraya nanti. Mahu menafikan? Ahh para sb sudah tentu faham kan.

Buat Pemuda Umno

Jangan cepat melatah. Jangan cepat menyebarkan khabar angin. Jangan cepat menuduh kami ini pengganas. Jangan cepat menghacked laman web reformasi (walaupun ada yang kata yang menghacked laman web BERSIH dilakukan oleh orang BERSIH sendiri..bengap!!). Lagi hebat kamu buat semua perkara di atas lebih bersemangat kami untuk turun. Lagi hebat kamu mengatakan akan tercetus rusuhan lagi ramai yang akan turun. Ulang tayang khabar angin tersebut telah kami berjaya lalui dan himpunan tersebut berjalan dengan lancar. Kamu semuanya cemburu kerana kami hadir tanpa dibayar sebagaimana kamu.

Buat seluruh rakyat Malaysia, jangan takut, jangan gabra, jangan panik dengan khabar yang disebarkan. Ayuh terus turun ke DATARAN MERDEKA.

GELOMBANG KUNING PASTI DATANG!!

REFORMASI!!!