Jangan percaya khabar angin, teruskan niat untuk menyertai Perhimpunan Raksaksa 100 000 rakyat

2007 November 6
by aminiskandar

Tinggal lagi 3 hari sebelum Perhimpunan 100 000 Rakyat yang akan dianjurkan oleh BERSIH yang akan diadakan pada 10 November 2007. Telah timbul banyak cakap-cakap dan khabar angin mengenai Perhimpunan Raksaksa itu.

Diantaranya ialah akan timbul rusuhan, tangkapan ISA akan dilakukan dan macam-macam lagi. Nasihat saya kepada semua rakyat ialah, “JANGAN PERCAYA PADA KHABAR ANGIN, TERUSKAN NIAT UNTUK MENYERTAI PERHIMPUNAN 100 000 RAKYAT”. 

Mengapa khabar angin ditimbulkan?

Setelah gagal menakutkan dan menghalang penganjur dan rakyat agar tidak meneruskan Perhimpunan Aman yang akan menyaksikan ratusan ribu rakyat berhimpun untuk Menuntut Agar Pilihanraya dijalankan dengan bebas dan adil, penyebaran khabar-khabar angin dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia telah digunakan agar Perhimpunan dapat digagalkan.

Taktik ini telah pun digunakan oleh PDRM sewaktu Era Reformasi sekitar 1998-2001 dahulu. Setelah mereka gagal untuk menghalang gelombang kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan, diharap agar khabar-khabar angin akan dapat melemahkan semangat rakyat.

Namun taktik lama sebegini tidak harus lagi dipedulikan.

Perhimpunan akan tetap diteruskan dan akan dijalankan dengan aman. Yang buat kacau sudah pasti lah agen provokator dan SB. Rakyat tidak mungkin terperdaya lagi.

KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT!!!

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!!!

6 Respons leave one →
  1. 2007 November 6

    black,
    alangkah bagus klu ade sesiapa (terutama, dari penganjur) dapat photocopy banyak2 lagu2 perjuangan seperti ‘Suara Rakyat’ dll tu utk diedar pada 10 Nov nanti, supaya semua peserta dapat menyanyi bersama2.

    aku cuba nak hubungi Jonah utk sampaikan idea ni, tapi gagal. Terjumpa satu blog yg penulis dia nama Jonah, tapi tak pasti adakah dia ni Jonah kita tue…. LoL -:P

    jumpa di sana!

  2. 2007 November 6

    http://broadsidemalaysia.wordpress.com/ <<< ini Jonah punye blog?

  3. 2007 November 7
    ilmto permalink

    aku nak tanya apa itu reformsi ? dari mana dier berasal . setahu aku reformasi ne dicipta oleh bijak pandai yahudi untuk meruntuh negara yang dier tidak suka. lagi po anuar ibrahim 2 po kawan dengan yahudi kan . itulah yang aku baca dalam surat khabar kerajaan. yahudi 2 kan orang jahat. anuar jahat ke ?

  4. 2007 November 8

    Kawan? Aku kawan dengan ramai cina kafir. Kira aku pun kafir gak ke? Hm.. Reformasi tidak boleh ditafsirkan dalam satu hala je. Pikir2..

  5. 2007 November 8

    Kepada ilmto:
    aku hanya nak menjawab aje pasal tu. Dari segi sejarah tu memang benar. Dan memang benar reformasi tu nak menjatuhkan kerajaan yang kita tak suka. Walaupun ia datang dari yahudi, tapi ia adalah satu perkara yang boleh digunakan. Tak de hal kalo nak gunakan nama dan prinsip tersebut.

    Kalo baca paper kerajaan tu kena pikir dua kali apa yang dorang kata. Bukan betul pun, semua tu “tahyul”… hehehehe…

  6. 2007 November 12
    ilmto permalink

    kepada kipp :

    aku po nak reply balik . tapi ia menyusahkan rakyat sekali po kerajaan itu runtuh . kita boleh tengok pakistan , thailand,dll. betapa merananya rakyat . betul ke ko nak macam 2 . macam 2 susahlah kawan. aku bukan nak menangkan kerajaan . tapi ia pasti jadi begitu. formulanya untuk meruntuhkan kerajaaan adalah ilmu. bukan peminpin sahaja berilmu tapi pengikut juga. satu kajian yang aku buat tentang bangsa yahudi adalah diaorang ada 300 ilmuan dan bijak pandai. apa guna diorang , gunanya adalah untuk menguasai dunia secara AMAN . mereka duduk kat amerika . palestin tidak dapat merdeka sebab diaoranglah ,ko tanya bukti ? buktinya ko baca protokol2 ilmuan yahudi, dan ko kaitkan dengan dunia sekarang . ko akan tengok protokol 2 sama apa yang dengan dunia sekarang. apa yang aku nak sampaikan adalah jika peminpin ko ikut macam apa yang aku katakan diatas , pasti 100% keadilan dapat mentadbir malah melayu pulak menguasai dunia . tapi berkawan dengan yahudi bukanlah cara yang baik , malah akan merosakkan bangsa ko . reformasi bukan jalan selamat untuk berkuasa walaupo ia cepat. yahudi , walaupun cara dier ambil masa lambat, mungkin 1oo tahun @ mungkin 1 ribu tahun . tapi teknik itu berkesan sebab ia mengikut hukum alam . apa yang penting kawan ilmu,ilm,ilmu

    ps: aku x suruh ko caya , tapi nak suruh ko fikir . kalau apa yang tulis adalah fitnah maka berdosalah aku . aku takut dengan seksaan tuhan !

    jangan translate tulisan ini , terutama bahasa english dan yahudi. BAHAYA !!

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS