Percubaan untuk mengalihkan isu

2007 November 30
by aminiskandar

Tahukah anda mengapa media arus perdana dan menteri-menteri tak habis-habis memainkan isu Hindraf? Hampir setiap hari RTM, TV3 dan akhbar-akhbar hampir setiap hari memutarkan video dan menyiarkan berita mengenai tuntutan Hindraf dan sebagainya. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menaikkan kemarahan orang Melayu. Apabila orang Melayu marah, maka mereka akan respon kepada Hindraf.

Apabila orang Melayu respon kepada Hindraf maka mudahlah untuk berlaku pergaduhan kaum. Apabila berlaku pergaduhan kaum maka BN akan kembali popular. Politik perkauman akan kembali relevan. Secara tidak langsung isu kehakiman, tuntutan untuk pilihanraya yang bebas dan adil, kenaikkan harga tol dan minyak akan dapat dilarikan daripada perbincangan rakyat.

Kerajaan sebenarnya takut jika rakyat bangkit untuk menentang kenaikkan minyak dan tol. Perhimpunan BERSIH dan Hindraf telah memberikan isyarat kepada BN bahawa walaupun Malaysia mempunyai undang-undang yang mencengkam rakyat seperti ISA, OSA dan Akta Polis, rakyat tetap berani untuk turun berhimpun.

Apalagi jika isu yang diperjuangkan kena kepada batang hidung dan kehidupan harian seperti kenaikkan harga minyak dan tol. Sudah pasti perhimpunan bagi membantah kenaikkan minyak dan tol akan dihadiri oleh lebih sejuta rakyat Malaysia.

Jadi telah sampai masanya untuk kita sedar akan isu yang sebenar. Jangan biarkan diri kita terperangkap dengan politik perkauman ciptaan BN. Yang tertindas didalam masyarakat ada Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan. Yang merompak harta rakyat juga begitu, ada Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan.

Jangan terpengaruh dengan propaganda perkauman. Simpan tenaga. Tenaga kita akan diperlukan untuk menentang kenaikkan harga minyak dan tol. Sementara itu hiburkanlah hati anda dengan melihat video dibawah.

7 Respons leave one →
  1. 2007 November 30
    DIDI KOTA BELUD permalink

    BERTENANG…………………….TARIK NAFAS…..TAHAN DAN HEMBUS…….TARAF PENDIDIKAN TIDAK PERLU TINGGI UNTUK MENILAI ATAU MENGANALISIS APA YANG SEDANG DIMAINKAN OLEH MEREKA.CUKUP SEKADAR KITA FAHAM INI ADALAH POLITIK.BERIKUT ADALAH PANTUN UNTUK SAMY VELLU………………..” SAMY VELU PAKAI RAMBUT PALSU…….HARI-HARI SAMY VELLU BUAT KENYATAAN PALSU.SAMY VELLU SUKA MINUM SUSU………HARI-HARI RAKYAT KENA TIPU.”MALAYSIA RUMAH SAYA,KAMU DAN MEREKA..APA SEBAB MAU KECOH..PASAL TAIK PUN GADUH KAH……SUDAHLAH…..KASI ANGKAT ITU TAIK CUCI SUDAHLAH.ORANG LAIN MAU TIDUR …..BESOK MAU REFORMASI…..

  2. 2007 November 30
    rssays permalink

    hii malaysia!
    kaum2 dimalaysia sy rasa takde masalah pon! sy pergi ke mana2 pon takde siapa pon bincang pasal hal2 ni! siapa yg kecoh skarang? takut k? mmg patut takut! mmg tak bole tdo aman? mmg tekak kering! mmg pening kepala mcmn nak kawal pemilik2 blog yg kecoh ni!
    kami kecewa terlalu lama! kami percaya pada BN! akhirnya BN berjaya kecewakan kami! sbb BN membuat kesilapan yg besar akhirnya terpaksa memutar-belitkan fakta! menipula rakyat secukup-cukupnya sbb kami mmg malang memilih BN! hentam semua org sebagai pembangkang bila kami tidak menyokong BN!

  3. 2007 Disember 1

    Gud vid.

  4. 2007 Disember 1

    Jom sama2 tundukkan BN biar mereka mengenal siapa itu Tuhan, allah Maha Kuasa yang tidak bisa diganggu gugat oleh kekuasaan manusia kudus! Yeah! Jeng jeng jeng! Haha.

  5. 2007 Disember 2
    raduan permalink

    BN,Permainan anda sudah tamat.

  6. 2007 Disember 10
    hindraf@bersih permalink

    ekekekekekek, banyak tui doa² org “teraniaya” dlm nih. plak tuh point x abeh2 mai pusing tang tuh tang nih jeks. paihtuh cam tin kosong tung tang. x abeh dgn isu “sandiwara” jeks. tadak modal dah, tuh jeks ler modal org “teraniaya” dlm nih. ekekekeke :P

Trackback & Pingback

  1. Jebat Durhaka « hardyweb:perjalanan hidupku™

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS